Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Tulus Ikhlas Dari Ratu

Assalamualaikum..

Buat semua followers, silent reader, friends and readers..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Andai kata ada kata-kata Ratu yang menyinggung, membuat ada yang terasa hati atau sakit hati,
Maafkanlah...dari hujung rmabut sampai hujung kaki, maafkan lah Ratu..

Buat yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung,
Tak kira pengangkutan apa yang kalian ambil,berhati-hatilah
Kepulangan untuk dirai,bukan ditangisi.. :)

Jangan lupa baca doa naik kenderaan..
Dan sekirnaya ada kesesakan, bersabarlah..

Jangan lupa saling berkunjung-kunjungan dengan saudara mara
Yang masih hidup ataupun yang sudah tiada jika berkesempatan
Saling lah bermaaf-maafan sesama kita semoga tiada sisa baki dosa yang tinggal

Hayati dan pergunakan sebaiknya hari-hari terakhir Ramadhan ini
Semoga segala dosa kita yang lalu diampunkan dan segala amalan baik kita diterima Allah.
Semoga juga segala amal ibadat yang dilakukan dapat diteruskan
Amin.. :)

Ratu bakal pulang ke kampung, Alor Star Kedah esok, doakanlah Ratu selamat pergi dan balik.
Semoga kalian juga begitu hendaknya.
Berseronoklah di Hari Raya, dan jangan lupa gembirakan ornag lain terutamanya yang sudah tiada :)


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sekian,
Ratu Tak Cantik

p/s: Dapat Kad Raya daripada iqbalhakimi.com Terharu :')

Image Source: Tumblr

Sunday, August 14, 2011

#1 Pakai Tudung On and Off? Orang Islam Tak Boleh Pakai Ayat 256 Surah Al-Baqarah

Assalamualaikum..

Rata-rata mereka yang tidak bertudung selalu mengguna pakai alasan "saya tak nak jadi hipokrit", "nak buat satu benda tu kena la ikhlas" and "saya tak ready lagi"

Nak tunggu ready sampai bila, kalau diri sendiri tak pernah nak usaha sampai ke tahap tu pun? Hidayah tu, Allah yang tentukan siapa yang Dia nak kurniakan. Tetapi kalau kita tak usaha untuk MEMBURU hidayah tu, macam mana nak dapat?
‎"You may dislike the thought of wearing the Hijab and keep saying that you’ll wear it when you’re older. Truth is one day you’ll be covered from head to toe and lowered into your grave. Dont let your last day on earth be the first day you wear your Hijab." (Tumblr)
Haaaa...Awak tahu bila awak mati? Entah-entah esok, atau lusa, atau esok sebelum berbuka puasa, atau selepas Raya. Nak finally pakai tudung bila dah dalam kain kapan? Nak? Naak? NAAKK KEE??!

Ada dalam kalangan kawan-kawan Ratu ni, mereka menjadikan pemakaian tudung ni sebagai trend dan bermusim! Tudung ada musim weyh! Dah macam durian~

Asal dengar majlis agama pakai tudung. Lepas keluar je, tudung campak. Oke fine lah. Nak hormat majlis kan?

Bila keluar dengan kawan stok-stok pelajar maahad, tahfiz,anak ustaz, anak imam boleh lah pkai tudung. Sebab tak nak jadi black sheep kaan..Malu pulak kalau kita sorang je free hair. Tapi asal keluar nak shopping dengan kawan stok-stok pakai skinny jeans dan legging, kaki clubbing, tudung buat alas meja je! Pun sebab tak nak jadi black sheep. Segan ke apa kawan lain semua boleh tunjuk rambut, kita sorang kena pakai tudung? Malu ke jadi perempuan mahal yang tahu menjaga aurat?

Asal datang Ramadhan je, pakai tudung, tapi asal Raya je, bukak. Lepas tu nak nampak dia pakai tudung pulak, tunggulah Ramadhan akan datang.

Ratu pulak jadi pelik. Apasal ni? Tudung boleh main-main macam suis ke? Sekejap on sekejap off? Suis pun kalau main sangat boleh meletup taw! Kalau macam tu kenapa pakai tudung in the first place? Nak hormat Ramadhan je? Bulan lain? Owh~ Time Ramadhan je la kena ingat keterampilan muslimah, time bulan lain tak payah?

