Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Cerpen#2 Soulmate [Ep.4]

Assalamualaikum

Sambungan kepada Soulmate [Ep.3]

"Assalamualaikum..."
Lan memasuki bilik mereka tepat jam 6 petang. Matanya membutang apabila melihat keadaan bilik yang bersepah. Dengan baju kotor mereka berterabur di sekitar bilik. Buku-buku berjatuhan dari raknya dan Hai pula yang duduk melutut di penjuru katil.

"Waalaikumsalam..jaga-jaga, ada tikus!" Hai menuding jari ke arah laundary basket mereka.

Haaa?? Tikus! Lan naik ke atas kerusi yang berada di sebelah pintu bilik.

"Tikus mana ni kau tangkap?"
"Aku tak tahu..aku jumpa dalam beg ni. Ada orang bela agaknya."


Hai mencampak beg bintang itu tadi ke arah Lan.


"Dalam beg cantik ni ada tikus..? Kau biar betul Hai..beg kuliah aku lagi murah daripada ni agaknya"
"Aku tak tahulah Lan. Aku tak kenal lah binatang ni. Tapi dia boleh lompat, macam terbang pun ada"
"Ye kee..Kau tahu tak, ada undang-undang yang dibuat Majlis Perbandaran dekat Malaysia ni, kalau dapat tangkap seekor tikus, boleh dapat ganjaran RM 1."
"Untunglaa" Jawabnya dengan riak wajah  kosong. Motif apa Lan bagitahu benda ni?

Lan perlahan mendekati 'sangkar' bintang itu. Dilihatnya binatang kenit itu sedang melingkarkan badan. Barangkali sedang tidur. Ini bukan tikus ni. Ini lagi comel dari tikus. Kalau tak takkan lah ada orang nak bela, sampaikan ada beg lagi. Hurmm..

Perlahan Lan cuba mengangkat laundary basket yang mengurung bintang kecil itu. Bimbang kalau-kalau terbangun. Nak saja aku usap bintang berbulu lebat ni.


"Kau buat apa tu Lan?"
"Nak pegang dia."
"Kau gila ke apa pegang  tikus tu?"
"Ni bukan tikus ni...Aku tahu benda ni memang bintang peliharaan, memang trend sekarang semua nak bela benda alah ni."
"Kalau bukan tikus apa? Tupai?"
"Bukan...orang panggil tupai terbang tapi ni bukan tupai."

Hai mendekatkan dirinya di penjuru katil sambil memeluk bantal. Meremang bulu roma saat melihat Lan mengeluarkan binatang itu dari 'sangkarnya'.

"Eeee..lembutnya bulu dia...Kau nak pegang?"
Lan bangkit membawa bintang itu menghala ke arah Hai.

"Aaaargghhh!! Jangan! Pergi..pergi!"
Hai sudah beridri melompat dari katil ke kerusi meja belajarnya.
"Eeee..aku tak suka binatang kecil berbulu lah!"

"Comel lah weyh binatang ni. Cuba kau tengok. Manjanya. Makin aku usap, makin mamai. Tengok. Tengok."
"Tak nak!" Hai menepis dengan mukanya yang berkerut-kerut. Macam perempuan. Kalah perempuan.

"Tak suruh pegang, suruh tengok je!" Marah Lan.
"Kau ni, rupa je hensem,badan je though, dengan binatang comel pun nak takut"
Sengaja Lan mahu mencabar kelakian Hai.


"Haa ye! Aku tengok. Mana? Mana?"
Rasa tercabar Hai membuatkan dia rela memegang biarpun geli.

"Sentap letew. Tengok ni haa..aku usap je dia mamai, pejam mata. Orang Kedah kata apa? lara? lagho? Lagha eyh? Tengok ni. Comel kan?"


Hai melihat binatang kenit itu. Sesekali matanya terbuka luas membulat. Takut Hai tapi...Subhanallah..Cantik betul ciptaan Allah ni. Tanpa sedar jari telunjuknya mendekati binatang itu. Dari jari Lan kini sudah bertukar dengan jari Hai.

Oke fine. Dia comel. Hati kecil Hai berkata.

***********************************

"Beyby...Beyby sabar ye Beyby..Mami cari beyby.."

Mila mundar mandir ke hulu ke hilir di kawasan tempat parkir motorsikal di belakang Fakulti Pengurusan Perniagaan. Tempat parkir yang cuma ada 4 buah basikal dan cuma satu sahaja yang menjadi tujuan kenapa Mila di situ.

Basikal fixie bertayar merah. Basikal yang membawa pertemuan aku dan penunggangnya yang kacak, juga basikal yang menjadi pemisah aku dan Beyby.

Ish..mahu je aku angkat basikal ni masuk tong sampah besar kat belakang tu! Mana lelaki tu? Untung tak ada kelas pukul 10.30 boleh juga aku tunggu dia awal-awal sampai waktu makan tengahari. Ughhh...! Mana lelaki ni?!


Mila duduk di samping basikal itu, mencangkung di pembahagi jalan, bermuncung mulut. Iphone dikeluarkan dan Game Fruit Ninja dijadikan peneman. Kedudukannya diubah kepada lebih sopan, dan perhatian diberikan sepenuhnya kepada permainan Fruit Ninja.

*********************

"Hoi...tengok siapa kat tingkap tu?"
"Tu haa.."
Sambil mulut Khairul memuncung ke arah perempuan yang sedang duduk di atas pembahagi jalan berdekatan basikalnya.

"Siapa tu? Awek kau? Sweet gila tunggu sebelah basikal kau.."
"Bukan lah.. Aku ada awek? Tak adalah. Yang aku risau basikal aku yang nak dicurinya"
"Haha..hoi..brader. Logik la sikit. Mana ada orang nak curi basikal pakai skirt."
"Mana kau tahu..taktik orang sekarang ni.."
"Hahaha..jom la weyh..Pergi kelas. Jangan risau, tak adanya dia nak curi basikal. Aku boleh jamin. Dengan baju Hello Kitty, beg Elle, kasutnya, headphone nya lagi. Perempuan tu mampu beli basikal lagi power dari kau kot.'
"Eyh? Owh yeah...Aku lupa pulak kawan aku ni Metrosexual."
"Haa..tahu tak apa. Jom lah weyh. Lambat pergi kelas ni."
"Hurmm.."
"Nanti lepas kelas, lunch hour kita tengok dia ada lagi ke tak kat situ. Kalau ada maknanya dia memang tunggu kau la tu."

**************************

"Ehem..ehem... Saudari?"
"Ye.."
Mila mendongakkan kepalanya apabila terasa 'saudari' itu adalah dirinya. Permainan Plants Vs Zombies diberhentikan seketika.
"Dari tadi tengok cik ada kat sini. Bukan nak perasan, tapi awak tunggu saya ke?"

Mila bangun sambil memegang perutnya yang sedari tadi asyik berkeroncong minta diisi. Sudah semakin memulas. Barangkali angin sedang beraksi puting beliung di dalam.

"Haaa...awak! Basikal ni basikal awak kan?"
"Ye..kenapa..?"
Mila mencekak pinggang, mukanya berubah garang. Khairul perasan satu benda pada perempuan ni yang tak mungkin Khairul lupa. Tragedi terlanggar perempuan perempuan comel berambut cendawan serba Hello Kitty. Headphone Hello Kitty nya.

"Owh...cik ni yang hari tu terlanggar basikal saya tu kan?"
"Saya langgar ke awak yang langgar saya?"
"Awak"
"Eyh..sorry sikit.. Sebab awak lah saya hilang Beyby saya!"
"Haa..Beyby awak?"
"Ye lah..Kalau bukan sebab awak maybe saya still ada Beyby dengan saya."

Khairul melihat perempuan itu penuh kebingungan. Dilihatnya perempuan itu yang sedang memegang  kuat perutnya. Tolong jangan kata yang......Ish..tak mungkin.

"Cik..saya minta maaf. Tapi bukan hari tu cik bangun elok je ke? Tak ada pun mengaduh sakit yang teruk."
Tak ada darah apa pun macam lepas keguguran macam tv selalu tunjuk tu. Nak tipu aku ke ape budak law ni?

"Ye lah..Tapi Beyby saya tu one of a kind. Bukan boleh senang-senang nak beli. Kalau beli pun takkan sama"
"Eyh cik...Memang la..Takkan dengan baby pun kita nak jual beli..?"
"Habis tu? Awak ada cara nak dapat balik Beyby saya?
"Err.. cik.. Cara sama cik dapat baby tu lah. Errr...Maksud saya, Cik boleh mintak buat lagi kan?"
"Buat Beyby?"
"Ye lah..Buat tu tu.."
Jari telunjuk tangan kanannya dimasukkan ke dalam bulatan ibu jari dan telunjuk tangan kiri.
Bingung lelaki tu dengan pertanyaan yang sangat segan untuk diperkatakan. Mila jauh lebih bingung. Apa maksud lelaki ni? Beyby aku tu nak dibuat macam mana? Beyby tu binatang la!

Oh yeah..

"Ish! Bukan baby tu la. Beyby saya ni binatang. Saya namakan dia Beyby."
"Haa...? laa..binatang ke. Kus semangat. Baru ingat jenuh nak jawab kat suami sebab dah buat cik sampai gugur. Lain kali kalau cakap tu biar jelas."
"Tak kesah la. Sekarang ni, saya nak tanya awak. Tolonglah cakap jujur. Awak ada amik beyby saya tak?"
"Beyby awak tu binatang apa? Saya tak nampak pun masa hari awak langgar saya tu?"
"Awak! Awak yang langgar saya oke!"
"Owh oke. Chill la miss hello kitty. Err..your name?"
"Mila."
"Owh..Amelia Khairuddin"
"Its Amelia Nasaruddin"
"I'm just saying la. Amelia Khairuddin tu classmate."
"Whatever la err.." Jarinya dipetik seolah-oleh meminta nama lelaki itu disebut.
"Khairul."
"Whatever la Khairul. So have you seen my Beyby or not?"
"Beyby tu apa sebenarnya?"
"Sugar glider. Orang panggil dia tupai terbang, tapi dia bukan tupai terbang. Dia kecik macam tikus tapi ekor panjang and then dia macam ada sayap,boleh terbang, tapi bukan terbang la, dia macam..."
"Oke oke. Enough. Saya tak adalah jakun sangat. Saya kenal binatang tu."
"Yeah?? Comel kan benda tu. Cakaplah yang awak ada benda tu. Awak tolong jagakan dia ye? Please lah pulangkan kalau betul awak ambil benda tu. Saya rindu..tolong lah.."
Basikal fixie tu sudah dipegangnya dan digoncang-goncang.

