Wednesday, July 27, 2011

TEASER Cerpen Interaktif Yang Terpaksa Ditangguhkan

Assalamualaikum

Alhamdullilah, 1 minggu ni sikit demi sikit followers naik. Tak tahulah kenapa, maybe sebab cerpen tu kot. Tapi syukur, at least ada orang sukakannya sebab semuanya adalah usaha dan idea Ratu sendiri.

Kepada yang baru menjejakkan kaki atau baru nak berjinak-jinak dengan penulisan Ratu, ini list cerita cerpen mengikut susunan dan sambungannya :)

  1. Malam Pertama Dengan Lelaki Bukan Pilihan Hati
  2. Pagi Selepas Malam Pertama
  3. Subuh Pertama Dengan Suamiku
  4. First Ever Date Dengan Hubby
  5. DSLR and Jungle Red Lingerie on First Date
  6. Menerima Putera Katak Jawa (cerpen interaktif, ada audio dan visual)
Ceh...baru 6 part rupanya...rasa macam da tulis banyak..huhu

Oh ya, sebelum tu Ratu nak cakap, dalam entri lepas Ratu ada cakap hari ni nak pegi indonesia kan, ha..betul lah, nak pegi lah ni. Tapi tak siap lagi, ni semua pasal nak update entri ni demi korang ..awww~ :) sweet kan Ratu? I knoww..

Atas sebab yang sama jugalah, cerpen tuh tak dapat disiapkan walaupun telah di drafkan.. :) Jadi, terpaksa lah korang tunggu. Best apa dapat rasa saspen sikit kan?

Jadi, bagi sesiapa yang nakkan teaser nya, tak guna nak excited kalau tak baca dari awal kan? :) Baca la dulu, best ke tak best tu belakang cerita :) Yang penting bagi Ratu korabg baca! haha

Oh! Tajuk entri nak bagi teaser kan?

Haaa..ni teasernya :)

Kalau part paling last tu, ceritanya Fea tak sempat nak Google siapa Putera Katak Jawa tu kan? Agak-agak kalau dia sempat Google dia jumpa apa?

Haaa..pikir-pikir.. :) 
.
.
.
.
.
TAPI..Pikir je tak best jugak, cuba KORANG GOOGLE sebelum Fea tu Google :) Cepatlah Google!!

Oke, Ratu dah nak siap-siap gi Indon! :) Yeay..Doakan selamat pergi dan balik..Muaah pipi gebu korang!

Bye!

p/s: Blog, jaga diri elok-elok, jangan bagi orang godam.  :) Hehe

Goodluck Harimau Malaya :') Ingat Tanah Tumpah Darah Ku!!

Assalamualaikum..

Di kala keseronokan untuk pergi melancong ke seberang, hati kecil ni membentak untuk masih tinggal di Malaysia demi menonton perlawanan Malaysia vs Singapura petang ni.


Team Malaysia, buatlah sehabis baik kayh. Korang semua membawa harapan semua warga Malaysia demi sukan bola sepak. Bagilah menang dengan berbekalkan 3 away gol tu! Please please.

Common orang Islam, doa senjata orang Mukimn, cepatlah ramai-ramai doa! Have faith in Him :) Heee...Bagi menang...Ya Allah please help our team

Buat sesiapa yang ada tiket, saya jeles! Bersoraklah kerana kalian membawa suara 1 Malaysia yang menonton dari jauh untuk meniup semangat Harimau Malaya..Berpidatolah kat situ kalau terpaksa menyuntik semangat dorang! :')

Tapi ingat, di tanah tumpah darah kita jangan buat yang bukan-bukan ea. Tak mau baling-baling barang- no laser-laser, jaga adab dan akhlak kita.

Pergh! Cuak siot~


Bye. Goodluck Harimau Malaya :')

Cakap Rawak #1

Assalamualaikum..

Diingatkan bahawa berkunjung ke blog Ratu bermakna anda adalah paling awesome! Dan orang awesome seperti kau dan aku, hanya cakap cool! Dalam bahasa Melayu, santai~

So yeah, aku juga punya cakap rawak (Random Talk). Punya hidup yang mahu dikongsi. Tak lengkap rasanya tak diluah. Sama ada kau berminat ke tak, daripada baca sedikit, baik baca sampai habis! :) kaaann?


  • Bukan nak bangga, tapi nak berterima kasih dengan pembaca yang mengikuti updates Ratu tentang cerpen, yang dah macam novel tu. Thank you for all your support! Muaah pipi gebu korang! Lepas ni Ratu janji Ratu takkan buat dah panjang-panjang. Mak pun penat nak oi..Tapi kalau ada orang suka, Ratu laaagi suka. Semangat! :D

  • I don't watch Nora Elena. So yeah, not into Malay romantic story. Lagi prefer cerita Juvana! :)

  • Ermmm...Ratu suka lah kawan sekerja Ratu. Akak-akak dan encik-encik kat pejabat. Sayangnya nak tinggal dorang. Apatah lagi nak tinggalkan pantry yang serba banyak makanan tu. Biskut Cap Ping Pong yang sentiasa di-reload setiap minggu, I'm gonna miss you :')

  • N (rujuk entry Tak Lama Lagi 'Lelaki Itu' Akan Menikah) dah tak pemalu macam dulu. Makin hari makin kuat menyakat, balik-balik aku yang kena. Aku lah gemuk, akulah tak reti buat kerja rumah, akulah cerewet, aku lah yang tak teliti. Susah lelaki kalau dah jadi perfectionist. Ceeiitt! Tapi tak apa, Ratu suka. Walaupun setiap pagi dapat mesej "tolong punchkan card.." tapi tak apa, seronok bekerja bersama. Tahun depan kita apply lagi eyh..jangan bagi orang lain amik kerja kita~ He's a nice guy. Macam abang :)

  • Azzah Afandi had just induce me to read all Andrea Hirata's sekuel to Laskar Pelangi. Mama abah dah lama beli buku ni masa mula-mula jadi Best Seller. Pergh! Gila lah buku ni diagung-agungkan sampai kesemua 4 ada, sampai sanggup cari kat Indon. Tapi membaca buku yang serba serbi berbunga kata-katanya, malangnya Ratu kecundang. Buku tuh tak sampai separuh, dah tolak tepi, amik buku Alaf 21 :) weee...takpe, kali ni kena bacalah. Tengok Azzah cerita macam best jee.. InsyaAllah baca.
  • Speaking of Indonesia, esok Ratu buat pertama kalinya setelah sekian lama menaiki kapal terbang domestik ketika masih memakai Pet Pet, bakal menaiki kapal terbang antarabangsa pula untuk ke Bogor, Indonesia! Weee...I'm all excited! Orang tak pernah naik kapal terbang memang macam ni. Siapa tahu, akan wujud pula cerpen (yang betul-betul CERITA PENDEK) tentang pengalaman di sana..kan..

  • Oh! Aneesa Sofea is just a nice name I pick for my short story. Probably a name I would love to give to my daughter. InsyaAllah. Tapi tu pun maybe lagi 6-7 tahun. Hehe..And yeah, that's not my name! Tapi nama Ratu pun membawa maksud yang sama iaitu 'perempuan'  :)

  • Indonesia cuma plan kedua selepas rayuan ditolak oleh Abah untu ikut serta program membantu penduduk Dhaif di Kemboja. Tiket mahal sangat sebab terlalu lambat 'book'. Pandai betul abah ampu aku dengan menghulurkna tiket ke Indon. Tapi tak apalah, dengar cerita bulan 10 program ke Kmeboja tu ada lagi, boleh lah prepare duit awal-awal. Asyik dengar dorang cerita kat sana snagat-sangat dhaif, kan best kalau bukan sahaja boleh hulurkan bantuan dari sudut kewangan, tapi ringankan beban dengan membantu secara fizikal menggunakan tangan. Kann..

  • I should get to my cerpen.. :( pheww..nak sangat tulis cerpen kan Ratu..tulislah..tulis~


  • And yes, I do love Hello Kitty :)

Bye!

FILEM: NAMAWEE yang dulu famous buat video hina lagu Negaraku terbitkan filem Nasi Lemak 2.0!

Assalamualaikum..

Ratu tengah menggelupur..goyang goyang menggigil kecengangan (?)

Tiba-tiba pula dia ni naik sebagai pengarah filem..I mean, bukan nak kata apa, dulu hangat jugak la Namawee ni sebagai seorang yang tak berapa baik, pergilah search kat Youtube lagu NegarakuKu.. *malas nak provide video or link sebab nak cepat*

Dah tengok? Apa perasaan? kalau Ratu, Ratu rasa Ratu faham lah kot mesej dia, tapi ada sesetangah bait dalam lirik lagu dia tak kena walaupun serba sedikit apa yang dia cakapkan tu betul pada hakikatnya. Tapi mode of saying it tak kena dan sedikit berbaur perkauman (obviously)

Tapi, tup-tup, filem dia dilabel pula sebagai Filem 1 Malaysia? aik..pelik.. aik..AIK...??

