Assalamualaikum..
Haa..dah sampai sini alang-alang meh la baca sampai habis..nak pahala tak..nak taaakk? nak kaaann.. hee :)
Entri kali ni mungkin berunsur Islamik..
dan sarkastik. Tak apalah! Ini lah gunanya blog sebagai pelaburan akhirat.. :) Ratu ada idea untuk menulis tentang ini setelah membaca entry izamirridzwan.com tentang
Trafik Tinggi Isi Penuh Dosa ATAU Trafik Rendah, Isi Penuh Pahala. Membaca entri beliau, kesimpulan Ratu adalah blog ni boleh dijadikan medium sebagap pelaburan akhirat. Jika baik cara gunanya, maka baik lah juga faedahnya.
Apa itu pelaburan akhirat?
Pelaburan akhirat sama konsepnya seperti saham. Kita melabur saham untuk mendapat dividen atau keuntungan jangka masa panjang. Tapi pelaburan akhirat adalah amal ibadah yang kita lakukan untuk kepentingan ukhrawi. Dengan erti kata lain, mendapat balasan sama ada dosa atau pahala di akhirat kelak. Sabda Rasullulaah SAW:
Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
- Sedekah Jariah,
- Anak soleh yang mendoakan, dan
- Ilmu yang dimanfaatkan.
Blog bertindak sebagai medium untuk menyampaikan informasi dan berkongsi ilmu. Maka dalam entri kali ini, blog sebagai pelaburan akhirat lebih menjurus kepada poin ketiga iaitu,
ILMU YANG DIMANFAATKAN.
Ilmu bagaimanakah yang dimaksudkan?
Yaa...blog awak memang bagus. Banyak ajar pasal matematik, pasal sains, pasal pelancongan, pasal gambar itu gambar ini, hiburan itu, gosip ini, masak itu ini, tapi ilmu bagaimanakah yang dianggap "Ilmu yang dimanfaatkan"?
Menurut apa yang Ratu baca di
yayasan-ilmu.blogspot.com, ilmu yang dimanfaatkan cuma dua. Iaitu Al-Quran dan As-sunnah kerana dalam konteks Islam, ilmu yang wajib dituntut adalah yang dua itu. Hujahnya, kerana pada Allah dunia tiada nilai bagiNya, yang penting akhirat. Oleh kerana penulis blog nya dan sumbernya tidak dinyatakan, kesahihannya tidaklah Ratu tahu.
Memang jika dilihat kalau benar ilmu yang dimaksudkan cuma yang 2 itu, maksudnya kelihatan sempit. Tetapi ada yang berpendapat ilmu yang dimaksudkan adalah umum. Ilmu akhirat termasuklah ilmu dunia. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."
Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Ilmu yang dimanfaatkan" dalam hadis ini? Wallahualam. Malu nak mengaku, tapi Ratu pun tak tahu. heee..Tak naklah sesuka hati memandai. Jadi mohon kalau ada yang lebih arif tahu jawapannya, bagitahu ye?
Sebuah Hadis ada menyebut:
"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)
Mudah je konsep nya, kalau hari ni awak tak tahu apa
Hak Jiran awak, tapi sebab awak baca entry Ratu yang itu, maka pahala lah kepada awak dan saya sepanjang awak hidup dan mengamalkannya. Mahupun sampai jasad Ratu dah terkubur dan roh sudah ditarik.
"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim)
Macam apabila awak wakafkan tanah untuk dibuat masjid. Pahala dia MasyaAllah, sepanjang ada kaki yang menjejak ke dalam masjid tu, pahala lah bagi anda. Tapi kalau blog awak tu mengajak orang pegi Ministry of Sound dekat Sunway Pyramid pakai baju tak cukup benang, mengajar orang buat benda-benda tak senonoh, menjamu mata orang dengan gambar-gambar tak senonoh di blog awak, dosa jugalah sepanjang hidup mati awak, sepanjang ada orang yang mendapat dosa dari apa yang awak tayangkan di blog awak.
Jadi ilmu kah ia bila entri panjang berjela, tapi
pengisiannya ZERO? Cantik blog, tapi gambar penuh menyakitkan mata keliling blog. Tak cukup dengan pakaian tak cukup kain, ada plak gambar dengan boypren cium-cium? Lagi? Buat
entri SAMPAH cerita benda-benda tak ada berfaedah. Cerita hari ni kau dating dekat Pavi,
"dia kiss saya for the first time..sweetnyaaa". Haatuih. Ayat lucah-lucah. Gambar kafir tu tunjuk pusat, kafir ni tunjuk lurah.
Kalau jumpa site yang macam ni, nasihat Ratu,
tekan X dan istighfar. Toksah buang masa baca benda tak guna!! *emo emo*
Tak payah lah taksub sangat nak dapat trafik tinggi, follower banyak sampai sanggup nak letak benda bukan-bukan dengan harapan orang akan tengok. Duuh~ Kalau dah tajuk entri awak pun
VIDEO 18SX: Remaja Cium Mulut. Haaa..mau orang tekan? Mestilah nak kan! Orang takkan jumpa benda-benda ni kalau bukan ada orang yang 'supply' kan?
Tafsir Surah At-Takaathur
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Apa salahnya tulis benda baik, boleh kongsi dengan orang ramai. Gasaklah trafik tak tinggi sekali pun, janji pulangannya adalah lumayan-
PAHALA. Rugi tak ambil peluang. Pahala ni, kita tak minta pun dapat, tapi dosa yang tak ada tu jugak yang kita cari. Kan?
source: Tumblr
So awak, kalau blog awak tu banyak sangat benda 'kotor' insaf-insaf lah. Awak nak mati tinggal benda kotor untuk orang baca? Sampai dalam kubur awak dapat dosa? Udah-udah lee... Melabur lah di saham yang betul. Buka lah
Akaun Pelaburan Akhirat tu sebelum ajal datang menjemput. Oke blogger sayang?
Sekian :) weeee~
Terima Kasih Sudi Membaca
p/s: Mohon sekiranya ada kesilapan, pembetulan mahupun penambahan silalah tinggalkan komen ye. Sebarang kritikan adalah dibenarkan.
Recommended article:
-
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-blogger-daie/
-
http://aljawhar.wordpress.com/2009/08/16/saham-akhirat-vs-saham-dunia/
-
http://baikiminda.blogspot.com/2011/01/pelaburan-akhirat-istiqamahlah-dalam.html
-
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2011/01/pelaburan-akhirat-yg-mudah-lagi-murah.html
Sumber:
http://halaqah.net/v12/index.php?topic=1027.0;wap2
http://strawberrynyssa.blogspot.com/2011/01/persoalan-kepada-hina-tidak-standard.html
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2010/01/pelaburan-untuk-akhirat.html
http://baikiminda.blogspot.com/2010/10/pelaburan-akhirat-apakah-kedudukan-kita.html
All pictures are taken from Google unless stated.