Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

CINTA DUNIA#3 : Cerita Real Terbaik Tentang Cinta Setelah Menikah

Assalamualaikum...

Pemerhatian dan penghayatan Ratu sepanjang mencecah usia akil baligh membuatkan Ratu berfikir, apakah cinta itu semanis kurma, atau semasam limau kafir?
Ada orang terkejar-kejar mencari cinta. Desperate. Sibuk mencari lelaki/perempuan yang salah sebelum dipertemukan dengan yang betul. Mengumpul sebanyak mana pengalaman kononnya untuk memudahkan proses mengahadapi realiti sebenar setelah bergelar suami isteri. Alasannya untuk mengenali isi hati insani. Hmm.. Ye la tuu.

Korang pernah tak terbaca di mana-mana tentang kisah cinta selepas kahwin. Dan bila korang baca tu, apakah rasa korang "owh so sweet" atau "tak best!" ? Kebanyakkannya mestilah best...

Cinta selepas kahwin kot~ Tak ada yang tak boleh dah. Tak perlu nak malu-malu. Luar dalam semua boleh kenal. Masing-masing ada hak ke atas masing-masing untuk dipertikaikan kalau ada masalah. Kalau gaduh boleh nak manja. Peluang membuat dosa juga menjadi sangat tipis. Semuanya jauh berbeza dengan cinta buang masa yang kebanyakkan generasi kita sedang alami sekarang.

KISAH CINTA REALITI TERBAIK

1. Pernah baca blog Nurulism? Lek lu, jangan klik lagi! Baca dulu..hehe
Ratu masa mula-mula baca cerita perkenalan die dan suami.... perghhh!! Sebagaimana yang diceritakan, sesiapa sahaja boleh sampai kepada konklusi bahawa suaminya seorang yang bukan sahaja baik, romantik, tetapi beragama. Itu yang paling penting! Dah lah handsome. Doktor pulak tu! Haaa..apa yang kurang lagi? Saya percaya beribu-ribu orang yang membaca cerita cinta dramatik dan romantik mereka mesti cemburu dan bersetuju bahawa Kak Nurul adalah antara mereka yang beruntung mendapat lelaki seperti tu menjadi pasangan hidup.
memang panjang, tapi tak bosan dan menarik! :) Im telling you, Kak Nurul ni is one sempoi blogger yang setiap penulisannya tak pernah mampu membuat Ratu bosan~ No wonder lah hubby dia jatuh cinta~
Gambar sweet mereka yang saya curi dari entri tersebut. Harap maaf :)

Ini sedikit yang saya petik dari entry tersebut, one of many reasons which you should go and check it out





  • Ianya sebuah kisah cinta yang benar-benar magik dan datang tanpa disangka.
  • Kisah cinta ini adalah lebih laju daripada bullet. 
  • Cinta boleh dipupuk. Bukan dikira dari sifat masa, tapi dikira dari kekuatan hati.
  • Bercintalah dengan jalan yang benar. Allah pasti redha. 
  • Pertunangan hanya satu ikatan. Bukan acara yang menghalalkan perhubungan. Kami pernah lalui cinta jarak jauh. Ianya indah.
  • Perkahwinan bukan sebuah happy ending. Ia adalah permulaan kebahagiaan yang hakiki. Hargailah perkahwinan. Sayangilah suami anda sepenuhnya sebaik sahaja beliau sah bergelar suami. Kerana ketika itu, bermulalah letaknya syurga wanita di sisi suami.
  • Jodoh itu rahsia Allah yang begitu indah. Jangan tidak percayakannya. Jangan pernah menafikan jodoh.
  • Fairytales itu wujud. Dalam pelbagai cara dan untuk bahagian masing-masing.
  • Semua manusia itu akan mendapatkan bahagian masing-masing. Cuma dalam keadaan dan masa yang berbeza. Istikharahlah.

Gambar kedua yang saya curi..huhu.. 
Ya, mereka tinggal di oversea selepas menikah. Oh mai...Jeles nyeeee

HEBAT KAN? :)
Masa Ratu mula-mula baca tu 2 tahun lepas. 2 bulan lepas Ratu terdetik nak buka blog dia, membaca cerita Kak Nurul, tak ada yang kurang menariknya dengan pada mula-mula Ratu baca blog dia. Cinta, kasih dan sayang, romantiknya mereka suami isteri still tergambar di hampir setiap penulisan Kak Nurul lebih-lebih lagi setelah dikurniakan seorang anak perempuan. Dan sekarang alhamdulliah, tadi Ratu buka blog dia, Kak Nurul selamat melahirkan cahaya mata yang kedua. May Allah blessed your family Kak Nurul. :') *tetiba rasa macam nak tacing teringat kronologi pertemuan Ratu dengan blog dia...Dengan blog je pun, bukan tuannya*

*************
2. Mungkin tak asing bagi korang dengan cerita cinta ni kerana likes nya mencecah 9,300++ !! Kisah cinta Sarah. Hmm..Ratu ingat Ratu hampir menangis tahap "nak cinta macam ni jugak! nak macam ni jugak!"

Seorang perempuan yang pada Ratu sangat hebat dari segi peribadinya, kini seorang doktor, dan menikah dengan seorang lelaki yang tak kurang juga hebatnya. Belajar luar negara, bekerjaya, juga orang yang tak mengabaikan agama. Lelaki kalau punyai ilmu agama, tak banyak yang perlu dirisaukan. Kan?