Ratu pun tahu daripada satu  link yang di post di Facebook Page "Blogger Terhebad~" Sila lah ke ct N Honey. Cepat klik! 

Ratu tak tahu lah kan filem dia nanti macam mana, tapi dengan nama Namawee yang famous tu mungkin ada potensi untuk pecah panggung kot.

Oh! Lupa pulak, nak cakap tajuk ceritanya Nasi Lemak 2.0. InsyaAllah tak ada kaitan dengan Bersih 2.0. Dan pelakon-pelakon yang terlibat pun tak kurang juga hebatnya! Ada Adibah Noor, ada Afdhlin Shauki, pula tu ada Nur Fathia. So you know la kan what people will expect? Hmm..

Ratu ni...jenis yang tak tengok sangat cerita Melayu. Malu nak mengaku tapi, kalau cerita tu kurang membawa mesej-mesej yang baik dan tidak disampaikan dengan cara baik, maka haruslah, Ratu memang takkan tengok. Ada depan mata pun belum tentu nak pandang.

Bukan apa, dah bosan sangat dengan genre Cerita Hantu, Lawak Bodoh, Rempit, Bohsia, Gangster and all that. Macamlah tak ada orang baik ada agama je kat Malaysia ni..hish~ This is a fair comment :) peace

Oh ya berbalik kepada Nasi Lemak 2.0 *nampak sangat tak minat*

Menolak tepi kisah silam Namawee yang pernah menggemparkan Malaysia dengan video nya yang suara-agak-sedap-sebenarnya, Ratu sebagai seorang yang memang tak berminat dengan filem Melayu, memang tak berminat dengan filem ni. Although I am curious about how the filem will be, I just don't care that much :)


Lebih-lebih lagi lepas tengok Nur Fathia berkemban. Terus hilang hormat. Sorry senior law student~ :(  Not gooe enough to be respected.

Untuk Sinopsis dan penerangan lebih lanjut sila klik blog ct N Honey
atau The Star

bye!

p/s: esok Ratu pergi Indonesia..wuhooo!

WW#10 Wordless Wednesday

Assalamualaikum

aahh~ Most romantic story ever...

Monday, July 25, 2011

CERPEN#1 Menerima Putera Katak Jawa (Cerpen interaktif)

Assalamualaikum
Cerpen kali ini dijadikan lebih interaktif. Tidak hanya perlu membaca,tetapi DIPAKSA untuk mendengar dan melihat gambar dan GIFs untuk penghayatan yang lebih.

Sambungan kepada cerpen DSLR dan Jungle Red Lingerie on First Date dan lain-lain cerita sebelumnya. Ingat! tak best kalau tak baca semua dulu~

Alarm clock berbunyi tepat jam 5 pagi. Nasib baik, bunyi alarm itu tidak aku biarkan terlalu lama takut-takut Faeez akan terjaga. Selepas ditegur Faeez kerana bunyi alarm yang terlalu rock, aku tukar lagunya kepada yang ini.
Sila kuatkan volume untuk penghayatan maksima.

Tidak rock, tapi cukup menjengkelkan untuk mengejut sesiapa sahaja daripada tidur yang lena apabila diulang berkali-kali.

Aku bangun dari tempat tidur ku. Tersenyum tatkala, posisi kami tidak seperti semalam, tapi berubah kepada seperti pagi malam pertama kami. Kami saling berpelukan. Padan pun aku lena,enak dan empuk rupanya bersandarkan dada Faeez. Biarpun kali ini dia berbaju, aku merasa selamat dan selesa dalam dakapannya. Perlahan sahaja aku melepaskan tubuhku. Kalau boleh aku masih mahu menikmati saat berada dalam pelukannya. Tetapi kerana niat baik aku semalam, lebih elok digandakan pahalanya dengan melaksanakan.

Bangun sahaja, aku pergi mengambil wudu'. Solat tahajjud. Berhajat supaya dilembutkan hati dan dibukakan hati menerima Faeez sebagai suami. Dan ku akhiri solatku dengan kesyukuran, kerana jodohku adalah Faeez. Tidak ada apa yang kurang pada Faeez, lebih banyak kurang aku sekiranya dibandingkan dengannya. Faeez punya rupa, kerjaya, punya harta, punya agama yang paling penting! Syukur Ya Allah.

Selesai sahaja aku menyidai telekung di tempatnya, aku melihat Faeez masih lena. Aku mengampirinya dan duduk di birai katil. Tangan ku gatal merayap ke...rambutnya. Kemudian ke...mukanya..Kemudian......ke tangannya. Dan ku genggan erat. Aku menunduk tersenyum. Untung jadi orang tak cantik kata orang tua-tua. Kerana jodoh pasti handsome. Jadi aku tak cantik? Ahh..peduli apa. Karut saja semua tu. Jodoh kita Allah yang tentukan.Lagi pula, selalu sahaja Faeez memuji aku. Kalau depan dia aku sudah cukup cantik, apalah sangat kata orang kalau aku ni jelik.

"Fea..." Aku tak perasan sejak bila Faeez terjaga. Tetapi tangannya masih dalam pegangan aku. Tak pula aku melepaskannya.
"Eh..abang..tak perasan abang dah bangun"
Mata Faeez sedikit terbeliak. Pasti kiranya ini mimpi aku memanggilnya abang dengan suara lemah lembut.
"Err...awalnya Fea bangun..ada apa?"
Sambil matanya terkebil-kebil melihat jam yang ada di atas meja sisi katil.
"Errmm...tak ada apa..bangun solat sekejap."
"Solat apa? Subuh belum masuk lagi. Tak ajak abang pun.."
"Memang belum lagi..sana lah sikit..kita tunggu subuh sama-sama"
Aku membaringkan diriku di tempat Faeez sambil menolak badannya mintak dianjak sedikit untuk memberi ruang untuk badan ku yang bersaiz L. Tetapi masih kurus kerana aku tinggi, itu kata Faeez semasa kami memilih lingerie siang tadi. Faeez masih dengan wajah hairannya. Pelik melihat gelagat aku yang berubah secara drastik.

"Fea ni mimpi ke apa? Atau abang yang mimpi?"
Aku senyum sambil jari hantu dan jari telunjuk ku menarik hidung Faeez di antara keduanya.
"Ouch! Sakitlah Fea!"
"Shhh..haha..Haaa..kan..tak mimpi kan? kan?"
Faeez yang mengaduh sakit tadi jadi tersenyum. Dia merapatkan tubuhnya kepadaku sambil menggengam tanganku yang masih lagi memegang tangannya.
"Kenapa Ratu abang ni tiba-tiba je berubah?"
"Suka ke tak?"
"Hish..of course! Suka gila!! Please stay macam ni sampai bila-bila."
"InsyaAllah. Doa-doalah ye.."
"Mestilah...setiap masa abang doa. Tapi kenapa tiba-tiba? ce citer ce citer."
"Hehe...berkat doa abang la agaknya"
Kami saling berpandangan,tersenyum. Agak romantis rasanya apabila terkena persona Faeez. Ini bukan kali pertama aku tergoda dengan senyuman mengancamnya. Tapi baru kali ini aku berhasil menunjukkan kepadanya bahawa aku sedang tergoda. Barangkali jatuh cinta!