Oh hello ladies..kita bukan cakap pasal occasion apa, atau bulan apa sekarang ni, kita bercakap tentang agama yang kita anuti, yang kita nak bawak sampai mati. Islam is a way of life! Kenapa tak boleh pilih satu je?? Kenapa tak boleh tetapkan pemikiran tu untuk satu je? CHOOSE WHAT PLEASED ALLAH THE MOST THAN YOURSELF!
I don't see why one of this picture is better than the other. Sama je! Rambut tetap aurat tak kira banyak atau sikit yang ditutup.

 Kenapa semua orang suka menidakkan apa yang Allah tetapkan? Pastu perbahaskan bagi contention ni, arguments ni, premise ni. Kau siapa bagus sangat nak menafikan apa yang Allah dah tetapkan?

Sekarang ni semua pakat nak jadi law student berkelas atasan macam tengah tunggu panggilan ke Bar Council membangkitkan isu HAK ASASI.
"Aku tak nak pkai tudung, suka hati aku lah, itu hak asasi aku. Perkara 5-13 dalam Perlembagaan Persekutuan!"
Kau baca Perlembagaan Persekutuan je? Kau ada bukak Al-Quran? Kau ada study hadis?


Eh, saya ada je buka Al-Quran. Ni haa.. "Tiada paksaan dalam agama"

Wah! Pandai kau main ayat Al-Quran untuk jadikan alasan kau tak tutup aurat. Well, thank you Ustaz Azhar Isrus, baru aku tahu bahawasanya ayat 'tiada paksaan dalam agama' tak boleh pakai kepada orang Islam. Maksud Ratu, orang Islam tak boleh berselindung di sebalik ayat ni untuk membolehkan mereka membuat perkara yang Allah larang. Sebaliknya, ayat tu hanya kepada orang bukan Islam yang mempunyai pilihan untuk memeluk agama Islam atau tidak. 

SO PLEASE! Jangan suka hati je pandai-pandai pakai ayat tu, because walaupun tiada paksaan, atau BELUM ada paksaan yang wujud dalam komuniti seperti undang-undang dan hukuman tak memakai tudung, balasannya, ada di akhirat kelak.

Menutup aurat itu WAJIB dan Allah tak suruh kita tutup aurat dengan hanya memakai tudung. I think you know what I mean. Hijab and leggings cannot go together. Like hijab and short sleeves..and other fashion styles that people always misunderstood to be appropriate, but the truth is, IT IS NOT!


Ratu ni dah penat tahu tak? Menyampah pun ada. Menyesal pun ada. Berapa ramai kawan Ratu kat luar sana yang makin lama makin hanyut dengan keseronokan dunia ni. Mula-mula pakai tudung elok je. Pastu on pastu off. Time on pun etika pemakaiannya tak adalah muslimah sangat, tudung pakai tapi lengan pendek, balut macam nangka. Lama-lama terus dah tak pakai tudung. Hilang tudung tu satu hal. Sampai hilang maruah apa cite? Kita kawan ni, kadang-kadang nak cakap serba salah, tak cakap pun rasa tak kena, last-last, macam ni lah. Menyesal sebab tak jaga kawan elok-elok.

So, Kalau ada orang nak terasa ke tersinggung ke lantak pi lah. Kalau orang diam, makin dibuatnya, cakap baik-baik pun salah. So Ratu cakap macam ni je lah. Tapi yang pasti, Ratu takkan cakap macam ni, kalau bukan sebab Ratu kesah. Ni sayang dan ambil berat punya pasal lah, post macam ni wujud. So korang yang baca ni, kita kenal ke tak, tu belakang kira, nasihat ni untuk semua. Awak, dia, mereka dan juga peringatan buat saya.

Sekian. Bye!

p/s:InsyaAllah, ada #2 lagi tentang isu bertudung. Korang bosan ke tak, gasak lah. Semua bergantung kepada macam mana dunia manusia bertudung sekrang mempengaruhi Ratu untuk terus bermulut laser memberi kata-kata.