"Hey hey.. relax. Main basikal orang pulak. Sorry la Mila. I hate to say it, tp saya memang tak ada nampak benda tu. Awak letak kat mana?"
"Dia ada dalam travel bag kecik tu..Betul tak ada amik? Tipu dosa, masuk api neraka"
"Haha.. Cute. But nope! Tak nampak pun your Beyby tu."
"Seriously?"
"Seriously."
"So I'm seriously cute?"
"Yep! Eyh! No! I mean, memang seriuos tak nampak lah!"
"Haha..I know, just joking." 
Muka 'gotcha' Mila tadi terus hilang bila harapannya untuk berjumpa Beyby semula berkecai.


"Sorry, tak dapat tolong."
"Tolong lah carikan."
"Laa..binatang tu kecik. Mana nak cari? Nak iklankan kat merata tempat?"
"Boleh ke? Boleh tolong buatkan?"
 Mata Mila bersinar. Riak wajah Mila jadi bersemangat seolah-olah terpancar harapan nya untuk berjumpa dengan beyby semula.

"Eyh.. gila? Nak kena gelak?"
"Laaa..tak salah kan? Missing sugar glider. Please call Amelia at 018-6576549."
"Apa dia? Ulang balik no telefon tadi?"
Khairul membuat muka serious sambil handphone nya dikeluarkan. Muka kasanova yang minta penampar.

"Eeee..!"  Dasar lelaki jantan yang meletakkan harga perempuan pada no telefon. Ingat aku apa? Callgirl?

"Haha. Tapi, I'm very sorry. Awak beli baru je lah sugar glider tu"
"Tak! Tak..tak nak. Tak sama"
"Apa yang tak sama. Binatang jugak. Berbulu jugak."
"Tapi ni lain..ada nilai sentimental"
"Apa bendanya? Ce cite ce cite"
"Tak nak..lapar.."
"Owh.. haha..tu yang dari tadi asyik pegang perut? I really thought you gugur bila cakap pasal beyby binatang you tadi."


Mila diam. Diam kelaparan. Tapi gerak langkahnya masih mengekori Khairul yang sedang berjalan memimpin basikal keluar dari tempat parkir. Khairul menanti seminit untuk mendapat respon. Perempuan ni nak ikut aku ke? Aku nak ride ni. Tapi dia jalan kaki. Acane??


"Jom lah makan. Dekat kafe Fakulti awak tu."
Ajakan spontan. Alang-alang aku pun tengah lapar.

"Nak teman? Saya tak suka makan sorang-sorang. Rasa forever alone sangat." 

Riak wajah Mila mencebik seperti meminta kasihan. Senang cerita, mahu diteman. 

"Ye Hello Kitty, saya teman awak, kalau tak, tak ajak."
"Saya suka orang panggil saya Hello Kitty. Rasa comel sangat"

Terus Khairul membuat aksi tangan di dada, mata ke atas. Menyampah agaknya dengan statement tu. 


Perbualan ringkas mereka berlarutan sehinggalah tanpa sedar mereka sedang berduaan berjalan menaiki bukit ke Fakulti Undang-Undang. Sepanjang mereka bersama, Mila berasa selesa menceritakan tentang arwah abangnya, kenapa sugar glider tu teramat disayanginya. Tentang pelajarannya, tentang kursusnya, tentang perspektif hidupnya. Sesekali, ada gelak ketawa di antara mereka sehinggakan Beyby pun kian dilupakan. Perkara biasa bagi seorang seperti Mila yang memang peramah.

Selesai sahaja makan tengahari,perpisahan pula menanti.


"Err..I have class after this at 2.00"
"I don't have any"
"So... I guess I better get going"
"You should"

Mila bangun mengangkat pinggan kotor masuk ke dalam besen. Kemudian ke sinki mencuci tangan dan kembali semula ke meja makan mereka untuk mengambil beg dan buku yang dibiar bertindan di atas kerusi.


"Thank you teman makan."
"No problem."
Masing-masing control riak wajah awkward.



Nak mintak no fon tak eyh? Fikir Khairul.
Nak bagi no fon ke tak eyh? Fikir Mila.
Tak payah la. Jawab mereka kepada soalan di benak mereka sendiri.
It is just a short meeting. Nothing more than that.


"Err..Saya pergi dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Take care. Sorry for your lost. I'll try to look for your Beyby."
"Urmmm..."
Dah sudah. Dah teringat balik dah. Mila mula menunduk sedih dan berlalu pergi selepas sedikit lambaian.

So I guess that's just it.




Bersambung..

[UPDATED!! : Sambungan SOULMATE EP.5]

Friday, February 24, 2012

CERPEN #2 Soulmate [Ep.3]

Assalamualaikum..

...sambungan kepada Soulmate Ep.2..


****************************

Tutt...Tutt...Tutt...Tutt...

"Hello Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam. Mama! Mama! Ni Mila."
"Ye Mama tahu. Mama save nombor Mila. Kenapa?"
"Mama, Beyby hilang. Mila tak jumpa dia..Mila rasa Mila dah hilangkan dia" Mula-mula suara aku tenang saja. Tapi bila terdengar suara lembut Mama dihujung talian, aku jadi sebak. Rasa sedih di hati tak dapat lagi dibendung. Tak tahan dah. Aku dah lah homesick tak dapat balik Terengganu dah hampir 3 bulan. Selepas semalam, kali ni aku hanya menelefon semata-mata mahu mengadu tentang kehilangan Beyby. Dah setahun setengah aku jaga Beyby bagai menatang binatang yang penuh. Beyby lah teman suka duka aku saat manusia seringkali menyakitkan hati aku.

"Laa...macam mana boleh hilang?"
Standard soalan ibu-ibu bila diadukan tentang sesuatu. Aku tidak jadi ke perpustakaan pun tadi. Masuk ke 'peti sejuk' yang sunyi itu hanya akan membuatkan aku lebih sayu. Senyap pelajar gigih yang sibuk menelaah hanya akan menambah tekanan di jiwa yang rindukan Beyby si jantung hati yang kebiasaanya akan menemani ku walaupun sekdar tidur di dalam beg tidurnya.

Terus sahaja aku berjalan lemah ke kelas yang masih kosong itu. Aku ceritakan kronologi kejadian pagi tadi kepada Mama sambil teresak-esak. Aku duduk di penjuru kelas No.3, tingkat 2 di Cempaka 2.

Orang lain takkan faham. Cuma pencinta binatang dan lebih spesifik, pemilik sugar glider sahaja yang akan faham perasaan hilangnya binatang kenit,comel,gebu dan cute tu.


"Dah la Mila. Benda dah nak hilang nak buat macam mana. Dah lama dah pun Mila jaga Beyby tu."
"Tapi Ma...kesian dia kalau tiba-tiba kena lenyek kereta ke, kena makan dek kucing ke, ada orang ambil and bunuh dia ke.. Maaa...Mila sayang Beyby tuu"
"Dah la Mila. Mila dah jaga dia macam anak sangat dah. Doa-doa je lah, kalau-kalau ada orang yang ambil Beyby tu akan jaga Beyby elok-elok"
"Mila tetap nak cari jugak Beyby sampai jumpa"
"Mila ni.. Mengada-ngada lah. Carilah, cari. Pegi cari"
"Mama ni..." Ada ke kita tengah sedih dikatanya kita pulak mengada-ngada. Tambah resah dan sebal je.

"Iye lah. Mila nak cari, carilah. Tak apa nak usaha, tapi kalau tak jumpa jugak nak buat macam mana. Hurrmm...Kamu ni, kahwin je lah bela anak manusia pulak."
"Mama, kita tengah cakap pasal Beyby sekarang ni, hadiah yang arwah Abang Long bagi."
"Ye. Mama pulak tengah cakap pasal baby. Bayi manusia."
"Dah la, tak nak cakap dah. Mama suka sangat cakap pasal kahwin kat Mila."
"Mila jugak cakap, kalau nak tengak contoh bakal ibu mithali, tengok kepada pemilik sugar glider. Apa lagi, go get married, have babies and prove your hypothesis"
"Mama!"

******************************

"Kekekekeke"

Bunyi apa tu? Bunyi pelik macam ada mahkluk yang gelakkan aku. Hai kaget dan meilhat sekeliling. Kiri dan kanan bangku. Bawah dan atas bangku. Beg yang dijumpainya tadi diletakkan ke atas peha kemudian Hai melihat dari mana datangnya bunyi pelik tadi. Hai melihat pula ke belakang. Masih tiada apa-apa di belakang bangku. Tiba-tiba beg yang di atas pangkunya tadi terjatuh. O oh!

"Kekekekeke"

Owh! So bunyi tu dari dalam beg ni. Eyh!? Dari dalam beg ni?? Homai.. Creepy nya. I though dalam ni ada kamera ke, duit ke apa. Tak tahu pulak any of those will make a sound. Ah. Entah-entah ringtone handphone tak. Waktu tu juga beg itu seolah-oleah mahu bergetar-getar. Ni mesti handphone punya lah! Teruk betul owner ni letak ringtone macam bunyi Pokemon. Sekejap sahaja getaran tadi berhenti. Pasti mesej masuk.

Haduyai. Penat betul hamba. Balik lah cenggini. Cenggini. Siapalah perosak Bahasa Melayu ciptakan ayat cenggini ni. Buruk betul.

Hai mengangkat beg tadi. Langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.


"Hello Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam sayang..sehat?" Suara seorang perempuan di hujung talian tu cukup Hai kenal. Suara lembut yang dirindui, sangat dicintainya. Hai kembali duduk di bangku tadi.
"Hehe...Sayang sihat je lah. Kenapa call awal-awal pagi ni"
"Saja rindu. Tak boleh?"
"Untuk wanita No.1 mesti lah boleh"
"Kenapa? Dah ada No.2 ke sekarang?"
"Mula lah tu..Mula nak cakap pasal jodoh, kahwin, anak, cucu"
Ibu Hai terketawa berdekek-dekek di hujung talian. Tahu-tahu saja anak lelaki sulungnya.

