Wednesday, August 17, 2011

Resipi French Macarons Senang, Detailed Dan Terbukti Berhasil!

Assalamualaikum..

Tatkala menulis warkah ringkas ini, Ratu sedang mengelap air mata yang menitis dengan lengan baju kurung. Isk isk isk. Sungguh Ratu tak sangka setiap peluh yang menitik, semuanya berhasil. Ratu BERJAYA BUAT MACARONS! *Teriak kegembiraan* Woohooo!!!

Maka dengan ini, Ratu ingin menjadi orang yang tak kedekut ilmu... weee~
Tapi apa-apa pun, Ratu kena berterima kasih kepada kak Ilyani Kori, dari Myresipi.com , sebab akak lah sejuta impian saya tercapai! TERIMA KASIH KAK!

Jadi inilah resipinya! :)

Bahan-bahan ( 40 Medium-Size Macarons )

  • 150g Putih Telur 
    **Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari anda ingin membuat macarons dan biarkan pada suhu bilik.
  • 100g Gula Caster
  • 180g Serbuk Almond
  • 270g Gula Icing
  • Secubit Cream Tartar

Cara-cara

  1. 1
     Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
  2. 2
     Putar putih telur dan secubit cream tartar sampai bertanduk. Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.
  3. Masukkan pewarna.**Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.
  4. 4
     Ambil serbuk almond & gula icing yang diayak tadi (No.1) dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat.**Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu.
  5. Img_3579
     Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang.
  6. 6
     Biarkan macarons rehat selama 45 minit.**Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan.
  7. Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.
  8. Img_3588
     Bakar macarons dalam 10 minit - 160ºC.**Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.
  9. Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar.
  10. Untuk resepi Salted-Caramel filling (inti) klik sini
  11. TIPS 
    **Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons. 
    **Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa. 
    **Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi.
  12. PERINGATAN 
    **Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
  13. Underbaked-macarons
    MACARONS 
    **Kurang Masak
  14. M_img_7301
     **Suhu Terlampau Panas

Disclaimer: Reispi ini bukanlah hak milik Ratu tetapi hak milik myresipi.com dan pengguna yang 'submit' resipi nya sahaja. Jadi, Ratu sangat sangat menggalakkan sesiapa yang nak  tengok resipi ni, pergi ke LINK NI Boleh tengok testimoni 'pencuba' resipi ni. Mana lah tahu ada tips lain.

TIPS dari Ratu pula:

  • Ratu sangat menggalakkan yang gulanya dikurangkan sedikit sebab resipi French ni memang sangat manis. So, kurangkan manis dalam makanan, tambahkan gula dalam senyuman. :D
  • Untuk fillingnya, kalau malas, boleh pakai jam biasa. Pun sedap! Ratu pakai jam raspaberry cap Eva. Sedap gak. Then kawan Ratu rekemen pakai Nutella. Pun sedaaappp!


Selain tu, Ratu juga nak berterima kasih kepada kawan Ratu, aliah sebab rekemen kan resipi macarons yang lain. Resipi oleh makcik Ratu sendiri, Martha Stewart :) hehe.


Tapi, Ratu pakai resipi yang kak ilyani je. Sebab dia punya bahasa Melayu. Ratu malas nak translate yang Aunty Martha punya :p

Jadi, inilah bukti kejayaan Ratu...*masih menangis kegembiraan*

Yeay! Jadi!


Bongek kan Ratu, pergi snap gambar yang tak cantik~ -,-

Bongek untuk kali kedua~ 
Tapi Ratu tak tipu, memang ada yang cantik! Sumpah!
 Cuma tak sempat ambil gambar, semua dah habis~ huhu

Biasa lah, first timer, mesti ada yang rosak :p Tapi still edible!

TIPS LAGI:

  • Rupa macarons luarnya haruslah licin, keras tetapi sangat delicate. Mengada-ngada. Sentuh kuat sikit je pecah. Isi dalamnya pula macam cotton candy yang kena gigit sebab basicnya adalah gula yang cair.
  • Untuk lebih cantik, warna tu, biar lah terang sikit. Jangan takut-takut macam Ratu nak letak pewarna pun kedekut.
  • Untuk lebih kreatif, biar warna filing dan warna macarons tuh kontra. Macam inti strawberry, tapi macarons warna hijau! hehe
  • Untuk lebih lebih kreatif, bawah dan atas macarons adalah dari warna yang berbeza.
  • Untuk lebih lebih lebih kreatif, tabur sedikit hiasan masa semasa macarons tengah berehat :)
  • Untuk beginner buat simple-simple je  dulu. Practice Makes Perfect! 
  • Mulakan dengan Bismillah. Akhiri dengan basuh pinggan dan Alhamdullilah
  • Selamat mencuba! Bye

p/s: Tolonglah kurangkan gula kalau tak nak kencing manis! :)
Jangan lupa like Ratu kat Facebook kalau sudi! 



Image source: Other than myresipi.com, I took them from Tumblr

2 comments:

::dAuZsHaNLeY:: said...

waahh..first time buat dah jadi..boleh buat lagi la pasni..nak try buat gak lah..tapi xde keyakinan lagi nak buat..cewahh..hahaaa..

Ratu Tak Cantik said...

ratu pun mula2 tak yakin sebba kuih ni susah buat sebab tu ornag jual mahal, tapi sampai bila nak yakin kalau tak berani mencuba! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...