Wednesday, May 18, 2011

Kenapa perlu tengok cerita JUVANA: Botak, I Love You. Fimie Don pun Budak Jahat

Assalamualaikum.

Lelaki, anda perlu tahu, walaupun perempuan nak kan lelaki yang baik, nakal dan jahat dalam diri tu perlu ada. Sebab kami suka. Menambah seri dan angau sikit :) Kan perempuan kan? Not the jahat yang sampai sanggup meragut kesucian perempuan. Bukan yang itu. Tapi perangai jahat yang happening yang buat kami tersenyum, ketawa, teringat sampai tak boleh tidur malam. Faham tak? Faham tak? aahhh...susah la nak explain.. Tapi ratu pasti nakal dan jahat yang ratu maksudkan adalah sebagaimana watak yang dilakonkan oleh pelajar sekolah juvana, Sekolah Wira Bakti dalam cerita JUVANA despite the case why they ended up in that school.

BOTAK

HOMAIGOD! HOMAIGOD! Very the suka dia ni!! :) Botak (JOHAN ASARI). House captain Sekolah Wira Bakti! Korang tengok tak cerita Juvana? kalau tak sila lah tengok di tv3.com.my atau tonton.com.my Kalau tengok watak Botak ni kan, dia jahat in a way yang pada Ratu sangat attractive. Da la Botak. Eee..Geram Ratu.Walaupun dia ganas, tapi dia ni kalau tengok bertanggungjawab memegang pangkat house captain tu. Walaupun dia salah guna kuasa yang ada, tapi hehe..tapi dia..hehe..hehe..dia ni..hehe..Susah la nak cakap. Tapi Ratu sangat suka lah!! Lagi-lagi kalau dia bagi hukuman. Skuad! Skuad! Sedia! hehe.. Pastu jalan dia, ada macam homo sapien sikit, tangan nak terbukak je. Tapi sumpah cool! Ada style! Tak tahu nak cakap macam mana lagi, tapi itulah, watak dia cambest gitu! Suka gitu! Minggu ni episod 4, cerita pasal keputusan undi untuk House Captain baru, antara Daim (Zahiril Adzim) dan si Botak ni. PERGH! LEGA GILA ratu bila dapat tahu Botak stil lagi house captain. Wohooo!! :))) 


APEK
ni haa..sorang lagi mamat. Apek, watak yang dipegang oleh SYAZWAN ZULKIFLY. Dalam cerita ni, dia tak adalah ganas sangat, die more to nakal sebab dia suka cari pasal. Tapi dia protective pada Daim. So, I like him too :) Sebab Ratu rasa dia pelengkap cerita ni sebab dia yang buat cerita ni ada unsur humor.realistik dan menarik.

AYAM pun saya suka
Ayam yang baju belang tuh. Dia ni taiko gila lah. In fact lagi ganas dari Botak. Dia ni lah yang sellau bisik-bisik kat telinga Botak bagi idea jahat. Nasib je Botak tu House Captain kalau tak rasanya Ayam ni lah mendominasi agaknya.

I have to admit that semua pelakon dia ada rupa. :) heee... which is one of the reason why I think I should watch this series. Lagipun each and everyone of them ade watak tersendiri. So its not confusing and everything is not mixed up. And I don't mind having to repeat the same episodes over and over again. :) Not like we have much Malay dramas yang betul- betul seronok untuk ditonton banyak kali kan?
Gambar ni mengingatkan saya tentang MAX247 :) Tapi this one is acceptable, sebab ni baru betul-betul MANLY badan pun betul-betul hot, dan tak tunjuk pusat. heh

 And oh! I spot Fimie Don! FIMIE! yes budak kecik tuh pun masuk sekolah nih! Wah semakin tak sabar Ratu nak tengok cerita ni. Nak taw watak ganas macam mana dia nak berlakon. :) yeah!

 TENAGA PENGAJAR
Bukan sahaja tenaga pengajar Sekolah Wira Bakti ni terdiri daripada pelakon hebat, tapi semua watak dia orang semua memang the best! Warden Raja, Cikgu Zakiah, Cikgu Ariffin and Cikgu Azmee. Cikgu Zakiah tu antara watak utama sebab dialah yang mengahdapi cabaran sebagai cikgu permepuan di sekolah ni. Cikgu Ariffin la  yang watak dia pada Ratu sangat taiko. Muka nak garang je, marah-marah je. Dah macam pelajar juvana jugak Ratu tengok.

 NADIA (Pembantu Kantin yang Cantik)
 Ni sorang lagi pelakon baru rasanya. Kecik molek je. Geram Ratu tengok! Nasib baik Ratu pun perempuan. Nama dia Atiqah Farhana :) So comel. Awek Botak kononnya, tapi suka kat Daim. Hehe.

And there you go! Sebab kenapa perlu tengok cerita ni. Bukan sahaja pelakon di best, kacak, hensem, dan cantik comel tapi sebab plot cerita yang menarik, skrip yang best, lakonan yang realistik dan saya rasa pengarah dia pun bagus, sebab angle kamera semua cun :) saya suka!

...dan Ratu SAYANG AWAK BOTAK <3 :)

9 comments:

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

aku suka ciikgu pompuan dengan komeng..haha

Ratu Tak Cantik said...

iqbal: komeng comel..tapi aku lagi suka diana dari cikgu tuh..aku tak nmpak sgt cikgu tu bile aku tengok botak :p

zey said...

zahiril adzim dlm cerita neh cam baik gilaa...hoh~

Ratu Tak Cantik said...

zey: sangat...x mcm die..jadi x best plak~ huhu

Azza Azman said...

suka gile cerita ni jugak...

XOXO, Chempaka Sari.

Ratu Tak Cantik said...

@chempaka: sangat2! suke owh!! :)

misz aisya said...

hye! ye, tgok iklan juvana pun dah rasa eksaited nak tgok tau. mula2 nak tgok Daim, tp lama2 terminat pulak kat Botak. muka tak pernah nak senyum. tapi muka bengis dia nampak romantik. kalau senyum nampak comel alolorhh gitu.haha

Ratu Tak Cantik said...

aisya: kaaaaaaaaannnn? heee~ bagus lah kalau faham..tp tolong eyh..jgn amik botak saye :p

Ayie Abas said...

RATU...AYIE PERNAH TENGOK SEKALI DRAMA JUVANA nie...AYIE SUKA WATAK CIKGU ZAKIAH...BERANI...MATANG TAPI ADA JUGA MANJA2 SIKIT...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...