13 tahun kak Sarah ni menanti lelaki yang dicari-carinya, siapa sangka lelaki yang juga kawan baiknya itu kini suaminya. Hebat kan? Dalam masa 13 tahun tu bukan 1, bukan 2, tapi 4 pinangan yang telah ditolak Kak Sarah! Pergh! Memang menantu pilihan kak Sarah ni! Hebat pada Ratu jika seorang perempuan tu mendapat sampai 4 pinangan, tapi masih mampu sabar menanti jodoh yang dia pertemukan dalam istikharahnya. Terbukti kan? 13 tahun tambah lagi 2 tahun menunggu, lelaki tu kini suaminya :)
ni pula entrinya sweetnya setelah SEBULAN MENIKAH
Owh! Masa Ratu baca entrinya, siapa pun tak mungkin tak perasan riak wajah bahagia mereka. I never see a big, happy smile like that before. Obvious sangat mereka bahagia :) Ratu yang tengok ni pun jadi turut tersenyum dan merasa tempias kebahagian mereka. Seolah-olah kesabaran mereka selama ini terbayar. Best kan? BEST KAN?
Gambar-gambar ni juga dicuri dari blog beliau. Minta maaf ...huhu
*Rasa macam nak kahwin pun ada bila tengok gambar dorang..*
Semoga mereka bahagia hendaknya menjalani bahtera perkahwinan dan mendapat kebahagian dan kejayaan dunia akhirat. Amin~ :)

3. Kisah Cinta Seterusnya
Kisah CINTA FANTASI INI
Hehe...malas nak mengulas lanjut pasal no 3. Oke bye! :)




EYH COP! Ratu terlupa daa..
Kesimpulannya, yakin lah dengan rahsia jodoh yang Allah telah tetapkan kepada kita. Yakin lah dengan takdir dan ketentuan Dia, kerana sesungguhnya itulah yang terbaik yang Dia akan berikan kepada kita. Tetapi perlu diingatkan USAHA jangan sesekali di lupa!

Dan usaha bukanlah bermakna anda harus mencari di seluruh ceruk dunia "MANA JODOH AKU WEYH?" Owh, sesungguhnya bukan yang itu. Apatah lagi cuba try test semua lelaki atau wanita yang menawar diri untuk dicintai. Bukan,bukan.

Memintalah kepada-Nya semoga dikurniakan pilihan hati itu menjadi jodoh kita, didekatkan jika dia lah orangnya, dijauhkan jika dia hanya orang yang singgah sementara. Istikharah lah memohon petunjuk-Nya dan minta lah teman hidup yang selayaknya mampu membimbing, menjaga dan setia menjadi pasangan hidup selamanya hinggalah ke syurga. Yang membawa kebaikan dan mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Ya, orang yang beriman. InsyaAllah. Usaha dan doa. Tawakal dan redha.

Sekian, Bye.  Kalau sudi silalah LIKE RATU DI FACEBOOK :)

p/s: Pagi semalam, cousin mama di Kedah meninggal dunia. Innalillah. Tapi Alhamdullilah, pada sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan ini juga Allah ambil nyawa beliau. Sudah lama dia terlantar sakit tetapi masih mampu terseyum dan berfikiran optimis tentang penyakitnya. Meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil akibat kanser payudara yang sudah merebak sampai ke paru-paru. Semoga roh-Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi ornag-orang yang beriman. Amin.. Al Fatihah. :')


Image source: Google except those which I already stated where I took them from.

Wednesday, July 27, 2011

TEASER Cerpen Interaktif Yang Terpaksa Ditangguhkan

Assalamualaikum

Alhamdullilah, 1 minggu ni sikit demi sikit followers naik. Tak tahulah kenapa, maybe sebab cerpen tu kot. Tapi syukur, at least ada orang sukakannya sebab semuanya adalah usaha dan idea Ratu sendiri.

Kepada yang baru menjejakkan kaki atau baru nak berjinak-jinak dengan penulisan Ratu, ini list cerita cerpen mengikut susunan dan sambungannya :)

  1. Malam Pertama Dengan Lelaki Bukan Pilihan Hati
  2. Pagi Selepas Malam Pertama
  3. Subuh Pertama Dengan Suamiku
  4. First Ever Date Dengan Hubby
  5. DSLR and Jungle Red Lingerie on First Date
  6. Menerima Putera Katak Jawa (cerpen interaktif, ada audio dan visual)
Ceh...baru 6 part rupanya...rasa macam da tulis banyak..huhu

Oh ya, sebelum tu Ratu nak cakap, dalam entri lepas Ratu ada cakap hari ni nak pegi indonesia kan, ha..betul lah, nak pegi lah ni. Tapi tak siap lagi, ni semua pasal nak update entri ni demi korang ..awww~ :) sweet kan Ratu? I knoww..

Atas sebab yang sama jugalah, cerpen tuh tak dapat disiapkan walaupun telah di drafkan.. :) Jadi, terpaksa lah korang tunggu. Best apa dapat rasa saspen sikit kan?

Jadi, bagi sesiapa yang nakkan teaser nya, tak guna nak excited kalau tak baca dari awal kan? :) Baca la dulu, best ke tak best tu belakang cerita :) Yang penting bagi Ratu korabg baca! haha

Oh! Tajuk entri nak bagi teaser kan?

Haaa..ni teasernya :)

Kalau part paling last tu, ceritanya Fea tak sempat nak Google siapa Putera Katak Jawa tu kan? Agak-agak kalau dia sempat Google dia jumpa apa?

Haaa..pikir-pikir.. :) 
.
.
.
.
.
TAPI..Pikir je tak best jugak, cuba KORANG GOOGLE sebelum Fea tu Google :) Cepatlah Google!!

Oke, Ratu dah nak siap-siap gi Indon! :) Yeay..Doakan selamat pergi dan balik..Muaah pipi gebu korang!

Bye!

p/s: Blog, jaga diri elok-elok, jangan bagi orang godam.  :) Hehe

Thursday, July 14, 2011

CINTA DUNIA#2: 4 Jenis Lelaki Setia Yang Putus Cinta

Assalamualaikum

Aku melihat 2 kaum manusia ini semakin lama semakin runsing. Ramai lelaki di luar sana mati. Mati kerana hatinya sudah dicuri. Dicuri dan dibiar terhempas bak kaca yang jatuh dari menara Petronas.

Hai lelaki yang setia.
Lama sudah aku meng-usha kau dari jauh. Aku lihat bagaimana kau curahkan kasih sayang dan cinta kau kepada si dia yang bergelar wanita.

Dan aku lihat bagaimana kau sakit dan terluka dek sikap kaum aku sendiri, iaitu wanita. Aku lihat bagaimana kau disishkan kan, di double triplekan, dilupakan dari segala memori indah yang kau dua orang lakarkan. Dan dibuang jauh dari segala impian dan angan-angan yang kau dan dia pasang untuk masa depan.