Subuh kedua kami tidak kurang bezanya. Cuma lebih menarik dan lebih terasa bermakna saat hati aku sedang menerima Faeez perlahan-lahan di dalam hati menggantikan tempat Harris. Doa Faeez untuk kami berdua masih sama. Kali ini ditambahnya perkataan syukur kerana aku telah menunjukkan progress yang baik setelah momen romantis kami pagi tadi. Aku senyum syukur, dan kali ini, aku tidak lupa menyambut tangan Faeez untuk bersalaman seperti kali pertama. Cuma 'up' sikit dari semalam, kali ini Faeez menghadiahkan kucupan di dahi.
"Sayang isteri abang ni"
Aku tersenyum. Aku tidak tahu 'involuntary act' apa yang membolehkan bibir aku menzahirkan rasa, tetapi aku sendiri tidak sedar. Otak aku ni pandai betul berkata-kata.
"Sayang abang jugak"
"Hmm..betul ni?"
"Betul lah..kot.."
"Ada kot?"
"Eh tak ada-tak ada. Saja buat saspen"
"Ye la tuh.." Faeez bangun mahu menyimpan sejadah, tapi aku menarik tangannya untuk kembali duduk di hadapan aku. Perkara semalam masih belum selesai. Aku tahu jauh di sudut hati Faeez dia masih terasa.
"Abang..Fea nak mintak maaf pasal semalam"
"Hmm..?" Responnya yang masih kelihatan mahukan penjelasan.
"Fea..mana nak tahu dia akan mesej Fea. Sumpah, Fea tak pernah contact dia selepas kita nikah"
"Sebelum nikah?"
"Mestilah pernah..duuhh~" Jawabku selamba..
"Fea.." Dengan nada yang serius. Mungkin kerana dia juga mahu aku bersikap matang dan serius.
"Errmm..Fea pernah jumpa dia sekali 3 hari sebelum kita nikah. Fea cakap Fea terpaksa ikut kehendak abah dan ummi untuk kahwin dengan abang" Aku tunduk tatkala terpaksa menyatakan hakikat tersebut.
"Tapi tu dulu..sekarang tak dah. Fea nak terima abang, Fea nak kita sama-sama jayakan rumahtangga ni dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Tu janji Fea." Aku masih mahu membela diri. Sambil menggengam erat tangan Faeez sambil mata mereka saling berpandangan. Aku tidak tahu mahu serius, jadi aku nyatakan dalam nada yang santai.
"Pedulikanlah Harris tu. Jodoh Fea dah tertulis untuk bersama abang"
"Hmm..Abang pegang kata-kata Fea tu. Please, jangan ada apa-apa lagi dengan lelaki tu."
"Oke..maafkan Fea ?"
"Ye lah.." Sambil tangannya mengusap kepala ku.
"Nanti sebelum pergi rumah abang, kita singgah Celcom Centre oke. Beli no phone baru."
Aku tersenyum mengangguk.
Penerimaan ini adalah suatu yang cukup besar bagi aku. Sungguh aku langsung tak peduli tentang Harris.Aku cuma berharap yang dia juga mampu melupakan aku dan menerima hakikat ini. Semoga jodohnya nanti adalah dari kalangan yang baik-baik.

***************

Pagi tu baru terasa seolah-olah aku menjadi isteri. Aku mula menggalas tanggungjawab menyediakan sarapan untuknya, menggosok pakaiannya dan mengemas barangnya untuk dibawa pulang ke rumahnya di KL. Yang banyaknya barang aku, kerana selepas ini, entah bila lagi aku akan jejakkan kaki ke rumah ini lagi.

Sementara menunggu Faeez memeriksa kenderaan, aku sempat online untuk seketika. Sudah 2 minggu aku tak melayari internet kerana ingin mengasingkan diri dari dunia maya kerana merajuk terpaksa menikah. Pantas sahaja jariku menaip 'blogger.com' di ruangan alamat web browser Google Chrome. Aku ke blog sendiri untuk melihat shoutbox.

Tak sangka sepanjang pemergian aku, pengunjung tak putus-putus berkunjung ke Ratu Tak Cantik. Ada yang ternanti-nanti update seterusnya, dan banyak link-link hasil dari blogwalking blogger lain yang ada di shoutbox. Aku hanya sempat membaca mesej-mesej ringkas mereka sepintas lalu kerana tak punya banyak masa kerana membalas kunjungan kesemua mereka memerlukan masa, sedangkan sebentar lagi aku akan ke KL.

Mulai 16 Julai, mesej-mesej di shoutbox sudah berlainan. Daripada mesej ringkas seorang blogger yang merupakan seorang follower...

"Ratu..tahniah sebab dah jadi Isteri Putera Katak Jawa!! Sesuai sangat! Barakallahuma"

Mesej-mesej seterusnya penuh dengan tanda tanya. Kenapa semua orang mengucapkan tahniah kepada aku? Ada yang sibuk bertanyakan status aku apa benar sudah menikah. Dari mana mereka tahu aku sudah menikah? Setahu aku yang tahu cuma ahli keluarga dan sahabat handai. Di blog langsung tidak aku hebahkan. Dan siapa Putera Katak Jawa. Nama tak boleh nak pelik lagi?

"Fea...dah, jom gerak"
Faeez masuk ke bilik mengejutkan aku yang masih memerah otak berfikir. Aku mahu Google siapa Putera Katak Jawa. Tapi tak sempat.
"Hah..?ermm..oke oke.."
"Fea buat apa tu?" Faeez yang mulanya cuma memanggil dari luar bilik masuk ke dalam mengahmpiri aku di meja tulis tempat aku meletakkan laptop.
"Ni haa..Fea cek blog Fea. Lama dah tak bukak"
"Iye? Ada blog? Tengok sikit.."
"Eh...tak payah lah..segan.."
Aku malu-malu. Di blog tak semua tahu siapa aku. Cuma sahabat handai sahaja. Tak pernah aku mendedahkan rupaku mahupun identiti sebenar. Jadi agak malu untuk mengaku aku adalah Ratu tu.
"Owh ni ke blog Fea..lawa..Nanti malam abang nak baca smeua benda yang Fea tulis."
"Ermm..bukannya apa pun..Tapi Fea pelik, ada orang tinggalkan mesej tahniah kat shoutbox Fea sedangkan Fea tak pernah heboh pun dekat blog yang Fea dah menikah."
"Yer..sape?"
"MissKitty..dia cakap pasal Putera Katak Jawa..ape ntah"
"Apa ke pelik sangat nama tu. Boyfriend Fea ke nama macam tu?"
"Ish abang ni,mana ada" Sambil mencuit pinggang Faeez.
"Hehe..tak lah..saja je...Dah la Fea, abang dah start engine kat bawah tu..jom lah balik rumah"
"owrait..jom!"

Dalam fikiran aku, masih lagi berifkir, Putera Katak Jawa? Siapa? Atau..amende tu?


...akan bersambung..

Teaser: Cerpen seterusnya akan menjadi lebih interaktif dengan gifs dan sebagainya. InsyaAllah akan cuma ada 2 siri sahaja lagi. Bergantung kepada kepanjangan post akan datang.

p/s: Minta maaf terlambat beberapa hari update cerita ni. DAN Ingat, ni cerita suami isteri, bukan cerita kapel zaman sekarang yang gatal-gatal oke? :)

***UPDATE: Sambungannya di entry Lebih Baik Daripada Seth Tan***

PLEASE DO LIKE OR SHARE THIS IF YOU LIKE IT. I WOULD LOVE TO SEE FEEDBACKS :)

image source: Weheartit.com and Google

Saturday, July 23, 2011

Alhamdullilah, Ini Bukan Tuah, Tapi Rezeki Allah

Assalamualaikum,..

Tanah Tumpah Darahku Malaysia..
Saya cintakan awak sangat-sangat..
Terima kasih pejuang terdahulu..
Kerana kalian kami mampu bernafas..

Kerana dulu kalian pejuang..
Kali ini kami juga pejuang..
Untuk memelihara kemerdekaan..
Suatu kerja yang susah
Tapi demi generasi seterusnya, kami rela berpayah

Dengan segala kudrat dan berkat
InsyaAllah, kami anak Malaysia
Tak kira bangsa 
Mampu menjulang nama Malaysia ke persada dunia

Syukur ke hadrat Allah
Maha Melimpahkan Keamanan
Maha Pemberi Rezeki
Yang Maha Agung

Dulu kau berikan negara kami nikmat kemerdekaan
Dan dulu sehingga kini kau menguji kami dengan payahnya memelihara kemerdekaan
Memelihara akal dan iman
Kerana ujian itu tanda sayang, insyaAllah akan kami terima dengan redha dan sabar

Terima Kasih YA Allah
I love you...

**********

Merdeka bulan depan, tapi entri kali ni dah semacam meraikan
Tak mengapalah, bersyukur kepada Allah atas nikmatNya tak salahkan?
Tak perlu kira tempat dan masa
Bila-bila pun boleh apa~

Oke, kita balik menjadi santai..sebenarnya Ratu nak buat entri ucapan tahniah kepada Skuad Harimau Malaya. Walaupun tak dapat menjaringkan gol lebih banyak daripada Singapura dalam perlawanan di Stadium Nasional Singapura tadi,tapi 3 away Gol sudah cukup membanggakan. Tak apalah Safiq Rahim dapat akd merah. Tak pelah kalau orang cakap golkeeper Malaysia main macam tak betul, tak pe takpe. Sabar oke. Jadikan itu pengaut semangat. I have faith in you guys!

