Monday, July 25, 2011

CERPEN#1 Menerima Putera Katak Jawa (Cerpen interaktif)

Assalamualaikum
Cerpen kali ini dijadikan lebih interaktif. Tidak hanya perlu membaca,tetapi DIPAKSA untuk mendengar dan melihat gambar dan GIFs untuk penghayatan yang lebih.

Sambungan kepada cerpen DSLR dan Jungle Red Lingerie on First Date dan lain-lain cerita sebelumnya. Ingat! tak best kalau tak baca semua dulu~

Alarm clock berbunyi tepat jam 5 pagi. Nasib baik, bunyi alarm itu tidak aku biarkan terlalu lama takut-takut Faeez akan terjaga. Selepas ditegur Faeez kerana bunyi alarm yang terlalu rock, aku tukar lagunya kepada yang ini.
Sila kuatkan volume untuk penghayatan maksima.

Tidak rock, tapi cukup menjengkelkan untuk mengejut sesiapa sahaja daripada tidur yang lena apabila diulang berkali-kali.

Aku bangun dari tempat tidur ku. Tersenyum tatkala, posisi kami tidak seperti semalam, tapi berubah kepada seperti pagi malam pertama kami. Kami saling berpelukan. Padan pun aku lena,enak dan empuk rupanya bersandarkan dada Faeez. Biarpun kali ini dia berbaju, aku merasa selamat dan selesa dalam dakapannya. Perlahan sahaja aku melepaskan tubuhku. Kalau boleh aku masih mahu menikmati saat berada dalam pelukannya. Tetapi kerana niat baik aku semalam, lebih elok digandakan pahalanya dengan melaksanakan.

Bangun sahaja, aku pergi mengambil wudu'. Solat tahajjud. Berhajat supaya dilembutkan hati dan dibukakan hati menerima Faeez sebagai suami. Dan ku akhiri solatku dengan kesyukuran, kerana jodohku adalah Faeez. Tidak ada apa yang kurang pada Faeez, lebih banyak kurang aku sekiranya dibandingkan dengannya. Faeez punya rupa, kerjaya, punya harta, punya agama yang paling penting! Syukur Ya Allah.

Selesai sahaja aku menyidai telekung di tempatnya, aku melihat Faeez masih lena. Aku mengampirinya dan duduk di birai katil. Tangan ku gatal merayap ke...rambutnya. Kemudian ke...mukanya..Kemudian......ke tangannya. Dan ku genggan erat. Aku menunduk tersenyum. Untung jadi orang tak cantik kata orang tua-tua. Kerana jodoh pasti handsome. Jadi aku tak cantik? Ahh..peduli apa. Karut saja semua tu. Jodoh kita Allah yang tentukan.Lagi pula, selalu sahaja Faeez memuji aku. Kalau depan dia aku sudah cukup cantik, apalah sangat kata orang kalau aku ni jelik.

"Fea..." Aku tak perasan sejak bila Faeez terjaga. Tetapi tangannya masih dalam pegangan aku. Tak pula aku melepaskannya.
"Eh..abang..tak perasan abang dah bangun"
Mata Faeez sedikit terbeliak. Pasti kiranya ini mimpi aku memanggilnya abang dengan suara lemah lembut.
"Err...awalnya Fea bangun..ada apa?"
Sambil matanya terkebil-kebil melihat jam yang ada di atas meja sisi katil.
"Errmm...tak ada apa..bangun solat sekejap."
"Solat apa? Subuh belum masuk lagi. Tak ajak abang pun.."
"Memang belum lagi..sana lah sikit..kita tunggu subuh sama-sama"
Aku membaringkan diriku di tempat Faeez sambil menolak badannya mintak dianjak sedikit untuk memberi ruang untuk badan ku yang bersaiz L. Tetapi masih kurus kerana aku tinggi, itu kata Faeez semasa kami memilih lingerie siang tadi. Faeez masih dengan wajah hairannya. Pelik melihat gelagat aku yang berubah secara drastik.