Recommended Article:
Tiada Paksaan Dalam Agama


Image source: Google

Saturday, August 13, 2011

VIDEO: Kisah Wardina Safiyyah. "Saya cakap kat mak 'I Don't need you, saya model, boleh cari duit sendiri"

Assalamualaikum

Video ni sangat-sangat lah penuh dengan inspirasi dan motivasi. MasyaAllah. Wardina Safiyyah, seorang seleberiti muslimah, fesyen ikon, dan pengacara menceritakan kisah hidupnya. Daripada seorang anak kacukan yang tercari-cari identiti sebenar, seorang anak ustazah yang pernah meninggalkan rumah demi menjadi seorang model sehingglah sekarang, seorang yang sangat-sangat dihormati dan disegani oleh kebanyakan muslim khususnya muslimah di luar sana. Termasuklah Ratu. :')


I love it when she said that:-
"Saya ingin menzahirkan rasa cinta saya kepada Allah. Saya bukan terus pakai tudung, tapi saya perbaiki solat saya dulu. Tapi kemudiannya saya rasa tak cukup...Saya mahu benar-benar berubah. Dan caranya kita menzahirkan melalui pemakaian....Saya mahu dikenali sebagai wanita Muslim"- Wardina Safiiyyah.
Hebatkan hidayah ni...? Hebatkan! MasyaAllah. Memang kisah hidup Ratu mungkin taklah se'tragis' orang-orang kat luar sana yang terpaksa menghadapai pelbagai liku hidup, tapi sama macam Wardina, Ratu bersyukur sangat-sangat, Ratu rasa, Ratu ni adalah antara mereka yang Allah pilih untuk mendapat rahmat dan hidayah-Nya.

Korang pulak macam mana? Nak hidayah tak? Nak kaannn...?

Ratu dah bagi hint ni, apa lagi, pergilah mintak dengan Allah :)

Bye!

p/s: Ratu perasan, Wardina ni dari dulu sampai sekarang dia makin kurus pulak :) hehe

Tuesday, July 12, 2011

Apa Khabar Iman?

Assalamualaikum..

Tersenyum panjang aku tatkala menerima 'wallpost' dari sahabat ku ini.

Beliau tidak bertanyakan aku tentang sihat ke tak, dah kaya belum, malah ditanya nya tentang iman, perkara yang jauh lebih penting dari duniawi. Iaitu ukhrawi. Kalau sihat tapi dosa bergelumamng pun tak bahagia kan? Kalau kaya pun tapi hati hitam legam, tak tenang jugak kan?

Apa khabar iman..hmm...Iman. sedap kan? Soalan yang sejuk je bila sampai kat hati. Perkara yang seringkali kita ketepikan. Untuk bertanyakan kepada diri sendiri pun payah, aku beruntung kerana punya sahabat yang sudi mengingatkan aku. InsyaAllah, lepas ni selalu selalu lah kita tepuk dada, tanya iman.

Hai Iman. Apa khabar kau di sana. Apakah sedang basah dihujani, atau kemarau yang kering? Aku harap kau semakin menghijau bak pohon di musim bunga, semoga tidak ketemu dengan musim luruh. Berhentilah kau menjadi roda. Semoga kau sentiasa ada supaya aku dapat mencapai kemanisan iman itu. Bantulah aku iman. Semoga kau menjadi benteng kukuh untuk aku menghadapi hari-hari penuh dugaan ini. Amin..

Terima kasih sahabat dunia akhirat ku, Aishah, insyaAllah :)

Bye!


Image source: Google

Tuesday, June 28, 2011

Kerana Sayang Kau Menguji Aku Begini?













Assalamualaikum.. Satu minggu yang berlalu merupakan antara hari-hari yang susah untuk aku. Di dalam rumah sendiri rasa tidak tenteram. Di tempat kerja pun rasa risau. Di dalam kulit badan sendiri pun rasa tak selesa. Kusut. Lemah. Pening. Takut dan sedih. 'Fusion' perasaan ini tidaklah sesedap Fusion Steambot di Plaza Alam Sentral. Malah boleh diibaratkan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak. Sudahnya, simpan bawah lidah (?)  Tak sedap. Terasa nak muntah.



