Thursday, August 11, 2011

CERPEN#1 : In Memory Of Muhammad Faeez & Epilog (Final)

Assalamualaikum..

Sambungan kepada cerita Lebih Baik Daripada Seth Tan dan lain-lain cerita sebelumnya. Sila rujuk ENTRI INI.

Aahhhhh!!! Aku tercungap-cungap apabila tersedar. Basah. Peluh satu badan. Cepat-cepat aku mengeluarkan diri dari selimut. Blackout agaknya. Kipas tak berpusing dan penghawa dingin tidak berfungsi. Meminjam cahaya dari Blackberry, aku melihat sekeliling dan kemudian meraba dalam laci mencari lampu suluh. Jumpa! Perkara pertama yang aku suluh adalah ruang sebelah tempat ku tidur.

Kosong. Tidak seperti selalu. Aku menggengam cadar katil tempat Faeez tidur. Rindu. Sedih. Sunyi.

Berbekalkan 70% bateri dari komputer riba, aku masih mahu melayari internet. Semata-mata untuk menonton video yang pernah Faeez dedikasikan untuk ku.

KLIK PLAY untuk mengenali definisi cinta sebenar dari sebuah melodi. Video dari cerita sebenar seorang pencinta setia, Chris Medina. Bersedia untuk tangkap leleh.





What are words
If you really don't mean them When you say them
What are words
If they're only for good times Then they don't
When it's love, Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone


Perlahan air mata ku menitis. Takat lebur ku semakin lama semakin rendah sejak sentiasa saja dibelai dan dimanja Faeez. Aku dah tak macam perempuan dulu yang keras kepala. Mudah sahaja dicairkan. Dan sekarang, bila Faeez tak ada, aku lah orang paling sengsara agaknya.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berdering. Siapa lah yang tak kenal waktu tidur ni. Nombor telefon saja dah pelik.
"Hello assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam sayang...tak tidur lagi?"
"Abang!!! Kus semangat..Ingatkan orang Cina mana tadi.."
"Abang memang bukan orang cina, tapi abang call jauh dari China ni.."
"Hehe...Abang..I miss you like crazy..tak best la abang tak ada teman tidur.."
"Ala..ciannya, sabar ye. Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Minggu depan abang balik kita jangan keluar bilik!"
"Haha..kenapa abang tak tidur lagi..tak penat ke jalan jauh?"
"Dalam flight dah puas tidur..kat sana dah awal pagi kan? Haa..kenapa belum tidur lagi.."
"Mimpi ngeri. Panas sebab blackout. And..I Miss you.."
"Alolo..kesiannya..abang tak boleh call lama ni. Abang call pun sebab rindu tahap nak terjun kapal terbang tadi.."
"Haha...Kenapa tak terjun je?"
"Dari mati tak dapat jumpa langsung, baik abang tunggu flight balik. Boleh bawak kain sutera cina untuk sayang kat rumah"
"Haha..I love you..and miss you..mucho!"
"Me too darling..goodnight..sweet dream sayang..Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Jangan lupa kain sutera. Hehe. Take care"
Talian dimatikan. Aku tersenyum sampai lena. Lega. Rindu terubat. Bersedia untuk rindu lagi seminggu.