"Anak siapa pulak kali ini ibu?"
"Huh..penat lah ibu nak kenen-kenen kan kamu. Anak Tan Sri tak mau, anak Dato' tak mahu, cucu datuk tak mahu, anak ustaz pun ditolaknya."
"Ye ye je ibu ni. Macam drama sangaatt. Over taw, cakap macam betul je pernah carikan anak Tan Sri, Dato' bagai."
"Tapi part yang anak ustaz tu betul kan?"
"Ibu, anak ustaz tu tak sebaik yang disangka lah ibu. Ayahnye je ustaz. Realiti nya iman tak dapat diwarisi bu..."
"Perempuan tu boleh dibimbing suami nak oi, kalau semua lelaki nakkan perempuan yang solehah saja,yang tak usah dibimbing dah, yang dah sempurna, yang tak solehah tu siapa nak? Nak bagi kacang hantu dan samseng? Makin teruk lah jawabnye. Imam kepada makmum, iaitu isteri dan anak macam anak Ibu ni yang dicari perempuan."
"Ibu ni tak habis-habis lah. Kenapalah suka sangat nak suruh Hai kahwin ni? Hai belum masuk kategori wajib pun lagi Ibu. Hai tak rasa Hai bernafsu pun lah pasal kahwin ni. Hai nak habis degree dulu"
"Dah ada Diploma cukuplah, dah boleh cari kerja kan."
"Diploma orang dah tak pandang dah lah bu.."
"Yang kamu nak risaukan sangat kenapa. Saudara mara kita ramai yang ada jawatan, bekerjaya, ada bisnes boleh tolong cari kerja untuk Hai."
"Itu depa bu. Kita ni biasa-biasa je. Hidup makan gaji, takkan nak bergantung kat orang lain. Hai nak usaha sendiri."
"Hurmm..tulah anak ibu yang baik sangat. Ingat Hai, umur Ibu ni tak panjang. Asyik rasa Kubur duk pangil je. Kang tak sempat nak merasa timang cucu. Kakak kamu tu dulu..hurmm"

Rasa kecewa Ibu masih belum hilang. Dulu terlalu gembira dan teruja mahu menimang cucu sulung. Tapi malang tak berbau, waktu Kakak sekeluarga mahu pulang ketika Raya Aidiladha dari Johor ke Kedah, satu kemalangan ngeri berlaku. Akhirnya, Kakak dan kandungannya yang sarat meninggal dunia. Menantu pula macam dah tak ingat mertua selepas kejadian tu.

"Sudah lah Ibu, Hai penat sangat, nak balik berehat. Ibu udah-udah le carikan jodoh Hai. Kang dah jumpa, InsyaAllah nikah lah Hai nanti. Ada rezeki, Ibu dapatlah cucu, Ibu jangan risau dengan takdir Allah. Hai pun kadang-kadang excited juga nak tahu rahsia Allah yang satu ni untuk Hai."
"Hurmm..kamu ni tahu je nak menjawab."
"I love you Ibu. And I promise you, my future wife will also love you like I do"
"Glad to hear. Cepatlah, find my future daughter in law"


**********************

"Macam mana boleh hilang tu nyah?"
"Aku tak tahulah beb..Aku ingat aku bawak Beyby nak pergi library, lepas aje kena langgar tu aku terlupa langsung pasal Beyby. Aku rasa dia terjatuh kat mana-mana lah"
"Nasib kau la nyah. Aku tak rasa kau akan jumpa lagi dah benda tu. Ntah-ntah kena lenyek dah kot"
"Benci kau! Tambah menakutkan aku aje!"
"Hehe...rileks la..betul cakap mak kau tadi, elok kau kahwin je, jaga anak betuk pulak"
"Tambah tambah benci kau!"

Aku pantas bangun,secara tak langsung kerusi yang ku duduk tu terjatuh ke belakang. Aku berlalu pergi dari meja kafe meninggalkan Sara keseorangan. Beberapa langkah kemudian Sara datang berlari-lari membuntuti ku.

"Laki yang kau langgar tu...kau kata dia handsome kan?"
"Kau dah kenapa?"
"Kau ada nama dia tak?"
"Tak ade"
"Ntah-ntah dia ada ambil Beyby kau kot"

Tak mungkin..aku nampak dia pergi naik basikal. Tak ada pun dia pegang beg Beyby tu, dia cuma pergi dengan menggalas beg saja. Tapi..bila difikirkan balik..dia tetap penyebab aku hilang Beyby!

*******************

"Akak....macam mana ni kak..."
Aku balik mengadu kepada kakak sebilik ku. A very good listener.
"Dah tak boleh buat apa lagi dah Mila. Benda dah nak hilang."
"Semua orang nak suruh Mila pasrah. Tak ada ke orang yang nak bagi idea cara nak cari Beyby tu?"
"Beyby tu bukan macam kereta boleh dicari. Ntah-ntah dia dah hidup bahagia melompat-lompat dengan tupai-tupai dekat belakang kolej Teratai tu. Kalau nak kena ketawa dengan polis, pergilah buat report polis"

Aku hanya mencebik. This world is making fun of me just because I'm way to sad losing a pet. Aku menutup muka dengan bantal, membalut badan dengan selimut.

"Hurmm.." 
Kak Laila mengeluh. Penat agaknya melayan perangai aku.


"Mila kata Mila nampak dia kayuh basikal turun laluan dekat tengan Fac Business and perpustakaan tu kan?"
"Hurm"
"Oh c'mon..A smart girl like you could think of it"
"Apa?"
"Kata nak cari lelaki tu kan?"
"Ha..so?"
"Dia kata dia tergesa-gesa nak pergi kelas kan? Belakang tu kan cuma ada tempat parkir kereta..so.."
Kak Laila sengaja membiarkan ayatnya tergantung mahu aku sendiri yang memikirkan maksudnya. Kening aku mula berlagak The Rock. Berkerut-kerut dahi aku.

"Oh! Wait!"
Aku menepuk -nepuk kedua tapak tangan seperti singa laut. Aku dah dapat teka!

"Are you suggesting me to go look for him at the parking lot?"
"Kind of.. Maksud akak, dia mesti dari Fakulti Bisnes atau Law sama macam kamu. Mana ada dah fac lain dekat situ. Tapi, kalau kamu dapat cari dia dekat parking lot tu pun oke jugak. I mean, you know his bicycle right."
"Ooooh!! Wah! Brilliant akak! Brilliant! Eeee...sayangnya kat kakak Laila ni. Dah la pandai! Muah!"
Aku mengucup ubun-ubun rambut Kak Laila dan kembali terlantar di atas katil.
"Nak tidur, esok nak cari mamat tu! Thank you akak"


Aku merenung sangkar Beyby di penjuru bilik. Harapan. At least ada harapan. Beyby tunggu Mami taw!
Tapi.. kalau bukan dia yang ambil Beyby?


***********************

Hai berjalan lemah menaiki tangga ke bilik. Tak adalah penat sangat sebenarnya. Setakat naik basikal tu biasa je bagi aku. Dah lali dah. Otak aku ni yang penat. Memerah otak lagi penat daripada menggunakan anggota badan.

Hurrmm...Kahwin. Ibu asyik nak suruh aku kahwin aje. Beria-ria, sejak aku graduate Diploma. Nak ada menantu. Nak ada cucu. Macam-macam dia pesan. Jadi suami penyayang, bertanggungjawab, tegas menjaga kebajikan kaum keluarga. Bina keluarga yang layak ke jannah. Dan mesej utamanya selalu berkait rapat dengan - Jangan jadi macam ayah yang abaikan keluarga. Yang langsung tidak ambil peduli akan makan minum, duit belanja keluarga, pendidikan anak-anak, solat anak-anak dan paling kejam adalah membiarkan ibu bergantung tak bertali. Kalau bertali sekurang-kurangnya Ibu masih mampu memanjat ke atas. Nasib baiklah Ibu seorang yang tabah menjaga dan membesarkan aku, adik dan kakak.

Hidup memang tak mudah tanpa seorang lelaki yang bergelar ayah, tiada tempat untuk kami adik beradik bergantung dan berlindung. Tiada teman untuk Ibu berpaut. Sedangkan sewaktu pernikahan kaklong 4 tahun lepas, ayah enggan datang mewalikan kaklong walaupun sudah jenuh dipujuk. Sudahnya, aku yang menjadi wali kaklong. Sehinggalah jasad kaklong disemadikan  2 tahun lepas, ayah akhirnya melawat kubur kaklong. Itupun tidak menjenguk kami, kami pun cuma tahu dari jiran sebelah rumah yang ternampak ayah melawat kubur Kaklong 2 hari selepas beliau disemadikan.

Biarpun begitu Ibu tak pernah memburukkan ayah secara terus terang. Ibu tetap mahu aku dan adik menghormati dan menyayangi ayah biarpun sudah hampir 7 tahun kami tak bersua sejak mereka sah bercerai secara khuluk (tebus talak).

Kami langsung tak merasakan kehilangan mahupun sedih. Malah lega seolah-olah satu ketul iceberg yang menyebabkanTitanic karam telah diangkat dari atas dada kami sekeluarga. Agaknya kami takkan berjumpa dengan ayah sehinggalah jasad kami berada di liang lahad juga.  Ada ataupun tidak langsung tak membawa apa-apa kesan pada kami. Lebih baik tiada, sekurang-kurangnya Ibu tidaklah sakit menanggung luka.

Aku duduk di birai katil. Mengeluh panjang dan cuba mengatur nafas yang tidak konsisten dan terputus-putus. Melihatkan beg funky tadi, kali ini baru aku terasa mahu membukanya. Kalau betul handphone, sekurang-kurangnya pemiliknya masih berpeluang memiliki handphone ni lagi.

Bismillah..laju sahaja Hai membuka zip beg tanpa diketahui ada makhluk di dalamnya.

"KEKEKEKEKE"

AAARRGGGHHHHH!!

Seekor makhluk kecil itu terkejut dan terus medepakan tangan dan membrane (seperti sayap). Aksi seekor sugar glider yang ketakutan atau terancam. Sekarang ni, Hai yang rasa dirinya terancam.


Subhanallah!! Apa benda ni! Jin kah? Syaitan? Oke, mestilah bukan, tapi bintanag apa ni!!?? Ya Ampun...Perlahan Hai menutup zip. Berhati-hati dia menolak zip. Manalah tahu binatang itu menerkam tangannya. Yakin zip itu sudah ditutup rapat, Hai meletakkan beg itu di atas meja belajar nya.

Meremang bulu roma aku. Eee..gelinya. Apa benda tu? Macam tikus. Ada bulu... Pantang betul aku. Kucing yang comel pun tak boleh duk dekat dengan aku. Eee..macam mana aku boleh terambil binatang ni bawa masuk bilik?? Nak buang? Kat mana? Kalau nak buang pun, geli-geli aku pun aku takkan menzalimi binatang.

Beg itu bergerak-gerak. Zip tadi seperti ditolak-tolak makhluk tu. Aku hanya melihat penuh suspen. Aku merapatkan diri ke dinding katil.Jangan kata, binatang ni boleh keluar daripada zip ni. Sikit-sikit aku melihat binatang kecil ini gigih membuka zip. Sekejap aku lihat jarinya yang berkuku tajam keluar dariapda lubang kecil tu. Hanya 3 saat itu sahaja aku berani melihat, dek terlihat kukunya yang tajam aku semakin jadi kaget. Ngeri betul tangannya. Bulu kian menegak. Sudah tegang agaknya bulu roma aku. Kalau boleh mahu tercabut semuanya.

Aku terus melihat. Binatang ni, kalau datang dekat aku macam mana? Kalau dia boleh terbang, lompat satu bilik ni? Ughh!! Apa benda ni?? Stressnya aku!

Aku merenung ke arah beg tu yang masih tidak berhenti bergerak.Sesaat, 2 saat, 3 saat ..10 saat, lubang yang dikuis semakin melebar. Hidungnya sudah boleh melunjur keluar. Gigih betul binatang ni. Tak sedar sudah seminit aku merenung, akhirnya binatang itu sudah boleh menghulurkan kepalanya ke luar. Mak aih!