Ratu dan kami penyokong tegar sentiasa mendoakan kejayaan kalian dalam perlawanan seterusnya :) InsyaAllah boleh kalahkan Singapura, dan InsyaAllah sampai ke Piala Dunia!! weee

Bangganya Ratu bila semakin lama, sukan bola sepak Negara kita semakin diangkat martabatnya. Kalau dulu siapa pemain negara pun orang tak tahu, kali ni budak-budak kecik pun dah hafal nama pemain bola negara siap dengan nombor jersi lagi. InsyaAllah sukan bola akan semakin maju.
Bukan tu saja, ada satu lagi acara penting yang berlaku, iaitu Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 54. Dan Alhamdullilah, dengan bangganya Ratu nak umumkan Negara kita merangkul juara untuk kedua Qari dan Qariah. Syukur. Bangga nya memakai jersi Malaysia. Bangga juga kerana di Malaysia masih punya generasi yang cintakan agama, yang mampu menyebarkan dakwah dan Islam dengan bacaan Al-Quran. Masih tidak buta Al-Quran. Berita selanjutnya tentang Tilawah Al-Quran, klik sini

Kedua kemenangan ini mungkin di sesetengah negara dianggap perkara biasa. Tapi kemenangan kecil ni amat bermakna. Untuk masa depan terutamanya InsyaAllah..

Ini bukan TUAH, tapi REZEKI ALLAH. Maka, ucapkanlah Alhamdullilah, syukur :)

bye!

p/s: Hari keluarga pagi tadi best gile!

Friday, July 22, 2011

PANTANG BLOGGER: Plagiarism Tak Semestinya Copy Paste, Tetapi Rephrase Pun Ya

Assalamualaikum..

Blogger, please, jangan terlalu berfikiran sempit dan konservatif untuk mendefinisikan plagiarism hanya cuma untuk copy paste! Ada beberapa situasi yang dimana boleh dikira plagiat. SILA BACA untuk jadi pandai.

UiTM, thank you for the pictures, sangat bagus dalam mendefinisikan perbuatan yang boleh membawa kepada plagiarism.

Malas la nak explain panjang-panjang, tapi Ratu cuma nak menzahirkan rasa tak puas hati. Ye lah, Ratu ni follower pun baru 110, apa lah sangat kan, kalau ikutkan newbie yang baru 3 bulan ni orang kata tak layak lagi la nak memandai-mandai cakap pasal blogging. Tapi hey, I have rights too!

Contoh lah, my best entry so far,is Blog Sebagai Pelaburan Akhirat. Biarlah komen cuma 1 pun, sikit je likes atau share, tak mengapa, tapi sebab Ratu buat entri tu dengan idea Ratu sendiri, research sendiri, draf beberapa hari. Bukan senang tahu! Beberapa hari jugak la nak bagi dapat ayat yang betul. Dan InsyaAllah semoga Ratu dan pembaca juga mendapat manfaat darinya.

TAPI...ada sesetengah orang dan-dan je dia dah kering idea, tak tahu apa nak tulis, dia ambil entri kita dan macam dalam gambar atas, dah la plagiat lepas tu tak acknowledge pun!!

SAKIT HATI TAK?? Kita nak buat entri satu tu pun banyak punya payah, dia main suka hati je ringkaskan, tukar tukar sikit ayat dan publish! Macam lah dia yang buat semua benda. Lagi sakit hati kalau kita dah tulis payah-payah, orang yang komen cuma beberapa kerat, likes and share pun tak ada, tapi dia punya ada plak. Banyak pulak tu!!! Ughhh!! Geram tahu tak!!

Siapa sini selalu update entri-entri Ratu, pasti akan perasan yang Ratu ni jarang sekali nak buat entri tipikal macam orang lain. Orang lain cakap pasal bola, aku cakap pasal putus cinta, orang lain cakap pasal adinda evans, aku berangan memanjakan suami, orang lain cakap pasal bersih, aku buat cerita novel sendiri. Tu belum kira orang lain cakap pasal blogger kena hentam apa la, Ratu cakap pasal Gigi Taring. Haa..

I don't like to be the same with others. I wanted to be unique and rare. 

Dan oleh sebab yang sama juga, Ratu kalau boleh, tak mahu jadi penulis blog semata-mata. Sebab tu seboleh Ratu nak buat entri yang berkualiti yang melambangkan bahawa Ratu ini juga seorang pemikir. Pembaca pun boleh turut serta berfikir dan mendapat ilmu baru sekurang-kurnagnya. Dan oleh yang demikian muncullah beberapa entri dari idea sendiri antara nya:


Apa lagi kebarangkalian yang bila kita buat satu entri pakai idea kita sendiri, kemudian 2 hari kemudian ada orang buat entri yang sama, tajuk je lain, ayat je tukar-tukar sikit. Lebih-lebih lagi kalau dia follower kita. Memanglah Ratu ni tak genius sangat,mustahil je tiba-tiba 'hidayah' turun Ratu jadi tahu semua benda. Sebab tu kalau Ratu Google pun, buat kajian mahupun nak cari definisi Ratu akan cite kan mana sumber Ratu.

Dan satu lagi, plagiat pun tak semestinya hanya terhad kepada penulisan. Gambar dan audio pun boleh jadi plagiat. Sebab tu sekarang orang pakai watermark. Tapi some people suka buang masa edit buang watermark dan claim tu gambar dia. Pergh! Hangin beb!
So' Im saying, tak palah kalau nak share apa yang Ratu tulis. Kan boleh je klik butang "share" tu. Sekurang-kurangnya "like" lah. Tak ada facebook sangat pun, nak amik idea Ratu boleh, tak marah, tapi backlink kan la. Nyatakan dari mana korang ambik. Im saying this, because I'm not the only one. Trust me. Ramai gila kat sana yang megalami nasib yang sama. 

Lembu punya susu, sapi dapat nama. See...
 Tak marah lembu tuh?? 
Well, lembu yang ni marah! MOoOoO!!

Bye!

p/s: Kucing kucing sekarang suka jadi air kopi! Yekkk~ *do you get my jokes? haha*

Image Source: Google
CLICK HERE for more UiTM Anti-Plagiarism Posters.

LAGU BARU: Pokok by Meet Uncle Hussain Ft Hazama

Assalamualaikum

Tadi time makan tengahari dengan kakak-kakak ofis terdengar lagu yang liriknya macam lagu lama, tapi melodinya berbeza. Macam lagu yang dulu saya kira melodinya agak berhantu kalau dinyanyikan dalam tone yang rendah. Cubalah try nyanyi lagu Tanya Sama Pokok dengan suara yang sayu gila malam-malam sambil merenung ke pokok bergoyang, nanti ada hantu putih datang~ wwwwuuu...
source: Here
I'm not a big fan of Akademi Fantasia, tapi suara Hazama dalam genre dan lagu ni sangat sesuai. Itu saya tak dapat nafikan. And the lyrics was superb. My taste of song is the lyrics should be meaningful and tak semestinya tersu terang atau direclt menyampaikan mesej. So in this way, bolehlah pendengar berfikir, bukan dnegar lagu semata-mata. Oke, sebelum lebih banyak karutan, sila kanlah enjoy lagu ni!!


Lirik: Pokok oleh Meet Uncle Hussain ft Hazama AF9


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Read more: http://www.enciknakal.com/2011/05/lirik-lagu-pokokhazama-af9-feat-meet.html#ixzz1SpV2zeDp



I'm not that sure yang lagu ni baru lagi, atau dah lama,sebab I'm pretty sure that lagu ni dah dibuat even before Hazama merangkul juara Akademi Fantasia. So kalau sesiapa rasa benda ni dah lapuk, maafkan lah Ratu sebab jarang dengar radio and tak update hiburan semasa. :p

I love the song, its my current addiction!

p/s: I'm gonna miss my workplace...friends and those who work there :'( Cna't wait for Ramadhan to come!

Thursday, July 21, 2011

CERPEN #1 DSLR and Jungle Red Lingerie on First Date

Assalamualaikum

Sambungan kepada entry First Ever Date Dengan Hubby dan lain-lain cerita sebelumnya..untuk kepuasan maksima sila baca cerita sebelumnya.
Selepas pulang menziarahi Pak Long kami ke The Curve, tidak jauh dari rumah Pak Long. Aku perasan, ada beg Canon semacam DSLR yang dibawa oleh Faeez masuk ke dalam kereta. Tapi tidak pula aku bertanyakan untuk apa.