************************

"Irfan, Sara. Duduk elok-elok makan." Sambil buat aksi cliche suap makanan macam kapal terbang, satu persatu mulut anak comel ini aku sumbat dengan bubur ayam.
"Bismillah..Nganga aaaaa. Ermm..nyum nyum...pandai anak ummi makan.."
Dari luar, aku lihat lelaki itu sedang memerhati kami tersenyum di muka pintu rumah. Aku melambai mengajak nya untuk datang duduk bersama. Dia hanya menurut selepas tangannya ditarik oleh Sara. Tangan kirinya didepakan ke belakang bahu ku manakala tangan kanannya dilabuhkan ke atas perut ku dan mengusap lembut. Bibirku hanya mengoyak senyum kecil kemudian kembali fokus kepada anak-anak ku.
"Siapa pandai jawab...siapa nama Ummi?"
"Shagha tahu. Shagha nak jawab." Jawabnya lekas, tetapi pelat sambil terlompat-lompat.
"Aneesa Sofea!" Kesian. Belum sempat Sara menjawab Irfan sudah terlebih dahulu menjawab sambil terlompat-lompat. Irfan abang Sara walaupun sebenarnya sewaktu lahir, dia lewat 3 minit selepas Sara. Tetapi tradisi famili, kalau anak kembar, yang last sekali keluar adalah lebih tua kerana dia sudah mengalah memberi anak pertama keluar dahulu.
"Alaa..abang ni...Shagha nak jawab dulu"
"Oke..oke..Sara jawab pula..Nama ayah siapa?"
"Nama Ayah Muhammad Faeez kan ummi?"
"Pandai Sara.." Serentak kami dewasa menjawab. Kami hanya tersenyum melihat keletah mereka.
"Tapi sekarang ayah dah tak ada. Tapi Allah bagi  kita Walid kan ummi?" Kata Irfan selamba sambil bertanya. Aku hanya tersenyum.
"Nama walid siapa?" Lelaki di sebelah ku bertanya.
"Walid nama Harris Bin Sulaiman" Jawab Irfan seraya memeluk lelaki di sebelah ku. Ayah tiri Irfan dan Sara. Juga suami kedua ku setelah 3 tahun lebih kepergian Faeez.
"Pandainya anak walid makan..."
"Irfan makan elok je, Sara makan comot." Kata Irfan sambil tersenyum bangga memandang Sara. Aku dan Haris hanya mampu tersenyum..

*****************************
Dunia ibarat macam sudah kiamat apabila doktor mengesahkan Faeez meninggal dunia. Aku yang masih berdarah dan luka akibat kemalangan tadi masih enggan dirawat kerana terlampau risaukan Faeez. Lagipun apalah sangat luka kecil ku kalau nak dipandingkan dengan Faeez yang hampir kesemua mukanya hancur dan serpihan kaca melekat di seluruh badan. Belum lagi hentakan kuat di dadanya terkena besi tiang lampu yang menghempap. Semuanya berlaku begitu pantas.
"Abang cintakan Fea taw. I love you more than words. And this words will live on even when I'm gone."
Terngiang-ngiang katanya siang tadi di dalam kereta apabila sedang menunggu lampu hijau di jalan raya. Sudah 5 bulan aku dan dia bersama, tak banyak yang pahit, semuanya manis. Pergaduhan paling besar pun cuma apabila kami bertelingkah tentang warna cat apa untuk rumah baru. Itu pun cuma satu hari.

5 bulan tu sungguh indah. Sedikit demi sedikit kami belajar mengenali diri masing-masing. Aku tahu luar dan dalam Faeez, mengenali hati budinya, kenal baik buruk, hitam putih Faeez. Tak ada yang lain kecuali yang hebat. Bercinta selepas kahwin. Menakjubkan!

Kerana kecuaian seorang pemandu trak yang bercakap di dalam telefon dan melanggar lampu merah ketika kereta kami bergerak, 2 buah kereta menjadi mangsa. Dan kerana itu,aku kehilangan Faeez. Terlalu cepat. Sungguh aku tak puas. Aku ambil masa berminggu-minggu untuk pulih selepas kehilangannya. Semuanya sangat susah bagi aku walaupun ramai manusia yang memberi sokongan, kehilangan Faeez sungguh menyeksakan. Derita yang amat.

Sebulan selepas kehilangannya, peristiwa pengsan di rumah Mami, mengkhabarkan suatu yang aku kira masalah dan bebanan tambahan bagi ku yang masih belum stabil emosi tatkala itu.
"Tahniah puan, Syukur Alhamdullilah, Puan mengandung satu bulan. Kembar"
Mami di sebelah memanjatkan kesyukuran sambil tersenyum. Aku ikut tersenyum. Kerana memang selalunya para isteri akan gembira mendengar khabar mereka akan menjadi ibu. Tapi senyum ku hanya sesaat dua, kemudian wajahku menjadi kelat. Aku meraba perut ku dan aku tersedar, anak dalam kandungan ku tidak berayah. ANAK YATIM!

Aku janda. Ibu tunggal. Miliki anak tanpa ayah. Bermacam perkara negatif bermain di dalam kepala. Aku risau memikirkan bagaimana mahu menyara anak dan membesarkan mereka tanpa seorang yang bergelar ayah. Apa yang hendak ku katakan kepada mereka nanti kalau-kalau mereka bertanya.

