Saturday, July 9, 2011

Saya Memang Suka Bersih, So What?

Assalamualaikum...

Ye lah, siapa yang suka kotor?
Tikus suka lah.
Nak jadi tikus?
Silakan lah..
Aku tak suka hidup kotor-kotor ni
Rimas, limas, lemas.

Sebab tu sejak 2 menjak, kat office, kerja aku cuma 5S je
Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Praktik.
Hasilnya BERSIH.

Yes, kan bagus kalau semua orang hidup dia nak bersih je.
Persekitaran bersih, HATI BERSIH.
Errr..Politik bersih?

Tak, kalau korang pikir Ratu tengah cakap pasal politik.
Korang salah. Sebab, Ratu tak suka politik. Buta politik.
Salah satunya, selagi tak ada nilai-nilai Islam yang diketengahkan dalam amalan politik,
selagi tu Ratu anggap politik ini suatu yang..entah..kotor mungkin?
Tak tahu lah. Tak tahu!

Yes. Memang Ratu suka bersih.
Ratu suka fair election.
Ratu malah lagi suka kalau 'unsur unsur kotor' dalam pemerintahan kala ini disisih sesisih sisihnya.
Tapi, tidak pula Ratu menyokong kekecohan.

Ratu tak suka Anwar Ibrahim.
Sebab? Ratu ragu-ragu.
Sentiasa saja ada yang tidak-tidak tentang dia.
Entah mana satu betul Ratu pun tak tahu.
Nak ambil tahu, susah betul nak tahu kebenaran.

Tapi tak pula Ratu membantah sebantah-bantahnya pembangkang.
Boleh jadi apa yang mereka katakan benar.
Tapi boleh juga jadi sesuatu yang palsu.

Kerajaan?
Ratu tak adalah benci kerajaan.
Melupakan jasa mereka apatah lagi.
Tapi, tidaklah kerana mereka berkuasa dan diatas,
semua tentang mereka adalah benar.

Selama Ratu belajar tentang sejarah, politik dan debat,
Pencadang(dalam kes ini kerajaan) dan Pembangkang sepatutnya berbincang
Bukannya bermusuh walaupun hakikatnya mereka sedang berlawan.
Tapi senario dia lain sekarang.
Entah lah Ratu pun tak faham
Susah sangat nampak sifat keterbukaan dan menerima pandangan orang lain.
Asal Pembangkang je salah.
Asal Kerajaan je betul.

Jadilah pemikir, bukan setakat terpelajar je weyh.
Ratu nak cakap pun dah tak tahu.
Ratu cuba oke, cuba nak faham kenapa yang itu jadi macam itu
Yang ini jadinya macam ini.

Tapi semuanya macam tersorok-sorok.
Mana kebenarannya Ratu pun tak tahu.
Yang nampak cuma penipuan.
Kepalsuan. Kepura-puraan.
Penindasan dan ketidakadilan.
2-2 belah pihak sekali!

Dan oleh sebab yang demikian,
solusi yang satu saja Ratu namapk di depan mata adalah..
Kembali kepada yang benar.
Ikut tunjuk ajar Baginda
Berpandu kepada Al-Quran dan Sunnah.

Dulu pun zaman Baginda negara ada pelbagai bangsa, berbilang agama.
Tapi masih mampu menjadi sebuah tamadun yang cemerlang dan gemilang.
Kenapa tidak sekarang?
Dengan pelbagai kemajuan dan teknologi, payah ke kita sebagai negara Maju yang separa Islam ini menjadi sebegitu?
Kalau tak ada usaha, memang tak adalah hasilnya kan?

Kesimpulan, Ratu adalah orang yang neutral.
Utarakanlah soalan pada Ratu pasal politik,
jawapan Ratu barangkali diberikan oleh bahu yang mengangkat tidak tahu..
atau mulut yang berkata 'mana-mana pun tak mahu'

Bye!

4 comments:

Jahirah said...

neutral lebih baik kot...dah tak tahu mana yg betul pun.

AZZAH AFANDI said...

ratu, betul ckp awak. each side ada pros and cons. bukan sebelah pihak sj yang ada kebaikan. politik diterajui oleh manusia, jadi terang-terang ada baik buruk, lebih kurang.

ezzah junsu said...

saya slalu tulis and ckp dekat org yg saya parti bebas. tp dlm diri kte ni niesah, tetap ada 1 yg kita sokong. cuma kita rahsiakan je. sbb maybe parents kte bpendapat lain. kwn pulak bpendapat lain. kte taknak sbb ap yg kte sokong org lain ada persepsi lain dekat kte. awk phm x apa yg kte cakap ? UNDI ADALAH RAHSIA. :)

Ratu Tak Cantik said...

cik aisha: tapo simeday kita kena menunaikan tanggungjawab kite jugak untuk mengundi..so kene mula dari skrg untuk tahu siapa yang betul :)

azzah: every coins have 2 sides :)

ezza:haha..bteol2!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...