Tapi bila tidur mulut ternganga, akhirnya kering juga yang dimasukkan ke dalam mulut tu tadi. Ya. Masalah selesai. Hilang dan lenyap. Agaknya lah~

Masalah dan ujian Allah. Dua benda yang sama, tapi bila sebut masalah, kita sering lupa ianya adalah dugaan, ujian dan cubaan dari Allah. Tapi kalau ingat Allah, semuanya dihadapi dengan tenang. InsyaAllah. Allah takkan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka. Kita je yang kadang-kadang terlalu sibuk, takut, macam orang gila nak handle masalah. Nak bunuh diri, nak give up bagai. Jarang nak meminta kepada-Nya. Kita lupa yang Allah bagi sign "I LOVE YOU" sebenarnya dengan mengurniakan ujian tu.
Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya maka dia akan tenggelamkan hamba itu dlm cubaan.Barangsiapa yg xpernah menghadapi musibah maka ia jauh dari kasih sayangNya.
Ringan-ringankan lah lidah menyebut istirja's iaitu Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun setiap kali ditimpa musibah. Semoga Allah permudahkan segala apa yang susah bagi kita sesungguhnya tiada apa yang susah bagi-Nya. Dia lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdullilah, ribut taufan yang melanda sikit-sikit makin renyai. Pelangi pula kian menonjolkan diri walau masih sembunyi-sembunyi malu. Tapi tak apa, akan ku capai hikmahMu ini Ya Allah. 
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi. Aku masih bernafas, dan masih punya kewarasan untuk sedar, bahawa Kau sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, yang tempat mereka di syurga kelak. InsyaAllah aku pun akan bersama mereka. Kami semua. Aku, ibu bapa ku, keluarga ku. Dan jodohku yang cuma masih belum ketemu. :)


Alhamdullilah, aku dan mereka dibukakan mata untuk kembali beringat bahawa Kau tidak pernah jauh dari kami, kecuali kami yang semakin jauh menghindari Mu.
Setiap kali tangan ligat menguis-nguis tasbih mengingatiMu, setiap kali lidah yang keras mencuba sehabis daya untuk lembut membaca ayat-ayat suci kitab-Mu dan setiap kali menghadap Mu. Aku tenteram dan aman. 


Kepada-Mu aku berserah. Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Rabbi..Ya Habibi :)

Recommended Article:
ILuvIslam: Mencari Ketenangan Hati
ILuvIslam: Bersabar Atas Kehilangan
All Image are from Google.

Monday, June 27, 2011

Kenapa Perempuan Tak Nak Bercerai Bila Dia Ada Peluang?

Assalamualaikum..
Ketekunan aku membuat analisa kaji selidik terhenti apabila ada 2 kepala lelaki tersembul dari sudut tepi pintu berdekatan meja pejabat ku. 

Ratu: Ya, ada apa? Tanya ku sambil tersenyum apabila wajah mereka berdua kelihatan 'lost'.
Lelaki 1: Kak, kami nak beli baju uniform tu. Ada jual kat sini kan?
Ratu: Owh tu.. ada-ada. Ikut saya. Tapi adik beli lambat sangat, tinggal saiz M dan L je.
Sambil berjalan ke arah meja Cik A dan dibuntuti oleh mereka. Selalunya aku takkan sebut saiz apa yang tinggal, tapi badan mereka berdua kelihatan besar. Barangkali XL. 

Lelaki 2: XL tak ada kak?
Ratu: Ermmm..tak ada, stok dah habis. heh..dah agak daa..
Lelaki 1: Berapa kak?
Ratu: RM25 sekali dengan topi.
Lelaki 2: Kau ada duit? 
Lelaki 1: Ada-ada. Aku pakai duit mak aku bagi dulu.
Ratu: Tulis nama and detail-detail macam kat buku ni.
Lelaki 1: Kak..resit ada tak?
Ratu: Resit??? *terkejut* Err...tak ada lah. Belum pernah lagi ada yang beli baju ni minta resit.
Lelaki 1: Tapi kak...saya kena ada resit. So nanti mak saya boleh claim dekat ayah saya. Ayah saya tuh susah sikit bab duit. Dia berkira.

Aku bertambah terkejut! halah...beli baju keperluan untuk kokurikulum pun kena ada resit untuk mak pegi claim kat ayah?? Oh My Allah..Kenapa tak ayah je yang datang belikan terus.

Ratu: Ermmm..sekejap ya adik. Akak tanya pegawai lain.
Menyedari diri bahawa aku cuma pekerja sementara dan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan resit, aku berlari anak comel ke arah En R.