"Fea ni mimpi ke apa? Atau abang yang mimpi?"
Aku senyum sambil jari hantu dan jari telunjuk ku menarik hidung Faeez di antara keduanya.
"Ouch! Sakitlah Fea!"
"Shhh..haha..Haaa..kan..tak mimpi kan? kan?"
Faeez yang mengaduh sakit tadi jadi tersenyum. Dia merapatkan tubuhnya kepadaku sambil menggengam tanganku yang masih lagi memegang tangannya.
"Kenapa Ratu abang ni tiba-tiba je berubah?"
"Suka ke tak?"
"Hish..of course! Suka gila!! Please stay macam ni sampai bila-bila."
"InsyaAllah. Doa-doalah ye.."
"Mestilah...setiap masa abang doa. Tapi kenapa tiba-tiba? ce citer ce citer."
"Hehe...berkat doa abang la agaknya"
Kami saling berpandangan,tersenyum. Agak romantis rasanya apabila terkena persona Faeez. Ini bukan kali pertama aku tergoda dengan senyuman mengancamnya. Tapi baru kali ini aku berhasil menunjukkan kepadanya bahawa aku sedang tergoda. Barangkali jatuh cinta!

Subuh kedua kami tidak kurang bezanya. Cuma lebih menarik dan lebih terasa bermakna saat hati aku sedang menerima Faeez perlahan-lahan di dalam hati menggantikan tempat Harris. Doa Faeez untuk kami berdua masih sama. Kali ini ditambahnya perkataan syukur kerana aku telah menunjukkan progress yang baik setelah momen romantis kami pagi tadi. Aku senyum syukur, dan kali ini, aku tidak lupa menyambut tangan Faeez untuk bersalaman seperti kali pertama. Cuma 'up' sikit dari semalam, kali ini Faeez menghadiahkan kucupan di dahi.
"Sayang isteri abang ni"
Aku tersenyum. Aku tidak tahu 'involuntary act' apa yang membolehkan bibir aku menzahirkan rasa, tetapi aku sendiri tidak sedar. Otak aku ni pandai betul berkata-kata.
"Sayang abang jugak"
"Hmm..betul ni?"
"Betul lah..kot.."
"Ada kot?"
"Eh tak ada-tak ada. Saja buat saspen"
"Ye la tuh.." Faeez bangun mahu menyimpan sejadah, tapi aku menarik tangannya untuk kembali duduk di hadapan aku. Perkara semalam masih belum selesai. Aku tahu jauh di sudut hati Faeez dia masih terasa.
"Abang..Fea nak mintak maaf pasal semalam"
"Hmm..?" Responnya yang masih kelihatan mahukan penjelasan.
"Fea..mana nak tahu dia akan mesej Fea. Sumpah, Fea tak pernah contact dia selepas kita nikah"
"Sebelum nikah?"
"Mestilah pernah..duuhh~" Jawabku selamba..
"Fea.." Dengan nada yang serius. Mungkin kerana dia juga mahu aku bersikap matang dan serius.
"Errmm..Fea pernah jumpa dia sekali 3 hari sebelum kita nikah. Fea cakap Fea terpaksa ikut kehendak abah dan ummi untuk kahwin dengan abang" Aku tunduk tatkala terpaksa menyatakan hakikat tersebut.
"Tapi tu dulu..sekarang tak dah. Fea nak terima abang, Fea nak kita sama-sama jayakan rumahtangga ni dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Tu janji Fea." Aku masih mahu membela diri. Sambil menggengam erat tangan Faeez sambil mata mereka saling berpandangan. Aku tidak tahu mahu serius, jadi aku nyatakan dalam nada yang santai.
"Pedulikanlah Harris tu. Jodoh Fea dah tertulis untuk bersama abang"
"Hmm..Abang pegang kata-kata Fea tu. Please, jangan ada apa-apa lagi dengan lelaki tu."
"Oke..maafkan Fea ?"
"Ye lah.." Sambil tangannya mengusap kepala ku.
"Nanti sebelum pergi rumah abang, kita singgah Celcom Centre oke. Beli no phone baru."
Aku tersenyum mengangguk.
Penerimaan ini adalah suatu yang cukup besar bagi aku. Sungguh aku langsung tak peduli tentang Harris.Aku cuma berharap yang dia juga mampu melupakan aku dan menerima hakikat ini. Semoga jodohnya nanti adalah dari kalangan yang baik-baik.

***************

Pagi tu baru terasa seolah-olah aku menjadi isteri. Aku mula menggalas tanggungjawab menyediakan sarapan untuknya, menggosok pakaiannya dan mengemas barangnya untuk dibawa pulang ke rumahnya di KL. Yang banyaknya barang aku, kerana selepas ini, entah bila lagi aku akan jejakkan kaki ke rumah ini lagi.

Sementara menunggu Faeez memeriksa kenderaan, aku sempat online untuk seketika. Sudah 2 minggu aku tak melayari internet kerana ingin mengasingkan diri dari dunia maya kerana merajuk terpaksa menikah. Pantas sahaja jariku menaip 'blogger.com' di ruangan alamat web browser Google Chrome. Aku ke blog sendiri untuk melihat shoutbox.