Sadis aku melihat kalian. Pathectic kata Mat Salleh. Ya, aku kesian dan memang! Memang aku marah kepada kaum aku sendiri. Apa tidak cukupkah lagi kau,lelaki yang setia untuk berdamping dengan wanita sepertinya. Ramai perempuan luar sana mahukan lelaki seperti kau, tapi mereka 'dumped' kau macam tu je? Dan kau, kenapa tak terima perempuan seperti aku, dia, kami yang mahukan lelaki setia? Kenapa kau tutup hati kau untuk si dia yang tak hendak kan kau?!

Kasihan kau. Hilang arah berminggu-minggu, berbulan-bulan, malah ada yang bertahun dek patah hati, dan masih mengharapkan cuma satu solusi, iaitu..Si dia akan kembali. Barangkali usaha kau untuk meminta dia kembali tidak cukup, kerana kau lupa untuk meminta kepada-Nya supaya yang kau cinta itu jodoh kau.

Tak guna kau menderita setia kalau niat kau bukan untuk bersamanya sebagai pasangan suami isteri yang sah. Buang masa kau tahu! BUANG MASA!

Dan kerana aku mahu melihat dari mata hati, dari mata, hati aku berkata, akal aku berfikir. Lelaki setia yang putus cinta ada jenisnya. 4 jenis yang aku kira. Teruskan membaca, aku susun ikut carta :)

NO.4 Lelaki Setia Yang Hilang Arah
Lelaki ini adalah mereka yang cinta dan menghidapi sakit lupa yang kronik. Boleh rujuk ENTRI INI, kenapa sakitnya pelupa yang kronik? Sebab dia lupa untuk mencintai Pencipta sebelum mencintai ciptaan-Nya. Terlalu mengagungkan cinta manusia melebihkan cinta kepada-Nya. Dia terlupa untuk bersyukur, terlupa berdoa dan meminta kepada Yang Maha Kuasa. Sehingga suatu masa cinta yang Allah bagi kepada mereka, Allah tarik balik, dan tinggallah dia hilang arah tujuan, kerana hilang cinta yang terlalu diagungkan. Result, boleh tengok sendiri ada yang sebab putus cinta, berjinak dengan rokok, berjinak dengan dadah, hilang kepercayaan kepada perempuan, dimainkannya ramai lagi perempuan, buat kerja yang bukan-bukan dan ada yang sampai ke tahap bunuh diri! HILANG ARAH

NO.3 Lelaki Setia Tanpa Usaha
"Sayang...Sayang balik la semula kat B, B rindu sayang..B perlukan sayang dalam hidup B..balik lah pada B balik..B janji B akan berubah"
Message sent! 
Menaip mesej sambil putung rokok di tangan, awek no 2 di sebelah, dan lepak bersama kawan-kawan buat kerja tak bermanfaat. Usaha la sangat~
Orang macam ni, dia tahu apa dia nak, tapi dia tak tahu apa nak buat untuk capai apa yang dia nak. Barangkali dia cuma tahu cakap, tapi tak tahu bertindak. Paling penting, dia tak guna senjata kita orang Islam, iaitu doa. Hanya berbekalkan kata-kata manis dan pujuk rayu, boleh dapat ke perempuan tu balik?? Sorry man, perempuan bodoh boleh laa..No pain, no gain darlings! Kepada siapa lagi kau nak meminta kalau bukan Dia?

NO.2 Lelaki Setia Dengan Usaha, Tapi Tidak Yakin.
Dia sayangkan perempuan tu. Dia tahu apa perempuan tu nak. Dia nak jadi macam apa yang perempuan tu nak. Dia nak jadi terbaik untuk perempuan tu. Dan dia, berubah. Tapi dia masih rasa takut, takut akan hilang perempuan tu. Selagi tak menikah, selagi tuh dia nak pegang perempuan tu jadi milik dia sampai tiba waktunya dia cukup sedia untuk meminang. Dia merasa tidak selamat membiarkan perempuan tuh berstatus 'single', dia katakan pada seluruh dunia, "Perempuan tu aku punya! Lu langsi, Lu Mati!" Eceh...sampai macam tu. Dia mahu berubah. Sudah berubah. Punyai niat untuk menikah. Setia. Jadi apa yang kurang pada dia? Kenapa tidak mendapat tempat pertama?

Yang kurang cuma, dia tidak yakin...kepada..Allah...Dia ragu-ragu dengan ketentuan Allah. Dia takut Allah tak bagi apa dia nak, padahal, jawapan pada keraguan tuh simple je. Kalau dia tak dapat apa dia nak, maknanya Allah ada plan baik punyaa untuk dia. Dia lupa bahawa jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dia mahukan itu, dia berdoa untuk itu, tapi dia menyangka hanya itu yang dia akan dapat. Orang macam ni payah, takut nanti kalau tak dapat, akan masuk kategori terakhir tadi iaitu Hilang Arah. Dia tidak yakin dengan takdir Allah.

NO 1 Lelaki Sejati Setia Yang Terbaik
Dia lelaki yang setia. Sabar menanti si dia. Dia tak gopoh. Tak perlu sentiasa mencari-cari, text message setiap hari. Last sekali mesej, cuma untuk ucap hari jadi. Cakapnya pada si dia cuma yang perlu sahaja, cukup untuk tahu dia masih hidup atau mati. Dia tak mahu ganggu hidup perempuan. Dia risau kalau-kalau tergores hati perempuan itu. Dia tak nak sesakkan fikiran si perempuan dengan benda-benda yang tak penting , tentang cinta, sayang dan rindu.

Dia nak memperisterikan perempuan itu. Dia pasang niat itu tinggi-tinggi, tapi simpan dalam-dalam hati. Cadangnya lepas habis belajar, kerja, kumpul duit, cukup sedia, masuk meminang. Itu doa dia. Itu usaha dia, Menjadi yang terbaik untuk dijadikan menantu pilihan ibu bapa si perempuan. Jadi apa bezanya dia dan lelaki No2 tadi?

