Saturday, July 16, 2011

CERPEN#1: Malam Pertama Dengan Lelaki Bukan Pilihan Hati

Assalamualaikum..
Aku terduduk diam di birai katil raja sehari yang serba indah. Risau memikirkan malam pertama. Menggigil. Aku masih berpakaian busana pengantin yang ditempah khas. Seri baju ini tidak seseri wajahku yang 'diconteng' make up berjenama 'Clinique'. Sesiapa sahaja yang ada di tempat aku pasti gembira dijodohkan dengan lelaki kaya, kacak dan serba mewah. Tapi tidak aku!

Aku masih lagi macam patung di situ. Bilik itu cantik, tapi aku masih merasa kosong dan suram. Jiwa aku masih terkilan.

Dahi aku berkerut seribu memikirkan malam pertama aku bersama suami. Risau. Takut. Tak mahu!! Ahh..kalau boleh lari, dah lama aku lari, tapi aku sekarang isteri orang! Gila aku nak lari pada malam pertama!?

Tapi malam ni aku tekad. Aku akan tolak ajakan dia! Aku tak mahu dia bersentuh tubuh dengan aku. Aku tak mahu sikit pun kulitnya bersentuh kulit ku. Kalau boleh akan ku belah katil ini terpisah dua! Membayangkan aku dan dia sama-sama baring di atas katil ini pun sudah cukup menyeramkan. Apakah kalau ditolak ajakan dia akan mengejar aku satu bilik? Satu rumah? Dengan rakus... uugghhh... Takut lah!!

Air mata aku menitis. Aku jaga maruah aku, aku 'maintain' dara aku memang untuk suami aku. Tapi bukan ini yang aku bayangkan! Laki entah siapa-siapa. Hati budi pun aku tak kenal. Agama nya pun entah macam mana. Setakat kaya tak cukup bagi aku! Aku tak hendak pun kalau kaya je yang ada. Memang aku bayangkan aku cantik macam ini, bilik pengantin aku seri macam ini, tapi suami aku?? Aku nakkan lelaki yang aku cintai...bukan lelaki yaang aku nikahi sebabkan terhutang budi.

Aku mahu malam pertama aku dengan lelaki yang aku cintai. Bukan lelaki ini. Bukan lelaki ini.

Berulang kali bibir aku berbisik 'bukan lelaki ini'. Semacam menolak takdir bahawa Muhammad Faeez itu adalah jodohku. Apakah berdosa aku enggan menerima hakikat ini? Tetapi kenapa mesti lelaki ini. Aku tak mahu dia! Sekali lagi aku meungundang dosa menolak ketetapan illahi. Air mata aku menitis.

"Aneesa Sofea.." 
Satu suara lembut manja datang dari luar bilik.Cepat-cepat aku mengelap air mata aku saat pintu bilik dikuak perlahan. Faeez datang dengan senyuman seindah suria. Perlahan tutup pintu. Senyuman itu disertakan dengan muka gatalnya menghampiri aku. Aku jadi meluat melihatnya. Apa dia ingat malam ini akan menjadi malam pertama yang indah?

"Cepatnya masuk bilik..takkan dah tak sabar kot.."
Mendengar sahaja ucapan tuh aku jadi bertambah-tambah meluat. Geli. Macam lah aku ni beria-ria sangat nak kahwin dengan dia. Dia dengan mak dia yang tak sabar-sabar terus hantar rombongan. Tak tanya apa, 'confident' je masuk meminang. Abah pun sama, suka je nak terima. Geram aku. GERAM!

Aku bingkas bangun menuju ke meja solek. Kalau ikutkan hati aku masih mahu jadi seperti aku belum bernikah, pakai menutup aurat macam ni depan dia. Tapi sekarang dia suami aku. Biar baju ni cantik, tapi aku dah limas dengan renda-renda, manik-manik dan kain lace yang menyesakkan tubuh ku. Lagipun dia suami aku, nak telanjang bulat pun boleh.

