Friday, April 27, 2012

Koleksi Foto Tersayang

Assalamualaikum
I dont know what to update, so I guess I would just post some photos instead. Collection of those important person I loved, and the important role I played to them.
:)
















I purposely did not put my family photos because there are just too priceless. But I love them all on top of others. 
Sayang semuanya! 
Bye!


Thursday, April 26, 2012

Mimpi Dan Realiti "Jangan Tolak Pinangan Saya"

Assalamualaikum..
This is gonna be a long entry. Please bear with me. I want to share something with you guys. Please :)

So here it goes.

“ Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan” (hadith riwayat Ahmad no. 359 Jilid 2).
Teringat saya ketika saya mengikuti kursus pengurusan jenazah sewaktu program pemantapan baru-baru ni. Kata Ustaz, tidur itu mati yang sementara apabila pada waktu ketika itu roh kita sudah pun terpisah dengan badan. 


Correct me if I'm wrong, tapi for what I hear, roh itulah yang bawa kita ke macam-macam tempat, dan akhirnya masuk ke dalam mimpi. Mimpi kita adalah apa yang roh kita lihat. Like....Whoa! Itu lah first time saya dengar benda ni. I never knew it until that day. Semoga Allah memberkati ilmu yang Ustaz turunkan kat kami.

With the power of Google lies in front of my fingertips, I decided to search! And....wallah!~

Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya,
"Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."
Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar." (http://diamdotcom.blogspot.com/2009/08/tidur-roh-dan-mimpi.html)

Oke, sekarang faham?

My concern is now, I have this dream ya know..like this dream that I kinda like but I kinda scared ya know. This feeling like a..a feeling that I cannot tell ya know..Hard to tell harder to story telling more. Ya knoww..? *Does this annoyed you? Ya knoww?* haha

Oke. Sambung cerita.


It was last Friday night if I was not mistaken. I went to sleep very late jugaklah. I don't remember what I did that night other than 'berjimba' dengan kawan-kawan di I-City kemudian balik terus online.

Sampai 1 pagi, kemudian Allah gerakkan hati kecil ni, "Cik Ratu, sila solat dan tidur". Maka, solatlah lah saya 4 Rakaat, Isyak. Teruk betul solat di akhir waktu. Jangan tiru aksi ini ye.

So technically saya still dalam wudhu' ketika tidur, dan tidur saya pada malam itu mengiring ke kanan mengikut sunnah nabi setelah selesai membaca doa tidur. Ke kanan itu pun sebab ke kiri tak selesa, dan di sebelah kanan boleh nampak roomate saya sedang tidur. Saya tidur suka tengok orang, tak suka tengok tempat lain, takut ternampak benda lain (-_-") hurm

Seingat saya, mimpi yang saya dapat malam tu, susah saya nak klasifikasikan apakah itu mimpi ngeri, sedih atau khabar gembira.

Momen yang saya ingat adalah saya sedang mengintai rumah seseorang yang rumahnya macam familiar, macam pernah sampai je rumah tu. Macam drama mimpi tu, bila intaian saya dilihat tuan rumah, juga ibu kepada seseorang yang juga familiar bagi saya. Tambah saspen dan konflik kepada plot cerita, saya berlari kecil mahu sembunyi di balik dinding. Tapi sembunyi dalam keadaan teragak-agak nak sembunyi ke tak? Nak sembunyi ke tak? Sampailah si Ibu keluar dan memanggil-manggil nama saya.

"Ratu...Ratu....Ratu ke tu..?"
Dalam mimpi tu tak adalah dia panggil Ratu kan. Baca pulak si ibu tu dengan blog ni. Dia panggil nama comel saya la kan. Demi menjaga hati tuan rumah, sebab kita dah intai rumah dia kan, kita pun keluar dalam keadaan slow motion dari balik dinding. Macam Sinetron.

"Ye Makcik.. Assalamualaikum. err...Sorry singgah tak cakap. Kebetulan je ni.."
Aku cover-cover, macam tak berdosa pulak trespass rumah dia.

