Friday, July 22, 2011

PANTANG BLOGGER: Plagiarism Tak Semestinya Copy Paste, Tetapi Rephrase Pun Ya

Assalamualaikum..

Blogger, please, jangan terlalu berfikiran sempit dan konservatif untuk mendefinisikan plagiarism hanya cuma untuk copy paste! Ada beberapa situasi yang dimana boleh dikira plagiat. SILA BACA untuk jadi pandai.

UiTM, thank you for the pictures, sangat bagus dalam mendefinisikan perbuatan yang boleh membawa kepada plagiarism.

Malas la nak explain panjang-panjang, tapi Ratu cuma nak menzahirkan rasa tak puas hati. Ye lah, Ratu ni follower pun baru 110, apa lah sangat kan, kalau ikutkan newbie yang baru 3 bulan ni orang kata tak layak lagi la nak memandai-mandai cakap pasal blogging. Tapi hey, I have rights too!

Contoh lah, my best entry so far,is Blog Sebagai Pelaburan Akhirat. Biarlah komen cuma 1 pun, sikit je likes atau share, tak mengapa, tapi sebab Ratu buat entri tu dengan idea Ratu sendiri, research sendiri, draf beberapa hari. Bukan senang tahu! Beberapa hari jugak la nak bagi dapat ayat yang betul. Dan InsyaAllah semoga Ratu dan pembaca juga mendapat manfaat darinya.

TAPI...ada sesetengah orang dan-dan je dia dah kering idea, tak tahu apa nak tulis, dia ambil entri kita dan macam dalam gambar atas, dah la plagiat lepas tu tak acknowledge pun!!

SAKIT HATI TAK?? Kita nak buat entri satu tu pun banyak punya payah, dia main suka hati je ringkaskan, tukar tukar sikit ayat dan publish! Macam lah dia yang buat semua benda. Lagi sakit hati kalau kita dah tulis payah-payah, orang yang komen cuma beberapa kerat, likes and share pun tak ada, tapi dia punya ada plak. Banyak pulak tu!!! Ughhh!! Geram tahu tak!!

Siapa sini selalu update entri-entri Ratu, pasti akan perasan yang Ratu ni jarang sekali nak buat entri tipikal macam orang lain. Orang lain cakap pasal bola, aku cakap pasal putus cinta, orang lain cakap pasal adinda evans, aku berangan memanjakan suami, orang lain cakap pasal bersih, aku buat cerita novel sendiri. Tu belum kira orang lain cakap pasal blogger kena hentam apa la, Ratu cakap pasal Gigi Taring. Haa..

I don't like to be the same with others. I wanted to be unique and rare. 

Dan oleh sebab yang sama juga, Ratu kalau boleh, tak mahu jadi penulis blog semata-mata. Sebab tu seboleh Ratu nak buat entri yang berkualiti yang melambangkan bahawa Ratu ini juga seorang pemikir. Pembaca pun boleh turut serta berfikir dan mendapat ilmu baru sekurang-kurnagnya. Dan oleh yang demikian muncullah beberapa entri dari idea sendiri antara nya:


Apa lagi kebarangkalian yang bila kita buat satu entri pakai idea kita sendiri, kemudian 2 hari kemudian ada orang buat entri yang sama, tajuk je lain, ayat je tukar-tukar sikit. Lebih-lebih lagi kalau dia follower kita. Memanglah Ratu ni tak genius sangat,mustahil je tiba-tiba 'hidayah' turun Ratu jadi tahu semua benda. Sebab tu kalau Ratu Google pun, buat kajian mahupun nak cari definisi Ratu akan cite kan mana sumber Ratu.

Dan satu lagi, plagiat pun tak semestinya hanya terhad kepada penulisan. Gambar dan audio pun boleh jadi plagiat. Sebab tu sekarang orang pakai watermark. Tapi some people suka buang masa edit buang watermark dan claim tu gambar dia. Pergh! Hangin beb!
So' Im saying, tak palah kalau nak share apa yang Ratu tulis. Kan boleh je klik butang "share" tu. Sekurang-kurangnya "like" lah. Tak ada facebook sangat pun, nak amik idea Ratu boleh, tak marah, tapi backlink kan la. Nyatakan dari mana korang ambik. Im saying this, because I'm not the only one. Trust me. Ramai gila kat sana yang megalami nasib yang sama. 

Lembu punya susu, sapi dapat nama. See...
 Tak marah lembu tuh?? 
Well, lembu yang ni marah! MOoOoO!!

Bye!

p/s: Kucing kucing sekarang suka jadi air kopi! Yekkk~ *do you get my jokes? haha*

Image Source: Google
CLICK HERE for more UiTM Anti-Plagiarism Posters.

4 comments:

Adam Idris said...

selalunya, blog yang duk copy paste ni, dari surat khabar online ke, mane ke, sebijik2 lak tu, bawah tu baru nak tulis sumber, dorang ni macam gila trafik, tapi followers dah 2,000+ dah, ermm entahla

Ratu Tak Cantik said...

ratu x berapa sokong cpoy aste ni..kalo nak tiru sebijik2 bagitahu awal, sumebr nya..tapi kalo nak bagi fair comment, views on the articles, xpelah..so xdelah benda sejibik2..huhu :)

Kotak Mancis / S_Basri said...

sokong apa yang ratu xcantik cakap...

( jom klik )( jom klik )
( jom klik )( jom klik )
( jom klik )( jom klik )

Chempaka Sari said...

tak suka jugak copy paste ni... pastu geram gila la contohnya ada blogger terkenal tu amik gamba tah dari mana, misalnya gambar Khairul Fahmi, dia boleh buat watermark nama dia kat gambar tu. Padahal trang tang tang gambar tu dia maik kat blog gossip lain. Geli lah.,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...