"Fea, kamera DSLR tu Fea punya taw. Abang tengok Fea tak buka pun hantaran yang abang bagi. Abang bawa kamera tu kalau-kalau Fea nak guna nanti."
"DSLR ni..?"
Aku mencapai beg kamera tersebut dan ku buka. Aku langsung tak teringat pasal hantaran. Yang aku tahu ada kek, buah-buahan dan sedulang coklat. Itu semua dah nak habis aku bagi kepada ahli keluarga. Lain-lain dulang aku tak peduli pun. Aku perasan macam ada barang Hi-Tech, ingatkan IPhone 5 ke apa ke, tapi DSLR pun boleh lah.
"Fea minat kan tangkap gambar?"
"Boleh la.."
Tahu-tahu je Faeez ni. Aku memang minat tangkap gambar, cuma tak berseni lah. Dalam banyak-banyak jenis photography, aku paling mahir snapshot. Heh.
"KLIK"
Aku cuma mahu mencuba DSLR dan shot pertama aku adalah Faeez. Gambar dia sedang memandu kereta, memakai kemeja biru berbelang putih, sambil cermin mata hitamnya yang berjenama RayBan tergantung di kolar baju dan jam tangan G-Shock di pergelangan tangan.
"Boleh tahan handsome.."
"Hah..apa?"
Ooopsie daisy. Aku tak sedar bila mana mulut aku menzahirkan fikiran aku. Tak sangka berbunyi otak aku ni sampai kedengaran dek Faeez.
"Kamera ni boleh tahan.." Aku cuba untuk 'cover'
"Haha...Macam lah abang tak dengar Fea ni.."
Aku cuma tersenyum sipu. Malu. Tapi tak pelah. Macam lah dia sendiri tak tahu dia tu kacak.

Aku masih malu-malu mahu menggunakan DSLR tu. Dari turun kereta sampailah mahu balik kebanyakkan masa cuma dia yang menggunakannya. Tapi aku terpegun dengan kesopanan Faeez.
"Fea tahu kan, suami tak boleh ambil mahupun guna mas kahwin dan hantaran yang suami bagi tanpa kebenaran. Itu hak isteri"
"Tahu."
"Abang tengok Fea dari tadi macam nak tak nak je guna kamera ni. Abang pakai tak pe ke?"
"Eh, takpe takpe. Pakai sajalah, saya tak kesah."


Sejak dari tadi, aku perasan bila saja aku leka, pasti Faeez akan mengambil gambar. Boleh kira sentiasa saja bila kami berdua diam, tak tahu nak berbicara tentang apa, dia akan merekodkan aku di dalam kamera tu. Sampai lah, bila Faeez minta aku jagakan bila dia mahu ke tandas. Aku mengambil beberapa gambar yang entah apa-apa dan kemudian melihat gambar yang ditangkap Faeez sepanjang hari ni.

Subhannallah. Semuanya serba indah. Gambar aku sedang memeluk teddy bear di Metrojaya Toys, gambar ku di jambatan, ketika aku sedang berjalan, duduk dan macam-macam! Sampaikan aku sendiri tak sangka aku boleh menjelma jadi cantik dalam gambar. Dari posisi dan sudut tertentu, semua gambar yang diambil Faeez semuanya nampak serba cantik, dan berseni. Aku tak pernah tahu pun dia ada bakat. Ye lah, kami bukan kenal mana pun.

Dalam banyak-banyak gambar, hati aku memilih satu menjadi kegemaran. Gambar sewaktu aku tunduk melihat pakaian di kedai nichhii dan Faeez menunduk seolah-olah mencium kepala ku. Gambar yang cuma fokusnya kepada aku dan dia. Tinggi ku yang cuma 165cm berada betul-betul di paras dada nya menampakkan seolah-oleh kami pasangan serasi. Seolah-olah aku merelakn 'pose' tersebut dan ya, aku gembira dengan momen yang dirakamkannya tu. Aku tersenyum panjang sampailah aku merasakan gegaran di antara ketiak dan dada tempat aku menggantung handbag.
Di lubuk hatiku..Adalah kamu..Sebagai ratu..
Hoo..Seluruh Jiwaku... Hanya dirimu.. Yang aku mahu...
source: here
Aku tak tahu sejak bila aku mengubah setting ringtone handphone Blackberry ku, tapi lagu Kalau Cinta dari Aliff Aziz dan Joanna yang kedengaran. Faeez! Segera aku mengangkat telefon apabila ternampak kan namanya menjelma di skrin.

"Hello Assalamualaikum" Jawabku cemas sambil mata ku meliar melihat sekeliling. Aku terlalu leka melihat gambar di DSLR sampaikan aku tidak perasan aku telah jauh berjalan dari tempat aku berhenti meinggalkan Faeez untuk ke tandas.
"Waalaikumsalam..Sayang kat mana?"
"Errmm..Sorry, Fea leka tadi. Fea ada dekat depan kedai...ermm..kedai baju tidur ni haa.."
"Hah...kedai baju tidur?"
"Ha'ah..kedai lingerie ni..Nama dia Blush!"
"Apa Fea buat apa kat situ...haaa..baik bagitau abang.."
Kedengaran Faeez tergelak kecil di hujung talian.
Aku tahu nak sebut kedai mana lagi. Tapi kedai pakaian tidur ni sahaja yang paling obvious dan kedudukannya senang untuk dicam. Sekejap sahaja aku tunggu, Faeez sudah ada di sampingku.
"Aiii..Fea tak masuk ke kedai tu"
"Buat apa?" Aku tahu Faeez sedang berfikiran nakal. Tengok sahaj dari matanya yang menggoda pun sudah tahu. Aku tak salahkan dia, dah dia suami aku. Mungkin dia excited kalau betul aku mahu ke kedai tu, kerana apa sahaja yang aku beli di situ, memberi 'untung' untuk dia.
"Ye ke...ke dah masuk da.."
"Ish..mana ada..tak sempat masuk pun lagi laa.."
"Jom la masuk.." Sambil tangannya menarik tangan ku. Tapak tangan kami bertemu. Aku dapat rasakan aura pegangan eratnya. Dan aku relakan kami memasuki kedai tu. Walaupun malu, tapi aku layankan sahaja kehendak Faeez. Mungkin ini permulaan..

************
Perjalanan pulang dari The Curve sangat tidak menyenangkan. Aku berpuas hati dengan Meatballs dari Ikea yang kami makan beserta kek Daim tadi, aku juga senang dengan bingkai gambar yang Faeez belikan tadi. Katanya buat letak gambar kahwin kita di kamar tidur. Aku suka segalanya yang material pada hari ini termausklah lingerie berwarna jungle red tadi.

Tapi suasana dingin sepanjang perjalanan tidak kurang bezanya dengan rahmat hujan yang renyai-renyai di luar sana. Aku merenung mesej yang dihantar oleh Harris, kekasih hati ku dulu. Yang terpaksa aku tinggalkan kerana desakan keluarga dan kepentingan diri ku untuk masa depan. 
"Aneesa...saya masih tak dapat lupakan awak. Saya tak dapat terima kenyataan awak sekarang isteri orang. Kenapa wak mungkir janji tak tunggu saya? Saya cintakan awak, dan saya yakin awak tak cintakan suami awak. Itu apa yang awak cakap dengan saya kali terakhir kita jumpa kan? Saya masih berharap."
Mesej kriiman daripada Harris yang dibuka pertama kali oleh Faeez sewaktu aku sedang mencuba lingerie. Mood nya berubah secara drastik selepas aku keluar daripada bilik persalinan. Elok sahja aku mengangguk bila ditanya tentang pakaian tu, Faeez terus ke kaunter bayaran dan kami tidak bercakap langsung selepas tu.

Aku cuma tahu tentang mesej tu selepas kami keluar dari kedai apabila Faeez menghulurkan beg tangan dan handphone dengan cara yang seperti orang sedang geram. Dengan terpaksa, aku delete mesej tu dan ku biarkan handphone di atas dashboard kereta Honda Accord milik suamiku.

"Nak delete mesej tu pun awak berat hati sangat kan?"
Aku diam. Aku malas hendak menjawab. Ikutkan hati aku, nak saja aku memarahi dia. Sebenarnya dia yang patut merasa bersalah kerana menyunting ku tanpa rela. Aku terpaksa kerana terhutang budi dengan mak dia. Terpaksa mengikut kehendak keluarga. Aku tak hendak pun dengan dia sebenarnya!

Tapi hatiku saja yang membentak. Tidak aku zahirkan kata-kata kasar. Aku tak mahu menyemarakkan amarah. Aku tak mahu kerana mesej satu tu, hubungan kami yang sekejap tadi seakan-akan berbunga, layu kembali. Aku dah janji aku mahu cuba, jadi aku tak mahu perkara kecil ni merosakkan tekad aku yang kecil tetapi besar maknanya ini.

Kerana pulang agak lewat akibat kesesakan lalu lintas, kami sampai ke rumah pada waktu Maghrib. Selesai sahaja makan malam dan solat Isya', Faeez sudah tidur. Mungkin kepenatan, atau mungkin masih marah dan berkecil hati. Aku mahu meminta maaf. Aku mahu merendahkan egoku untuk menyatakan bahawa aku sedang menerima hakikat yang dia suamiku dan aku sedang menerimanya dalam hatiku. Dan memang sudah diterima dalam diam dan tanpa sedar ku! 2 hari yang singkat ini, aku sudah boleh melupakan Harris perlahan-perlahan.

