Friday, August 5, 2011

CERPEN#1 Lebih Baik Daripada Seth Tan (Interaktif)

Assalamualaikum

Sambungan kepada cerita Menerima Putera Katak Jawa dan lain lain cerita sebelumnya. Sila rujuk entri ini.

Perjalanan menuju ke rumahnya di KL, kali ni walaupun sedikit awkward, tetapi, aku suka. Penerimaan ini tidaklah sesusah yang disangkakan.
"Errm..jap ye..saya tukar Hitz.fm."
"Takpelah biar je..Apa ingat Fea tak dengar ke radio IKIM ke?"
"Manalah tahu. Bunyi alarm pun rock gile lagu"
"Haha..perli"
Bibir Faeez mengukir senyum lebar. Kalau mulut besar sikit lagi dah boleh senyum sampai telinga.
"Comel Fea gelak. Nampak gigi arnab kat depan"
Gigi arnab? Oke fine. Apakah itu hinaan atau pujian? Aku tunduk. Yelah, aku tak cantik. Tak macam gigi dia yang tersusun rapi tu.
"Gigi Fea ni kira Yaeba kan dalam bahasa Jepun?"
"Ha'ah. Tahu dah tak cantik...tak payah cakap."
"Eh, sapa kata tak cantik. Cute je abang tengok"
Senyuman tu lagi yang dilemparkan. Bergetar jiwa aku lebih-lebih lagu apabila tangannya hinggap di pipi mencuit lemak segumpal.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Kenapa tanya?"
"Nak tahulah..pleasee..." Memasang mimik muka anjing kelaparan. Puppy face.
"Tak payah buat muka comel. Abang tetap tergoda sayang..."
"Bagitahulah. Why of all women you pick me? Sedangkan kita tak kenal pun"
"Ermm..macam kumpulan Savage Garden dalam lagu dia tuh..apa dia eyh lagu tu..emm.." 
"I knew I loved you?" Tuh saja lagu Savage Garden yang aku rasa sangat evergreen dan paling melekat di dalam otak.
"Haa...yes! I knew I loved you before I met you..I think I dreamed you into my life..I knew I loved you before I met you..I have been waiting all my life.."
Beberapa rangkap lirik lagu tu dinyanyikan Faeez dengan selamba dan...cukup merdu Mak aih..suara dah la sedap. Pengsan mak nak~
"Main-main pulak"
"Hehe..Ala sayang, someday you'll know why. What Allah has destined for us, is always the best. Depends on how you look at it and how you take it"
"Hmm.oke. Tak nak bagitahu sudah"
Aku mengalah. Alah..Jawapan selamat aje tu. Sambil memeluk tubuh konon merajuk.
Ketika itu lampu trafik sedang merah, aku perasan Faeez sedang mencuri-curi pandang. Tapi aku tetap buat dunno. Kemudian Faeez memegang dagu ku. Ditariknya agar mata kami bertembung.
"Why you so cute heh?"
Sambil buat muka sumpah comel gile! Macam bawah ni. Tak tahan aku tengok. Pergh. Pergh. Perrgghhh!!


**********************
When you marry a person, you're also marrying that person's family. Dan Maminya yang dulu aku tak suka terpaksa jua ku masukkan dalam Must-Accept-People list. Maminya suka sangat dengan aku. Itu yang buat aku limas. Sikit-sikit Neesa..sikit-sikit Neesa. Aku pun tak faham..Entah apa yang dia nampak dalam diri aku sampai beria sangat nak dibuat menantu.