Ratu: En R! Ada student nak resit beli baju. Ada ke?
En R: hah??? Mana pernah kita keluarkan resit. Cakap kat dia tak ada. Dia lah orang pertama yang mintak.
Ratu: Tapi dia kata dia nak resit supaya mak dia boleh claim kat ayah dia.
En. R: HAH! untuk kedua kalinya. Kena claim jugak ke??
Ratu: En tolong tengokkan boleh?
En R: Adoy..yelah.
Aku dan En R menuju ke meja pejabat tadi di mana dua pelajar tadi masih menunggu. Aku duduk diam sambil mendengar perbualan mereka.

Lelaki 1: Saya nak kena ada resit supaya mak saya boleh claim kat ayah.
En R: Kitaorang mana pernah keluarkan resit untuk beli baju ni.
Lelaki 1: Kalau en tulis kat kertas dan tandangan atau cop pun jadilah. Saya cuma nak bukti sebab ayah mak saya tengah dalam proses penceraian..
 Source: Flickr
Oh My Allah!! Terkejut... tapi taklah terkejut sangat. Sebab dah agak. Mendengarkan hal tu, En R terus setuju untuk keluarkan resit. Mungkin kesian. Ya lah, sebab mak bapak, anak jadi mangsa. Lagipun tahun ni Tahun Kebajikan Pelajar. Jadi harus lah tolong sebab dah dia jadi mangsa keadaan. Lelaki 1 tadi bersalaman dengan sahabatnya lelaki 2 yang berbaju Melayu tadi yang mahu segera pulang. Hari ni hari Jumaat. Selesai saja, Lelaki 1 tadi menghampiri En R sambil memberikan butir-butir penting untuk dimasukkan ke dalam surat pengesahan (kot~)

Aku segera kembali ke meja aku. Main Angry Birds. Sambil memasang telinga mendengar perbualan lelaki tadi dan En R. Jauh. Susah nak dengar. Macam bunyi ular. Jadi aku tekad, biarkan je lah. Hal orang, buat apa nak ambil tahu.

Petang tu ada pula lagi pelajar lain yang mahu beli baju yang sama. Macam biasa, sementara Cik A ke umrah, tugas jual beli baju aku yang handle. Selesai akad jual beli En R menyapa aku.

En R: Budak tu tak mintak resit ke?
Berseloroh. Memerli. Mungkin teringat hal tadi jadi dia berjenaka. Bila dia bangkitkan isu tadi aku jadi ingin tahu.

Ratu: Tadi tu kenapa? Parent dia cerai?
En R: Ha'ah. Nak tuntut dekat mahkamah semua tanggungan.
Ratu: Ayah dia kerja apa?
Aku terdengar soalan ini diajukan En R kepada lelaki tadi. Tapi tak kedengaran pula jawapannya. 

En R: Dia kata dia tak tahu. Dah 3 tahun dia tak jumpa bapak dia.
Ratu: Dah 3 tahun?? Oh maii... Ni mesti kes gantung tak bertali.  Pastu dah 3 tahun, anak dah besar dah masuk U baru mak nak mintak cerai. Hmm..

Selesai takat situ perbualan ringkas aku dan En R. Aku kembali ke meja aku sambil otak ku penuh dengan persoalan. 
Kenapalah si siteri suka sangat tangguh-tangguh penceraian bila mana dorang dah ada peluang untuk lepas daripada suami yang tidak bertanggungjawab. Islam bukannya susah sangat. Cukup 4 bulan suami abaikan isteri tak bagi nafkah, pergilah mahkamah tuntut fasakh atau khuluk. Kenapa nak rumitkan keadaan?
 Contohi Abby Abadi
Terlalu sayang. Terlalu cinta. Terlalu berharap agaknya. Perempuan. Biasalah. Sampai kebahagian sendiri dan keluarga terabai. Mangsa nya? Anak-anak. Kasihan.

N: Ratu!!
Lamunan aku terhenti apabila pekerja baru yang sama-sama mendaftar sebagai pekerja sambilan memanggil ku.

Ratu: Ya! Gapo dio?
N: Ni, nak tanya teknik ni.
Ratu: Teknik ape? 
Takkan nak tanya pasal Excel kot. Memanglah aku dah awesome dalam Excel, tapi tak lah seawesome dia.

N: Ni..macam mana teknik nak bunuh babi hijau ni?

Ratu: (-_-") Cehhh...

Bye!