Makhluk itu melihat ke kiri kanan. Menghidu sesuatu yang tak kena. Ya Allah. Apa benda ni. Hai masih lagi takut-takut. Aku memang tak suka binatang berbulu ni, inikan pula kecil. Macam tupai pun ada. Rupa macam tenuk pun ada. Hidung macam bab..ah..tak nak sebut.

Di berjalan terkedek-kedek. Merayap ke arah bekas makanan yang terdapat pelabagai jenis buah-buahan kering. Binatang itu mencapai satu kemudian duduk diam menggigit makanan tadi. Mungkin itu yang dibaunya membuatnya gigih keluar. Lapar kot.

Aku melihat dalam kegelian. Oke, comel jugak, tapi tetap geli. Sesekali mata binatang ini melilau, sekejap ke  kiri kanan, sekejap ke aku. Creepy. Bila aku bergerak sedikit dia akan terkejut sampai teranjak kedudukannya. Ada sakit jantung ke apa binatang ni. Aku geli hati melihat binatang ni. Nak saja aku memegang dan mengusapnya. Tapi rasa takut mengatasi rasa takjub aku.


Aaaahhh!! Terjerit Hai apabila binatang tu tiba-tiba sahaja binatang tu merayap laju meninggalkan makanan nya. Aku jadi kaget. Nak buat apa ni? Tambah mengerikan apabila binatang tu melompat ke arah bajunya yang digantung di kerusi meja. Binatang ni boleh melompat! Atau terbang? Tadi aku nampak dia macam bersayap! Alamak...apa aku nak buat ni!! Aku melihta sekeliling bilik sama ada ada perkakas yang boleh aku guna.

Hah! Idea! Aku perlahan mengangkat bakul laundary Ikea aku yang penuh berisi pakaian kotor. Aku tuang semua pakaian tadi ke tepi meinggalkan bakul tadi kosong. Perlahan aku menuju ke arah binatang itu tadi.

Ahah!!! Dapat pun!!


Bersambung....

:)

[UPDATED!!: Untuk sambungan, sila kilik sini (Soulmate Ep. 4)]



Friday, February 10, 2012

CERPEN #2 Soulmate [Ep.2]

Assalamualaikum..

.................Sambungan kepada Soulmate [Ep.1]



"What the...?!"

Hai bangun dari posisinya yang tidak senonoh apabila dia cuba mengelak sesuatu yang berada di jalan. Dah macam terbongkang rupanya. Ada sedikit luka di lututnya. Roda basikalnya masih berputar-putar. Hai mengangkat Fixie birunya. Selepas sedikit pemeriksaan disandarnya pula ke dinding bangunan Fakulti Perniagaan. Apa benda lah yang duduk kat tengah-tengah jalan ni?

Dia menunduk ke bawah mencapai suatu jenis beg kecil. Macam beg kamera. Tetapi beg kamera ni lain. Funky semacam. Cool.

People don't usually see this thing on a road. It is quiet a nice thing to be left on the road.

Cantik, warna-warni. Plus, ada semacam jaring di sebelah kiri kanan beg ini, seperti ruang udara. Tapi jaringnya terlalu kecil, Hai cuba mengintai tapi tidak kelihatan apa-apa pun.

Jangan-jangan ada orang yang terjatuhkan kamera dia. Tak pun, dalam ni ada duit? Hurm..What's the point of questioning when you can find out about it yourself kan? Dengan kedua hujung ibu jari dan jari telunjuk tangan kanannya dia memegang kepala zip, belum seinci zip itu sempat ditolak, handphone nya berbunyi.

"Hai! Kau kat mana? Aku dah tunggu dah ni. Cepat sikit weyh"
"Owh! Ya, ya. Aku dah sampai ni. Ada kat luar, sekejap, aku masuk."

Panggilan tadi dimatikan. Beg tadi terus disandangnya tanpa befikir. Bergegas dia berlari melalui tangga di Fakulti Perniagaan yang berdekatan dengan tangga Perpustakaan Tun Abdul Razak 2, kemudian menaiki lagi 3 tingkat anak tangga.

"Hai! Thank you weyh datang hantarkan."
"Takpe. Nah! Good luck presentation."
Lan membelek-belek assignment yang dihulur Hai. Tiba-tiba wajahnya berubah terkejut.
"Eyh!! Hai...! Kau salah ambil assignment ni!"
"Hahh!!!???"

Janganlah kata sia-sia aku datang sini payah-payah tapi tak membantu langsung.

"Tipu je..Hehe"
"Bongek! Aku pulak cuak. Gila betul."
"Thanks taw! Nanti aku belanja sky juice. Hee.. eh beg apa tu weyh? Tak pernah nampak pun kau bawak"
"Entah..tadi aku jum..."
Belum sempat Hai bercakap Lan sudah pun mencelah..

"Eyh.. Aku pergi dulu lah. Nanti story kat bilik. Thanks taw.."
Mereka melakukan brotherhood handshake sebelum Lan bergegas mahu pulang ke kelas untuk pembentangan.

"Yeah..tak de hal bro. Good luck!"

Hurmm..Aku nak buat apa lepas ni. Lenguh gila kaki aku ni. Tak sempat warm up dah kena cycle naik bukit. Balik bilik arh camni. Tak jadilah pergi Bukit Cerakah.

Akibat terlalu penat Hai menuju ke vending machine. 2 keping not RM2 dimasukkan ke dalam 'mulut' mesin tersebut. Gedegang! 1 botol air 100 Plus sejuk keluar dari bawah mesin. Sebab itu ramai di kalangan kami memanggil vending machine ini sebagai mesin gedegang. Kerana bunyinya. Hai duduk seketika di bangku bersebelahan vending machine. Dia tersandar di bangku itu sambil menghela nafas panjang. Tidak selesa, dia membetulkan kedudukan merapatkan belakang badannya ke dinding.

"Kekekekeke"

Ada suatu bunyi yang aneh kedengaran dekat sekali di telinga Hai.


******************************


"Awak..awak...Bangun awak!"
Sikit je kena langgar boleh pengsan terus macam ni ke?

"Saudari..bangun..bangun saudari"
Aku menampar-nampar pipi perempuan berambut pendek di hadapan ku ini. Aku bukannya mahu sesuka hati pegang anak dara orang ni walaupun dia ni belum tentu dara. Sebab tu tamparnya pun aku pakai fail Hello Kitty yang kebarangkalian milik dia yang aku kutip di sebelah tayar basikal ku tadi.

Comel, bibir dah la mungil, pakai retainer pulak tu. Dengan headphone Hello Kitty nya yang dah senget benget atas kepala. Cute. Comel-comel perempuan sekarang ye.Hurm..

Haih!  Tersedar aku daripada lamunan. Istighfar istighfar.

Bangunlah minah oi..Nanti orang lalu lalang apa pulak dorang pikir kat aku ni. Sekarang oke lagi, tak ramai orang nak lalu dekat kawasan antara Fakulti Perniagaan dan perpustakaan ni. Tapi still, lagilah orang akan pikir bukan-bukan kat aku.

Ish..leceh betoi. Orang nak pi kelaih ni. Bangun lah kaih. Gumam ku dalam loghat Kedah.
Aku melihat sekujur tubuh perempuan kenit ni. Tak pelik lah boleh pengsan, macam lidi aku tengok.

Ahah! Seperti sebiji mentol menyala di kepala. Aku merapatkan kedua tapak tangan seperti menadah. Kemudian aku cedok sedikit air yang bertakung dekat dengan kepala perempuan ni.

Splasshh!!

Air itu disimbah ke muka Mila.

"AAAHHH!!" Tersedar aku! Pufff..puff..Ada air di dalam mulut yang lain benar rasanya minta diluah.

"Haa..bangun pun!"
"Huish!! Awak buat apa ni?"
Risau aku. Habis basah baju. Malunya Ya Allah. Basah-basah ni melekap habis baju aku kat bahagian ni.

"Err..Sorry, tapi saya dah cuba kejut awak banyak kali tak bangun-bangun."
"Saya pengsan ke?"
"Habis, awak ingat awak tidur kat sini?"
"Oh! AWAK! Awak langgar saya kan tadi dengan basikal awak ni!"


Bingkas aku bangun. Insiden tadi memang berlaku dengan pantas. Tapi aku masih ingat gambaran tayar basikalnya yang berwarna merah berpusing-pusing di hadapan mata tadi sebelum aku pengsan.

"Sorry laa..saya dah cuba bagi warning sebelum langgar awak tadi. Puas saya jerit, tapi awak tak dengar. Awak tengah asyik sangat melayan alunan muzik kontemporari ni."
Sambil tangannya menarik headphone Hello Kitty yang kini sudah tersangkut di leher Mila.

"Eyh! Apa ni, main pegang-pegang."
"Haha. Relax la. Kepala awak terhantuk sikit je kan. Tengok seluar saya, dah terkoyak, lutut pun berdarah." Aku mahu menunduk melihat lututnya sebelum dia pantas mengalihkan kakinya.

"Eyh! Jangan pandang, lutut tu aurat lelaki."
"Hah? Owh.." Tersenyum kelat aku. Sempat melawak lagi?
"Dah tahu saya tak dengar tak reti-reti nak brek basikal tu? First time ke naik basikal?"
"Amboi mak cik! Ini basikal jenis fixie, mana ade brek! Nak stop pun ambil masa untuk skidding"
"Huh?"
"Skidding tu teknik untuk stop kan basikal jenis fixie. Tak ada pakai brek. Faham~?"


"Hurm..Memang saya ada basikal kan, sebab tu saya jalan kaki sekarang ni.." 
Aku menjawab nada sinis. Muka pun turut membuat mimik berlagak. Habis, kata budak law, tak law lah namanya kalau tak reti nak membidas.

Err...minah ni marah ke apa? Macam comel pulak gayanya kalau marah.

"Ehem..Apa-apa je lah saudari. Memang saya datang sini nak bersembang dengan awak. Memang saya tak ada kelas hari ni kan.."
Jawab Khairul pula. Berlagak betul minah ni. Mentang-mentanglah ambil kursus undang-undang. Pegang buku tebal, Akta itu ini, ingat aku tak reti menjawab ke? Aku perasan dari buku-bukunya yang jatuh tadi antaranya ada National Land Code dan Penal Code. Dari fail Hello Kitty miliknya tadi pun ada tertulis Criminal Law. Aku mengangkat kaki sebelah kanan dan membawa kaki itu ke sebelah badan basikal sana sebelum melabuhkan punggung ke atas seat.

"Sorry ye adik manis.. Kita sama-sama salah. Saya nak pi kelaih ni. Jalan elok-elok noh. Jangan duk loqlaq sangat."
"Hurmm" Aku hanya menjeling kemudian menundukkan kepala. Yelah, aku pun salah.
Khairul memusingkan sedikit basikalnya ke arah Mila kemudian dihulurkan fail Hello Kitty tadi.