Tetapi Allah Maha Adil. Diambil-Nya nyawa Faeez dan dianugerahkan pula 2 lagi nyawa lain. Penyambung zuriat ku dengan Faeez. Sepasang kembar berlainan plasenta- lelaki dan perempuan. Muhammad Irfan dan Sara Amalina. Aku mengambil masa yang lama untuk kembali sedar tentang Allah itu Maha Adil. Terlalu banyak peperangan emosi dan spiritual yang membawa aku kepada erti redha, sabar dan tabah. Solat dan doa ku tidak putus-putus tetapi hatiku masih degil untuk menerima hakikat sampaikan aku pernah berharap aku juga mati dalam kemalangan tu, atau anak yang dikandung ini gugur sahaja!

Astaghfirullah, nasib Allah sedarkan aku. Terima kasih buat mereka yang tak putus-putus mengirim doa, memberi nasihat dan sokongan. Behind every clouds there's a silver lining dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan mereka. Sesungguhnya Allah sayangkan orang yang sabar, dan kerana sayangNya kami diberi ujian.

Allah Maha Besar. Sepanjang pemergian Faeez, Harris adalah orang yang sentiasa ada memberi sokongan dan semangat. Aku malu jika mengingat kembali bahawa aku perempuan yang sangat lemah kerana hilang orang tercinta. Alhamdullilah, kerana Harris dan yang lain-lain aku tahu bahawa cinta ku salah kerana telah melebihi cinta kepada Allah. Sikit-sikit aku kembali pulih. Dan lihatlah, Allah kurniakan lagi cinta buatku. Cinta dunia yang datangnya dari Harris.

"Fea, saya cintakan awak. Lepas awak nikah dengan arwah, saya dah macam hilang arah. Saya selalu compare myself with your perfect husband. And I guess, best man wins. Tapi bila saya dengar khabar Faeez dah meninggal and awak mengandung, sumpah, saya cuma datang melawat atas dasar kesian dan persahabatan. Tapi bila saya tengok awak, rasa lama tu muncul balik."
"Apa yang awak nak cakap ni Harris. Saya tak suka lah kenang benda-benda lama ni"
Wajahku berkerut seribu. Tak sanggup untuk mengenang kembali sejarah silam apatah lagi kenangan manis apabila nama Faeez dibangkitkan ketika aku ke rumah Harris untuk menjemput Sara dan Irfan waktu terdesak hari tu.

"Bila awak tak ada, saya cuma fokuskan diri saya dekat family dan kerjaya. Sampailah sekarang, tak pernah terlintas pun untuk jatuh cinta. Tapi, bila Faeez dah tak ada, and saya tahu awak pulak...macam.."
"Apa ni Harris!?" 
Aku jadi marah apabila Harris buat pertama kalinya setelah aku bergelar janda cuba mencapai tanganku. Apakah dia pikir kehilangan Faeez peluang untuk dia kembali meraih diriku semula. Aku janda. Dia pula teruna bekerjaya sekarang, arkitek terkemuka. Tak layak langsung!

"Fea. Listen to me! I'm not saying I'm happy that he's gone. But try to think of it, maybe this is how it should be. Maybe we were supposed to be together. Maybe this is it. Apa yang Allah bagi sebagai balasan kesabaran saya menunggu awak?"
"Harris, you deserved better. Not me. You...me..we just happened to be together as a friend. You've helped me alot. Masa sakit saya, masa saya perlukan seorang pelindung, especially when my children needs a man. Thank you so much sebab jaga dorang, kasihkan dorang macam seorang ayah. Tapi, to fall in love with me, that is just wrong Harris."
"Kenapa pulak? I loved you long before you were even married. I love you for who you are. Back then up until now. It never changed. And I love your family, your kids. Kalau dulu,memang saya tak ada apa-apa, jangankan kata ilmu agama, duit pun takde, but now, Ive been better. Apa lagi yang awak nak?"
"Harris...you...hmm..kita ni..."
"Aneesa Sofea..Will you just marry me and be my wife? So I can just be there with you all day and night?"


Hampir sebulan aku dan dia tidak bercakap. Bersua apatah lagi. Aku cuma katakan aku mahukan ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Aku yakin jawapannya tidak. Pening juga memikirkan anak-anak yang selalu saja menangis, menjerit seolah-olah mencari Harris. Hanya Harris yang tak pernah putus-putus menghantar pesanan ringkas berupa doa,kata-kata hikmat, pujangga dan macam-macam lagi untuk buat aku menerima dia. Menggantikan tempat Faeez itu yang payah. Menerima lelaki lain, sama seperti terpaksa melupakan segalanya tentang Faeez dan mula membuat buku baru. 