"Lama tak dengar khabar Ratu..Sihat ke? Macam mana sekarang...bla bla bla bla bla bla bla" 
Oke, sumpah kelakar letak nama Ratu instead of nama asal. Hehe.. Vouge nak mampus.
Oke sambung. Memang tak la aku nak ingat apa dialog mimpi tu. Next thing I knew, I was sitting in a chair. Si Ibu sedang melutut di bawah. Dan, si adik keluar dari rumah melihat aku seperti nampak hantu dan masuk balik ke rumah..dan..

"Abangah..abangah..Kak Ratu datang!!"

Aku dah cuak gile. Ngapain lagi anak kecil ini lagi manggil-manggil si abang. Guwe nggak mau ah ketemu sama lelaki itu.
Lepastu juga... 'si abangah' keluar dari pintu rumah.....dan..terpaku di pintu tu juga bila nampak aku.

Aku? Lagilah terpaku. Air mata dah macam nak merembes dah ni. Kalau 90% air dalam badan, 90% itu jugalah yang menanti saat memancut ke luar dari mata.

Bukan aku je, dengan 'si abangah' tu sekali dah macam terkesima tahap cinta dewa dewi Spider sampai bergenang air mata. Dia baru je nak angkat kaki setapak...

"Angah..angah jangan datang dekat. Duduk situ" 
Si Ibu melarang.. Apahal pulak ni kan.. Aku dah macam konfius. Tapi betul gak, kalau tak dilarang, kebarangkalian dia berlari dan memeluk aku sangat tinggi. Benteng rindu pecah agaknya... Oke lawak betul metafora ni. haha Oke sambung. Ni part paling best..

Si Ibu bercakap dengan nada yang serius, sambil melutut seolah-olah merayu dan memegang erat tangan aku..
"Ratu..Ratu kahwin dengan abangah nak? Jadi isteri abangah..ye?" 

Haaa..Kau! Mana tak rentap seluruh jantung ni. Tiba-tiba intai rumah orang, sekali suruh kawin dengan anak dia plak... Masa tu juga, roh saya kembali, maka terbangunlah saya dari mimpi yang entahkan ngeri entahkan gembira itu tadi. Subuh subuh!

Lama juga aku ambil masa untuk sedar. Terkebil-kebil mata sebelum berjaya bangun dari katil. Mimpi apa tu weyh? Seram sejuk betul..Aku bangun mencapai telefon bimbit, nak tengok jam pukul berapa. Tak sempat tengok jam, dapat morning kiss.
Eh bukan.

Dapat mesej. Dari lelaki yang memang hobinya agaknya hantar mesej lewat malam, sengaja bagi suprise kat aku esok pagi agaknya. Sweet la tu konon. Dulu, nak dapat mesej tu macam tunggu bulan hempap ke riba je. Anyway...nak djadikan cerita..ni part klimaks ni...

Antara isi kandungan mesej itu adalah:

"Tolong jangan tolak pinangan saya tahun depan"

What thee...too much for a morning kiss. I mean, morning wish. Walaupun dia tak wish selamat pagi pun dalam mesej tu. Terus, mimpi tadi macam bermain wayang di depan mata. 'Abangah' dalam mimpi dan lelaki yang menghantar mesej adalah..........orang yang sama!


So the problem is..How do I know, my roh dah sampai 7 petala langit? Yang ni bukan mainan mimpi, nak kata sebab terlalu berifkir, rasanya tak pun, sebab time tidur tu da penat, da tak pikir langsung dah dia. Jarang lah nak pikir dia pun.. ehem

Oke, now baca this.

Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati. Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku. 

Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.
Tetapi bagaimana pula, ada orang yang berkata, tidak pernah mimpi dalam tidurnya? Atau pun lupa mimpinya selepas bangun tidur???? Yeah itulah rahsia roh yang kita tahu hanya sedikit sahaja.


I don't know what to say anymore.