Tapi tidak, aku tak mampu menyatakannya, saat melihat dirinya lena. Cuma hatiku yang membisik. Dan mulutku cuma mampu berkata "Abang..Fea mintak maaf". Itupun aku yakin Faeez tidak dapat mendengar. Aku mencapai Blakberry ku yang bertemakan Hello Kitty, dan ku setkan alarm pada pukul 5 pagi kerana esok kami akan ke KL. Bangun lebih awal daripada selalu. Cabaran untuk aku. Tapi untuk suami, aku sanggup mecuba setiap hari!
Perlahan aku melabuhkan badan untuk baring di sebelah Faeez. Tanganku perlahan hinggap di bahu Faeez. Aku rapatkan muka ku ke belakang badan Faeez yang membelakangi ku. Kalau semalam aku tak sengaja, kali ini, aku sengaja dan rela. Aku tak tahu bila masa aku lena, tetapi perkara terakhir yang aku ingat adalah, esok hari yang baru.



..akan bersambung

***UPDATE: Sambungannya di entry Menerima Putera Katak Jawa (Cerpen Interaktif)****

image source: weheartit.com & google

Wednesday, July 20, 2011

WW#9 Wordless Wednesday

Assalamualaikum

WW#8 Wordless Wednesday

Assalamualaikum
Ratu and her Haram makan pet, Mr Doggy! :)

Tuesday, July 19, 2011

CERPEN #1 First Ever Date Dengan Hubby

Assalamualaikum

Sambungan kepada Subuh Pertama Dengan Suami Ku dan lain-lain cerita sebelumnya
"Kak Fea! Macam mana? Best?"
Adik aku mengejutkan aku sambil mencuit pinggangku, bahagian paling aku geli.
"Woi! Apa ni..Ish.Gila kau nak tahu hal kelambu orang. Siot la"
Adikku cuma beza umur 3 tahun. Aku dengan dia macam biasa, kasar. Ketika itu aku sedang menyibukkan diri mengemas dapur, padahal aku sebenarnya sedang cuba melarikan diri dari Faeez.
"Hehe...Untunglah akak, dapat kawin dengan orang tak berapa nak kenal pun, tapi ensem, kaya"
"Ish...tak penting la harta dan rupa tu. Akak tak heran pun lah"
"Akak jangan buat bukan-bukan kak. Dah ada suami, jangan nak teringat dengan ex akak yang tu.."
Aku terkedu. Aku ni predictable sangat ke sampai semua orang boleh tahu rasa dan perasaan aku?
"Liya..sembang apa dengan kak Fea?"
Aku tak perasan sejak bila Faeez ada di situ. Tapi dia datang tepat pada waktunya, sebelum aku bertekak dengan Liya. Liya diam, senyum dan beredar.
"Fea.."
Faeez mendampingi ku. Dekat dan semakin dekat. Nak je aku lari. Tangan aku meraba meja dapur yang ada di sebelah ku. Aku harap tangan aku dapat mencapai pisau. Tapi usaha aku untuk mencapai apa sahaja untuk membuat dia berhenti mengahmpiri ku gagal apabila, kedua tanganku dipegangnya erat. Jari jemarinya memenuhi ruang celah jari ku, dan tanganku di usapnya lembut, penuh kasih sayang. Aku dapat rasakan.
"Jom kita keluar"
"Hah...? Nak pergi mana?"
"Tadi ummi Fea suruh pergi rumah Pak Long Fea kat Damansara, Ummi suruh Fea kenalkan abang dekat diorang sebab kenduri semalam dorang tak dapat datang"
"Errmm...mesti ke?"
"Mestilah. Abang kan dah jadi member baru dalam family Fea. Lagipun esok, kita dah nak pergi KL untuk kenduri belah abang lusa."
Aku diam. Teragak-agak. Mesti awkward kalau kami berdua je. Bukannya aku tak pernah dating. Selalu je, tapi bukan dengan dia, tapi dengan 'orang lama'.
"Kalau Fea nak, kita boleh ajak Liya and adik Aiman"
Pelawanya apabila melihat aku ragu-ragu dengan cadangannya. Memang aku tak selesa keluar berdua saja, tapi kalau ada adik-adik aku tu pun, mengkin lagi obvious ke tidak-mesaraan aku dengan Faeez. Lagi-lagi bila depan Aiman yang baru berumur 5 tahun tu, mesti anak kecil tu akan pergi report dekat ummi dan abah nanti tentang kami yang tak berapa nak macam suami isteri. Nanti apa pulakla yang dorang nak tazkirahkan dekat aku.

Lagipun...aku teringin jugak nak dating dengan dia sekali. Nak tengok juga apa lagi dia boleh buat untuk buat aku cair.

"Eyh..tak yah,tak yah. Kita pergi berdua je"
Terangkat kening Faeez dengan persetujuan dan keputusan aku. Aku sendiri pelik dengan jawapan ku.
"Betul? Fea...tak rasa tak selesa ke nanti?"
"Errmm..awak nak saya cuba terima awak kan? Let's give it a try then"
"Seriously?"
Aku melepaskan tanganku dari genggamannya, dan beredar. Tidak menjawab soalannya tadi sebaliknya memberinya lagi satu soalan lain.
"Nak kena siap sekarang ke?"
"Ha'ah..jom jom siap" jawabnya gelabah dan masih 'shock'
"Oke..ermm..awak ada baju warna biru laut tak?"
"Ermm..entah. Rasanya tak ada. Kenapa?"
"Entah..saya rasa macam nak jadi macam cerita korea yang Playful Kiss tu. Pakai couple shirts. Comel je" 
Sahaja aku mahu menduga untuk melihat kesanggupan nya.
"Yer? Kalau macam tu Fea pakai lah baju Hello Kitty Fea tu. Abang pakai baju Hello Kitty abang."
Perjalanan kami menuju ke bilik terhenti. Aku memandangnya hairan. Kening terangkat, bibir pun terangkat sebelah. Dia ada baju Hello Kitty? Biar betul?
"Are you kidding me? Lelaki ada baju Hello Kitty?"
"I just had to have one, to be cute for my wife. Tak boleh?"
Dia teruskan berjalan sambil matanya manja melirik ke arah ku. Aku tak puas hati dengan jawapannya yang seakan-akan menduga ku. Aku menarik tangannya untuk menghentikan langkahnya.
"Cop cop! Awak ada baju Hello Kitty sebab saya? Mana awak tahu saya No 1 Fan Hello Kitty?"
"Errmm..Mami bagitahu kat tempat kerja Fea suka Hello Kitty. Beg, Handphone,laptop, keychain, semua benda Fea nak Hello Kitty. Fea selalu cakap yang Hello Kitty tu comel"
"Owh.."
It make sense. Obvious kot aku suka menatang tu. Tapi bila dengar orang lain cerita tentang obsesiku tentang Hello Kitty, kadang-kadang aku rasa diriku ini terencat.
"Ish Ratu abang ni. Cepatlah siap, nanti lepas jumpa Paklong, kita pergi shopping kat The Curve oke?"
The Curve!? Walaweyh..aku suka kot tempat tu. Ish, suami aku ni pandai pancing lah. Dah la aku ni senang dipujuk dan disogok. Aku mengganguk setuju sambil tersenyum. Lama tak pegi sana.

Aku mengharapkan pelbagai lagi 'aksi-aksi' menarik, romantik dan penuh kejutan oleh Faeez sepanjang kami ber'dating' nanti. Aku harap. Pasti dia nak gunakan peluang ni untuk mengurat aku. Rasanya lah..

*********

Badan aku tertolak ke hadapan akibat daripada inertia Faeez menekan brek secara tiba-tiba dengan marah. Rupa-rupanya kami sudah berada di hadapan rumah. Aku dapat dengar hentakan tangannya pada stereng kereta. Aku terkejut dan terkesima. Marah sangat ke? Bukan salah aku pun Harris tiba-tiba hantar mesej. Bukannya aku balas pun. Hek eleyh suami aku ni.