Sampailah ulangtahun Irfan dan Sara yang kedua, kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan, Mami mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan dan aku berjumpa Harris di sana. Sukanya mereka bukan kepalang dapat berjumpa dengan Harris.


"Mami, kenapa Harris ada kat sini?"
"Mami jemput dia..Mami kesian tengok kamu buat Irfan dan Sara tertunggu-tunggu Harris"
"Laa...ye ke..Kalau Mami tak jemput pun tak apa. Lagi senang dorang nak lupakan"
"Fea....Faeez dah lama pergi. Irfan dan Sara tu dua-dua kecil lagi. Fea pun baru umur 25. Muda lagi Fea. Jangan sebab orang yang dah tak ada Fea lupakan masa depan Fea sendiri."
"Apa maksud Mami ni...Fea tak faham.."
"Harris tu Mami tengok baik orangnya. Cukup semua benda. Dia sayang, cintakan Fea, sayangkan Irfan dan Sara. Irfan dan Sara pun sayangkan dia. Tu lagi penting. Terimalah dia. Mami sebagai mertua Fea,malah lagi menyokong Fea mulakan hidup baru dengan dia."
Mami menggalakkan aku kahwin dengan Harris??
Aku ke pintu dapur,melihat ke ruang tamu yang penuh dengan saudara mara, mencuri melihat gelagat Harris dan putera puteri ku. Memang, tak ada yang kurang pun dengan Harris.

Malam selepas kenduri kesyukuran selesai, aku hanya mampu tersenyum kecil antara nampak dan tak nampak dan melambai Harris. Pulang sahaja aku menghantar mesej ke handphone nya:

"I've made my decision. Whether you like it or not. That's just it"

Seminit kemudian, feedback diterima.
"I respect whatever decision you made. But I'm sure marrying me is the best you could pick"
"I hope so..." 
Balas ku ringkas. Ku biarkan Harris dalam tanda tanya setelah mendapat balasan mesej yang bertanyakan apakah jawapan ku adalah ya.

***************

"Ummi..." Kepala Harris tersembul di depan pintu bilik tidur kami ketika aku sedang melunjur membaca majalah Pa&Ma di atas katil
"Ye walid..." Jawabku selamba. Tidak langsung menghalakan pandangan ke arahnya.
"Mmuah..I love you" Tak sedar sejak bila Harris naik ke atas katil, muncung bibirnya sudah mendarat di pipi kanan ku. Automatik muka jadi merah.
"Hehe.." Aku hanya tertawa kecil. Tidak membalas ayat manisnya.
"Oh c'mon. Say it!"
"Apa?"
"Those 3 words la sayang oi..."
"1 perkataan je tak boleh?"
"Apa?"
"Saranghaeyo!" Sambil buat muka bajet comel ala-ala korea dan kedua belah tangan naik ke atas kepala membuat bentuk hati.

"Haha...so cute la ummi ni! tapi, I don't understand Korean. Bahasa Melayu please.. " Segumpal lemak pipi ditariknya. 
"Kalau dalam Bahasa Melayu, maksudnya sarang burung.."
"Alaaa...sayang ni...!"
TOK! TOK! TOK!

Gelak tawa kami terhenti apabila pintu bilik diketuk.
"Ummi...Walid.."
Kedengaran suara Irfan menangis teresak-esak di balik pintu. Aku mahu bingkas bangun tetapi ditahan oleh Harris.
"Its ok. Biar walid tengok. Ummi dengan baby duduk sini diam-diam."
Katanya tersenyum sambil menepuk lembu perut ku. Harris membuka pintu dan aku hnay melihat dari katil tempat ku berbaring.
"Walid...Irfan kencing dalam seluar lagi..."
"Laaa...Tadi Irfan tak wash wash dulu ye sebelum tidur"
Aku lihat Irfan tunduk menggeleng sambil muncungnya panjang. Aku bangun juga dari katil mendekati mereka. Kesian, tak senang rupanya nak ajar anak kecil ni tidur berasingan.
"Irfan pergi wash wash dulu, tukar seluar lepas tu tidur k?"
"Nak tidur dengan ummi ngan walid"
"Mana boleh. Irfan dah besar. Nanti dah nak dapat adik. Lagipun siapa nak teman Sara tidur nanti?" Jawab Harris cepat. Dia lah yang paling bersungguh mahu mengajar kembar tidur berasingan dari kami selepas mendapat tahu aku mengandung anaknya. Irfan hanya mengganguk bisu.