Im not simply saying that just because of the consequences of the dream and your text the next morning, I'm open to this as if 'oke saya takkan tolak pinangan awak tahun depan'. Bukan. Sebab..walaupun memang saya nak kahwin awal, semuanya bergantung dengan siapa bakal imam saya.

Saya cume mampu berdoa dan berharap Allah tetapkan orang yang baik-baik untuk jadi menantu ibu bapa saya, suami saya dan bapa anak-anak saya. Tu je.  Sekiranya masanya tiba untuk saya membuat pilihan,semoga istikharah menunjukkan jalan, semoga Allah permudahkan agar tenang hati ketika membuat pilihan.

And if you are reading this, janganlah gembira sangat.. I mean, maybe Allah perkenankan doa awak untuk saya, maybe, since saya tak tahu apa yang awak doakan, tapi if you seriously meant what you've said to me about asking my hand in marriage, I would advice that you think twice. I mean, do you wanna live the rest of your life with me? Seriously? Kalau betul pun..macam mana awak expect saya nak bagitahu mama abah ea? Awak pandai-pandai lah jumpa dorang diam-diam ea. Jangan libatkan saya. Jenuh lah pikir, macam mana nak bagitahu dorang.

Mana-mana lelaki yang baca ni pun, yang berkenan nak masuk minang saya, terus jumpa parents saya lah, jangan bincang ngan saya. Buat cuak saya je. Terima tak terima lain cerita.

For the rest of your readers, yang tak tahu dan nak tahu cerita, senang cerita, its complicated. Kalau nak cerita kat blog, mungkin perlukan 5 entri untuk ceritakan semuanya. So let'sjust not. Cukuplah korang tahu mimpi indah ni. Indah ke? Tak kot. Ngeri agaknya. Kan?
Entah.

OkBye! Assalamualaikum


Friday, April 20, 2012

True Love Ke?

Assalamualaikum..

Semalam, kawan saya menangis...menangis sebab dia rasa orang yang dia suka benci kat dia. Saya tanya dia, mana tahu? Lelaki tu tak tahu pun yang kawan saya suka dia. Rasanya lah.

Jawapannya kelakar. Sangat kelakar. Kita orang boleh lagi gelak masa dia tengah menangis teresak-esak cakap "Dia benci kita. Dia benci kita"

Sebab dia rasa macam tu is sebab lelaki tu tak tolong passkan air botol kat dia, sedangkan waktu tu lelaki tu ada kat tengah-tengah antara kawan saya dan seorang lagi kawan yang nak bagi air tu.

Pelik!

"Mana awak tahu dia tak suka awak? Just sebab dia tak tolong?"
"Uwweekk..uwwekk..uweekk.. Orang asing pun akan tolong, tapi dia tak!"
"Tolonglah..entah-entah dia tengah blur, tengah kosong tak rasa pape.."
"Dia benci kita. Dia benci kita."

Sumpah pelik.

Tolonglah... Kenapa dengan kawan aku ni. Sensitif gila! Benda kecik macam tu pun dia dah jadikan indicator untuk tahu lelaki tu suka tak suka dia.

"Awak..kita rasa dia benci kita sebab dia ingat kita playgirl"
"Ha..??! Err..Awak, kita bukan nak sinis ke apa..tapi awak boyfriend pun tak ada..macam mana boleh jadi playgirl?"
"Sebab kita chat dengan semua kawan-kawan dia,kita layan dorang. Tapi awak tahu kan, kita layan biasa je..Bukan kita gatal"
"Kita tak tahu ape kawan-kawan dia cakap kat lelaki tu."
"Uwweekk..uwweekk..dia benci kita!"
"Eyh! Tolonglah awak~"
"Dia benci kita. Dia tak tahu pun yang selama ni orang mengaku suka kat kita, kita tak layan pun. Sebab saya nak dia! Nak dia!"