Friday, June 24, 2011

Jangan Ingat Saya, Ingatlah Dia..Awak Kan Lebih Cintakan Dia~

Assalamualaikum..

:) Hari ni Ratu nak kongsi gelap sepotong 2 potong ayat. Ready?

"Andai kata kau teringat aku tentang perkara yang tidak munasabah, maka ucapkanlah Astaghfirullah untuk segera kembali mengingatiNYA. Dan andai kata kau teringatkan aku atas segala pesan dan nasihat yg baik dan berguna, maka ucapkanlah Alhamdullilah kerana sesungguhnya itulah hikmah di sebalik pertemuan kita :)"

Ayat yang menerjah kepala masa sedang menonton Wolverine di tempat kerja. Mata tengok movie tapi hati dan fikiran menerawang sampai ke India.  Tidak boleh tidak menyingkirkan 'hal' itu dari kepala otak. Alhamdullilah, zikrullah ternyata lebih baik :)

Image Source: Google

:) bye!



p/s: Kalau hari Jumaat, zikir hariannya 'Ya Allah' Amalkan lah ye!

Thursday, June 23, 2011

VIDEO: Cara Nak Dressing Yang Selesa, Fashionable dan Paling Penting, Mengikut ISLAM

Assalamualaikum...

Hye handsome, and gorgeous.. :) Guess what..You're so cantik dan kacak and you're so like fashionistas...!!

But you might wanna check what you wear. Does it follow the Dress Code according to Islam? Is it comfortable and following the dress code. And is it fashionable, comfortable AND following the dress code?

Well, I would love to explain it further to you guys. But yet, our brother right here had done a very good job explaining it to us. So I leave this to you brother Aiman! YOU BETTER BE CLICKING ON THE PLAY BUTTON! Coz this video right here is worth to be watch.!

Thank You Brother Aiman!
So have you make up your mind? Whether to please The People OR Allah?

Bye!

Wednesday, June 22, 2011

Today's Facebook Status to Share

Its Thursday Baby! Lets Zikir Khamis! :) 
SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI, ALLAH 
ampunkan dosa sebanyak buih di laut, dan satu kali sebut 
tumbuh satu pohon syurga untuk kita di taman syurga..


So people, Let's grow tree!! :) wee~


Subhanallah

Bye!

Tuesday, June 21, 2011

WW#4 Wordless Wednesday

Assalamualaiku.
Hari ni tamak. Nak buat 2 post WW.. :p bweekk

Source: My Friend's Tumblr hye ecawh!! :) weee

Monday, June 20, 2011

CINTA DUNIA #1 :Cinta Punca Sakit Pelupa yang Parah

Assalamualaikum..

Panahan Cinta. Uish. Bahaya. Sekali kena teruk padahnya. Boleh jadi sakit rindu, boleh jadi sakit hati. Lebih parah kalau sakit tu sampai jadi buta hati. Buta hati lupa asal usul. Buta hati kerana cuma nampak indah. Yang ngeri nampak. Tapi buat-buat tak nampak. Lagi teruk kalau buta hati lupa agama.
Cinta buat kita berangan. Berimpian yang macam-macam. Punya suami isteri anak-anak, rumah besar dan bagai. Tapi kenyataanya? Realti tak seindah mimpi. Mimpi indah. Tapi mimpi pun ada yang ngeri. Tapi siapa yang berkehendak kan mimpi yang ngeri? Dengan kuasa Tuhan aku, Tuhan kau, Tuhan sekalian alam, mimpi boleh jadi realiti. Yang indah..mahupun yang ngeri. Ya. Kuasa Allah. Yang Maha Berkuasa (Al-Aziz)

Aku sedar. Cinta di usia muda tidak menjamin apa-apa. Walaupun keinginan itu kuat untuk membawa cinta sehingga ke alam pernikahan, tapi masa depan aku tak tahu! Kau tahu? Tiada siapa yang tahu!! Kecuali Allah yang Maha Mengetahui (Al-Alim)

Alpa. Lalai. Lupa. Memang betul pun. Jangankan kata Melayu mudah lupa. Kita manusia memang mudah lupa.  Pelupa! Tak perlu tunggu tua. Muda-muda remaja ramai yang dah kecundang dek lupa asal-usul. Bukan asal tempat tinggal,lahir, membesar dan semuanya. Kita lupa yang kita datang dari Allah dan kita juga kembali kepada Allah.  Lupa bahawasanya kejadian kita sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana di dalam Surah Al-Hajj ayat 5:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu....