"Jom, walid teman Irfan tidur k, Irfan pergi masuk bilik air."
"Ummi..ummi duduk sini diam-diam. Jangan tidur lagi taw. Paling penting, jangan tukar baju! Taw!"

Arahan yang lembut tetapi tegas, diselangi pula dengan senyum nakalnya. Aku hanya mengangguk. Bukan main pandai-pandai sangkutkan baju tidur satin berwarna turqoise ketika aku di bilik mandi. Aku pun faham-faham sendiri saja lah kehendak nya. Baju tidur tu, tak tahu kenapa dan mengapa, tetapi tu pemberian Harris sehari selepas ku khabarkan berita yang aku kini mengandungkan anaknya.

Aku hanya melihat Harris pergi sambil memimpin tangan Irfan.
"Walid....!!"
Dari jauh aku memanggil sebelum mereka hilang di balik pintu. Irfan sudah masuk ke dalam bilik air, aku dapat dengar bunyi air. Harris pula menyembulkan kepalanya di muka pintu.
"Ye...?"
"Ummi cintakan walid.." Aku tersenyum sambil menegnyit mata dan melambai sebelum masuk ke bilik. Drai dalam bilik aku dengar Harris membalas.
"I love you too!!"


TAMAT

Pheww...Habis pun. Oke kan? Semua orang pakat tak nak sad ending. So I have to make some 'amendments' to it without altering the part that Faeez had died. Although I enjoyed making sweet, romantic, 'sempoi' story, the truth is, real life isn't that easy and true story do have sad ending. Feel free to drop comments. Especially to those yang jadi silent reader. 
:)

with love,
Yang mempunyai imaginasi di luar kawalan, dan tak mampu menahan gelora mahu berkahwin,
Nisa (bukan nama sebenar)

haha..
Bye awesome readers!
12/Aug/2011, 1:55 AM

image source: google

92 comments:

Orang Kita said...

ya allah,, jiwang seh,, ahahha ^_^

Unknown said...

OMG...this good ratu...
like it very much....
so sweetLAH...nnti wt cita bru ag ok...
will wait..^____^ V

Anonymous said...

habis jugak cerpen ni finally :) tapi x puas hati..nape faeez mati T_T

Ratu Tak Cantik said...

popoi: maafkan saya keran terlalu jiwang, tapi nilah sifat lahiriah ratu..haha :)jgn geli2 ea..huhu

fatin:
owh! hye awesome reader! :)people like you is the reason i would keep writing..tq for ur support dear! :) <3

athira: nape Faeez mati? sebba ajal di tangan Tuhan..org yang kita tak nak mati pun kdg2 tinggalkan kita terlalu awal...I just have to make the story seem realistic, n not too disney's :)n tq!!! tq for reading! :) <3 heartsss!

Anonymous said...

such a great story=)
keep it up,,
love ur writing..
*one of those silent reader^^

Ratu Tak Cantik said...

@anonymous: tq tq! :) :') *terharu* teruskan membca blog ni ye!

Anonymous said...

Selamat Hari Raya tuan rumah..

Rasa macam naik roller coaster baca cerpen 6 episode ni..eh betul ke 6?

Best!
Tq for sharing..

Ratu Tak Cantik said...

hye anonymous :)
wah! best tu dapat naik roller coaster dgn membaca..i hope you like it! tq n ur welkom! :)

Anonymous said...

bes sgt cter nih.hehe sy silent reader kot,hahaha jiwang sgt

aqmardaydreamer said...

ummi... walid.. hurrmm mcm knal je.. ratu tak cantik dh lma dh tggu ni... bila nk kasi sain.... hehehe

aqmardaydreamer said...

ummi.. walid... mcm knal.. hehehe

Anonymous said...

Ini cerita Si faeez yg sebenar Nya Naem kan saya Dah baca buku ini cuma di ubah kandongan cerita Nya.. But I like..

Ratu Tak Cantik said...

anon: haa..cerita ape ye? sorry tapi saya x baca sgt novel..n tak tahu plak kalo cerita ni ade mirip2 cerita yang pernah dipublish dalam buku..kalau ada pun kebetulan la kot.. :)

AyiLarimA said...