Tak tahu nak kata kawan aku ni psycho ke apa.
Tapi...dia memang betul-betul serious. Everything little thing yang die nampak kat lelaki tu, respon lelaki tu, pandangan laki tu, semua dia akan balik cerita kat balik dengan penuh keriangan.Kadang-kadang selalu kata nak mengaku kat laki tu tapi tak buat-buat gak. Katanya dia tak nak lelaki tu suka dia sebab laki tu tahu dia suka kat lelaki tu. Dia nak lelaki tu suka dia dulu, bukan sebab kawan saya suka kat dia. Faham tak?

Pelik kan?



Sunday, April 15, 2012

Cerpen#2 Soulmate [Ep.4]

Assalamualaikum

Sambungan kepada Soulmate [Ep.3]

"Assalamualaikum..."
Lan memasuki bilik mereka tepat jam 6 petang. Matanya membutang apabila melihat keadaan bilik yang bersepah. Dengan baju kotor mereka berterabur di sekitar bilik. Buku-buku berjatuhan dari raknya dan Hai pula yang duduk melutut di penjuru katil.

"Waalaikumsalam..jaga-jaga, ada tikus!" Hai menuding jari ke arah laundary basket mereka.

Haaa?? Tikus! Lan naik ke atas kerusi yang berada di sebelah pintu bilik.

"Tikus mana ni kau tangkap?"
"Aku tak tahu..aku jumpa dalam beg ni. Ada orang bela agaknya."


Hai mencampak beg bintang itu tadi ke arah Lan.


"Dalam beg cantik ni ada tikus..? Kau biar betul Hai..beg kuliah aku lagi murah daripada ni agaknya"
"Aku tak tahulah Lan. Aku tak kenal lah binatang ni. Tapi dia boleh lompat, macam terbang pun ada"
"Ye kee..Kau tahu tak, ada undang-undang yang dibuat Majlis Perbandaran dekat Malaysia ni, kalau dapat tangkap seekor tikus, boleh dapat ganjaran RM 1."
"Untunglaa" Jawabnya dengan riak wajah  kosong. Motif apa Lan bagitahu benda ni?

Lan perlahan mendekati 'sangkar' bintang itu. Dilihatnya binatang kenit itu sedang melingkarkan badan. Barangkali sedang tidur. Ini bukan tikus ni. Ini lagi comel dari tikus. Kalau tak takkan lah ada orang nak bela, sampaikan ada beg lagi. Hurmm..

Perlahan Lan cuba mengangkat laundary basket yang mengurung bintang kecil itu. Bimbang kalau-kalau terbangun. Nak saja aku usap bintang berbulu lebat ni.


"Kau buat apa tu Lan?"
"Nak pegang dia."
"Kau gila ke apa pegang  tikus tu?"
"Ni bukan tikus ni...Aku tahu benda ni memang bintang peliharaan, memang trend sekarang semua nak bela benda alah ni."
"Kalau bukan tikus apa? Tupai?"
"Bukan...orang panggil tupai terbang tapi ni bukan tupai."

Hai mendekatkan dirinya di penjuru katil sambil memeluk bantal. Meremang bulu roma saat melihat Lan mengeluarkan binatang itu dari 'sangkarnya'.

"Eeee..lembutnya bulu dia...Kau nak pegang?"
Lan bangkit membawa bintang itu menghala ke arah Hai.

"Aaaargghhh!! Jangan! Pergi..pergi!"
Hai sudah beridri melompat dari katil ke kerusi meja belajarnya.
"Eeee..aku tak suka binatang kecil berbulu lah!"

"Comel lah weyh binatang ni. Cuba kau tengok. Manjanya. Makin aku usap, makin mamai. Tengok. Tengok."
"Tak nak!" Hai menepis dengan mukanya yang berkerut-kerut. Macam perempuan. Kalah perempuan.

"Tak suruh pegang, suruh tengok je!" Marah Lan.
"Kau ni, rupa je hensem,badan je though, dengan binatang comel pun nak takut"
Sengaja Lan mahu mencabar kelakian Hai.


"Haa ye! Aku tengok. Mana? Mana?"
Rasa tercabar Hai membuatkan dia rela memegang biarpun geli.

