Wednesday, July 13, 2011

Apakah Ini Lamaran Pertama Bagi ku?

Assalamualaikum..

Macam biasa, sekitar jam 8.30-9.00 pagi aku akan mencekik di pantry. Dan pagi tu, makanan adalah dari ihsan lebihan hidangan makan pagi yang disediakan untuk peserta komander yang terlibat untuk training.

Kak N, staf baru menggantikan Kak R. Tak banyak perbezaan antara mereka. Mereka sama-sama baik. Sama-sama suka masak. Masak itu penting, kerana memakan tu kerja aku.

Aku pernah dengar Kak N bercerita tentang anak bujangnya yang masih belum ketemu jodoh dan mengharapkan dia untuk mencari calon yang sesuai. Pernah juga sekali dua aku berjumpa dengan anaknya yang bujang tu sewaktu dia datang masuk pejabat untuk mengahantar makanan untuk aku. Oh silap. Bukan makanan untuk aku, tapi makanan untuk kami semua. Hee

Kami duduk makan di pantry bersama-sama sekali dengan Kak M. Antara juadahnya termasuklah, masakan yang Kak N bawa dari rumah. Kerana jarak perbezaan umur yang terlalu ketara, Kak N selalu saja tersilap membahasakan dirinya sebagai 'Acik' as in Makcik. Tapi aku pula dah terlalu biasa memanggil semua staf perempuan di situ dengan panggilan 'Kak'. Lebih elok agaknya sebegitu. Maklumlah, 'Bahasa Pejabat'.

Selesai makan, aku basuh pinggan. Standard lah kan. Dah sedap-sedap makan makanan orang masakkan, takkan kita nak makan and blah je kan? Tunjuk adab sikit, jadi aku basuh pinggan sebagai ganti. Aku suruh saja Kak N tinggalkan semua bekas-bekas dan pinggan nya, biar aku basuh. Tapi Kak N pulak nak segan-segan. Aku insist jugak!

Ratu: Eyh kak. Takpelah. Tinggal je lah Biar Ratu yang basuh.
Kak N: Tak pe ke? Ish..ada jugak yang dibuat menantu nanti. Ratu nak? Jadi menantu Acik?

OH EM GEE.. Menggeletar lutut...pinggan yang dibasuh tu rasa macam nak terhempas je. Nasib baik pinggan plastik. Tapi aku cool. Maintain.

Ratu: Eyh kak...jangan kak...*tersenyum sipu sambil menggeleng-geleng kepala*
Macam aku cakap dalam entry cerpen aku tentang 'Tak lama lagi lelaki itu akan menikah (Bhg 4)', soal jodoh, kahwin dan seumpamanya adalah perkara yang sangat aku mahu ketepikan buat masa ini.

Kak N: Kenapa pulak? Acik ni teringin jugak nak berbesan dengan ustaz. Best jugak dak?

Ai makcik, sampai kesitu pulak dah. Dah la! Tak nak basuh pinggan lah macam ni! Nak balik meja sorok muka..

Tapi aku stay kat situ. Gedik pulak rasa kalau tinggal pinggan nak dibasuh macam tuh, poyo je bajet macam dia nak masuk meminang aku time tuh jugak kaaann~

Ratu: Muda lagi kak. Belajar pun tak habis lagi.. Belajar dulu baru pikir pasal kahwin. Hehe.
Aku masih tersenyum sipu.
Kak N: Yelah. Muda lagi, belajar bagi sambung master dulu.

Phewww...dah la. Habis takat situ. Please dont bring that up again. Akward I Kak N~ :p

Bye.

Image source: Google.

3 comments:

kotak bulat said...

hehehe..trima je la lau jdoh

Ratu Tak Cantik said...

@kotak bulat
huhu...nantilah, kalau dipinang baru buat istikharah~ kalau bukan jodoh, tunggu je laa :)

Azie:) said...

So,carpen tu batul lah kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...