"Tak adalah..saja..limas duduk kat luar tu lama-lama"
"Hmm..Meh la abang bukakkan pin tu"
Melihat aku sukar membuka pin di atas tudung aku yang serba membelit tuh, Faeez datang merapati aku dan memegang bahu aku. Semacam kena kejutan elektrik aku terus menolak nya, tidak kasar tetapi tegas.
"Eh takpe. Takpe. Saya boleh bukak sendiri.. and lagi satu, awak tak payah la bahasakan diri awak tu abang..Tak sesuai lah"
"Lah..kenapa..? Standard lah tu. Kita kan suami isteri. Apa salahnya kalau Fea panggil abang?"
"You don't deserve to be call that."
Tudung yang tadi masih lagi tidak dibuka. Aku terus mencapai tuala dan hajatku biarlah di bilik air sahaja aku tanggalkan semua baju ni.
"Fea..sekejap.."
Faeez menyambar tanganku pantas dan ditariknya aku duduk di sebelahnya. Aku menjadi tidak selesa. Aku takut belum sempat mandi dia dah terkam.
"Saya tahu awak tak suka dengan semua ni. Awak tak cintakan saya, tapi awak terpaksa kan?"
"Tahu pun" Balas ku selamba.
"Malam ni awak tak nak saya sentuh awak?"
Eh, macam tahu je. Kalau tahu baguslah. Bisik hati aku.
"Ha'ah" Jawabku ringkas. Dah dia tanya, aku pun jawab je lah jujur.
"Fine..saya takkan paksa awak, tapi Fea kena cuba buka hati Fea untuk terima abang. Kenal diri abang. Kita ada banyak masa untuk kenal diri masing-masing. Kita suami isteri. Syurga Fea di bawah tapak kaki abang. Takkan selamanya Fea nak macam ni? Abang tak tolak pelawaan Mami untuk pilih Fea sebab abang tahu apa abang nak. Abang nak Fea."

Lembut cakapnya sambil tangannya cuba membuka lilitan selendang pengantin ini. Aku terkedu seketika tetapi mencuba untuk tidak cair apabila terpandang anak matanya yang berwaran 'hazel' disertakan dengan suaranya yang serak-serak basah. Pergh! Dia memang lelaki kacak, bergaya, pujaan ramai orang, tapi aku pun tak tahu kenapa aku langsung tak bernafsu dengan dia.

Lagipun macam mana dia boleh tahu dia nak aku?? Kenal pun baru 2-3 bulan. Jumpa pun sekali dua. Dia tak kenal aku siapa pun. Gila betul suami aku ni. Abah, kenapa kahwinkan Fea dengan lelaki ni!

Aku bangun dari katil, dan segera masuk ke bilik air, selendang tadi masih belum dibuka. Faeez masih belum sempat melihat aku tidak bertudung. Dia belum melihat aku sebagai isteri, orang yang sah untuk dia campuri. Tapi walaupun macam tu aku rasa selamat. Tak sangka dengan mudahnya Faeez akan setuju untuk tidak melakukan sebarang hubungan pada malam pertama. Aku lega. Tapi pada masa yang sama, hati kecil aku, barangkali di bahagian yang masih tidak bertitik hitam, aku merasa berdosa pada malam pertama aku.

Tapi fikiran setan aku menguasai agaknya. Aku masih tidak berpuas hati dengan realiti ini.


..akan bersambung


p/s: Ratu tak tahu kenapa, tapi idea ni menggelegak minta dicurah ke dalam blog. InsyaAllah cerita ni cuba dijadikan menarik~ Dah namapk dah sikit ni... :) Hee

****UPDATE: Sambungan setersunya di entry Pagi Selepas Malam Pertama***

Image Source: Google

3 comments:

siskahaidan said...

tolong laaa ratu sambung !! bestttttttttttt

Amalina Khairunnisa said...

Best: )

athirah azlan said...

tolong lar sambung plzzzz....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...