Tak sangka sepanjang pemergian aku, pengunjung tak putus-putus berkunjung ke Ratu Tak Cantik. Ada yang ternanti-nanti update seterusnya, dan banyak link-link hasil dari blogwalking blogger lain yang ada di shoutbox. Aku hanya sempat membaca mesej-mesej ringkas mereka sepintas lalu kerana tak punya banyak masa kerana membalas kunjungan kesemua mereka memerlukan masa, sedangkan sebentar lagi aku akan ke KL.

Mulai 16 Julai, mesej-mesej di shoutbox sudah berlainan. Daripada mesej ringkas seorang blogger yang merupakan seorang follower...

"Ratu..tahniah sebab dah jadi Isteri Putera Katak Jawa!! Sesuai sangat! Barakallahuma"

Mesej-mesej seterusnya penuh dengan tanda tanya. Kenapa semua orang mengucapkan tahniah kepada aku? Ada yang sibuk bertanyakan status aku apa benar sudah menikah. Dari mana mereka tahu aku sudah menikah? Setahu aku yang tahu cuma ahli keluarga dan sahabat handai. Di blog langsung tidak aku hebahkan. Dan siapa Putera Katak Jawa. Nama tak boleh nak pelik lagi?

"Fea...dah, jom gerak"
Faeez masuk ke bilik mengejutkan aku yang masih memerah otak berfikir. Aku mahu Google siapa Putera Katak Jawa. Tapi tak sempat.
"Hah..?ermm..oke oke.."
"Fea buat apa tu?" Faeez yang mulanya cuma memanggil dari luar bilik masuk ke dalam mengahmpiri aku di meja tulis tempat aku meletakkan laptop.
"Ni haa..Fea cek blog Fea. Lama dah tak bukak"
"Iye? Ada blog? Tengok sikit.."
"Eh...tak payah lah..segan.."
Aku malu-malu. Di blog tak semua tahu siapa aku. Cuma sahabat handai sahaja. Tak pernah aku mendedahkan rupaku mahupun identiti sebenar. Jadi agak malu untuk mengaku aku adalah Ratu tu.
"Owh ni ke blog Fea..lawa..Nanti malam abang nak baca smeua benda yang Fea tulis."
"Ermm..bukannya apa pun..Tapi Fea pelik, ada orang tinggalkan mesej tahniah kat shoutbox Fea sedangkan Fea tak pernah heboh pun dekat blog yang Fea dah menikah."
"Yer..sape?"
"MissKitty..dia cakap pasal Putera Katak Jawa..ape ntah"
"Apa ke pelik sangat nama tu. Boyfriend Fea ke nama macam tu?"
"Ish abang ni,mana ada" Sambil mencuit pinggang Faeez.
"Hehe..tak lah..saja je...Dah la Fea, abang dah start engine kat bawah tu..jom lah balik rumah"
"owrait..jom!"

Dalam fikiran aku, masih lagi berifkir, Putera Katak Jawa? Siapa? Atau..amende tu?


...akan bersambung..

Teaser: Cerpen seterusnya akan menjadi lebih interaktif dengan gifs dan sebagainya. InsyaAllah akan cuma ada 2 siri sahaja lagi. Bergantung kepada kepanjangan post akan datang.

p/s: Minta maaf terlambat beberapa hari update cerita ni. DAN Ingat, ni cerita suami isteri, bukan cerita kapel zaman sekarang yang gatal-gatal oke? :)

***UPDATE: Sambungannya di entry Lebih Baik Daripada Seth Tan***

PLEASE DO LIKE OR SHARE THIS IF YOU LIKE IT. I WOULD LOVE TO SEE FEEDBACKS :)

image source: Weheartit.com and Google

6 comments:

LydSunshine said...

Cerpen ni panjangnya kalau ada sambungan. Kena tukar nama lah. Jadik novel. Hukhuk. Ni kisah sebenar RatuTakCantik ke?

Unknown said...

hehe..Putera Katak Jawa tue msti husband die kan...ngeh3...

Anonymous said...

nie crita btul ke??siap ada blog Putera KAtak Jawa...tpi,bila tgok blog tu di'post' oleh Ratu Tak Cantik....pening2...

Ratu Tak Cantik said...

rekaan semata2.. ;)

Anonymous said...

Wah best gile arh story akak ratu buat . . Syok nye bace

danisya el_zara said...

Suka. Suka. Suka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...