Petang tu setelah makan malam, sementara menunggu Maghrib, aku duduk berehat di ruang tamu sambil menonton slot Akasia, drama bersiri Nora Elena bersama Mami nya. Aku selalu dengar orang sebut-sebut Seth Tan romantik lah apalah, tapi aku langsung tak ambil pusing. Taste cerita aku, adalah macam cerita Juvana. Lagipun cuma sekali dua aku pernah tengok cerita tu,itu pun tak pernah habis, hari ni saja dah masuk episod ke 18.
"Must I silence you with a kiss"
Antara dialog Seth Tan kepada Nora sewaktu kami menonton drama itu kali ni.
"awww....sweet Seth Tan ni kan Neesa?"
Kalau dengan Mami, dia lebih selesa memanggilku Neesa.
"Heh...err..ha'ah..boleh laa"
"Neesa tak tengok ea cerita ni?"
"Tak sangatlah Mami...hehe.."
"Best laa cerita dia..Neesa nak nenas madu tak? Makan dengan rojak Mak Bie. Mami ambilkan"
"Boleh je.." Aku dah biasa dijamu oleh Mami sejak di tempat kerja. Dan lagi terbiasa tak pernah tolak rezeki. Sementara Mami ke dapur, Faeez datang duduk di sebelah ku.
"Fea tak tengok cerita ni?"
"Na'ah..Tak sangat...abang?"
"Layyyaaannn.."
"Entah lah Fea rasa macam ekspresi Seth Tan tu macam nak tak nak je. Nak kata romantik, tapi tu cuma pada mulut je, muka dia macam blur je...Macam orang yang sentiasa kusut. Macam perempuan tu, yang dalam cerita Twilight. Kosong je..Entah pape. Tak faham kenapa perempuan satu Malaya ni tergila-gilakan sangat. Bukannya best sangat pun..Maybe sebab muka kot. Badan Aaron Aziz pun boleh tahan tough gak..Lagipun..." Omelan ku terhenti. Jari telunjuk Faeez melekat di bibir. Aku tergamam.

Please Do Press PLAY

"Shhh..Must I silence you with a kiss?" semacam berbisik di telinga ku. Hangat nafas nya terasa di telinga. Darahku sudah naik ke muka.

Pandangan kami bertemu. Macam ada kilat yang menyabung antara 2 mata kami. Aku terpaku. Bisu.
Lagi tak boleh tahan, waktu tu juga, 1 minit pertama lagu soundtrack Nora Elena yang satu ni terpasang.
I'm melting!! Homaigod. This is wayyy better than Seth Tan. Ada ekspresi muka padanya yang teramatlah romantik! "Yes please...tolong cium aku biar aku diam..mmuaahh mmuah muaah!"

Tapi....tu cuma jeritan hati. Dan dan je nak feeling, Mami dia datang daaa...bawak nenas. Ceh..kalau aku tahu time ni Faeez nak buat aku cair, mesti aku cakap tak nak nenas tadi. Aku terus memasang topeng wajah serius memandang ke arah kaca televisyen. Tangan kanan Faeez masih tak segan melingkari bahuku. Maminya hanya tersenyum.
"Meh makan nenas meh.."
***********************

Sedang aku melipat telekung selepas selesai Maghrib tadi, Faeez ke almari mencapai sehelai pakaian.
"Feaa...boleh tolong tak ironkan baju abang ni.."
Sambil menghulurkan sehelai kain yang putih bersih.
"Boleh..nak buat apa ni?"
"Malam ni Fea solat Isya' sorang dulu k? Abang nak solat kat masjid. Lama tak jumpa orang-orang masjid"
"Owh...kenapa tak ajak Fea pergi sekali?"
"Lain kali lah, bila Mami boleh join sekali. Lagipun maybe abang lama sikit bersembang, kalau Fea sorang-sorang nanti bosan pulak. Kat sana mana ramai perempuan nak solat Isyak kat masjid"
"Owh..yelah.."
Kerap ke masjid jugak rupanya laki aku ni. Bagus. Aku tak salah pilih suami. Alhamdulillah.

Faeez menuruni tangga bagaikan Putera Arab. Aduhhh.awat segak sangat dia nih? Dah lah handsome, muka pulak tuh penuh dengan pancaran nur. Pakai pulak jubah labuh paras buku lali, dengan kopiah putih di kepala. Dengan kaca matanya. Pergh! Menantu pilihan ni. Nasib dah jadi suami aku.

