Panahan Cinta. Uish. Bahaya. Sekali kena teruk padahnya. Boleh jadi sakit rindu, boleh jadi sakit hati. Lebih parah kalau sakit tu sampai jadi buta hati. Buta hati lupa asal usul. Buta hati kerana cuma nampak indah. Yang ngeri nampak. Tapi buat-buat tak nampak. Lagi teruk kalau buta hati lupa agama.
Cinta buat kita berangan. Berimpian yang macam-macam. Punya suami isteri anak-anak, rumah besar dan bagai. Tapi kenyataanya? Realti tak seindah mimpi. Mimpi indah. Tapi mimpi pun ada yang ngeri. Tapi siapa yang berkehendak kan mimpi yang ngeri? Dengan kuasa Tuhan aku, Tuhan kau, Tuhan sekalian alam, mimpi boleh jadi realiti. Yang indah..mahupun yang ngeri. Ya. Kuasa Allah. Yang Maha Berkuasa (Al-Aziz)
Aku sedar. Cinta di usia muda tidak menjamin apa-apa. Walaupun keinginan itu kuat untuk membawa cinta sehingga ke alam pernikahan, tapi masa depan aku tak tahu! Kau tahu? Tiada siapa yang tahu!! Kecuali Allah yang Maha Mengetahui (Al-Alim)
Alpa. Lalai. Lupa. Memang betul pun. Jangankan kata Melayu mudah lupa. Kita manusia memang mudah lupa. Pelupa! Tak perlu tunggu tua. Muda-muda remaja ramai yang dah kecundang dek lupa asal-usul. Bukan asal tempat tinggal,lahir, membesar dan semuanya. Kita lupa yang kita datang dari Allah dan kita juga kembali kepada Allah. Lupa bahawasanya kejadian kita sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana di dalam Surah Al-Hajj ayat 5:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu....
Sedangkan perkataan manusia sendiri datangnya daripada perkataan Arab yang bermaksud 'nasia' iaitu pelupa. Kenapa? Sebab dari sebelum kita lahir kita telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita. Tapi bila kita hidup, kita lupa. Kita bukannya hidup untuk mati. Tapi kita mati untuk hidup. Surah Al'araf Ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"
Astaghfirullahalazim. Selama ini aku sangka aku sihat walafiat. Ternyata sakit pelupa aku sangat parah. Sungguh. Islam ni agama yang syumul(lengkap) dan waqiyyah(praktikal). Tapi kita sering lupa untuk balik kepada jalan-Nya.
Dan bila cinta? Kita nak bersama dia, tapi kita lupa batas pergaulan. Kita lupa adab dan tatasusila. Kita nak dijodohkan dengannya, tapi kita lupa meminta kepada-Nya. Kita lupa DIA. Istighfar. Astaghfirullahalazim.
Cinta kalau tidak disemai dengan benih yang sesuai, tidak disiram dengan air penuh rahmat dan berkat dan tidak dibawa ke jalan yang bercahaya, layu juga jadinya nanti. Tidak membawa apa-apa. Tidak berbunga Tiada hasil. Cuma tinggal dahan berduri yang tidak mahu berpucuk. Rugi buang masa, duit dan tenaga mencari benih, mencari air, mencari cahaya. Kerana DIA yang ada, tidak mahu pula kita pergi kepada-Nya.
Astaghfirullahalzim. Teima kasih Ya Allah. Syukur. Kau berikan lagi aku peluang untuk bangkit mengejar-Mu. Mudah-mudahan bingkisan tulisan cincai ini ada ertinya buat sesiapa yang membaca. Peringatan. Semoga dijadikan amalan untuk kau dan aku. Amin Ya Rabbal Alamin.
Recommended Articles:
http://johneox.wordpress.com/fitrah-kejadian-manusia-mengikut-al-quran/
http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
Sumber rujukan:
http://fathullah91.blogspot.com/2010/09/petua-mengelakkan-jadi-pelupa.html
http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm
http://namaislam.tripod.com/id1.html
Tafsiran Surah Al-Hajj
Tafsiran Surah Al-A'araf
Ciri-ciri Islam-Khasais Al-Islam
Ciri-ciri keistimewaan Islam
No comments:
Post a Comment