"Sentap letew. Tengok ni haa..aku usap je dia mamai, pejam mata. Orang Kedah kata apa? lara? lagho? Lagha eyh? Tengok ni. Comel kan?"


Hai melihat binatang kenit itu. Sesekali matanya terbuka luas membulat. Takut Hai tapi...Subhanallah..Cantik betul ciptaan Allah ni. Tanpa sedar jari telunjuknya mendekati binatang itu. Dari jari Lan kini sudah bertukar dengan jari Hai.

Oke fine. Dia comel. Hati kecil Hai berkata.

***********************************

"Beyby...Beyby sabar ye Beyby..Mami cari beyby.."

Mila mundar mandir ke hulu ke hilir di kawasan tempat parkir motorsikal di belakang Fakulti Pengurusan Perniagaan. Tempat parkir yang cuma ada 4 buah basikal dan cuma satu sahaja yang menjadi tujuan kenapa Mila di situ.

Basikal fixie bertayar merah. Basikal yang membawa pertemuan aku dan penunggangnya yang kacak, juga basikal yang menjadi pemisah aku dan Beyby.

Ish..mahu je aku angkat basikal ni masuk tong sampah besar kat belakang tu! Mana lelaki tu? Untung tak ada kelas pukul 10.30 boleh juga aku tunggu dia awal-awal sampai waktu makan tengahari. Ughhh...! Mana lelaki ni?!


Mila duduk di samping basikal itu, mencangkung di pembahagi jalan, bermuncung mulut. Iphone dikeluarkan dan Game Fruit Ninja dijadikan peneman. Kedudukannya diubah kepada lebih sopan, dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada permainan Fruit Ninja.

*********************

"Hoi...tengok siapa kat tingkap tu?"
"Tu haa.."
Sambil mulut Khairul memuncung ke arah perempuan yang sedang duduk di atas pembahagi jalan berdekatan basikalnya.

"Siapa tu? Awek kau? Sweet gila tunggu sebelah basikal kau.."
"Bukan lah.. Aku ada awek? Tak adalah. Yang aku risau basikal aku yang nak dicurinya"
"Haha..hoi..brader. Logik la sikit. Mana ada orang nak curi basikal pakai skirt."
"Mana kau tahu..taktik orang sekarang ni.."
"Hahaha..jom la weyh..Pergi kelas. Jangan risau, tak adanya dia nak curi basikal. Aku boleh jamin. Dengan baju Hello Kitty, beg Elle, kasutnya, headphone nya lagi. Perempuan tu mampu beli basikal lagi power dari kau kot.'
"Eyh? Owh yeah...Aku lupa pulak kawan aku ni Metrosexual."
"Haa..tahu tak apa. Jom lah weyh. Lambat pergi kelas ni."
"Hurmm.."
"Nanti lepas kelas, lunch hour kita tengok dia ada lagi ke tak kat situ. Kalau ada maknanya dia memang tunggu kau la tu."

**************************

"Ehem..ehem... Saudari?"
"Ye.."
Mila mendongakkan kepalanya apabila terasa 'saudari' itu adalah dirinya. Permainan Plants Vs Zombies diberhentikan seketika.
"Dari tadi tengok cik ada kat sini. Bukan nak perasan, tapi awak tunggu saya ke?"

Mila bangun sambil memegang perutnya yang sedari tadi asyik berkeroncong minta diisi. Sudah semakin memulas. Barangkali angin sedang beraksi puting beliung di dalam.

"Haaa...awak! Basikal ni basikal awak kan?"
"Ye..kenapa..?"
Mila mencekak pinggang, mukanya berubah garang. Khairul perasan satu benda pada perempuan ni yang tak mungkin Khairul lupa. Tragedi terlanggar perempuan perempuan comel berambut cendawan serba Hello Kitty. Headphone Hello Kitty nya.