"Eyh...slow-slow laa.."
Dahi aku berkerut, geram dengan kejutan dia memberhentikan kereta secara tiba-tiba.
"Fea dengar cakap abang ni baik-baik ye. Abang tak kesah sesusah mana sekalipun abang kena tanggung untuk tunggu Fea jatuh cinta kat abang. Que sera sera lah!  Fine lah kalau sampai bertahun-tahun sekalipun. Perasaan Fea abang tak boleh paksa. Itu hak Fea. Tapi isteri tetap isteri. Abang sanggup bersusah payah untuk buat Fea cintakan abang. Tapi ingat satu perkara..."
Macam berbaur ugutan dan ancaman percakapannya. Aku takut. Mukanya yang selama ini sejuk mata memandang tiba-tiba bertukar menajdi bengis sekali.
"Fea kena ingat yang abang tak peduli sesusah mana sekalipun, Fea kena lupakan lelaki ni! Wajib kalau Fea nak kita jadi suami isteri bahagia. Faham!?"
Sambil jari telunjuk nya menuding ke arah batang hidung ku. Aku jadi ketakutan. Lebih-lebih lagi apabila pintu keretanya dihempas dengan sangat kuat. MasyaAllah, ni memang marah sungguh ni.

....akan bersambung


p/s: I really wanted to continue but I cant..Dang! Less than 3! <3

***UPDATE: Sambungannya di entry DSLR and Jungle Red Lingerie On First Date***

Monday, July 18, 2011

CERPEN#1 Subuh Pertama Dengan Suami ku

Assalamualaikum..

Sedikit aku mendongak kepala aku untuk melihat dari mana datangnya nafas hangat yang seakan meniup ubun-ubun rambut ku.
"HAAH!!"
Lubang hidung Faeez betul-betul berada di atas ku!
Semput nafas aku bila aku perasan bahawa bukan sahaja tangannya yang merangkul tubuhku, tapi tangan ku juga 'enak' memeluk tubuhnya yang tidak memakai baju.
Apa dah jadi semalam? Seingat aku semalam aku dan dia cuma tidur saja, tak ada apa-apa yang berlaku walaupun kami tidur sekatil. Atau mungkin...

Lekas aku mengangkat perlahan tangannya yang merangkul erat tubuhku.
Ish, susah juga nak lepaskan diri ni. Ketat semacam pelukan dia. Aku tambahkan sedikit daya tolakan, dan berjaya. Takut-takut aku selak selimut yang menutup bahagian dada ke kebawah badan ku. Takut-takut baju Hello Kitty masih melekap di tubuh, tapi seluarnya pula, sudah terbang melayang.

Hah!
Fuuhhh..Lega aku bila nampak pakaian aku masih sama seperti semalam. Seluar masih elok terpakai. Aku dah macam cacing kepanasan, tubuh aku sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Sampaikan katil itu bergoyang-goyang sehinggakan Faeez terbangun.

"Sayang..kenapa ni?"
Sayang?? That was the first time ever dia panggil aku sayang. Kenapa tiba-tiba??
"Errr.."
"Mimpi ngeri?"
Aku bingkas bangun duduk di tepi katil sambil membelakangi dia.
"Tak lah...Eh, semalam ada apa-apa jadi ke? Kita ada buat apa-apa ke?"
Faeez tersenyum. Manis. Tapi aku lebih takut untuk tergoda dengan senyuman nya tu. Aku menjauhi mata ku daripada memandangnya.
"Ada"
"Hah?? Ada!?"
Aku terus memalingkan wajah ku memandang tepat ke matanya.
"Ada lah. Fea peluk abang semalam. Abang pun peluk lah balik"
Tipu. Aku tak percaya. Mana mungkin aku peluk dia. Semalam walaupun aku agak sedikit tergoda dengan dia tidak memakai baju, aku masih lagi ada perasaan geli-geli nak berdamping dengannya. Muka aku berkerut dan kening sebelah kiri ku terangkat seperti The Rock.
"Mana ada saya peluk awak!"
"Ye...ada..awak peluk saya semalam."
"Tipu lah, awak ada buat apa-apa ke?"
"Lah, awak yang peluk saya dulu. Haha. Tak sangka Fea ni lagi comel dari yang abang kenal. Abang tak buat apa-apa lah"
Sambil mencuit pipi ku. Geli hati agaknya dia melihat aku yang serba tak keruan. Tak keruan ni Tuhan sahaja yang tahu betapa perasaan ini sudah melepasi tahap maksima. Tapi aku cuba untuk bertenang. Memang ada kemungkinan aku yang memeluknya dahulu kerana sudah terbiasa tidur dengan memeluk patung Hello Kitty pemberian kekasih hati yang dulu.
"Mesti dulu Fea dah biasa tidur peluk anak patung kan?"
Hah! Suami aku ni pakai sihir ke apa? Macam boleh baca je fikiran aku.
"Hah? Err.."
"Mesti patung Fea patung Hello Kitty kan"
Sekali lagi aku terkejut.  Takkan sebab aku pakai baju tidur Hello Kitty, dia dah boleh tahu aku No.1 fan Hello Kitty? Seingat aku mama dah cuba sedaya upaya untuk tak bagi sebarang usnur Hello Kitty ada di bilik pengantin ni walaupun sebenarnya ikutkan hati aku, nak je aku sarungkan cadar Hello Kitty di katil pengantin ni. This is creeping me out. Biar betul suami aku ni. Aku dah semakin biasa memanggil dirinya 'suami aku' apabila bercakap dengan diri sendiri. Memberi kesedaran bahawa aku sekarang sedang bersuami.

"Kalau betul saya peluk awak dulu, saya minta maaf. Saya tak sengaja"
"Takpa, buat lah lagi. Abang suka je" Ujarnya lembut sambil tersenyum
Senyuman tuh lagi! Eyyy..tak boleh jadi suami aku ni. Boleh jadi esok malam aku cair jugak dengan dia ni. Ish.
"Dah la. Elok je Fea terjaga. Dah subuh dah. Jom lah, kita jemaah."
Untuk solat, takkan lah aku nak menolak. Lagipun, walaupun aku tak berapa berminat dengan realiti aku sekarang bersuami kan lelaki yang tak ku cintai, aku masih mahu impian menghidupkan suasana rumah tangga dengan gaya hidup Islami. Nak tak nak, aku kena cuba untuk menerima dia. Itu tekad aku semalam. Hari ni aku kena bertindak.

Aku segera menuju ke bilik air. Ajakan nya untuk solat berjemaah tadi, barangkali telah melembutkan hati aku. Itu tandanya dia seorang yang telah bersiap sedia menjadi imam untuk aku. Kalau tak, takkan lah dia boleh begitu yakin mahu menjadi imam.

Selesai sahaja solat, rasa seperti satu limpahan rahmat mengena diriku. Tadi pada awal solat, jiwa ku semacam bergetar saat mendengar Faeez membaca ayat suci Al-Quran. Sedap. Merdu. Ada lagu. Sedikit macam tarannum. Buat solat ku bertambah tenang dan kusyuk.
"Ya Allah, kau satukan lah hati kami berdua suami isteri, supaya sentiasa mencintai dirimu dan mencintai sesama kami. Kau berikanlah petunjuk dan rahmat untuk kami membina keluarga yang bahagia, yang diredhai dan diberkati Mu Ya Allah. Kau lindungilah kami dari segala kecelekaan. Kau kurnikanlah kami zuriat yang soleh, kebagaian dan kejayaan di dunia dan di akhirat"

Itu doanya yang terakhir sebelum selawat dan di aminkan. Aku tunduk. Menghayati setiap baris doa yang dibacanya. Dia mendoakan kami. Aku sedikit tersentuh walaupun doa nya biasa-biasa sahaja. Tidak lah berbunga. Tapi itu salah satu daripada usahanya, untuk masjid yang baru dibina ini. Aku melayan fikiran ku sampaikan aku tidak sedar bahawa tangan Faeez sedang menunggu untuk disambut.

"Fea...salam abang"
Aku terkejut dari lamunan akibat terlalu 'touching' dengan doanya tadi.
"Owh..sori. Fea tak perasan abang nak salam"
"Apa?"
"Fea tak perasan"
"Fea panggil abang tadi kan?"
Aku hairan. Aku ada panggil dia abang? Ahh..aku suka sangat terlupa apa yang aku sendiri buat.
"Err...Saya tersilap"
"Tak apa..Buat lah selalu ye" sambil mulut nya membuat gaya senyuman tu lagi. Ish, boleh naik gila aku, suami aku ni menggoda dalam diam!
Wake up in the morning feeling like P Diddy.Got my glasses I'm out the door I'm gonna hit this city. Before I leave brush my teeth with a bottle of Jack. 'Coz when I leave for the night I ain't coming back...
Aku terkedu saat mendengar bunyi lagu barat "Tik Tok-Kesha" memecah sunyi ruangan bilik tidur kami. Kami saling berpandangan sebelum aku berlari sambil memakai telekung menuju ke laci meja katil apabila tersedar bahawa itu bunyi handphone aku. Pukul 6.40 alarm itu berbunyi. Memang itulah kebiasaannya waktu aku bangun ketika masih bujang. Bergantung harap kepada suara Kesha dapat mengejutkan aku dari tidur.