"Abang pegi dulu ye sayang.."
"Oke..jangan tak balik taw"
"Kalau tak balik kenapa?"
"Tak dapatlah abang merasa tengok Fea pakai lingerie tuu.."
Aku pun tahu kenapa aku cakap main lepas je. Lingerie tu? yang warna merah terang tu?? Neesa nessa...kau bagi harapan apa ni kat Faeez..
"Seriously??"
"Err...tak lah. Tak ada pape..dah lah..pergi lah. Jap lagi nak azan dah.."
Faeez membuat senyuman miangnya seolah-olah faham apabila melihat aku malu-malu nak cover line. Otak aku ni siot la. Suka sangat bagi signal dekat mulut suruh cakap lepas. Ughh!
"Tak sabar nak balik..Kalau tak jadi pergi masjid boleh?"
"Hish..pergi masjid betulkan niat!" Sambil menapar manja bahu Faeez.
"Haha..oke.oke..bye..see u soon sayang."
"Bye.." Tersenyum melambai sambil mengumpul pahala menghantar Faeez ke luar rumah dan melihatnya pergi sampai hilang dari pandangan mata.

Aku masuk ke kamar kami. Menunggu azan Isyak dari masjid berdekatan yang barangkali makmum nya terdiri daripada suami ku. Aku merenung puas gambar perkahwinan kami yang telah Faeez siapkan di dalam bingkai yang dibelinya pada date pertama kami.Cantik. Kemudian sekeping gambar lain bersaiz A5 di meja katil, gambar kegemaran ku yang diambil sendiri oleh Faeez, juga pada date pertama kami. Hmmm..So sweet of you hubby. Aku tersenyum panjang sebelum aku teirngatkan sesuatu.

Putera Katak Jawa!

Segera aku membuka laptop dan melayari intenet. Di ruangan serach Google. Aku menaip 'Putera Katak Jawa'. Dan ini adalah hits pertama yang aku jumpa!

sila klik! :)

Membaca sahaja post yang itu, tertera sudah nama ku. Aneesa Sofea. Oh mai god!

Could it be? That Javanese Frog Prince is...my Faeez? Ada link blog ku di entry nya. Cerita nya tentang beristerikan perempuan yang tak berapa dikenali yang mempunyai lelaki lain di dalam hati. Dan.. tentang date yang pertama tu. Mungkinkah...

Aku sudah tidak teragak-agak untuk terus klik pada link 'older post' dan 'newer post'. Keyakinan ku semakin kuat. Nama kurang menarik dan tak berapa nak commercial ni, milik blog Faeez!


Selesai membaca kesemuanya, dan mengamati setiap penulisannya, aku sedar yang Faeez sudah lama meminati ku. Mencintai ku dalam diam. Hanya kerana dia pembaca setia Ratu Tak Cantik. Blog usangku ini. Tapi macam mana dia tahu tu aku?

Selesai sahaja mengaminkan doa setelah Isya', aku bersiap-siap. Mahu bersedia untuk...malam ni. Ya. Malam ni. Fikiran aku mulai nakal. Aku mencapai lingerie yang berwarna jungle red yang masih terlipat elok di dalam kotak. Sambil meletakkan baju tu di depan tubuhku, aku memandang cermin. Entah apalah agaknya reaksi dia nanti kalau tahu malam ni aku menggatal nak goda dia. Sebelum ni pun, kalau pakai baju tidur Hello Kitty dia asyik puji comel, apakah malam ni akan dapat pujian seksi pula? Hehe.

Aku yakin bukan hanya seratus peratus, tapi infiniti bahawa Faeez cintakan aku. Dan bukankah bercinta selepas menikah itu menarik dan best? I should give it a try. With Faeez, rasanya cerita drama dan Hindustan pun kalah.

Selesai mencuci diri, aku menyarung lingerie tu. Berfikir 2-3 kali juga aku sebelum menyarungnya. Tapi kalau tak cepat-cepat mulakan, bila lagi? Sampai bila aku nak menidakkan haknya ke atas ku? Aku mencapai minyak wangi Lancome hadiah hantaran daripada Faeez dan ku semburkan sedikit di tengkuk, lengan dan di gesek-gesekkan sedikit di bahagian dada dan belakang telinga. That should do it I guess.

