Sambungan kepada Pagi Selepas Malam Pertama
Sedikit aku mendongak kepala aku untuk melihat dari mana datangnya nafas hangat yang seakan meniup ubun-ubun rambut ku."HAAH!!"
Lubang hidung Faeez betul-betul berada di atas ku!
Semput nafas aku bila aku perasan bahawa bukan sahaja tangannya yang merangkul tubuhku, tapi tangan ku juga 'enak' memeluk tubuhnya yang tidak memakai baju.
Apa dah jadi semalam? Seingat aku semalam aku dan dia cuma tidur saja, tak ada apa-apa yang berlaku walaupun kami tidur sekatil. Atau mungkin...
Lekas aku mengangkat perlahan tangannya yang merangkul erat tubuhku.
Ish, susah juga nak lepaskan diri ni. Ketat semacam pelukan dia. Aku tambahkan sedikit daya tolakan, dan berjaya. Takut-takut aku selak selimut yang menutup bahagian dada ke kebawah badan ku. Takut-takut baju Hello Kitty masih melekap di tubuh, tapi seluarnya pula, sudah terbang melayang.
Hah!
Fuuhhh..Lega aku bila nampak pakaian aku masih sama seperti semalam. Seluar masih elok terpakai. Aku dah macam cacing kepanasan, tubuh aku sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Sampaikan katil itu bergoyang-goyang sehinggakan Faeez terbangun.
"Sayang..kenapa ni?"
Sayang?? That was the first time ever dia panggil aku sayang. Kenapa tiba-tiba??
"Errr.."
"Mimpi ngeri?"
Aku bingkas bangun duduk di tepi katil sambil membelakangi dia.
"Tak lah...Eh, semalam ada apa-apa jadi ke? Kita ada buat apa-apa ke?"
Faeez tersenyum. Manis. Tapi aku lebih takut untuk tergoda dengan senyuman nya tu. Aku menjauhi mata ku daripada memandangnya.
"Ada"
"Hah?? Ada!?"
Aku terus memalingkan wajah ku memandang tepat ke matanya.
"Ada lah. Fea peluk abang semalam. Abang pun peluk lah balik"
Tipu. Aku tak percaya. Mana mungkin aku peluk dia. Semalam walaupun aku agak sedikit tergoda dengan dia tidak memakai baju, aku masih lagi ada perasaan geli-geli nak berdamping dengannya. Muka aku berkerut dan kening sebelah kiri ku terangkat seperti The Rock.
"Mana ada saya peluk awak!"
"Ye...ada..awak peluk saya semalam."
"Tipu lah, awak ada buat apa-apa ke?"
"Lah, awak yang peluk saya dulu. Haha. Tak sangka Fea ni lagi comel dari yang abang kenal. Abang tak buat apa-apa lah"
Sambil mencuit pipi ku. Geli hati agaknya dia melihat aku yang serba tak keruan. Tak keruan ni Tuhan sahaja yang tahu betapa perasaan ini sudah melepasi tahap maksima. Tapi aku cuba untuk bertenang. Memang ada kemungkinan aku yang memeluknya dahulu kerana sudah terbiasa tidur dengan memeluk patung Hello Kitty pemberian kekasih hati yang dulu.
"Mesti dulu Fea dah biasa tidur peluk anak patung kan?"
Hah! Suami aku ni pakai sihir ke apa? Macam boleh baca je fikiran aku.
"Hah? Err.."
"Mesti patung Fea patung Hello Kitty kan"
Sekali lagi aku terkejut. Takkan sebab aku pakai baju tidur Hello Kitty, dia dah boleh tahu aku No.1 fan Hello Kitty? Seingat aku mama dah cuba sedaya upaya untuk tak bagi sebarang usnur Hello Kitty ada di bilik pengantin ni walaupun sebenarnya ikutkan hati aku, nak je aku sarungkan cadar Hello Kitty di katil pengantin ni. This is creeping me out. Biar betul suami aku ni. Aku dah semakin biasa memanggil dirinya 'suami aku' apabila bercakap dengan diri sendiri. Memberi kesedaran bahawa aku sekarang sedang bersuami.
"Kalau betul saya peluk awak dulu, saya minta maaf. Saya tak sengaja"
"Takpa, buat lah lagi. Abang suka je" Ujarnya lembut sambil tersenyum
Senyuman tuh lagi! Eyyy..tak boleh jadi suami aku ni. Boleh jadi esok malam aku cair jugak dengan dia ni. Ish.
"Dah la. Elok je Fea terjaga. Dah subuh dah. Jom lah, kita jemaah."