Bezanya tentulah dia yakin dengan ketetapan Illahi. Dia tahu dia perlu doa dna usaha. Tapi dia juga tahu takdir Tuhan adalah yang terbaik untuknya, Dia cuba kejar cita-cita dia, tapi pada masa yang sama dia berserah kepada takdir-Nya. Dia yakin dengan kuasa Allah menentukan jodohnya. Dia cuma perlu pikir, jadi manusia berguna, jadi hamba Allah yang mulia.

Pada Ratu ni lah lelaki paling setia dan paling terbaik. Tak kira siapa jodohnya tapi siap sedia menanti dia. Doa ku buat lelaki ini supaya kau ditemukan dalam istikharah si dia. :)

Kerana aku bukan sekadar memandang, tetapi memerhati dan meneliti, aku cuba mengerti untuk menjadi seorang pemerhati. Inilah hasilnya aku membuka mata melihat dunia. 4 Jenis lelaki yang setia. Semoga kau lelaki, berada di tangga yang pertama! :)
Jodoh kau mungkin tak secantik Ratu...atau dia ni, tapi percayalah, dia pun sedang ternanti-nanti :)

Bye!

Image source: weheartit.com

Friday, July 8, 2011

Kalau Perempuan tu Menyusahkan, Kenapa Lelaki Suka Ada Ramai Perempuan?

SIMPLE. Sebab perempuan makhluk yang cute dan comel dan lelaki makhluk yang...bodoh mungkin?
Oke tak, bunyi nya agak kasar. So..lelaki yang suka mendouble triple kan perempuan adalah...gatal, miang, pembazir, sangap dan...yeah, bodoh pun termasuk dalam list jugak :)

Assalamualaikum..sory lambat bagi salam.
Obvious kan perempuan ni makhluk yang complicated? Sangat obvious! Mood dia berayun tak tentu masa, hangin dia sekejap kencang, sekejap sepoi-sepoi bahasa.  Keinginan dia pelbagai jenis ada. Perangai dia pelik-pelik je.

Tapi kenapa? Boys, guys and gays...kenapa korang suka buat koleksi perempuan?

Kitaorg ni kan suka menyusahkan korang. Kitaorg suka kikis duit korang. Kitaorg suka buang masa korang. Kitaorang suka menyeksakan korang. Menyeksa korang adalah satu kepuasan bagi kitaorang. Yes! PUAS!
Tapi kenapa korang tak serik lagi!!

Satu perempuan sudah cukup memeritkan. Perempuan baik macam Ratu ni pun perlu sekurang-kurangnya 3 lelaki yang handle perangai Ratu, tetapi tak pulak aku buat koleksi jantan. Ni kan pula kau lelaki. Suka menambah darab multiple kan kesusahan korang dengan menambah darab kuasa 2 dan 3 kan koleksi perempuan korang. Why man? WHY?

Handphone cukup untuk setiap satu girlfren untuk tak kasi kantoi. Pandai pulak bahagi masa bila nak dating dengan yang mana. Suruh bahagi masa antara duniawi dan ukhrawi tak pandai pulak. Lunch hour yang panjang waktu Jumaat tuh la time nak tengok wayang. Esok-esok bini(s) beranak doktor yang kena azankan. Hah! Macam mana?

So lelaki, kalau sampai suatu masa tengok perempuan-perempuan anda menambah koleksi lelakinya, chill je..Sebab sesungguhnya mereka dalam pencarian untuk mencari lelaki yang 'pandai' untuk setia pada yang satu.
But oh well, senario sekarang perempuan pun sama je sekarang. Dah transform menjadi bunga dedap, cantik tapi busuk. Bodoh juga macam lelaki yang itu.

Ternyata, lelaki lebih complex rupanya. Perempuan pula, standard lah, shopping complex pun cukup~


Bye.
Image source: Google

Friday, July 1, 2011

KOMIK: Kadang-kadang Lelaki dan 'Jantan' Sama je

Assalamualaikum..

Ingat lagi entry WW2# dan Hari Kucing Peringkat Lorong..?
Entry ini adalah semacam kesinambungan dari koleksi gambar yang pernah di post kan tu. Tapi komik ringkas rekaan cincai oleh Ratu ini adalah aplikasi daripada senario kehidupan semasa.

Nota: Kalau rasa tak cukup besar, sila lah klik untuk tumbesaran. Sorry for all the inconveniences





Double Meaning Komik.
'Jantan' - Playboy
'Betina Jalanan' - Perempuan Murahan
'Kucing Rumah' - Perempuan yang maruahnya terpelihara.

Aplikasi? Lu pikir lah sendiri :)
Thank You For Reading!
bye!


p/s: Asalnya gambar ini adalah GIF yang Ratu buat guna Photoscape, tapi bila post kat sini tak nak gerak pula. Kenapa eyh? Anyone?

Tolong Vote untuk Ratu di sini please..

like page "prettyfabshoppe"

n like gambar tak tahu malu ni :)

Thursday, June 30, 2011

Temukanlah Aku Dalam Istikarahmu, See You In The Future Jodohku

Assalamualaikum..

Rindu..
Semuanya rasa macam semalam.
Aku hampir lupa rasa masam dan pahit perkenalan kami
Aku cuma ingat rasa yang di hujung depan lidahku.
Ya. Rasa Manis.

Haa..! Aku ingat..
Acap kali kita bertengkar kan?
Tapi....aku lupa tentang apa
Yang aku ingat gambaran aku dan dia
Senyum ketawa, gembira, bahagia.

Sakit rupanya menahan hati.
Menahan daripada menzahirkannya.
Sakit lagi cuba menyimpannya.
Nak dibuang sayang pula.
Lalu disimpan perasaan ini
Sedalam hati ni boleh pergi.

Semua rasa ini datang dari-Nya juga
Yang Maha Pencipta.
Semoga takkan pernah aku lupa.

Perasaan ini ibarat pokok dalam kotak gelap
Cukup air, cukup baja, cukup udara.
Cahaya nya sahaja belum ada..
Tunggu masa saja.
Entah bila. Mungkin berbulan, mungkin bertahun lamanya.
Pokok, bertahanlah, aku mahu kau berbunga!