"Owh...cik ni yang hari tu terlanggar basikal saya tu kan?"
"Saya langgar ke awak yang langgar saya?"
"Awak"
"Eyh..sorry sikit.. Sebab awak lah saya hilang Beyby saya!"
"Haa..Beyby awak?"
"Ye lah..Kalau bukan sebab awak maybe saya still ada Beyby dengan saya."

Khairul melihat perempuan itu penuh kebingungan. Dilihatnya perempuan itu yang sedang memegang  kuat perutnya. Tolong jangan kata yang......Ish..tak mungkin.

"Cik..saya minta maaf. Tapi bukan hari tu cik bangun elok je ke? Tak ada pun mengaduh sakit yang teruk."
Tak ada darah apa pun macam lepas keguguran macam tv selalu tunjuk tu. Nak tipu aku ke ape budak law ni?

"Ye lah..Tapi Beyby saya tu one of a kind. Bukan boleh senang-senang nak beli. Kalau beli pun takkan sama"
"Eyh cik...Memang la..Takkan dengan baby pun kita nak jual beli..?"
"Habis tu? Awak ada cara nak dapat balik Beyby saya?
"Err.. cik.. Cara sama cik dapat baby tu lah. Errr...Maksud saya, Cik boleh mintak buat lagi kan?"
"Buat Beyby?"
"Ye lah..Buat tu tu.."
Jari telunjuk tangan kanannya dimasukkan ke dalam bulatan ibu jari dan telunjuk tangan kiri.
Bingung lelaki tu dengan pertanyaan yang sangat segan untuk diperkatakan. Mila jauh lebih bingung. Apa maksud lelaki ni? Beyby aku tu nak dibuat macam mana? Beyby tu binatang la!

Oh yeah..

"Ish! Bukan baby tu la. Beyby saya ni binatang. Saya namakan dia Beyby."
"Haa...? laa..binatang ke. Kus semangat. Baru ingat jenuh nak jawab kat suami sebab dah buat cik sampai gugur. Lain kali kalau cakap tu biar jelas."
"Tak kesah la. Sekarang ni, saya nak tanya awak. Tolonglah cakap jujur. Awak ada amik beyby saya tak?"
"Beyby awak tu binatang apa? Saya tak nampak pun masa hari awak langgar saya tu?"
"Awak! Awak yang langgar saya oke!"
"Owh oke. Chill la miss hello kitty. Err..your name?"
"Mila."
"Owh..Amelia Khairuddin"
"Its Amelia Nasaruddin"
"I'm just saying la. Amelia Khairuddin tu classmate."
"Whatever la err.." Jarinya dipetik seolah-oleh meminta nama lelaki itu disebut.
"Khairul."
"Whatever la Khairul. So have you seen my Beyby or not?"
"Beyby tu apa sebenarnya?"
"Sugar glider. Orang panggil dia tupai terbang, tapi dia bukan tupai terbang. Dia kecik macam tikus tapi ekor panjang and then dia macam ada sayap,boleh terbang, tapi bukan terbang la, dia macam..."
"Oke oke. Enough. Saya tak adalah jakun sangat. Saya kenal binatang tu."
"Yeah?? Comel kan benda tu. Cakaplah yang awak ada benda tu. Awak tolong jagakan dia ye? Please lah pulangkan kalau betul awak ambil benda tu. Saya rindu..tolong lah.."
Basikal fixie tu sudah dipegangnya dan digoncang-goncang.

"Hey hey.. relax. Main basikal orang pulak. Sorry la Mila. I hate to say it, tp saya memang tak ada nampak benda tu. Awak letak kat mana?"
"Dia ada dalam travel bag kecik tu..Betul tak ada amik? Tipu dosa, masuk api neraka"
"Haha.. Cute. But nope! Tak nampak pun your Beyby tu."
"Seriously?"
"Seriously."
"So I'm seriously cute?"
"Yep! Eyh! No! I mean, memang seriuos tak nampak lah!"
"Haha..I know, just joking." 
Muka 'gotcha' Mila tadi terus hilang bila harapannya untuk berjumpa Beyby semula berkecai.