Sedangkan perkataan manusia sendiri datangnya daripada perkataan Arab yang bermaksud 'nasia' iaitu pelupa. Kenapa? Sebab dari sebelum kita lahir kita telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita. Tapi bila kita hidup, kita lupa. Kita bukannya hidup untuk mati. Tapi kita mati untuk hidup. Surah Al'araf Ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Astaghfirullahalazim. Selama ini aku sangka aku sihat walafiat. Ternyata sakit pelupa aku sangat parah. Sungguh. Islam ni agama yang syumul(lengkap) dan waqiyyah(praktikal). Tapi kita sering lupa untuk balik kepada jalan-Nya.

Dan bila cinta? Kita nak bersama dia, tapi kita lupa batas pergaulan. Kita lupa adab dan tatasusila. Kita nak dijodohkan dengannya, tapi kita lupa meminta kepada-Nya. Kita lupa DIA. Istighfar. Astaghfirullahalazim.
Cinta kalau tidak disemai dengan benih yang sesuai, tidak disiram dengan air penuh rahmat dan berkat dan tidak dibawa ke jalan yang bercahaya, layu juga jadinya nanti. Tidak membawa apa-apa. Tidak berbunga Tiada hasil. Cuma tinggal dahan berduri yang tidak mahu berpucuk. Rugi buang masa, duit dan tenaga mencari benih, mencari air, mencari cahaya. Kerana DIA yang ada, tidak mahu pula kita pergi kepada-Nya.

Astaghfirullahalzim. Teima kasih Ya Allah. Syukur. Kau berikan lagi aku peluang untuk bangkit mengejar-Mu. Mudah-mudahan bingkisan tulisan cincai ini ada ertinya buat sesiapa yang membaca. Peringatan. Semoga dijadikan amalan untuk kau dan aku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Recommended Articles:
http://johneox.wordpress.com/fitrah-kejadian-manusia-mengikut-al-quran/
http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
Sumber rujukan:
http://fathullah91.blogspot.com/2010/09/petua-mengelakkan-jadi-pelupa.html
http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm
http://namaislam.tripod.com/id1.html
Tafsiran Surah Al-Hajj
Tafsiran Surah Al-A'araf
Ciri-ciri Islam-Khasais Al-Islam
Ciri-ciri keistimewaan Islam

Tuesday, June 14, 2011

People converted into Islam at Dubai International Peace Convention by a former Preacher of Christianity.

Assalamualaikum..Because Islam is so beautiful, brothers and sisters I would like to share this with you.
:') I would like to quote what Sheikh Yusuf Estes said when he answered Gabriel's question..
Yusuf Estes: Im gonna give you 5 words in English. They have to be all at the same time. Surrender, Submission, Obedience, Sincerity and Peace. Do you want those thing in your life?
Gabriel: Yes, I do.
Yusuf Estes: This word in Arabic is one. Take 5 words in English, do you know what the word is in Arabic?
Gabriel: No
Yusuf Estes: Its Islam..
Gabriel: Really?
Yusuf Estes: Yes..That's the word!
Later, Gabriel converted into Islam during the Convention in front hundreds of audience..
Go on. Click the play button. I know it's quite a long video. 32:34 minutes. But its worth it. Trust me. Few other people converted into Islam after Gabriel. Subhanallah. Allahuakabar. Alhamdullilah :')

Who is Sheikh Yusuf Estes?
He was raised as a strong Christian. He was once a Music Minister. Even better, he was also a Preacher of Christianity. But How? How did he converted into Islam? Well, that was the question asked by Gabriel. And what did Yusuf answered? Just a brilliant answer you'll have to hear it yourself from the video.. :)

Also, right after Gabriel is converted, Yusuf said something:
"Gabriel has just sent to Islam. A lot of us have to do the same thing. You know what I meant by that..A lot of us have Muslim's name but do we really put it into practice?"

Renung-renungkan dan Selamat Beramal
This one is for me to remember too :)
Bye! 



See also:
http://www.islamtomorrow.com/yusuf.htm
Special thanks to http://creativekhalifah.tumblr.com/. If it wasn't for this, I may not know about this.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...