Apa yang kita lakukan ini adalah jihad.
Jihad terbesar. Jihad menentang musuh.
Si Nafsu.
Kau dan aku sama-sama tentera.
Tanpa senjata dan perisai.
Cuma akal dan iman.
Memendam rasa mahu bercinta
Menentang rasa mahu berjumpa
Menahan rindu yang menikam jiwa
Dan sabar menunggu masa
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” 
“Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”
Aku harap ketika kau membaca ini
Kau sama seperti ku sedang tersenyum
Mendengar berita gembira
Mengetahui janji Allah Yang Maha Esa

Semoga kita sama-sama berjaya
Menempuhi hari-hari terpisah bersama.
Sesungguhnya tiada apa yang Allah berikan melampaui kemampuan kita.

Ada jodoh, ada.
InsyaAllah dua hati ini akan bersama.
Menjalani bahtera bahagia
Di bawah satu ikatan sah dan suci di sisi-Nya

Sementara waktu itu
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu dan iman seperti ku
Doa harus diiringi dengan usaha :)


Aku harap jodohku di sana
Setia menanti jodohnya disini
Sabar menanti pertemuan kita yang ke berapa.
Atau mungkin juga yang pertama kali.
Kerana aku tak tahu kau siapa.
Aku harap kau lelaki terbaik untuk ku. Aku yakin tu.
Kerana Allah sentiasa mempersiapkan segala yang terbaik untuk ku dan kau.


Temukanlah aku dalam istikharah mu 
See you in the future, cinta!


Bye~

Monday, June 20, 2011

CINTA DUNIA #1 :Cinta Punca Sakit Pelupa yang Parah

Assalamualaikum..

Panahan Cinta. Uish. Bahaya. Sekali kena teruk padahnya. Boleh jadi sakit rindu, boleh jadi sakit hati. Lebih parah kalau sakit tu sampai jadi buta hati. Buta hati lupa asal usul. Buta hati kerana cuma nampak indah. Yang ngeri nampak. Tapi buat-buat tak nampak. Lagi teruk kalau buta hati lupa agama.
Cinta buat kita berangan. Berimpian yang macam-macam. Punya suami isteri anak-anak, rumah besar dan bagai. Tapi kenyataanya? Realti tak seindah mimpi. Mimpi indah. Tapi mimpi pun ada yang ngeri. Tapi siapa yang berkehendak kan mimpi yang ngeri? Dengan kuasa Tuhan aku, Tuhan kau, Tuhan sekalian alam, mimpi boleh jadi realiti. Yang indah..mahupun yang ngeri. Ya. Kuasa Allah. Yang Maha Berkuasa (Al-Aziz)

Aku sedar. Cinta di usia muda tidak menjamin apa-apa. Walaupun keinginan itu kuat untuk membawa cinta sehingga ke alam pernikahan, tapi masa depan aku tak tahu! Kau tahu? Tiada siapa yang tahu!! Kecuali Allah yang Maha Mengetahui (Al-Alim)

Alpa. Lalai. Lupa. Memang betul pun. Jangankan kata Melayu mudah lupa. Kita manusia memang mudah lupa.  Pelupa! Tak perlu tunggu tua. Muda-muda remaja ramai yang dah kecundang dek lupa asal-usul. Bukan asal tempat tinggal,lahir, membesar dan semuanya. Kita lupa yang kita datang dari Allah dan kita juga kembali kepada Allah.  Lupa bahawasanya kejadian kita sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana di dalam Surah Al-Hajj ayat 5:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu....

Sedangkan perkataan manusia sendiri datangnya daripada perkataan Arab yang bermaksud 'nasia' iaitu pelupa. Kenapa? Sebab dari sebelum kita lahir kita telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita. Tapi bila kita hidup, kita lupa. Kita bukannya hidup untuk mati. Tapi kita mati untuk hidup. Surah Al'araf Ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Astaghfirullahalazim. Selama ini aku sangka aku sihat walafiat. Ternyata sakit pelupa aku sangat parah. Sungguh. Islam ni agama yang syumul(lengkap) dan waqiyyah(praktikal). Tapi kita sering lupa untuk balik kepada jalan-Nya.

Dan bila cinta? Kita nak bersama dia, tapi kita lupa batas pergaulan. Kita lupa adab dan tatasusila. Kita nak dijodohkan dengannya, tapi kita lupa meminta kepada-Nya. Kita lupa DIA. Istighfar. Astaghfirullahalazim.
Cinta kalau tidak disemai dengan benih yang sesuai, tidak disiram dengan air penuh rahmat dan berkat dan tidak dibawa ke jalan yang bercahaya, layu juga jadinya nanti. Tidak membawa apa-apa. Tidak berbunga Tiada hasil. Cuma tinggal dahan berduri yang tidak mahu berpucuk. Rugi buang masa, duit dan tenaga mencari benih, mencari air, mencari cahaya. Kerana DIA yang ada, tidak mahu pula kita pergi kepada-Nya.

Astaghfirullahalzim. Teima kasih Ya Allah. Syukur. Kau berikan lagi aku peluang untuk bangkit mengejar-Mu. Mudah-mudahan bingkisan tulisan cincai ini ada ertinya buat sesiapa yang membaca. Peringatan. Semoga dijadikan amalan untuk kau dan aku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Recommended Articles:
http://johneox.wordpress.com/fitrah-kejadian-manusia-mengikut-al-quran/
http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
Sumber rujukan:
http://fathullah91.blogspot.com/2010/09/petua-mengelakkan-jadi-pelupa.html
http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm
http://namaislam.tripod.com/id1.html
Tafsiran Surah Al-Hajj
Tafsiran Surah Al-A'araf
Ciri-ciri Islam-Khasais Al-Islam
Ciri-ciri keistimewaan Islam

Monday, June 13, 2011

VIDEO & GIFs Comel: Impian Memanjakan Suami. Lelaki Konfemlah Setuju!