"Oh! Nice hairdo Amelia Nasaruddin. Minus the leaves"
Lekas aku membetulkan rambut yang tak sempat aku betulkan sebelum 'mati hidup semula' tadi. Mulanya aku mengerut kan dahi kehairanan bagaimana dia boleh tahu nama aku. Bila saja fail itu aku ambil, baru aku perasan di sebalik kulit transparent fail tu jelas terpampang nama aku.

"Thank you taw awak!" Jerit ku apabila melihatnya mengayuh semakin jauh.
Terima kasih lah sebab langgar saya. Kemudian bertanggungjawab kejutkan saya dari pengsan dan puji rambut saya. Bahasakan saya saudari, sangat berbudi. Kemudian panggil nama penuh saya, yang saya rasa sangat sweet bila lelaki buat macam tu. Awak pun handsome. Sambil melambai, aku berkata-kata dalam hati.

Yeah, tak kesahlah dia dah langgar at least dia tak lari biarkan aku macam tu je. Geez. Malang betul.  Entah apa dia buat kat aku masa aku pengsan tadi. Eeee..minta dijauhkan. Takkan la dia nak buat bukan-bukan. Bersangka baik sahaja lah Mila. Husnuzon husnuzon. Kata ku sambil mengurut dada.

Dah basah, masuk pulak library, haa eloklah. Memang frozen meat aku nanti. Justeru, dead meat!

Aku merenung ke arah jam, tinggal sejam lebih sebelum kelas akan bermula. Menyesal bangun awal-awal pagi kalau tak jadi pergi library cari kes.

Case of Public Prosecutor v. Muhamad Suhaimi. A man who killed his wife with 26 stabs in their home's bathroom. Memang nampak kejam bunyinya, 26 tikaman? Siapa boleh survive lepas 26 tikaman mesti magis gila lah. Tapi keputusan mahkamah mengenai kes ni?



Tidak bersalah! Yes. Muhamad Suhaimi dibebaskan. Mahkamah memutuskan bahawa dia tidak waras fikiran sewaktu melakukan pembunuhan dan tidak boleh disabitkan kesalahan. Muhamad Suhaimi dibebaskan di bawah seksyen 84, Kanun Keseksaan kerana telah mengalami suatu penyakit yang dikenali sebagai delusional disorder of the jealous type. Berdasarkan keterangan berserta bukti persekitaran dan hubungan antara tertuduh dan si mati, tertuduh melakukan perbutan membunuh tersebut tanpa disedari setelah mengalami delusi mendengar suara yang menyuruh beliau melakukan sesuatu kepada isterinya. Selain kerana tidak memiliki motif dan mens rea (guilty mind) ataupun niat untuk membunuh, hubungan antara mereka suami isteri tidak menunjukkan sebarang masalah yang boleh membawa kepada pembunuhan tersebut. Biarpun kes ini telah dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan, keputusan nya masih sama. Mana boleh seorang yang tidak waras dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu yang berlaku di luar kawalan mereka.

Mengenang kan aku sudah faham tentang kes tu, aku jadi malas benar mahu membacanya kes penuhnya. Leceh. Tapi apa-apa pun, masih banyak lagi kes perlu dicari.

Aku berjalan menuju ke rak tempat simpan barang di sebelah kanan perpustakaan.  Aku menyarung sweater Hello Kitty yang ku bawa tadi. Masih lagi merasa panas sebenarnya tapi sengaja mahu mengenakannya sekarang kerana mahu menutup bahagian baju yang telah basah dijirus air. Aku mengeluarkan pencil case, purse, Mp3, fail Hello Kitty tadi dan...travel bag Beyby.
Travel bag Beyby?
Mana travel bag Beyby??

Aku meraba-raba bahu mencari tali galas travel bag Beyby. Melihat ke belakang, takut-takut terjatuh. Cuak. Resah. Kaget!

"Beyby! Mana Beyby ni?"
Sedih. Macam mana aku boleh lupa pasal Beyby. Aku mencari sekitar rak. Sepanjang laluan aku menaiki tangga ke perpustakaan tadi. Menjenguk ke bawah dari atas tangga.

"Beyby!!" Aku terjerit. Tak kuat, tapi cukup untuk mengambil perhatian orang sekeliling.

"Kenapa dik? Cari anak ke?"
Seorang perempuan yang lebih kurang sebaya aku bertanya. Pelik agaknya tiba-tiba aku terjerit memanggil Beyby.
"Beyby saya.." Jawabku sedih dan resah.
"Kecik mana baby nya? Dah boleh berjalan?"
"Dah." Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal.
"Kecik sangat ke sampai boleh hilang cari kat bawah lantai?" Tanya perempuan itu kehairanan melihat aku mencarinya di sekeliling rak dan lantai.
Takkanlah baby dia dah boleh memanjat atas rak. Kecik sangat ke sampai kena tengok tembus ke lantai?
"Dia ada dalam beg. Kecik je, ada dalam beg kecik ni" Aku menggayakan saiz travel beg Beyby.
"Hah??! Keciknya Baby!"
"Owh..tak tak. Dia bukan orang. Dia binatang"
"Ooo..kus semangat. Eh, binatang macam mana?"
"Kecik macam tupai, berbulu kelabu, ada belang hitam. Macam tikus dia merayap. Sugar Gli..."
"Hah!!" Terbeliak mata perempuan tu. Tak sempat aku nak explain. Dia mencari sekeliling di bawah lantai sambil kakinya terangkat-angkat.
"Tak nampaklah. Sorry"
Perempuan tu bergegas lari masuk ke dalam perpustakaan. Aku melihatnya kaget. Pasti dia geli bila aku mention Beyby macam mana. Eyh. Beyby aku comel oke, tak buruk pun macam tikus. Ish!


Aku menjenguk ke bawah. Kali ni ternampak basikal berwarna biru yang disandar pada dinding Fakulti Perniagaan bersebelahan PTAR. Barangkali basikal Fixie, macam basikal merah yang langgar aku tadi. Ahah!

Aku bergegas menggalas beg dan berlari menuruni tangga ke tempat kejadian tadi. Aku mencari di sekeliling. Disebalik pokok, dalam longkang, celah rumput, bawah kereta-kereta yang diparkir. Jenuh aku cari. Sudah jauh sampai ke tempat yang mustahil untuk beg Beyby boleh terpelanting sejauh tu.

"Beyby...siapa amik Beyby ni. Mami mintak maaf Mami tak perasan Beyby tak ada.."

Bukan selalu aku bawa Beyby ke kelas pada hari Isnin kerana selalunya aku selalu terlewat untuk membawanya bersama ke kelas. Kebetulan hari ini kelas waktu pagi dibatalkan.

Aku melukut di tepi pembahagi jalan. Sedih bukan kepalang. Semua orang akan gelak dan fikirkan aku ni tak betul menangis sebab hilangkan seekor binatang peliharaan. Orang takkan faham, aku punyalah bonding dengan binatang tu. Dah hampir setahun aku jaga macam anak sendiri. Memanglah bukan apa-apa pun tapi aku memang sayang makhluk tu macam keluarga aku sendiri. Orang takkan faham jiwa si ibu sugar glider macam aku.



Nature binatang ni adalah dia akan terlalu manja dan bergantung kepada tuannya. Which is aku. Aku tak bersedih kerana kerugian seekor binatang yang harganya mencecah RM300, tapi sebab Beyby tu pemberian orang. Bukan boleh senang-senang ditukar ganti dengan baru.

"Beyby...mana Beyby ni.."


...bersambung





I guess you can now guess who got Beyby rite? Nevermind, continue guessing. But you dont know what happens next..Not untill I update :)

Sorry lambat publish..It was hard not having well-planned stroyline..
Thank you for those who supported me and waited for this update. You guys are awesomely awesome! Muah! Bye!

p/s: My Beyby would love to say hi to all readers!


Sombong betul Beyby..Tapi comelll!!!!! eee..geramnye mami!

[UPDATE!: Untuk sambungannya sila klik sini Soulmate Ep.3]

Sunday, January 22, 2012

Cerpen #2 : Soulmate [Ep.1]

Assalamualaikum..


Monday blues. That's what most people called it. Hari ni ABC. Bukan air batu campur tapi Allah Bagi Cuti. Maka, telah aku manfaatkan seluruhnya waktu malam dari pukul 12 tengah malam hingga ke 8 pagi untuk meng'qada segala waktu tidur ku yang selama ni dicuri atas sebab persediaan untuk kuiz dan test yang bertimpa-timpa kebelakangan ni.

"Mila...oh Mila..Bangun la dik oi.."
"Emmmpphh" Menggeliat.
"Bangun lewat ni tolak rezeki Mila"

Bingkas aku bangun. Mahu mengambil rezeki katakan.. Rambut ku yang lurus dan tebal dipotong pendek stail layer membuatkan rupa aku pagi itu semacam singa. Aku meramas-ramas kepala aku, tambah mengkusutkan lagi rambut.

"Akaaak...bestnya tidur...Nak tidur lagi.."
Sambil menggeliat dan kemudian menghempaskan badan kembali ke katil. Memeluk erat patung Hello Kitty sebesar separuh badanku.

"Ai...baring balik? Tak ada kelas ke pagi ni?"
"Ada..pukul 8.30"
"Haish! Kelas 8.30, bangun pukul 8. Mandi 10 minit, bersiap 10 minit, jalan kaki 10 minit, habis bila nak sampai kelas?"
"Haa..cukup 30minit! Elok-elok 8.30 dah sampai. Alaa..relax la kak.. hidup kena cool. Lagipun..lecturer tu selalu datang lambat"
"Jangan macam tu Mila..Kita yang nak menuntut ilmu, kita lah yang kena tunjuk semangat tu..menuntut ilmu ni jihad. Kita pun tak suka kalau kita mengajar kat depan 2, 3 orang baru nak terkedek-kedek masuk cari tempat duduk."
"Ouch! Sentap!"
"Nak sentap sentap pulak. Cepat! You're 5 minutes behind already"
Macam jeli badan aku bergoyang-goyang kemalasan. Aku mencapai tuala di ampaian luar bilik dan berjalan lemah longlai ke arah bilik air selang 2 bilik di sebelah kiri ku.

************
Baru sahaja aku selesai menyikat rambut, Iphone ku yang semestinya bersarungkan casing Hello Kitty berbunyi. Satu aku tak suka dengan Iphone ni ringtone mesej dia sangat bosan. Tapi... Lama betul handphone tak bunyi sejak jadi single ni. Pfft~ Oke,sambung cerita, aku membuka pesanan ringkas tadi. Perlahan dan bersemangat. Ye lah, forever alone kan, lama tak dapat mesej...

"Haaaa..Akak...tengok! Kelas cancel!"

