Dalam entri yang lepas tentang nilai seorang wanita, Ratu ada mengatakan tentang Ratu sedang menulis tentang gentel. Ini lah entri yang dimaksudkan tu sebenarnya.
Gentel dalam entri ni bukan benda-benda bukan. Ianya cuma satu nama yang Ratu bagi pada kucing Ratu. Tapi kan, lepas cuba mencari maksud gentel dekat Google tuh terus rasa macam nak cancel bagi nama tu. Rasa macam nak tukar jadi nama Abi Hurairah, macam dalam cerita Hantu Kak Limah tu. Abu Hurairah kan maksudnya Bapa kucing :) nice kan?
Ini kali pertama Ratu dapat bela kucing kat rumah. Sebelum ni abah tak bagi sebab abah tak suka kucing. Macam anti gila lah!. Pantang nampak kucing kat luar rumah, dia akan halau. Lagi-lagi kalau kucing tu berak dekat pasu bunga dia. Tapi kali nih dia baik hati pula bagi kami bela. Maybe sebab adik insist sangat kot nak bela since si budak kecik ni duk ikut dia balik dari sekolah, So abah bagi bela. Yeay! :)
Kucing jantan tapi gedik macam betina.
Nak dijadikan cerita, semua orang suka kucing ni bermastautin dekat sini, tapi tak semua yang suka tahi kucing ni. Adik Ratu yang 2 orang tu je rajin melayan mandi kencing berak dia. Lagipun tinggal di rumah teres tanpa ada halaman agak susah. Terpaksa sediakan satu besen pasir untuk "urusan" dia n proses pembersihan mestilah kerap. Sebab kita kenalah jaga keharmonian jiran tetangga. Rumah dekat-dekat ni tak baik kalau kita biarkan mereka tinggal dalam suasana bau yang tak menyenangkan. Jiran pun ada hak taw!
Hadis riwayat al-Imam at-Tabarani daripada Mu'awiyyah bin Haidah Radiallahuanhu apabila dtanya tentang hak jiran. Rasulullah S.A.W bersabda:
Jika beliau sakit hendaklah kamu menziarahinya, jika beliau meninggal dunia, hendaklah kamu menghantar jenazahnya ke kubur. Jika beliau meminjam hendaklah memberikan hutang kepadanya, jika beliau melakukan keburukan hendaklah kamu menutup keburukannya dan jika beliau ditimpa oleh sesuatu musibah hendaklah memberikan takziah kepadanya. Janganlah meninggikan bangunan kamu lebih tinggi dari bangunannya lalu menyebabkan angin terhalang masuk ke dalam rumahnya. Janganlah menyakitinya dengan bau masakan kamu melainkan kamu memberikannya sedikit dari masakan kamu."
Lagipun meriah rasanya bila kucing ni ada. Sebab dia manja dan tergedik-gedik. Dah la comot, sememeh pulak tu. Comel je. Suka gigit kaki orang tak pasal-pasal. Dan...
Luka kat kaki kiri dia tu sebab mama Ratu. (-_-") Mama terlanggar kucing masa nak undur kereta sebelum amik Ratu dekat kolej bulan lepas. Sudahnya kene bawa pagi klinik. Habis RM100. tapi tak pelah. Yang penting kucing ni terjaga kebajikan dia. Tak adalah dibiar je merempat masa tengah luka kaki patah. Kesian dia. Benda ni mengingatkan Ratu tentang tajuk Agama Islaim tingkatan 3, Ihsan terhadap Binatang. Kalau tak silap, masa tu rakan saya Iqbal Hakimi yang buat pembentangan. Ye ke Iqbal? :p
Dalam surah Al-An'am ayat 38, ada dinyatakan bahawa bintang ni juga merupakan sebahagian daripada umat. Dan dalam sebuah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas semua benda"
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi
"..sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengerjakan kebaikan kepada orang lan.."
Nak kata kat sini,binatang mahupun anjing sekalipun umat juga dan mereka pun berselawat juga. Pagi petang siang malam mereka berzikir. Jadi rugi sangat ke kita ni kalau kita berbuat baik dan menumpang diri dalam doa mereka. InsyaAllah mereka sudi mendoakan kita. kan?
Mungkin kita boleh ambil iktibar dari kisah seorang lelaki yang diampunkan dosanya setelah memberi seekor anjing minum dari air di kasutnya yang diambil di dalam perigi. Atau mungkin juga kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberikannya makanan.
Jadi, walaupun anda tak suka dengan binatang tu, allergic ke hape ke, tak perlulah sampai nak dizalimi binatang tu. Kalau terjumpa pun, sambil tengah makan tu, hulur la sikit makanan. InsyaAllah binatang tu pun mendoakan kita. Nabi kita sendiri sanggup memotong jubah solatnya apabila dilihat kucing tidur di atasnya. Pahala yang semudah tu untuk diraih, kenapa nak diabaikan. Tuntutan agama pula tu! Jadi jangan berkasih sayang kepada manusia sahaja, Haiwan pun kena :)
Alhamdullilah, walaupun si Abi ni luka dia makin teruk lepas ditukar balut, tapi sekarang makin baik.yeay! Sekian..
Renung-renungkan dan Selamat Beramal!
Sumber:
banyak juga aku buat research erk..haha :p
Semua gambar adalah hak milik sendiri.
3 comments:
NISAH...KE ? NAMA PANGGILAN MANJA RATU ? (mahu kepastian ? )heheh.
DI RUMAH AYIE ADA BANYAK KUCING...SALAH SEEKOR YG CANTIK KUCING JANTAN...BERNAMA ' KAIT '.
NISAH...KESIAN SI GENTEL @ ABI tuu...KAKINYA PATAH...AYIE ADA TENGOK DI FACEBOOK...KUCING KENA KERAT 2 KAKI DEPANNYA KERANA DITUDUH CURI LAUK...KESIAN BETUL NASIB BAIK ADA MANUSIA BERJIWA MULIA...AMBIL BELA KUCING tuu & BERI NAMA KUCING tuu ' HERO '.
NISAH...SLMT MLM...^_^
dan2 aku buat pembetangan..haha
err..kesian weh kucing ko..
iqbal: bukan kau ke? aku rase mcm aku ingat kau, syafiq dgn sape ntah bentang kat depan. dengan kertas mahjung lukis kucing..huhu~ aku x engat la tapi aku rase tu kau..
Post a Comment