Assalamualaikum..
Korang dah tengok belum Iklan Watson: Love Your Man tu...Sweet kaaann!! Sweet kan..Like..Sweet gila!! Gila gila sweet!! Homaigod..comel sangat..Tak rasa ke?? :D
Atau mungkin Ratu yang imaginasi lebih sangat membayangkan itu Ratu dan bakal suami Ratu who-know-who? hee..

Tapi just imagine kan..
Suatu hari korang dah kawin, suami sibuk kerja, isteri sibuk kerja, malam pun dah tak larat nak 'bunuh syaitan', and there's this 1 day yang isteri betul-betul spend time together untuk melayan suami,memanjakan dia.

Bukan layan in terms of sex oke. Itu kalau nak sangat pegi la join Kelab Isteri Patuh. Pftt...'Isteri sebagai pelacur'?? I think that woman chose a wrong term lah..Memanglah melayan nafsu suami tu tanggungjawab siteri, tapi bukan seks je yang boleh buat suami kita melekat kat rumah.. Nak ke suami melekat kat rumah kalo setiap malam, malam Jumaat, tapi masak kat rumah tak pernah, kemas rumah tak pernah, gosok baju tak pandai. Please..memang padan pun kalo suami lari..
What I meant was, isteri kena pandai memanjakan suami.  You know, buat benda-benda kecil yang suami kita boleh je nak buat sendiri, tapi kita gedik-gedik nak buatkan untuk dia.

Macam potong kuku dia, shavekan untuk dia, cabut bulu ketiak dia (?)..you know..benda-benda remeh je, tapi the time that you spend untuk benda-benda remeh tu la yang menjadi sangat-sangat precious. Konfem kalau buat kadang-kadang pun nanti bila dah anak 20, kahwin berpuluh-puluh tahun pun suami still angau kat kita. Betul tak?

Kalau gaduh-gaduh pun mesti gaduh kejap-kejap je. Gaduh nak manja-manja. Yelah, dah tak tahan lah kan, dapat isteri pandai amik hati suami, pastu nak gaduh plak. Siapa nak layan kalau dah gaduh?
Sumpah comel!

Nanti bila dia outstation, and dia tengok kuku dia panjang, dia akan teringat malam yang isteri dia potong kuku dia atas katil sambil cerita-cerita, manja-manja before dorang....emm..ehem. Then dia jadi rindu. Rindu yang sangat-sangat. And terus dia akan send mesej ke fon isteri dia:
"I miss you Sayang..Walid tak sabar nak balik rumah jumpa umi"
Wah..gitewww..Tetiba plak Ratu jadi malu sendiri..Macam perasan buat cerita sendiri..kui3
"Wanita hiasan dunia..Seindah hiasan adalah wanita solehah"
Oh. Ini Video Iklan Watson yang Ratu maksudkan tu..sweet!!
So yeah. That is how I would love to treat my husband. I wanted to be his home. Tempat yang mana dia sentiasa tak sabar nak berada bersama untuk tenang and happy setiap kali bila die keluar rumah. Tempat yang dia rasa selamat. Tempat yang dia boleh berkongsi suka dan duka. And segala-galanya bagi dia. InsyaAllah bahagia rumahtangga Ratu nanti atas izin-Nya bersama insan tercinta, punya zuriat soleh and solehah. Amin Ya Rabbal alamin.


Rasa macam dah nak kahwin. Weee..
Bye!

Sunday, June 12, 2011

STATEMENT MINTAK PELEMPANG #3: Cinta bila Single

Assalamualaikum..
When we purposely changed our relationship status in facebook to 'Single' :)

:)
You see...either you're in relationship or not, single or complicated, whatever it is, love says it all.. 

Less than 3! <3
Bye!

MUST WATCH! : The Happiest Woman In The World :')

Assalamualaikum..
Homai....korang kena tengok ni!! Kena tengok!! TENGOK!


What a dream come true..Its anything that a girl ever wanted... Perfect Magical, Full of Suprise night!! Sampai bila-bila takkan boleh lupa. Amnesia pun takkan boleh lupa benda ni. The whole world witness this happiest girl in the world having proposed by a gentleman.

Bayangkan ada lelaki yang betul-betul sayangkan kita sampai sanggup buat macam ni..of course la dalam bentuk yang lebih proper kan..tapi BAYANGKAN! 1 night that you will cherish your whole life!! Jelesnyeee If anything ever come between them, mesti diaorang akan kenang balik satu hari yang bermakna ni.

Bayangkan je lah. Tapi, almost impossible kan? oh well, I know its impossible for me. Lagipun lelaki Melayu ada ke yang romantik dia tahap dewa macam ni? nope. Most of them are ignorant, ambil mudah, selamba and..whatever~

Bye! Nak mengenang nasib malang jap..wuu

Wednesday, June 8, 2011

Kesilapan Paling Besar Seorang Kawan dan Seorang Kekasih adalah..

bersama-sama curang di belakang anda..
YA..INILAH MAKSUD RATU…


Assalamualaikum

Ratu dah bertekad tak nak cerita benda benda personal macam ni kat blog. Tapi kali exception. Post ni panjang, sedikit kasar dan emosi. So pilihlah untuk terus membaca atau tak. Tapi I can guarantee you can last this one whole post. 

Benda paling menyakitkan hati yang  sampai bila-bila Ratu takkan boleh lupa. Luka tu macam takkan pernah nak berparut. Luka tu ada kat situ. Berdarah. Kalau berparut, sekurang-kurangnya tidak lah pedih. Tapi ini tak. Kekal macam ni. Sakit. 

Benarlah kan, Girls forgive but they never forget. Paling aku tak boleh lupa soalan dia.

“Apa perasaan awak kalau kita jadi madu awak dengan dia?”
Sentap aku dijolok dengan soalan macam ni. Saspen. Fikiran aku penuh dengan benda yang bukan-bukan. Bila ditanya sentiasa saja dia menafikan.