Kelas cancel weyh! Faham tak perasaan kita bangun pagi untuk pegi kelas and end up knowing the class was cancelled. Oh hello..I da siap-siap nak pegi ni.. Nasib baik ada kat bilik lagi. Itulah kebaikan datang lambat kelas. Mesti kawan aku dah ramai kat kelas. Aku berjalan kecil sambil menghentak-hentak kaki menuju kearah katil dan..baring..

"Haha..tak apa, boleh buat kerja lain sementara tunggu next class."
"Tidur?" Sambil kepala ku menjulur keluar dari selimut Hello Kitty. Ya, dunia aku memang penuh dengan Hello Kitty.
"Bukan tidur. Kamu ni, bangun! Do something. Make yourself a breakfast ke, go to the library and read some cases ke.."
"Haih...It's a great idea but I don't wanna be in that freezer. It's too cold" Bibirku melengkung ke atas dan jari telunjuk bergoyang ke kiri kanan.
"Mila...go.. Jangan banyak songeh..Bring along your cardigan"
"Fine sista fine..I'm going..But I'm not bringing a cardigan. I'm taking this." Tersenyum sumbing sambil mencapai sweater hitam yang terpampang gambar Hello Kitty.
"Hmm...tak padan dengan belia dah 20 tahun"


Aku hanya diam. Malas mahu membalas. Sebaliknya aku perlahan mengambil BeyBy dari sangkarnya masuk ke dalam travel bag warna-warni nya. Comel betul dia bila cuba mahu keluar. Eee.. geram! Travel bag yang semacam sangkar kecil, untuk membawa binatang kecil ini berjalan kemana-mana. Aku menyandangnya di sisi, kemudian menggalas pula beg galas Jansport berwarna baby pink. Aku mencapai Quaker Chewy Granola bars yang merupakan sarapan aku hampir setiap pagi.

"Assalamualaikum akak comel" Aku menyarung sneakers Converse berwarna Dirty Brown dan berlalu meninggalkan bilik menuruni tangga kolej Teratai 1.
"Ye..waalaikumsalam"
Perempuan Baju Kurung
source: Here

So this is me. Typical Malay girl. Amelia Nasruddin. Panggil Mila. Pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Undang-undang di UiTM. Semester kedua. Badan kurus tak terlalu keding, pipi chubby, kulit gelap, tinggi standard 165cm dan sedang memakai retainer di gigi. Peminat No.1 Hello Kitty. Pemilik seekor sugar glider yang diberi nama sangat cliche iaitu BeyBy.

Hari ni hari Isnin. Sejak pegawai keselamatan UiTM dah upgrade jadi Polis Bantuan, aku dah lebih berdisplin untuk memakai baju kurung setiap hari Isnin. Manalah tahu kena saman ke kan. Haih..

Now..I'm on my way to Perpustakaan Tun Abdul Razak. The last place on earth I would rather be. Bosan betul tempat sunyi tu. Dah la pasang aircond macam peti ais. Haih. Hurmm...HAISH! Sesekali aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal.

Aku melalui kawasan berbukit antara kolej Delima dan Perindu. Kawasan yang aku kira antara paling tak selamat dalam UiTM Shah Alam ni. Kondisi jalan raya yang sempit, tidak rata,berliku-liku di kawasan agak berbukit yang menjadi laluan bas,kereta, motor dan pejalan kaki sungguh tak selamat. Macam-macam boleh jadi.

Seperti hari kebiasaanya memang aku lebih gemar berjalan kaki ke kelas. Pada aku, itulah waktunya untuk aku bersenam, mengambil angin pagi dan menyegarkan badan sebelum ke kelas. Walaupun kadang-kadang merasa limas kerana berpeluh sesudah sampai ke kelas, aku rasa selamat dengan memakai Deodorant Nivea. Kesegaran kekal tahan lama selama 12 jam!

Lagipun, bas sentiasa sesak di waktu pagi dan jalan raya yang sesak juga memakan masa yang lebih lama berbanding berjalan kaki.


Huuurrmmm..angin pagi, sepoi-sepoi bahasa. Pokok bertiup sedang-sedang. Angin lalu menampar pipi. Sayup, dingin, menyenangkan. Pergh best seyh.. Why would people waste RM1 to ride a bus and miss all of these tranquility? Mungkin ni rezeki aku pagi ni. Aku kan bangun awal pagi ni..ehem

Aku meletakkan headphone Hello Kitty berwarna putih ke atas kepala aku. Membetulkan kedudukannya, membuka Ipod dan menekan punat 'Play'.  Lagu Hello Seattle daripada Owl City berkumandang. Ahh...sesuai sangat dengan suasana pagi ni. Hello UiTM di hatiku..

Sesekali kepala aku tergoyang-goyang terangguk-angguk dan kaki aku terkinja-kinja mengikut rentak lagu demi lagu yang berputar. Sekejap lagu dari Taylor Swift, sekejap dari Foster the People, sekejap Hindustan dan sekejap K-Pop.

Mesti orang sekeliling ingat aku bawah pengaruh dadah. Sekejap aku terjerit sekejap memekik. Sekejap mata aku terpejam sambil terlompat-lompat, skipping entah ke mana hala.


Siapa je yang ada nak berjalan kaki awal pagi ni macam aku. Mostly sedang ke kuliah dan masih terlalu awal untuk orang berjalan kaki untuk ke kelas seterusnya. Setakat kenderaan lalu-lalang ni..emmph, aku tak malu sangat lah nak menyanyi. Aku tengah pakai headphone Hello Kitty gedabak ni kan? Teenage oke.. Teenage!

Aku melalui Cempaka dan Kenanga, antara bangunan tertua di UiTM Shah Alam. Antara tempat yang paling aku suka. Bukan sahaja kerana Cempaka itu merupakan titik permulaan kehidupan aku bergelar pelajar Universiti, tetapi sebab di sinilah tempat segalanya bermula. Macam mana aku boleh kenal dengan 5 orang gila a.k.a sahabat baik dunia akhirat, juga tempat aku bermusuh dengan orang sawan yang bajet hot, tempat aku menuntut ilmu dan segalanyalah!

Ipod aku memutar pula kepada lagu duet Minzy dan CL dari kumpulan K-Pop 2NE1. Entah mana datang lagu ni. Aku tak minat K-Pop sangat tapi dah ada kat corong telinga ni haa..layan kan aje lah.

1 step, and two step to the left..
To the left...
1 step and two step to the right...


Saat tu lah apabila aku melompat ke kanan...
BAAAANGGGGG!!!!

Sama ada aku dilanggar, melanggar atau terlanggar sesuatu, aku pun tak pasti.

Mata aku berpinar. Aku nampak ada cahaya di depan mata. Burung terbang. Banyak burung terbang. Aku memegang kepala, hajat nya nak membetulkan rambut yang dipenuhi dengan daun kering, tapi..cecair yang aku rasakan di hujung jari sungguh tak menyenangkan.Harap-harap bukan darah. Ya!
Bukan darah, tapi air dari lopak bekas hujan semalam. Tapi, ya, darah pun ada. Aduh...sakit. Makin lama imej semakin kabur. Samar-samar, kemudian kelam, kemudian gelap. Hitam.



***************


Hai...Nama saya Haikal. Panggil Hai. Student jurusan Kejuruteraan Elektrik UiTM. Semester 4. Tinggi 178cm. Badan tegap..kata orang. Berdarah kacukan British. Tak banyak beza dengan orang Melayu, cuma mata mungkin lebih menawan. Proud owner of a Fixie bicycle. Saya bencikan binatang berbulu.



Hari ni hari Isnin. Monday Blues orang kata. Tapi bagi aku, hari Isnin hari paling best bagi aku. Sebab bila semua orang sibuk ke kelas, aku dengan kacaknya akan menyarung skinny jeans dan sweat jacket. Topi, dan headphone Beats.

"Hoi! Pergi kelas semangat la sikit!" Sambil menepuk bahu teman sebilik ku yang sorang ni. Malam bukan main bersengkang mata main Dota. Pagi lembik macam jeli.

"Orang tak ada kelas pagi boleh la cakap camtu.."
Bidas Lan. Aku duduk melunjur di depan pintu bilik asrama mengikat tali kasut bercorak checkered pada kasut Reebok warna biru fluorescent.

"Aku tak ada kelas pun aku bangun pagi exercise..Tiap-tiap minggu oke. Tak pernah miss!"
"Whatever, I'm off to class..." Ringkas jawapan Lan, menolak Hai dengan sedikit daya di bahagian dada Hai sambil melepasinya yang baru bangun berdiri di muka pintu bilik mereka.
"Tiap-tiap minggu hari Isnin nak dengki dengan aku.." Gumam Hai sambil melihat Lan berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan mata.

Hai menggalas Messenger Bag jenama SAG berwarna biru dan mengunci pintu bilik. Menuruni tangga kolej dari tingkat 4 Kolej Teratai 4. Segugus kunci dilambung-lambung. Sesampai sahaja di bawah, Hai mencari satu kunci di antara gugusan tersebut.

"Ahah! Ni lah makan dia.. Kunci kepada buah hati aku.."

Teliti dan cermat Hai membuka mangga yang mengunci basikal Fixie kesayanganya di bawah tangga...

"Muaahh!" Hai mencium handle basikalnya. 
"Let's go for a ride. Where would you wanna go eyh Baby?"
Monolog luaran bersama basikalnya, Baby terhenti seketika apabila Hai sedang berfikir.
"Bukit Cerakah orait. Kita amik jalan besar, starting dari Pusat Kokurikulum, ambil jalan kat Pusat Islam, keluar UiTM dari pintu besar then kita lalu jalan besar nak ke Seksyen 9 tu..."
Memang macam nilah kebiasaanya. Hai akan bercakap-cakap dengan Baby nya sambil mengelap basikalnya. Mengusap manja lah konon.

"Waduh, berbasikal lagi ya?"
Suara seorang lelaki tua kedengaran dari sudut bawah tangga.
"Eyh pak cik! Assalamualaikum.. tak perasan pak cik ada kat sini"
Hai menundukkan kepala ke bahagian lebih dalam di bawah tangga. Salam dihulurkan saat melihat kelibat pak Sudir, petugas bahagian maintenance kolej
"Waalaikumsalam. Nggak apa-apa. Saya lagi berehat di bawah tangga ini. Capek bangat. Mau ambil angin sama basikalnya ya?"
"Iya pak..pengen ambil angin pagi" Sengaja menjawab menggunakan bahasa Indonesia supaya lebih mesra.
"Bagus loh..biar badan bisa makin ganteng. Kamu aja udah segak sekali"
"Eyh, apa pulak pak cik..Biasa aja. Sebentar ya pak."
Perbualan mereka terganggu apabila telefon Hai berbunyi lagu My Hearts a Stereo dari Gym Class Heroes.