Cik ratu, cerita ni sangat AWESOME !!
Mira suka sgt baca.. the true is, story ni ex-bf Mira yg bagi, mula2 Mira ingtkn cerita apa.. rupa2, memang super duper best !! Thanx for this story.. nanti buat lagi cerita tau.. :D

HazWaNi KamAruZamAn said...

best story.....

mila_o said...

so cute la cerita ni..tahniah..enjoy reading it!hhehehe

rohaiza said...

Tahniah love your story pls continue to be creative. Saya akan terus menbaca karya anda

ummuasyiqah said...

nicezzzzzz

Su Elly said...

x ska la suami first dia mati..jad sad ending pa sya wlaupun pada Ratu e2 happy ending..xska2..huhuhu..sdih sgt2..klau la jadi mcm Fea mau nangis 3 blan x berenti...

Su Elly said...

xska ending dia....sdih gla...tapi pengolahan yg baik....

Anonymous said...

sy suka crta nie...besttttt..
life is beautiful..teruskn berkarya...

awinz niwza said...

cerita ni memang best,,,,tpi saat saya bace bahawa faeez mati secara automatik air mate saye jatuh membasahi pipi.....apepon cerita ni memang best!!

Anonymous said...

best2,,credit to my friend, suzi for introduce me this blog
tq

nur amrina said...

kak.. serius cita ni best,, biar pown faez mati but for me it is a good story,, i hope you can make more stories..

nur amrina said...

kak.. serius cita ni best,, biar pown faez mati but for me it is a good story,, i hope you can make more stories..

nur amrina said...

kak.. serius cita ni best,, biar pown faez mati but for me it is a good story,, i hope you can make more stories..

Anonymous said...

sedih bila dapat tau faeez mati...he shouldnt died...baru 5 bulan kot...huhuu...tak boleh berenti nangis bila dapat tau faeez mati....anyway, u made a great story ratu...congrats... ^_^

Black Pearl said...

cerita ni betul2 ke, rekaan je?
kenapa ada jugak blog putera katak jawa tu?
saya dah confius gila3 niii...

Edy said...

kehidupan baru nak bahagia. dia dh pergi.. sad story, :(

Edy said...

salam kak.. :) ini cerita benar atau rekaan ya. cerpen ni, kalau diteliti, tak seperti biasa. sbb panjang dan penuh dramatik. by the way, blog putera katak pun wujud. briefly explain ya... thanks. :)

wasalam.

Ratu Tak Cantik said...

@ayiLarima: Tq dear for loving it...ex nak romantik la tu kasi cerpen ni baca..huhu.. harap2 ade moralnya :)

@Hazwani: Thank you :)

@mila_0: Thank you..I hope you enjoyed reading it..

And the rest of you..tahnk you thank you thank you so so so very very much! :)

Ratu Tak Cantik said...

@su elly: tq! :) i hope u like it eventhough ending die ngn first husband die sedeyh..huhu

@nur amrina: tq dear..susah sikit nak konsisten tulsi cerpen..byk sgt halangan..huhu

@fatimah: thank u for liking it :')

@stabilo aku: rekaan je syg.. :)

@aku dan kamu: sebab akak manipulate sikit teknologi ni create another whole new blog to spice it a bit.. :)

Edy said...

pandai akak, dini pun dapat tebak dari blogger power., ia tulis post by ratu tak cantik.. akak masukkan watak akak kan, sebab akak suka HELLO KITTY.. :)

sitinursyawana said...

Hai kak ! Malam ni saje je blogwalking. Cerita akak bestlah boleh publish ni jd novel:) putera katak jawa tu siapa dekat akak ? Hm cer citer cer citer :)

Aishah Asyiqin said...

Haris terlalu baik. Faeez pun baik.. duedue sweet

Aishah Asyiqin said...

Haris terlalu baik. Faeez pun baik.. duedue sweet

Aishah Asyiqin said...

Haris terlalu baik. Faeez pun baik.. duedue sweet

JijieNinie said...

sukanya sukanya..... sedih yet sweet! thumbs up =)

Anonymous said...

Hi there,i am chinese girl yg meminati penulisan cerpen..so i have go through ur story,sgt awesome tapi sesungguhnya i berharap yang faeez tak mati dan crita ini dikekalkan..sure bahagia :)

Btw u make me crying,and sis..u are awesome,thumbs up !