“Takpe lah..kita boleh handle lagi. Biarlah kita handle sorang-sorang . Tak pelah..rasanya tak pe kot tak bagitahu awak”
Banyak kali ayat ni keluar. Seolah-olah ada benda yang dia simpan. Nak diluah nya tak dapat. Penat sudah aku berteka teki, tapi tak nak juga dicakap kan rahsianya. Dan ye, yang paling aku tak boleh lupa, kata-kata dia:

“Kalau kita bagi tahu awak, semua orang akan efek. ..semua benda akan efek”
It all make sense now. Patutlah dia tak nak bagitahu. Yang dismpannya itu perasaan bersalah yang amat. Dan yang ditakutkan semua benda akan efek tu adalah sebab dia tahu, kalau dia bgitahu aku benda betul, jelaslah di mata semua orang dialah “Bad guy” dan aku “VICTIM!”.  Terlalu takut dia mendapat nasib seperti mana yang dia alami sekarang..mungkin.

Ya..memang aku tak boleh lupa. 11 hari aku bersusah payah mencabar diri untuk bertahan demi menjadi seorang komander. Tak sangka cabaran yang menanti aku diluar sana adalah lebih sukar.

Terpaksa berdepan dengan masalah antara sahabat dan cinta. Bukan sebarang sahabat. Tapi sahabat yang nak dibawa sampai mati. Dan bukan juga calang-calang cinta. Tapi cinta yang hendak aku nikahi untuk dijadikan suami. Kalau setakat kawan yang datang dan pergi, tidaklah aku hairan. Dan jika hanya seorang cinta yang sekadar mainan juga tidaklah aku peduli. Pergi mati saja!
Tapi tak…kebenaran jatuh bertimpa macam hujan batu yang menghempap aku. Satu persatu kebenaran tuh ibarat menindih aku. Antara 2 pilihan aku terperangkap. Tapi ternyata membuat pilihan itu adalah mudah bagi aku.

Tak sangka. Sepanjang aku berkawan dengAn dia aku anggap dia macam darah daging aku sendiri.  Biar dia salah aku bela juga dia. Apa yang dia susah aku cuba jugak tolong biar aku pun sama susah. Padahal aku tahu ramai benci aku kerana bencikan dia. Tapi aku tak peduli. Aku tetap jadi kawan dia. Bukan aku tak tahu, aku rasa semua da tahu, tukar lakinya macam tukar baju. Sudah lali aku mendengar masalahnya dengan lelaki. Tapi yang ini sungguh tak tersangka. Aku mangsanya yang entah ke berapa. Menganiaya aku. Menikam belakang aku. Dan yang paling perit adalah mengkhianati persahabatan.


Pengkhianat! Bodoh! Kau ingat aku tak ada perasaan kasih sayang dan rindu? Aku kawan kau dah bertahun. Da banyak yang kita lalui. Tu pun kalau kau masih ingat lah. Tapi aku rasa kau dah lupa, sebab masa kau curang ngan kekasih aku kau tak ingat pulak kan semua benda tu. Bukan aku tak nak maafkan, Tapi persoalannya, layak ke kau terima maaf aku?
Dan kau..cinta tu sekadar nama ja bila hati dah disakiti. Kau tahu tahu tak yang sebenarnya sakit boleh mengatasi cinta? Well, sekarang kau tahu. Cerita kau dan dia takkan berpanjangan kalau kau tak menambah jalan cerita.
Menambah aksi bergayut di telefon pada waktu yang sepatutnya  kau bergayut dengan aku setelah 11 hari kita berjauhan.Menambah adegan berpegang tanagn di Sunway Pyramid? Menambah aksi dating dua kali dalam satu hari. Waktu pagi dia, dan petang aku pula tanpa pengetahuan aku?? Ketika ulangtahun kita yang pertama!?

Lelaki. Buta nya kau. Celik. Tapi buta hati. Intan dan kaca memang sukar ya untuk kau beza. 

Ya..memang lah. Memang aku tak perlu serius sangat. Itu boyfren je kot. Bukan suami aku pun nak marah –marah dia bercinta dengan perempuan lain. Kawan lagi penting dari boyfren. Better pilih kawan dari boyfren. Kumbang bukan seekor. Malah pada aku, kawan sentiasa di atas sebelum cinta. Cinta, tak pernah aku agungkan lebih dari-Nya, keluarga dan kawan. Cinta sentiasa di bawah…selagi ianya belum sah.
Tapi tak, kau silap kalau kau rasa aku pilih kawan. Aku tak buat pilihan cliché macam tu. Sebab aku tahu keputusan aku. Aku tinggalkan kawan. Dan memilih cinta untuk diberi peluang kedua. Kenapa? Sebab aku punya 1001 alasan kenapa aku perlu pilih yang itu. Dan yang paling jelas adalah kawan tidak akan buat sebagaiman ‘si kawan’ tu da buat. Dan aku kenal si kawan. Dia takkan berubah. Aku dah penat nasihat bila dia buat perangai yang sama. Tapi kali ni, dia silap memilih aku sebagai mangsanya.

Kekasih curang adalah normal. Aku tak pernah kisah dia bercinta lain. Sebab kami cuma kekasih bukan suami isteri. Malah aku tak kisah jika di mahu berpoligami jika sudah berkahiwn nanti. Aku sendiri rasa lebih baik berpoligami daripada punya kekasih ramai. Sebab lelaki perlukan perempuan yang betul untuk dibuat isteri. Tapi silap kalau dah ada yang lebih baik tapi mencari yang lebih teruk. Ya lah, umpama sudah dapat perempuan solehah, tapi masih mencari pelacur di jalanan. Aku tak kata aku ni terbaik sangat. Tapi aku boleh jamin yang aku lebih baik dari yang itu. Dan kalau kau rasa yang baik itu adalah dia, sorry tapi aku terpaksa menafikannya. Sebab dia kawan aku. Dah kenal lama dah. Buruk dan buruknya aku dah taw. Baiknya yang banyak itu pun aku tahu. Dan sebab dia kawan aku, sangat salah untuk kau memilih dia dan aku pada waktu yang sama. SALAH BESAR!