"Hah. Assalamualaikum. Apehal?"
"Hai..Aduh..Assignment aku tertinggal lah weyh. Tolong ambil atas meja hantarkan kat aku boleh?"
"Cuai lah kau ni? Nak bila?"
"Sekarang...sekejap lagi turn group aku present, kena hantar terus benda tu. Tolong aku Hai..Please"
"Kat mana?"
"Atas meja aku."
"Bukan..maksud aku nak hantar ke mana?"
"Fac aku. Business ni haa..sebelah Budisiswa. Dah sampai kau call, aku pergi kat kau"
"Okay sekejap."

Aku tak perasan bila pula Pak Sudir berlalu pergi. Aku toleh ke kiri ke kanan tetapi tidak ternampak pula kelibatnya. Aku harap Pak Sudir tak terasa dengan tindakan aku mengabaikannya untuk bercakap dalam telefon. Aku hanya menyandarkan Baby pada tangga dan segera menaiki tangga ke bilik. Bertuah betul kau ni Lan..


Laju aku kayuh...selaju boleh biarpun penat menanggung berat sendiri mengayuh basikal menaiki bukit antara Kolej Delima dan Perindu. Jalan yang sempit dan kereta yang lalu lalang sesekali buat aku mahu sahaja ter'skid'. Seringkali aku terpaksa mengayuh dalam keadaan berdiri di atas pedal untuk menambah kekuatan daya bagi memastikan Baby terus maju kehadapan.. Tapi tak apalah. Dah biasa. Lagipun demi mu Lan...aku sanggup..!


Selesai melalui bukit, part paling best dan merbahaya. Part paling aku suka, iaitu menuruni  bukit. WUUUUU!~ Angin pagi tu..pergh best syial... Weeee!~

Aku terlampau asyik dengan angin yang meniup kencang, hampir sahaja terjatuh terlanggar batu. Tapi tu tak membuatkan aku serik..Aku melihat ke kiri dan kanan, belakang kecuali depan. Aku cuba mendepakan tangan sambil memajamkan mata. Best...Sangat best.. Nilah yang paling aku suka tentang menunggang basikal. Bestnyeee...

Paaangggggg!!!
..bersambung


Hai terlanggar sesuatu..atau..seseorang?

 Nantikan sambungannya..
Tolonglah jangan berharap yang Hai terlanggar Mila, itu sangat cliche oke.

Kalau dah baca episode 1 jangan tak istiqamah pulak nak baca sambungannya.. :) InsyaAllah Ratu pun turut sama isitiqamah gigih menghabiskannya..

Sorry for all the flaws..I just wrote for fun, to express and not to impress *err..sometimes yeah*
Hope you enjoy!! Bye awesomes!
Oh! Tajuk tu oke ke? Jenuh pikiaq ni..rasa nak demam.. :(
Bye!


Yang Ikhlas, 
Ratu tak cantik 
:)

[UPDATE] Sambungan cerita ini ada di entry ini Soulmate Ep.2

Thursday, August 11, 2011

CERPEN#1 : In Memory Of Muhammad Faeez & Epilog (Final)

Assalamualaikum..

Sambungan kepada cerita Lebih Baik Daripada Seth Tan dan lain-lain cerita sebelumnya. Sila rujuk ENTRI INI.

Aahhhhh!!! Aku tercungap-cungap apabila tersedar. Basah. Peluh satu badan. Cepat-cepat aku mengeluarkan diri dari selimut. Blackout agaknya. Kipas tak berpusing dan penghawa dingin tidak berfungsi. Meminjam cahaya dari Blackberry, aku melihat sekeliling dan kemudian meraba dalam laci mencari lampu suluh. Jumpa! Perkara pertama yang aku suluh adalah ruang sebelah tempat ku tidur.

Kosong. Tidak seperti selalu. Aku menggengam cadar katil tempat Faeez tidur. Rindu. Sedih. Sunyi.

Berbekalkan 70% bateri dari komputer riba, aku masih mahu melayari internet. Semata-mata untuk menonton video yang pernah Faeez dedikasikan untuk ku.

KLIK PLAY untuk mengenali definisi cinta sebenar dari sebuah melodi. Video dari cerita sebenar seorang pencinta setia, Chris Medina. Bersedia untuk tangkap leleh.





What are words
If you really don't mean them When you say them
What are words
If they're only for good times Then they don't
When it's love, Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone


Perlahan air mata ku menitis. Takat lebur ku semakin lama semakin rendah sejak sentiasa saja dibelai dan dimanja Faeez. Aku dah tak macam perempuan dulu yang keras kepala. Mudah sahaja dicairkan. Dan sekarang, bila Faeez tak ada, aku lah orang paling sengsara agaknya.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berdering. Siapa lah yang tak kenal waktu tidur ni. Nombor telefon saja dah pelik.
"Hello assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam sayang...tak tidur lagi?"
"Abang!!! Kus semangat..Ingatkan orang Cina mana tadi.."
"Abang memang bukan orang cina, tapi abang call jauh dari China ni.."
"Hehe...Abang..I miss you like crazy..tak best la abang tak ada teman tidur.."
"Ala..ciannya, sabar ye. Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Minggu depan abang balik kita jangan keluar bilik!"
"Haha..kenapa abang tak tidur lagi..tak penat ke jalan jauh?"
"Dalam flight dah puas tidur..kat sana dah awal pagi kan? Haa..kenapa belum tidur lagi.."
"Mimpi ngeri. Panas sebab blackout. And..I Miss you.."
"Alolo..kesiannya..abang tak boleh call lama ni. Abang call pun sebab rindu tahap nak terjun kapal terbang tadi.."
"Haha...Kenapa tak terjun je?"
"Dari mati tak dapat jumpa langsung, baik abang tunggu flight balik. Boleh bawak kain sutera cina untuk sayang kat rumah"
"Haha..I love you..and miss you..mucho!"
"Me too darling..goodnight..sweet dream sayang..Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Jangan lupa kain sutera. Hehe. Take care"
Talian dimatikan. Aku tersenyum sampai lena. Lega. Rindu terubat. Bersedia untuk rindu lagi seminggu.

************************

"Irfan, Sara. Duduk elok-elok makan." Sambil buat aksi cliche suap makanan macam kapal terbang, satu persatu mulut anak comel ini aku sumbat dengan bubur ayam.
"Bismillah..Nganga aaaaa. Ermm..nyum nyum...pandai anak ummi makan.."
Dari luar, aku lihat lelaki itu sedang memerhati kami tersenyum di muka pintu rumah. Aku melambai mengajak nya untuk datang duduk bersama. Dia hanya menurut selepas tangannya ditarik oleh Sara. Tangan kirinya didepakan ke belakang bahu ku manakala tangan kanannya dilabuhkan ke atas perut ku dan mengusap lembut. Bibirku hanya mengoyak senyum kecil kemudian kembali fokus kepada anak-anak ku.
"Siapa pandai jawab...siapa nama Ummi?"
"Shagha tahu. Shagha nak jawab." Jawabnya lekas, tetapi pelat sambil terlompat-lompat.
"Aneesa Sofea!" Kesian. Belum sempat Sara menjawab Irfan sudah terlebih dahulu menjawab sambil terlompat-lompat. Irfan abang Sara walaupun sebenarnya sewaktu lahir, dia lewat 3 minit selepas Sara. Tetapi tradisi famili, kalau anak kembar, yang last sekali keluar adalah lebih tua kerana dia sudah mengalah memberi anak pertama keluar dahulu.
"Alaa..abang ni...Shagha nak jawab dulu"
"Oke..oke..Sara jawab pula..Nama ayah siapa?"
"Nama Ayah Muhammad Faeez kan ummi?"
"Pandai Sara.." Serentak kami dewasa menjawab. Kami hanya tersenyum melihat keletah mereka.
"Tapi sekarang ayah dah tak ada. Tapi Allah bagi  kita Walid kan ummi?" Kata Irfan selamba sambil bertanya. Aku hanya tersenyum.
"Nama walid siapa?" Lelaki di sebelah ku bertanya.
"Walid nama Harris Bin Sulaiman" Jawab Irfan seraya memeluk lelaki di sebelah ku. Ayah tiri Irfan dan Sara. Juga suami kedua ku setelah 3 tahun lebih kepergian Faeez.
"Pandainya anak walid makan..."
"Irfan makan elok je, Sara makan comot." Kata Irfan sambil tersenyum bangga memandang Sara. Aku dan Haris hanya mampu tersenyum..

*****************************
Dunia ibarat macam sudah kiamat apabila doktor mengesahkan Faeez meninggal dunia. Aku yang masih berdarah dan luka akibat kemalangan tadi masih enggan dirawat kerana terlampau risaukan Faeez. Lagipun apalah sangat luka kecil ku kalau nak dipandingkan dengan Faeez yang hampir kesemua mukanya hancur dan serpihan kaca melekat di seluruh badan. Belum lagi hentakan kuat di dadanya terkena besi tiang lampu yang menghempap. Semuanya berlaku begitu pantas.
"Abang cintakan Fea taw. I love you more than words. And this words will live on even when I'm gone."
Terngiang-ngiang katanya siang tadi di dalam kereta apabila sedang menunggu lampu hijau di jalan raya. Sudah 5 bulan aku dan dia bersama, tak banyak yang pahit, semuanya manis. Pergaduhan paling besar pun cuma apabila kami bertelingkah tentang warna cat apa untuk rumah baru. Itu pun cuma satu hari.

5 bulan tu sungguh indah. Sedikit demi sedikit kami belajar mengenali diri masing-masing. Aku tahu luar dan dalam Faeez, mengenali hati budinya, kenal baik buruk, hitam putih Faeez. Tak ada yang lain kecuali yang hebat. Bercinta selepas kahwin. Menakjubkan!

Kerana kecuaian seorang pemandu trak yang bercakap di dalam telefon dan melanggar lampu merah ketika kereta kami bergerak, 2 buah kereta menjadi mangsa. Dan kerana itu,aku kehilangan Faeez. Terlalu cepat. Sungguh aku tak puas. Aku ambil masa berminggu-minggu untuk pulih selepas kehilangannya. Semuanya sangat susah bagi aku walaupun ramai manusia yang memberi sokongan, kehilangan Faeez sungguh menyeksakan. Derita yang amat.

Sebulan selepas kehilangannya, peristiwa pengsan di rumah Mami, mengkhabarkan suatu yang aku kira masalah dan bebanan tambahan bagi ku yang masih belum stabil emosi tatkala itu.
"Tahniah puan, Syukur Alhamdullilah, Puan mengandung satu bulan. Kembar"
Mami di sebelah memanjatkan kesyukuran sambil tersenyum. Aku ikut tersenyum. Kerana memang selalunya para isteri akan gembira mendengar khabar mereka akan menjadi ibu. Tapi senyum ku hanya sesaat dua, kemudian wajahku menjadi kelat. Aku meraba perut ku dan aku tersedar, anak dalam kandungan ku tidak berayah. ANAK YATIM!

Aku janda. Ibu tunggal. Miliki anak tanpa ayah. Bermacam perkara negatif bermain di dalam kepala. Aku risau memikirkan bagaimana mahu menyara anak dan membesarkan mereka tanpa seorang yang bergelar ayah. Apa yang hendak ku katakan kepada mereka nanti kalau-kalau mereka bertanya.