"Sorry, tak dapat tolong."
"Tolong lah carikan."
"Laa..binatang tu kecik. Mana nak cari? Nak iklankan kat merata tempat?"
"Boleh ke? Boleh tolong buatkan?"
 Mata Mila bersinar. Riak wajah Mila jadi bersemangat seolah-olah terpancar harapan nya untuk berjumpa dengan beyby semula.

"Eyh.. gila? Nak kena gelak?"
"Laaa..tak salah kan? Missing sugar glider. Please call Amelia at 018-6576549."
"Apa dia? Ulang balik no telefon tadi?"
Khairul membuat muka serious sambil handphone nya dikeluarkan. Muka kasanova yang minta penampar.

"Eeee..!"  Dasar lelaki jantan yang meletakkan harga perempuan pada no telefon. Ingat aku apa? Callgirl?

"Haha. Tapi, I'm very sorry. Awak beli baru je lah sugar glider tu"
"Tak! Tak..tak nak. Tak sama"
"Apa yang tak sama. Binatang jugak. Berbulu jugak."
"Tapi ni lain..ada nilai sentimental"
"Apa bendanya? Ce cite ce cite"
"Tak nak..lapar.."
"Owh.. haha..tu yang dari tadi asyik pegang perut? I really thought you gugur bila cakap pasal beyby binatang you tadi."


Mila diam. Diam kelaparan. Tapi gerak langkahnya masih mengekori Khairul yang sedang berjalan memimpin basikal keluar dari tempat parkir. Khairul menanti seminit untuk mendapat respon. Perempuan ni nak ikut aku ke? Aku nak ride ni. Tapi dia jalan kaki. Acane??


"Jom lah makan. Dekat kafe Fakulti awak tu."
Ajakan spontan. Alang-alang aku pun tengah lapar.

"Nak teman? Saya tak suka makan sorang-sorang. Rasa forever alone sangat." 

Riak wajah Mila mencebik seperti meminta kasihan. Senang cerita, mahu diteman. 

"Ye Hello Kitty, saya teman awak, kalau tak, tak ajak."
"Saya suka orang panggil saya Hello Kitty. Rasa comel sangat"

Terus Khairul membuat aksi tangan di dada, mata ke atas. Menyampah agaknya dengan statement tu. 


Perbualan ringkas mereka berlarutan sehinggalah tanpa sedar mereka sedang berduaan berjalan menaiki bukit ke Fakulti Undang-Undang. Sepanjang mereka bersama, Mila berasa selesa menceritakan tentang arwah abangnya, kenapa sugar glider tu teramat disayanginya. Tentang pelajarannya, tentang kursusnya, tentang perspektif hidupnya. Sesekali, ada gelak ketawa di antara mereka sehinggakan Beyby pun kian dilupakan. Perkara biasa bagi seorang seperti Mila yang memang peramah.

Selesai sahaja makan tengahari,perpisahan pula menanti.


"Err..I have class after this at 2.00"
"I don't have any"
"So... I guess I better get going"
"You should"

Mila bangun mengangkat pinggan kotor masuk ke dalam besen. Kemudian ke sinki mencuci tangan dan kembali semula ke meja makan mereka untuk mengambil beg dan buku yang dibiar bertindan di atas kerusi.


"Thank you teman makan."
"No problem."
Masing-masing control riak wajah awkward.



Nak mintak no fon tak eyh? Fikir Khairul.
Nak bagi no fon ke tak eyh? Fikir Mila.
Tak payah la. Jawab mereka kepada soalan di benak mereka sendiri.
It is just a short meeting. Nothing more than that.


"Err..Saya pergi dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Take care. Sorry for your lost. I'll try to look for your Beyby."
"Urmmm..."
Dah sudah. Dah teringat balik dah. Mila mula menunduk sedih dan berlalu pergi selepas sedikit lambaian.

So I guess that's just it.




Bersambung..

[UPDATED!! : Sambungan SOULMATE EP.5]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...