Faeez balik agak lambat malam tu. Walaupun baru pukul 11.00 tapi lewat bagi aku yang tak sabar sabar menanti kepulangan dia. Rindu agaknya. Jantung dah macam nak lucut. Takut pun ada, sebab aku dah decide, malam ni, aku akan mulakan apa yang dah 'tertangguh' 2 hari lepas.

Pintu dikuak perlahan apabila Faeez memasuki kamar, lampu sengaja di tutup dan hanya lampu bilik air yang dibiar terpasang. Mungkin dia berfikiran bahawa aku sudah lena. Faeez meletakkan kopiahnya di meja, dan membuka lampu meja yang mencurahkan cahaya suram, kemudian menaiki ranjang serba 'baby blue' tempat aku sedang berbaring.


"Booooo!!"
Belum sempat dia menyentuh bahu ku, aku sudah menyergah Faeez. Pucat lesi mukanya. Tapi cute la jugak.
"Astaga! Sayang!!! Apa buat macam tu..?Astaghfirullah..luruh jantung abang.."
"Luruh jantung ea..alolo..kesian..Hehe..."
"Main boo cak pulak. Ni kenapa pakai bathrobe atas katil? Abang baru ingat nak tolong tanggalkan tadi, dah kena sergah. Baru nak berangan dapat can bukakkan baju Fea.."
"Tidur dulu, nanti mimpi la ye.."
"Haha..Kenapa pakai bathrobe ni.." Mengulang pertanyaan yang tak berjawab sebentar tadi. Sambil tubuhnya merapati Fea dan tangannya menarik getah rambut ponytail Fea dan rambutnya dibiarkan lepas tak berikat. Redup sahaja pandangan matanya. Aku cuma diam tertunduk. Awal sangat untuk aku tergoda dengan layanannya. Dibiarkan pertanyaan tadi tidak berjawab.

Faeez ternampak lace merah yang melekap pada tubuh Fea dari celah bathrobe yang terbuka apabila dia mahu mengelus rambut Fea. Wangi. Hidungnya menghidu. Semakin rapat tubuh Fea ditarik ke dalam rangkulannya. Sambil duduk bersila di belakang Fea, dia membelai lembut rambut yang tadi kusut masai.
"Ada apa-apa ke wangi-wangi ni?"
"Erm..Ada"
"Apa?" Tanya Faeez dalam nada ceria dan mengharap
"Nak tidur malam ni dengar bedtime story..boleh?"
"Tuh je, sampai pakai wangi-wangi dengan baju seksi..?"
Aku terkejut. Spoil betul lah. Apa daa...orang nak buat suprise, dia dah intai dulu.
"Ermm..itu ganjaran kalau bedtime story best"
"Oke..try me. Nak bedtime story apa?"
"How about...Putera Katak Jawa?" Hehehe aku sengih bermuslihat. Dah macam pedhopihle smile.
Faeez mendepangkan tangan di sandarkan kepalanya ke kepala katil dan dilipat tangannya menjadi bantal di kepala.Aku turut pusing menghadapnya, ingin tekun mendengar cerita.
"Let's see..How do I begin eh?"
"How about..mula dengan Bismillah...?"
"Oke..Bismillahirahmannirrahim.." Hanya menurut selamba.
Aku terketawa kecil sebelum Faeez mencapai tanganku dan meramasnya lembut. Dia mula bercerita tentang bagaimana dia sukakan cara penulisan ku. Buat akaun blogger semata-mata untuk follow blog orang termasuklah blog aku. Being a silent reader and falling in love with the writings. Hoping to meet me in real life but thinking its's almost impossible when he finds out I lived in Shah Alam. Sampailah Mami selalu cerita pasal budak perempuan di officenya, which is aku.