Tetapi Allah Maha Adil. Diambil-Nya nyawa Faeez dan dianugerahkan pula 2 lagi nyawa lain. Penyambung zuriat ku dengan Faeez. Sepasang kembar berlainan plasenta- lelaki dan perempuan. Muhammad Irfan dan Sara Amalina. Aku mengambil masa yang lama untuk kembali sedar tentang Allah itu Maha Adil. Terlalu banyak peperangan emosi dan spiritual yang membawa aku kepada erti redha, sabar dan tabah. Solat dan doa ku tidak putus-putus tetapi hatiku masih degil untuk menerima hakikat sampaikan aku pernah berharap aku juga mati dalam kemalangan tu, atau anak yang dikandung ini gugur sahaja!

Astaghfirullah, nasib Allah sedarkan aku. Terima kasih buat mereka yang tak putus-putus mengirim doa, memberi nasihat dan sokongan. Behind every clouds there's a silver lining dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan mereka. Sesungguhnya Allah sayangkan orang yang sabar, dan kerana sayangNya kami diberi ujian.

Allah Maha Besar. Sepanjang pemergian Faeez, Harris adalah orang yang sentiasa ada memberi sokongan dan semangat. Aku malu jika mengingat kembali bahawa aku perempuan yang sangat lemah kerana hilang orang tercinta. Alhamdullilah, kerana Harris dan yang lain-lain aku tahu bahawa cinta ku salah kerana telah melebihi cinta kepada Allah. Sikit-sikit aku kembali pulih. Dan lihatlah, Allah kurniakan lagi cinta buatku. Cinta dunia yang datangnya dari Harris.

"Fea, saya cintakan awak. Lepas awak nikah dengan arwah, saya dah macam hilang arah. Saya selalu compare myself with your perfect husband. And I guess, best man wins. Tapi bila saya dengar khabar Faeez dah meninggal and awak mengandung, sumpah, saya cuma datang melawat atas dasar kesian dan persahabatan. Tapi bila saya tengok awak, rasa lama tu muncul balik."
"Apa yang awak nak cakap ni Harris. Saya tak suka lah kenang benda-benda lama ni"
Wajahku berkerut seribu. Tak sanggup untuk mengenang kembali sejarah silam apatah lagi kenangan manis apabila nama Faeez dibangkitkan ketika aku ke rumah Harris untuk menjemput Sara dan Irfan waktu terdesak hari tu.

"Bila awak tak ada, saya cuma fokuskan diri saya dekat family dan kerjaya. Sampailah sekarang, tak pernah terlintas pun untuk jatuh cinta. Tapi, bila Faeez dah tak ada, and saya tahu awak pulak...macam.."
"Apa ni Harris!?" 
Aku jadi marah apabila Harris buat pertama kalinya setelah aku bergelar janda cuba mencapai tanganku. Apakah dia pikir kehilangan Faeez peluang untuk dia kembali meraih diriku semula. Aku janda. Dia pula teruna bekerjaya sekarang, arkitek terkemuka. Tak layak langsung!

"Fea. Listen to me! I'm not saying I'm happy that he's gone. But try to think of it, maybe this is how it should be. Maybe we were supposed to be together. Maybe this is it. Apa yang Allah bagi sebagai balasan kesabaran saya menunggu awak?"
"Harris, you deserved better. Not me. You...me..we just happened to be together as a friend. You've helped me alot. Masa sakit saya, masa saya perlukan seorang pelindung, especially when my children needs a man. Thank you so much sebab jaga dorang, kasihkan dorang macam seorang ayah. Tapi, to fall in love with me, that is just wrong Harris."
"Kenapa pulak? I loved you long before you were even married. I love you for who you are. Back then up until now. It never changed. And I love your family, your kids. Kalau dulu,memang saya tak ada apa-apa, jangankan kata ilmu agama, duit pun takde, but now, Ive been better. Apa lagi yang awak nak?"
"Harris...you...hmm..kita ni..."
"Aneesa Sofea..Will you just marry me and be my wife? So I can just be there with you all day and night?"


Hampir sebulan aku dan dia tidak bercakap. Bersua apatah lagi. Aku cuma katakan aku mahukan ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Aku yakin jawapannya tidak. Pening juga memikirkan anak-anak yang selalu saja menangis, menjerit seolah-olah mencari Harris. Hanya Harris yang tak pernah putus-putus menghantar pesanan ringkas berupa doa,kata-kata hikmat, pujangga dan macam-macam lagi untuk buat aku menerima dia. Menggantikan tempat Faeez itu yang payah. Menerima lelaki lain, sama seperti terpaksa melupakan segalanya tentang Faeez dan mula membuat buku baru. 

Sampailah ulangtahun Irfan dan Sara yang kedua, kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan, Mami mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan dan aku berjumpa Harris di sana. Sukanya mereka bukan kepalang dapat berjumpa dengan Harris.


"Mami, kenapa Harris ada kat sini?"
"Mami jemput dia..Mami kesian tengok kamu buat Irfan dan Sara tertunggu-tunggu Harris"
"Laa...ye ke..Kalau Mami tak jemput pun tak apa. Lagi senang dorang nak lupakan"
"Fea....Faeez dah lama pergi. Irfan dan Sara tu dua-dua kecil lagi. Fea pun baru umur 25. Muda lagi Fea. Jangan sebab orang yang dah tak ada Fea lupakan masa depan Fea sendiri."
"Apa maksud Mami ni...Fea tak faham.."
"Harris tu Mami tengok baik orangnya. Cukup semua benda. Dia sayang, cintakan Fea, sayangkan Irfan dan Sara. Irfan dan Sara pun sayangkan dia. Tu lagi penting. Terimalah dia. Mami sebagai mertua Fea,malah lagi menyokong Fea mulakan hidup baru dengan dia."
Mami menggalakkan aku kahwin dengan Harris??
Aku ke pintu dapur,melihat ke ruang tamu yang penuh dengan saudara mara, mencuri melihat gelagat Harris dan putera puteri ku. Memang, tak ada yang kurang pun dengan Harris.

Malam selepas kenduri kesyukuran selesai, aku hanya mampu tersenyum kecil antara nampak dan tak nampak dan melambai Harris. Pulang sahaja aku menghantar mesej ke handphone nya:

"I've made my decision. Whether you like it or not. That's just it"

Seminit kemudian, feedback diterima.
"I respect whatever decision you made. But I'm sure marrying me is the best you could pick"
"I hope so..." 
Balas ku ringkas. Ku biarkan Harris dalam tanda tanya setelah mendapat balasan mesej yang bertanyakan apakah jawapan ku adalah ya.

***************

"Ummi..." Kepala Harris tersembul di depan pintu bilik tidur kami ketika aku sedang melunjur membaca majalah Pa&Ma di atas katil
"Ye walid..." Jawabku selamba. Tidak langsung menghalakan pandangan ke arahnya.
"Mmuah..I love you" Tak sedar sejak bila Harris naik ke atas katil, muncung bibirnya sudah mendarat di pipi kanan ku. Automatik muka jadi merah.
"Hehe.." Aku hanya tertawa kecil. Tidak membalas ayat manisnya.
"Oh c'mon. Say it!"
"Apa?"
"Those 3 words la sayang oi..."
"1 perkataan je tak boleh?"
"Apa?"
"Saranghaeyo!" Sambil buat muka bajet comel ala-ala korea dan kedua belah tangan naik ke atas kepala membuat bentuk hati.

"Haha...so cute la ummi ni! tapi, I don't understand Korean. Bahasa Melayu please.. " Segumpal lemak pipi ditariknya. 
"Kalau dalam Bahasa Melayu, maksudnya sarang burung.."
"Alaaa...sayang ni...!"
TOK! TOK! TOK!

Gelak tawa kami terhenti apabila pintu bilik diketuk.
"Ummi...Walid.."
Kedengaran suara Irfan menangis teresak-esak di balik pintu. Aku mahu bingkas bangun tetapi ditahan oleh Harris.
"Its ok. Biar walid tengok. Ummi dengan baby duduk sini diam-diam."
Katanya tersenyum sambil menepuk lembu perut ku. Harris membuka pintu dan aku hnay melihat dari katil tempat ku berbaring.
"Walid...Irfan kencing dalam seluar lagi..."
"Laaa...Tadi Irfan tak wash wash dulu ye sebelum tidur"
Aku lihat Irfan tunduk menggeleng sambil muncungnya panjang. Aku bangun juga dari katil mendekati mereka. Kesian, tak senang rupanya nak ajar anak kecil ni tidur berasingan.
"Irfan pergi wash wash dulu, tukar seluar lepas tu tidur k?"
"Nak tidur dengan ummi ngan walid"
"Mana boleh. Irfan dah besar. Nanti dah nak dapat adik. Lagipun siapa nak teman Sara tidur nanti?" Jawab Harris cepat. Dia lah yang paling bersungguh mahu mengajar kembar tidur berasingan dari kami selepas mendapat tahu aku mengandung anaknya. Irfan hanya mengganguk bisu.


"Jom, walid teman Irfan tidur k, Irfan pergi masuk bilik air."
"Ummi..ummi duduk sini diam-diam. Jangan tidur lagi taw. Paling penting, jangan tukar baju! Taw!"

Arahan yang lembut tetapi tegas, diselangi pula dengan senyum nakalnya. Aku hanya mengangguk. Bukan main pandai-pandai sangkutkan baju tidur satin berwarna turqoise ketika aku di bilik mandi. Aku pun faham-faham sendiri saja lah kehendak nya. Baju tidur tu, tak tahu kenapa dan mengapa, tetapi tu pemberian Harris sehari selepas ku khabarkan berita yang aku kini mengandungkan anaknya.

Aku hanya melihat Harris pergi sambil memimpin tangan Irfan.
"Walid....!!"
Dari jauh aku memanggil sebelum mereka hilang di balik pintu. Irfan sudah masuk ke dalam bilik air, aku dapat dengar bunyi air. Harris pula menyembulkan kepalanya di muka pintu.
"Ye...?"
"Ummi cintakan walid.." Aku tersenyum sambil menegnyit mata dan melambai sebelum masuk ke bilik. Drai dalam bilik aku dengar Harris membalas.
"I love you too!!"


TAMAT

Pheww...Habis pun. Oke kan? Semua orang pakat tak nak sad ending. So I have to make some 'amendments' to it without altering the part that Faeez had died. Although I enjoyed making sweet, romantic, 'sempoi' story, the truth is, real life isn't that easy and true story do have sad ending. Feel free to drop comments. Especially to those yang jadi silent reader. 
:)

with love,
Yang mempunyai imaginasi di luar kawalan, dan tak mampu menahan gelora mahu berkahwin,
Nisa (bukan nama sebenar)

haha..
Bye awesome readers!
12/Aug/2011, 1:55 AM

image source: google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...