"Alarm phone Fea ke tu?"
"Ha'ah"
"Rock nya lagu."
"Hee..bagi senang bangun." Jawabku sedikit tersengih.
"Lambat betul bangun"
Aku diam, suasana kembali sunyi sejurus selepas aku mematikan penggera. Aku tidak tahu mahu menjawab apa. Malu pun ada, sebab dah 'kantoi' bangun lewat.
"Dah jadi isteri sekarang tak boleh bangun lambat-lambat sangat tau. Nanti Fea kena siapkan keperluan abang. Pakaian, makanan. Kalau kena mandi wajib lagi lah tak boleh bangun lambat"


Aku menelan air liur aku. Adui, malam ni mesti aku akan penat memikirkan tentang 'perkara ni' lagi. Aku tak boleh selamanya menolak ajakan nya. Aku tak mahu menjadi nusyuz menidakkan hak suami aku.


akan bersambung..

p/s: Ratu nak tulis lagi, tapi time constraint! Oh I wish I could just type my thoughts!

***UPDATE: Sambungannya di entry First Ever Date Dengan Hubby***

Sunday, July 17, 2011

CERPEN#1: Pagi Selepas Malam Pertama

Assalamualaikum..

Sambungan kepada "Malam Pertama Dengan Lelaki Bukan Pilihan Hati"

Sudah jam 9.30 malam, keluarga mertua ku baru mahu berangkat pulang. Entah apalah yang nak dirisaukan sangat dengan anak lelakinya ni. Dah la umur pun 30 tahun. 5 tahun beza umur dengan aku. Ada juga beberapa jiran-jiran sekampung yang datang menolong masih belum pulang. Walaupun Faeez nak tolong 'support' perkhidmatan catering, keluarga sebelah aku insist nak masak sendiri menu makanan utama. Cuma beberapa saja hidangan yang menggunakan catering.

Entah lah. Aku pun tak faham, yang aku tahu, tugas aku cuma kahwin. Dah selesai dah pun.

Sebelum menghantar ibu bapa mertua ku pulang, aku ada terlihat Mami membisikkan sesuatu kepada Faeez. Heh. Nak turunkan tips malam pertama lah tuh. Sorry, but it won't be tonight. Getus hati ku geram.

Aku lihat Mami menghulurkan kepada Faeez sehelai kain putih.  Malu-malu Faeez saat dia ternampak aku melihat dia menyambut kain itu dari tangan Mami. Mesti nak cek aku dara ke tak lagi. Dia tuh entah kan teruna entah kan tidak. Selesai sahaja kereta Perdana mertuanya beredar dari perkarangan rumah, aku terus minta diri mahu ke bilik. Pedulikan lah keluarga aku nak cakap aku ni tak sabar ke apa, yang pasti, malam ni bukan 'malam pertama'. Benda tu dah pun dipersetujui tadi.

"Fea..."
"Hmm.."
Aku menyahut malas dari dalam bilik air apabila terdengar Faeez masuk ke dalam bilik pengantin yang serba merah jambu, dan suasananya yang romantik apabila diterangi cahaya suram. Aku melihat Faeez berdiri di hadapan ku sambil meletakkan kain putih tadi di atas meja bilik tidur. Mesti dia kecewa tak dapat guna 'kain istimewa' tu malam ni.
"Kita dah setuju kan malam ni kita takkan...."
Belum sempat aku menghabiskan ayat tadi, Faeez sudah mencelah, sambil matanya tidak berkelip memandang aku yang abru keluar dari bilik air.
"Cantik Fea.." Ujarnya lembut
Kali pertama dia melihat aku begini. Bukannya aku pakai lingerie ke ape. Tak seksi pun. Padahal malam tuh aku cuma pakai tshirt dan seluar panjang bercorak Hello Kitty dan rambut lurus paras bahu aku dilepaskan serabai. Tadi selepas aku mandi, aku terus keluar bilik memakai tudung kerana tetamu masih ramai di luar, dia tidak berada di bilik saat aku menyalin pakaian.
"Hmm..macam ni lah iseri awak. Tak ada apa yang menarik"
Aku tunduk. Aku rasa aku ni bukannya taste dia. Tak perfect pun. Badan kurus pun tidak jugak, aku baka badan besar, ikut macam abah. Tapi berat masih ideal. Sihat Alhamdullilah. Kulit gelap. Sebab lasak aku banyak cacat cela dekat kulit aku yang sensitif ni. Nak kata lumus, jauh sekali. Lembut pun tidak juga. Kalau dia tak berminat nak sentuh pun aku tak hairan. Siapa suruh syok je masuk meminang tanpa kenal.
"Tetap cantik. Sweet je abang tengok"
Aku senyum sedikit. Tak tahulah dia betul-betul ikhlas atau sengaja nak ambil hati supaya aku ubah fikiran tentang malam ni. Tapi untuk malam ni memang aku tak ready.
"Malam ni kita tak 'tu' kan" 
Aku masih mahukan respon untuk soalan tadi. Aku nak 'confirm'kan! Sebab walaupun aku tekad, aku masih takut akan kalau-kalau tindakan aku membawa kepada nusyuz.
"Jangan risau..abang tahu Fea tak ready lagi. Abang relakan. Abang tunggu sampai Fea ready ok? Tapi jangan lama-lama sangat, kita ni kahwin bukan untuk try an error. Tapi untuk selamanya taw. Abang nak kita ada zuriat"

Lega aku mendengarnya. Tapi...apa? Dia cakap pasal zuriat? OH EMM GEE.. Terkejut aku, mata aku membutang. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam apa lagi. Terus aku berlari kecil masuk ke dalam selimut dan baring mengiring menghadap ke sebelah kiri katil aku supaya tidak bertentangan dengannya. Dia masih di situ. Berdiri tersenyum melihat aku yang macam gelabah.

Aku pejam mata, memegang erat hujung selimut. Aku tak tahu apakah dia akan tidur di bawah atau masih naik ke atas katil. Tapi memang tiada tilam mahupun comforter untuk dibuat alas tidur. Walaupun sudah dipersetujui untuk tidak bersetubuh, aku tahu bahawa isteri tidak boleh meninggalkan tempat tidur tanpa izin suami. Menolak ajakannya pun, sudah mendapat balasan dilaknat malaikat sehingga waktu subuh.

Terasa seperti tilam ini bergerak apabila bebanannya bertambah. Faeez naik ke atas katil! Aku semakin cuak. Apakah dia akan memeluk ku. Tangan aku semakin kuat menggengam selimut.
"Ah..!"
Aku terjerit kecil apabila selimut itu sedikit ditarik oleh Faeez. Terkejut. Mata masih lagi terpejam erat. Takut
"Haha...Fea ni kelakar la. Rileks la, abang cuma nak tarik sikit selimut. Sejuk ni."
Boleh pecah jantung aku ni sebab terlalu kencang degupannya. Lampu suram dimatikan. Aku rasa lama aku cuba menahan takut untuk tidur sehinggakan aku perasan Faeez telah pun lena bila aku mencuri melihat dia tidur. Lega.

Segak jugak Faeez ni. Dah la tidur bukak baju. Pergh! Ish Neesa, Neesa..Apa yang kau fikir ni.
Tapi..dia suami aku..so..tak salah kan tergoda sikit. Hehe. Aku tergelak sendiri dengan fikiran nakal aku.
"Emmmhh"
Aku terkejut dan lekas membenamkan muka ke bantal. Rupa-rupanya Faeez cuma menukar posisi tidur. Pheww..Aku tersenyum. Aku teringat kata-katanya siang tadi.
"Fea kena cuba buka hati Fea untuk terima abang. Kenal diri abang. Kita ada banyak masa untuk kenal diri masing-masing. Kita suami isteri. Syurga Fea di bawah tapak kaki abang."
Tiba-tiba muncul 'hidayah' buat ku untuk cuba menerima Faeez. Betul juga. Dia tak akan kahwin dengan aku kalau bukan sebab nak main-main. Sampai bila nak macam ni. Bukannya susah pun kan..

**********

Aku terbangun pagi itu apabila merasakan sesuatu perasaan yang pelik. Macam geli-geli di bahagian muka. Buka sahaja mata aku terkejut. Takkan lah aku kat hutan kot. Aku membelakangkan sedikit muka ku untuk melihat pandangan dari sudut 'wide angle' yang lebih luas.
Terkejut aku MasyaAllah! Masih sempat berbisik mengingat Allah tatkala melihat tadi aku tidur bersandarkan dada Faeez!


...akan bersambung

p/s: sambungannya akan menjadi romantik, lucu dan...saspen :) nantikan

***UPDATE: Sambungannya di entry Subuh Pertama Dengan Suamiku***

Image source: weheartit.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...