"Mami selalu cakap pasal Fea. Abang mula-mula sikit pun tak rasa apa-apa. Eventhough I know she's trying to recommend you to me. But everytime abang datang jemput Mami kat tempat kerja, I couldn't stop staring at you. Sebab tu dah pukul 5 lebih pun abang jemput Mami kat pejabat pakai spek hitam."
"Owh..I remember. Saya selalu rasa nak tergelak. Petang-petang redup pun datang jemput Mami pakai shades"
"Mesti selalu kutuk dalam hati kan.." Sambil jari telunjuknya menuding tepat ke hidung. Aku hanya tersneyum menepis tangannya dan diggengam erat tangannya.
"One day, abang bergurau dengan Mami suruh tanyakan Fea, nak jadi menantu Mami tak. Tak sangka pulak, balik tu Mami cerita yang Mami betul-betul tanya. Esoknya bukak blog Fea, Fea pun tulis benda yang sama dalm entri Lamaran Pertama. Abang dah mula suspek, Fea ni Ratu Tak Cantik."
"What makes you so sure now that the girl was me?"
"Ingat tak abang pernah masuk pejabat waktu lunch hantar gulai tempoyak kat Mami?"
"Haa..ingat. Kenapa?"
"Abang terpandang Fea tengah curi-curi tulis blog nama 'Ratu Tak Cantik'. Masa tu rasa nak tegur mintak signature je. Tapi...malu." Sambil kedua tangannya menekup muka dan tunduk sembunyi muka.
"Haha..gediknya..So..Fea ni miracle paling best untuk abang la ea?"
"Sure is.." Cepat-cepat dia menerkam Fea erat ke dalam pelukannya. Dahi bersentuh dan hidung berlaga.
Aku rasa geli macam nak terjerit apabila pinggangku ku ditarik merapatinya. Lagi seriau bila nafasnya bertemu dengan nafasku. Ibarat dilah oksigen ku kala itu. Rapat sangat sampai angin pun tak boleh lalu di celah badan kami.

"So..do I get to claim my grand prizes?" Suara seksi garau nya berbisik di telinga. Aku jadi takut. Dalam pelukannya aku jadi ragu-ragu pula tentang malam ni. Are you sure Neesa? Sendiri bertanya di dalam kepala. Tangan kiri Faeez masih di pinggang. Tangan kanan Faeez di.... Mana tangan kanan dia?? Owh..di balik rambut ku menyelak helaian rambut yang sedikit menutupi muka. Aku gelabah. Nafas ku sudah tidak normal turun naiknya. Sesaat.. dua saat aku dia terpaku. Sampailah aku rasa bulu roma aku menegak ketakutan dan cemas apabila tangan Faeez perlahan menarik tali bathrobe yang diikat.
"Arrgggghhhhhhh!!!"Aku terus melompat turun dari katil dan mengangkat 2 belah tangan tanda berhenti.

"Woah..woah..woah...no. No." Tanganku tangkas memegang bathrobe bagi menutup badan dari terdedah.
"Laa...kenapa..? I though you're ready. Bukan tu ke sebab Fea ready macam ni?" Faeez masih bersila di atas katil. Muka hairan dan sedikit kecewa.
"Ermm..I though I am...tapi...errmm.."
"So..?"
"So...ermm.." Muka ku gelisah. Masih lagi ragu-ragu
Faeez turun dari katil mengampiri Fea yang masih tunduk takut, ragu-ragu, serba tak kena. Badan Fea sedikit terundur ke belakang mahu mengelak tapi sempat dicapai masuk dalam rangkulan Faeez. Tangan Fea sengaja dipegang dan digantung ke leher Faeez. Dagu Fea dipegang sedikit dan mukanya diangkat memandang Faeez. Lembut tangan Faeez mengusap pipi dan bahunya.
"There's always first for everything sayang..."
Kali ni bathrobe berjaya dilucutkan, tak sempat diselamatkan.