Syaf Ismail said...

a lot of things a wanna tell you ..tp cukuplah cerpen ni buat sy nak menangis .. best :) rasa mcm real story . sweet fareez , i hope i'll get 'him' as a husband. buat sy feel like "mak ! find me a husband la .."

Anonymous said...

sis.. cerpen ni sangat awesome, sweet and sedih. u make me crying now. huhu I hope I had someone like faeez in my life.

Anonymous said...

hahaha...first time msuk blog ni terpikat...hahhahaa...such a good story....(hati tgh berbunge lpas bce cter ni) >_<

Anonymous said...

Asalamualaikum, saya baru hbis terjah blog Ratu tak cantik ni.. Penat mencari kt mr.google psl cerpen best, rupa2 nya ni dia. Good job buat Ratu Tak Cantik, cerita Aneesa ni mmg best~ saya menangis time last n3 ni.. saya baca last n3 kat part fea suap baby2 dia mkn tapi before that saya baru hbis download lagu "what are words" tu.. sampai aje kat middle lagu tu, saya pun smpai pulak baca part fea n faeez accident n so on... part tu mmg teruk gila nangis~

What are words
If they're only for good times
Then they're done

When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more

Every single promise I'll keep
Cause what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close
lirik yang saya suka~ In Love, Fea n Faeez <3

Anonymous said...

Cerpen ni awesome, best, sedih, smua ada~ harap2 ada lagi cerpen2 best dri blog Ratu Tak Cantik :D

Anonymous said...

i frust sangat2 kenapa watak faeez mati aduilah ...hidupkan balik watak faeez aduiiiiii

Unknown said...

sis, what a great story ever...
sedih, excited, funny semua ado. nanti bt lagi yer.. kami support..

#silent reader.. ;-)

Anonymous said...

Best gilaaa!!! Baru jumpa blog ni. Lambatnya hehe. Tak nak faeez mati! Uwaaaa :( tp tetap best. (y) keep on writinggg :')
-peminat baru^^

Anonymous said...

spoil jerr..syok2 baca mati pulakk...kalau kt panggung di negara india boleh terbakar panggung ni..hehe

Unknown said...

cte ny best snad btw bler dy kte faez dh mninggal rse cdeyh ssnad..but mmg seriously cite ny mmg best..mmg TERBAEQQQ

Unknown said...

cte mmg best btw ble kte faez dh mningl rse cdeyh ssnad..nnty buat larh cte cm ny bnyk2 ye..hahaxx..TERBAEQQ!!

Unknown said...

cte mmg best.btw ble faeez uh mnggl rse cdeyh ssnd..ape2 pn cteny mmg TERBAEQ!!!

Anonymous said...

seperti sudah jatuh cinta ngan faez... si walid pun x kurang hebatnye...

Anonymous said...

Bru trjumpa blog ni..sungguh mgharukan..tersentuh hati dgn kisah ni..tahniah! Anda berjaya membuat sy menangis.. =)

Anonymous said...

i cried :'(

Anonymous said...

saya baru sign up blog,, n then trus baca blog ratu tak cantik nih... mmg best lah crite ni..sweet

Unknown said...

best sngt2...sy x pernah suka baca cite panjang2 ni..terbaik lah penulisnya..teruskan usaha lagi..

Unknown said...

best cite nye :) macam real je cite nye :D . yang part last tu sedih sekit :'(

Unknown said...

Mleleh air mata msa Faez mati..mcm real je cite ni..good job..truskn bkarya.. ;)

Unknown said...

best la citer ni... tapi faez mati :(

Ridhya Iman said...

One word - Amazing.

SeInDaH dofODiL said...

Baru baca cite.sweet je.terukan menulis ratu tak cntik.cerita awak best

just her's life said...

BESTTTTTT GILEERRRRR!!!! TERBAEK LAA...penulis y sgt berbakat Besar.. p xske la tgk 1st hubby die mati...sebaknye trase smpai tamat crita...

Anonymous said...

Seriously best!!!

Anonymous said...

Nice work!!! Congrats... But i dont like the ending since im gonna be married this weekend.. Dont wanna lose her even when i died..

Zakiyah said...

First time buka blogger:Ratu Tak Cantik ..terus jatuh hati...seriously the best...but which part that Putera Katak Jawa meninggal saya sangat sedih...ditambah dengan lagu What are words seriously I'm crying...huuwaaaa..tahniah kepada Ratu Tak Cantik ..pas ni bole follow ur blog lagi..