Kau lelaki yang aku impikan untuk dinikahi. Suami yang akan membimbing aku ke syurgawi. Walid kepada anak-anak aku nanti. Tapi aku rasa kau lupa benda ni masa kau curang dengan dia walau dah banyak kali aku ungkapkan hasrat hati. Menyatakan niat kau untuk menikahi aku dan diterima menjadikan kita tunang yang sah secara syarak.. Apa kau lupa? Sama macam dia lupa nilai persahabtan yang wujud antara aku dan dia?

Sebenarnya aku tak pernh peduli kalau benar akhirnya kau dan aku adalah pada waktu bila aku dapat tahu kebenaran tu. Sungguh. Sebab kau sama seperti dia tak layak untuk terima maaf aku. Dan perginya kau mungkin menjadi satu kelegaan kepada aku.
 Tapi, apa boleh buat. Cinta tu tetap ada. Masih mahu disiram dan mekar. Dan dia, insan bergelar kawan yang seronok bermain pisau di belakang aku sampai tertikam telah aku tinggalkan untuk kau, insan yang bergelar cinta. Peluang kedua. DAN TERAKHIR. Ingatlah. Aku tak bodoh untuk sentiasa dipermainkan. Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Doa aku sentiasa dijauhkan daripada mereka yang sentiasa cuba hendak menjatuhkan aku, mempermainkan, memperbodohkan aku. Dan tipulah sebanyak mana, lambat laun Allah akan tunjukkan kebenarannya untuk aku.
                                                                            
Why do I make such a big fuss about this? Because I cant get it off my head!! Walau benda ni dah berbulan. Malah bertahun sekalipun aku rasa aku takkan boleh lupa! Sampai sekarang, kadang-kadang cerita kau dan dia seolah-oleh bermain wayang di depan mata aku. Kadang-kadang cerita kau dan dia menjadi bahan lawak kami berdua, kadang-kadang bahan perlian, tak kurang juga punca pertelingkahan kami. Sehingga kini.

Sebab kita kawan. Tipu kalau aku cakap aku tak rindu. Tapi kau yang nak semua ni kan?

Mungkin kau terlupa fikir 'efek' menikam aku. Kau terlupa yang aku kebal. Tikam belakang aku macam membiarkan bilah itu terpantul menikam di dada kau. Sebab kau tak tahu, mencari pasal dengan aku adalah SILAP BESAR yang kau pernah buat. Tak, aku tak nak jadi mimpi ngeri kau. Aku nak jadi REALITI TRAGIS kau!

Kau malu ke kalau aku tulis semua benda ni. Tak payah malu, sebab kalau aku tak cerita mereka tetap akan tahu. Yelah, dah kau pun sama, tanpa dipinta pun kau sedia membuka pekung di dada kan? Lagipun aku tak mention pun nama kau. Tu dah cukup baik. Sebab kat sini aku Ratu, orang selain yang bukan kenal aku dan kau tak tahu..

Aku ingatkan bila tulis ni aku akan lega, dan luka itu akan at least sembuh, tapi tak..
Bye

Images sources: Google

Monday, May 30, 2011

UJIAN CINTA DUNIA: Cemburu, Cinta Di Double Triple kan

Assalamualaikum..

Minta maaf tapi entri kali ni mungkin penuh dengan emosi. Tapi di mana lagi nak ku luah perasaan ini? Kawan? Ahh...Dorang takkan faham..Dorang tak pernah setuju dengan pilihan Ratu.. Keluarga? Nak mati ke ape aku dedahkan rasa hati ni? Bercinta di usia muda memang pantang keluarga Ratu. Kekasih? Heh. Punya kekasih tetapi kekasih pun jangan nak kata lah. Taw lah muka handsome, boleh market sana sini, letak tengah-tengah panas dekat Jom Heboh pun orang sanggup serbu.
Lelaki. Korang tahu tak perasaan cinta sebenar seorang perempuan? Korang tahu tanda perempuan tu betul-betul sayangkan kau kau? Kau tahu ke?

Bila dia tengok kau, dia akan menongkat dagu. Mata dia jadi kosong. Benda apa yang bergerak seolah-oleh terhenti. Kalau dia suka Super Junior, Si Won yang gantang lalu kat depan pun dia takkan peduli. Kalau Ratu ibarat menonton Botak di cerita Juvana sekalipun dia sanggup tutup TV demi nak melihat 'si dia'.
Tapi tak. Sebab kau lelaki, kau tak pernah reti menghargai. Spesis kau memang macam tu.

Ratu tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Dia tak faham lagi ke?? Bukan aku tak pernah cakap! Dah penat dah cakap. Dah penat dah bagi hint. Dah penat dah zahirkan perasaan. Tapi kenapa??? Kenapa weyh?? Lelaki tolongla jawabkan untuk aku! Kenapa korang suka sangat mengabaikan perasaan yang sememangnya nyata daripada seorang wanita?? Dia tak tahu ke aku pun ada perasaan? Aku pun manusia laaa!

Hati kecil kekasih mana yang tak sakit hati tengok lelaki dia terdedah kepada ancaman luar?? Sakit taw x?! Tuhan je tahuperasaan cemburu bagaiman yang menular. Nak cakap pun dah tahu macam mana. Semuanya berlaku depan mata. Cukup lah...cukup lah.. Tak cukup lagi? Korang tengok la sendiri.. :'(
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Sakit hati dowh, bila tengok Botak ku yang kini berambut berdamping dengan perempuan lain. Tahu lah Ratu tak dan pegi Hari Belia Putrajaya nak dating. Tapi...Tolonglah faham!!! Saya sayangkan awak Johan Ariff  Asari..!!!.*lari naik bilik hempap pintu nangis-nangis sambil dengar lagu emo*

Source: Google.


Disclaimer *yang tak boleh blah* : All pictures are stolen from Johan's facebook (unless stated otherwise) without permission but the writers believe that Facebook as a public social networks allow such stealing. In fact, Johan is a public figure, and the girls in all other pictures are not disclose in this blog because none of their permission has been asked. PERGH! Heeee :)

bye

p/s: I have 50 followers. Half of a hundred! How cool is that??? Fine, tak cool pun.
This all just a joke. Botak never knew I exist..so..you know.. *lari naik bilik lagi, nangis nangis*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...