I guess you know what happened next :)

*****************

Aku bangun dari tidur seperti biasa. Sengaja diawalkan beberapa minit sebelum azan, untuk memberi ruang untuk mengaji. Faeez kelihatan sangat penat, jadi sengaja aku biarkan dia tidur. Jam penggera berbunyi tepat jam 6 pagi. Sekali sewaktu ku di bilik air. Selepas sahaja keluar, aku melihat Faeez masih terbaring lena. Aku menggeleng. Kasihan abang kepenatan. Aku biarkan 15 minit berlalu tanpa gangguan buatnya. Sekali lagi alarm berbunyi, Faeez langsung tidak memberi respon. Hairan. Selalu dia yang terlebih peka dengan bunyi.

"Abang...bangun bang.." Perlahan aku mengoncang bahunya. Tidak mahu mengejut dengan kejutan. Namun tiada respon. Ku kuatkan sedikit goncangan. Mungkin kerana terlalu penat, kepekaannya pun sudah merosot.
"Abang..oo..abang..bangunlah..subuh jom.."
Juga tiada respon. Aku tersenyum nakal memikirkan cara paling efektif untuk mengejutkannya. Geletek di tempat paling sensitif. Di tapak kaki! Aku duduk di hujung katil tempat kaki Faeez melunjur. Dengan hujung rambutku, aku menggeletek tapak kakinya. Juga tiada respon. Hairan.
"Abang..bangunlah.." Serentak aku memegang kaki nya, aku merasakan kesejukan yang lain macam. Kakinya sejuk sangat padahal semalam sahaja kami langsung tidka membuka penghawa dingin kerana hujan. Risau pula takut-takut kalau dia demam.
"Abang..abang tak sihat ke..?" Aku masih mencuba mahu mengejutkannya. Tanganku cuba mencari suhu di dahinya. Tapi tidak panas tetapi sejuk. Melihat bibirnya yang pucat aku menjadi kaget.
"Ya Allah..tolonglah ya Allah...jangan lah jadi yang macam apa yang aku pikirkan.."
Takut takut aku memegang pergelangan tangannya mencari nadi. Tangannya yang sejuk ku genggam.
"Abang...Bangun" Goncangan ku semakin kuat. Tidak puas hati dengan Faeez yang sedang kaku. Tidak puas hati tidak merasa sebarang nadi.
"Abang janganlah macam ni. Kita belum solat lagi..Fea nak solat dengan abang..Bangunlah, kita subuh sama-sama" Air mata ku menitis sedikit demi sedikit. Tiada respon.

Ya Allah, kau telah ambil dia Ya Allah? Dari titisan, kepada lelehan, kepada air mata yang bercucuran ibarat air terjun Niagara Falls. Aku menangis sambil menggengam erat tangannya. Kenapa cepat sangat abang tinggalkan Fea..Fea belum puas lagi hidup dengan abang..

....akan bersambung..

Teaser: Next would be the last part :) So yeah...please stay tune..!

p/s: Minta maaf lewat 4 hari dari tarikh sepatutnya publish entri ini. Terlalu sibuk dengan macam-macam benda apatah lagi mahu memanfaatkan sesungguhnya masa yang ada untuk ibadat di bulan mulia. Selamat Berpuasa, dan selamat beramal ibadat!
And lagi satu, I don't know how to mushy mushy and lovey-dovey sangat. Sebab tu entri ni jadinya macam ini. :)
Indonesia was great!

***UPDATE: Sambungannya di entry In Memory Of Muhammad Faeez dan Epilog***

bye

10 comments:

Popoi said...

pehh,, hebat~~ ^^

fahmie firas said...

Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

Ratu Tak Cantik said...

popoi: tq sir! :)

fahmie: tq for the compliment..n tq sebab follow juga..insyaAllah akan ke sana :)

fatin_ zolkifli said...

bestlah....
hope happy ending
=)

Anonymous said...

is that true story...?

husna said...

alaa, ratu..
janganlah sad ending pulak. huhu :(

Ratu Tak Cantik said...

fatin: jangan berharap sangat~ :)


anon: obviously not.. I just manipulate the blog.. :)

husna: sabar laaa.. :)

aqmardaydreamer said...

ratu jgn arr kasi sad ending... huhuhu..

Anonymous said...

Best terkesan sgt ..bolh tunjuk ajar

Muhammad Syahmi said...

Knp Faeez meninggal ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...