Anonymous said...

cerita nie kisah benar ke rekaan je?? saya tertanya.. bila buka blog putera katak jawa tiba2 menitis air mata.. sedih rasanya.. cinta faeez pada neesa sgt suci n murni.. terharu..

Unknown said...

This is so wonderful story.. thanks sis RATU TAK CANTIK.. waiting ur new writing

Anonymous said...

Sedih....tetiba saya berdoa...tuhan jgn ambil suami saya dulu...I need him to find God.....

saleha said...

Kak ratu ny real story ke??meleleh air mate sy. Sediy sgt..rase mcm betol2 tejadik. Please say no.xsanggup nx telan kalo betol. Sweet sgt.

saleha said...

Kak ratu ny real story ke??meleleh air mate sy. Sediy sgt..rase mcm betol2 tejadik. Please say no.xsanggup nx telan kalo betol. Sweet sgt.

Firza said...

Sblum nie klau sy baca cerpen kt blog tntang love story atau apa sekali pun xprnah plak mngalir air mata sy nie tp lpas baca Ratu pnye cerpen mngalir air mata sy. Cerpen Ratu nie memang terbaik lh. Best sangat..

Firza said...

Sblum nie klau sy baca cerpen kt blog tntang love story atau apa sekali pun xprnah plak mngalir air mata sy nie tp lpas baca Ratu pnye cerpen mngalir air mata sy. Cerpen Ratu nie memang terbaik lh. Best sangat..

Anonymous said...

cerita ni paling best in the world !!!! best jugak kalau kahwin dengan org yang tak kenal sebab cinta tu pasti akan datang . kalau cerita ni dibukukan mesti best ! kalau boleh saya nak bce bnyk2 kali hehe

khalida said...

best gilerrrrrrrrrrrrrrr , rase mcm nak kahwin cepat2 je . citer ni memang sweet !

Anonymous said...

Nice story.. even rekaan tapi superb.. terasa giler macam ade dalam cite tu.. good job.. =)

Unknown said...

ratuuuuu. saya baru je baca cerpen. huwaa sedih act. maaaf bertanya. ini kisah benar awak ke ratu?

feeya said...

Ex-boyfriend saya mcm faeez, nama pun sama, dan saya khilangan dia. Dada sebak bila bce part faeez meninggal.. Allah...saya x sggup khilangan dia.. :'(

camah said...

mohon create new cerpen tp.mcm.nvel lagi ratuuu...idea yg sgt fresh n x cliche with certain nvel lain..im 2014 reader ;)

Unknown said...

true story ke ni..?good story..

Anonymous said...

ingtkan real story.. huhuhu.. jalan crite best sngt smpai terkeliru mati2 ingt life story ratu.

Unknown said...

Baru terbaca blog ni in mar 2014.. tahniah ratu sbb publish story yg best ni..

Unknown said...

Sangat sedi bila 1st hubby dia meninggal.. tdak dapat bygkan kalo saya d tempatnya.. and yes! I do crying right now.. i love my husband and really miss him right now.. :'(

Unknown said...

best story...enjoy...bace sambil makan roti canai...mata tgk tulisan xtgk roti dah...haha :)

danisya el_zara said...

I like it,
Tp knpe tak cuba buat mini novel?
Kn lgi bnyak part romance yang dpt dituliskn,,
Tapi ni pun dah ckp bgus dah pun,,

Unknown said...

Ya Allah!! So sweet.. no doubt..
Hehe

Anonymous said...

so sad even it is a written story..it make me realise that love is good when you really realise the love...

Anonymous said...

Adoii..sedey sgt citer ni. Ratu mmg awsome. Cam kisah jiran sy lbh 20thn dlu (masa tu sy msh skolah rendah)
Si suami mninggal dlm tido & wife dia tgh preggy bru 3-4 mth. T_T..

Anonymous said...

Akak please buat versi Faez hidup plak..hehe..sedey sgt..mmg daebak penulisan akak Ratu.

Anonymous said...

DAEBAK!! i just found & read tis romantic cerpen..keep it up ur amazing pieces sis RTC.

Anonymous said...

Saya suka..tahniah ye,nanti ada masa tulis lah lagi.

Anonymous said...

Mmg the best story...congrat kak...

Anonymous said...

mmg trbaik n sgt mnarik...
keep it up...tp cuma gmbr profile blog xde baju yg elok sikitke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...