Untuk solat, takkan lah aku nak menolak. Lagipun, walaupun aku tak berapa berminat dengan realiti aku sekarang bersuami kan lelaki yang tak ku cintai, aku masih mahu impian menghidupkan suasana rumah tangga dengan gaya hidup Islami. Nak tak nak, aku kena cuba untuk menerima dia. Itu tekad aku semalam. Hari ni aku kena bertindak.
Aku segera menuju ke bilik air. Ajakan nya untuk solat berjemaah tadi, barangkali telah melembutkan hati aku. Itu tandanya dia seorang yang telah bersiap sedia menjadi imam untuk aku. Kalau tak, takkan lah dia boleh begitu yakin mahu menjadi imam.
Selesai sahaja solat, rasa seperti satu limpahan rahmat mengena diriku. Tadi pada awal solat, jiwa ku semacam bergetar saat mendengar Faeez membaca ayat suci Al-Quran. Sedap. Merdu. Ada lagu. Sedikit macam tarannum. Buat solat ku bertambah tenang dan kusyuk.
"Ya Allah, kau satukan lah hati kami berdua suami isteri, supaya sentiasa mencintai dirimu dan mencintai sesama kami. Kau berikanlah petunjuk dan rahmat untuk kami membina keluarga yang bahagia, yang diredhai dan diberkati Mu Ya Allah. Kau lindungilah kami dari segala kecelekaan. Kau kurnikanlah kami zuriat yang soleh, kebagaian dan kejayaan di dunia dan di akhirat"
Itu doanya yang terakhir sebelum selawat dan di aminkan. Aku tunduk. Menghayati setiap baris doa yang dibacanya. Dia mendoakan kami. Aku sedikit tersentuh walaupun doa nya biasa-biasa sahaja. Tidak lah berbunga. Tapi itu salah satu daripada usahanya, untuk masjid yang baru dibina ini. Aku melayan fikiran ku sampaikan aku tidak sedar bahawa tangan Faeez sedang menunggu untuk disambut.
"Fea...salam abang"
Aku terkejut dari lamunan akibat terlalu 'touching' dengan doanya tadi.
"Owh..sori. Fea tak perasan abang nak salam"
"Apa?"
"Fea tak perasan"
"Fea panggil abang tadi kan?"
Aku hairan. Aku ada panggil dia abang? Ahh..aku suka sangat terlupa apa yang aku sendiri buat.
"Err...Saya tersilap"
"Tak apa..Buat lah selalu ye" sambil mulut nya membuat gaya senyuman tu lagi. Ish, boleh naik gila aku, suami aku ni menggoda dalam diam!
Wake up in the morning feeling like P Diddy.Got my glasses I'm out the door I'm gonna hit this city. Before I leave brush my teeth with a bottle of Jack. 'Coz when I leave for the night I ain't coming back...Aku terkedu saat mendengar bunyi lagu barat "Tik Tok-Kesha" memecah sunyi ruangan bilik tidur kami. Kami saling berpandangan sebelum aku berlari sambil memakai telekung menuju ke laci meja katil apabila tersedar bahawa itu bunyi handphone aku. Pukul 6.40 alarm itu berbunyi. Memang itulah kebiasaannya waktu aku bangun ketika masih bujang. Bergantung harap kepada suara Kesha dapat mengejutkan aku dari tidur.
"Alarm phone Fea ke tu?"
"Ha'ah"
"Rock nya lagu."
"Hee..bagi senang bangun." Jawabku sedikit tersengih.
"Lambat betul bangun"
Aku diam, suasana kembali sunyi sejurus selepas aku mematikan penggera. Aku tidak tahu mahu menjawab apa. Malu pun ada, sebab dah 'kantoi' bangun lewat.
"Dah jadi isteri sekarang tak boleh bangun lambat-lambat sangat tau. Nanti Fea kena siapkan keperluan abang. Pakaian, makanan. Kalau kena mandi wajib lagi lah tak boleh bangun lambat"
Aku menelan air liur aku. Adui, malam ni mesti aku akan penat memikirkan tentang 'perkara ni' lagi. Aku tak boleh selamanya menolak ajakan nya. Aku tak mahu menjadi nusyuz menidakkan hak suami aku.
akan bersambung..
p/s: Ratu nak tulis lagi, tapi time constraint! Oh I wish I could just type my thoughts!
3 comments:
wah menarik....pandai ratu tulis cerpen..mesti pasni di sayang husband dia kan kan kan....
lagi~lagi~lagi....
harrazdani: mestilah kena sayang husband! :) ee..x sabar nak kahwin *tetibe*
aqmar: sabaq sat!
Post a Comment