Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, June 20, 2011

CINTA DUNIA #1 :Cinta Punca Sakit Pelupa yang Parah

Assalamualaikum..

Panahan Cinta. Uish. Bahaya. Sekali kena teruk padahnya. Boleh jadi sakit rindu, boleh jadi sakit hati. Lebih parah kalau sakit tu sampai jadi buta hati. Buta hati lupa asal usul. Buta hati kerana cuma nampak indah. Yang ngeri nampak. Tapi buat-buat tak nampak. Lagi teruk kalau buta hati lupa agama.
Cinta buat kita berangan. Berimpian yang macam-macam. Punya suami isteri anak-anak, rumah besar dan bagai. Tapi kenyataanya? Realti tak seindah mimpi. Mimpi indah. Tapi mimpi pun ada yang ngeri. Tapi siapa yang berkehendak kan mimpi yang ngeri? Dengan kuasa Tuhan aku, Tuhan kau, Tuhan sekalian alam, mimpi boleh jadi realiti. Yang indah..mahupun yang ngeri. Ya. Kuasa Allah. Yang Maha Berkuasa (Al-Aziz)

Aku sedar. Cinta di usia muda tidak menjamin apa-apa. Walaupun keinginan itu kuat untuk membawa cinta sehingga ke alam pernikahan, tapi masa depan aku tak tahu! Kau tahu? Tiada siapa yang tahu!! Kecuali Allah yang Maha Mengetahui (Al-Alim)

Alpa. Lalai. Lupa. Memang betul pun. Jangankan kata Melayu mudah lupa. Kita manusia memang mudah lupa.  Pelupa! Tak perlu tunggu tua. Muda-muda remaja ramai yang dah kecundang dek lupa asal-usul. Bukan asal tempat tinggal,lahir, membesar dan semuanya. Kita lupa yang kita datang dari Allah dan kita juga kembali kepada Allah.  Lupa bahawasanya kejadian kita sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana di dalam Surah Al-Hajj ayat 5:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarka kamu berupa kanak-kanak kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu....

Sedangkan perkataan manusia sendiri datangnya daripada perkataan Arab yang bermaksud 'nasia' iaitu pelupa. Kenapa? Sebab dari sebelum kita lahir kita telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita. Tapi bila kita hidup, kita lupa. Kita bukannya hidup untuk mati. Tapi kita mati untuk hidup. Surah Al'araf Ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Astaghfirullahalazim. Selama ini aku sangka aku sihat walafiat. Ternyata sakit pelupa aku sangat parah. Sungguh. Islam ni agama yang syumul(lengkap) dan waqiyyah(praktikal). Tapi kita sering lupa untuk balik kepada jalan-Nya.

Dan bila cinta? Kita nak bersama dia, tapi kita lupa batas pergaulan. Kita lupa adab dan tatasusila. Kita nak dijodohkan dengannya, tapi kita lupa meminta kepada-Nya. Kita lupa DIA. Istighfar. Astaghfirullahalazim.
Cinta kalau tidak disemai dengan benih yang sesuai, tidak disiram dengan air penuh rahmat dan berkat dan tidak dibawa ke jalan yang bercahaya, layu juga jadinya nanti. Tidak membawa apa-apa. Tidak berbunga Tiada hasil. Cuma tinggal dahan berduri yang tidak mahu berpucuk. Rugi buang masa, duit dan tenaga mencari benih, mencari air, mencari cahaya. Kerana DIA yang ada, tidak mahu pula kita pergi kepada-Nya.

Astaghfirullahalzim. Teima kasih Ya Allah. Syukur. Kau berikan lagi aku peluang untuk bangkit mengejar-Mu. Mudah-mudahan bingkisan tulisan cincai ini ada ertinya buat sesiapa yang membaca. Peringatan. Semoga dijadikan amalan untuk kau dan aku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Recommended Articles:
http://johneox.wordpress.com/fitrah-kejadian-manusia-mengikut-al-quran/
http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html
Sumber rujukan:
http://fathullah91.blogspot.com/2010/09/petua-mengelakkan-jadi-pelupa.html
http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm
http://namaislam.tripod.com/id1.html
Tafsiran Surah Al-Hajj
Tafsiran Surah Al-A'araf
Ciri-ciri Islam-Khasais Al-Islam
Ciri-ciri keistimewaan Islam

Saturday, June 18, 2011

Apa Nak Buat Kalau Result Exam Teruk?

Assalamualaikum...
Hello Dean's List Students, Students Who manage to get Good Results, Students Who get Not-So-Good Results and Students Who Failed...Hye! I would like to congratulate you for whatever you had achieved, because behind every cloud's there's a silver lining.. :)

So  Apa nak buat kalau Result Exam Teruk? That's easy..pfftt

1) Manipulasi Keadaan
Maybe you should try updating your status at facebook saying "Result Exam Aku Teruk" or something to express that you're unhappy with your result.Nanti InsyaAllah akan ada makhluk Allah yang ambil berat akan bagi komen-komen yang memotivasikan, berupa kata-kata semangat dan nasihat. Dan that moment you'll know who care about you. Tapi kalau ada orang yang tak berhati perut,riak dan takbur komen
"Kesian you kan? Nasib baik I dapat 4 flat..takpa lah, nanti kau cuba lagi ye?"
Nak marah?? No! Nak Sedih?? NO! Jangan biar keadaan menguasai kita, kita yang kena pandai memanipulasi keadaan. Ambil kata-kata orang tak guna tu sebagai pembakar semangat. Jangan jadikan tuh punca korang nak down dan putus asa.  So next time, bila you dapat 4 flat , boleh lah you geng dengan budak 4 flat tadi tu! (?)
Be Creative and MANIPULATIVE

2) Muhasabah Diri
Cukup ke usaha yang korang dah curahkan untuk dapat Result yang lebih baik dari apa yang korang da dapat. Cukup ke tak tidur malam. Tiap-tiap hari pergi library. Buku tak pernah lepas. Doa siang malam. Solat tak pernah tinggal. I tell you what, kalau korang rasa usaha korang dah cukup, USAHA TAK PERNAH CUKUP. Dan jangan salahkan takdir, sebab kalau korang tak dapat apa yang korang nak, baca ni..
Just Never Say Never and Work Harder. USAHA!

3) Tengok orang yang lebih teruk dari korang.
Yup. Bila kita kat atas, kita jangan lupa untuk melihat ke bawah. And when I say melihat/tengok, maka tengok je lah! Jangan kau dapat 3.00 kau pegi cakap dekat orang yang 2.5
"Eyh..kau 2.5 eyh? Aku lagi pandai dari kau. Sekurang-kurangnya aku tak ada fail, cukup-cukup makan macam ni pun dah cukup baik daripada dapat 2.5 macam kau"
Itu kejam oke. Jangan lah buat macam tu. Kesian kawan. Comfortkan lah dia. Be humble. Tell them to work harder with you. So nanti sama-sama berjaya. Jadi bila korang kat bawah sekalipun, jangan lupa untuk tengok ke atas dan aim untuk berada di atas. Teruk ke failed paper? I think not. You just got a second chance untuk improve subject tu. Belajar kali kedua bila orang lain mungkin dah lupa semua benda tu. Ilmu, jangan tolak dia bila dia nak datang. Rugi! Tapi kalau tak ada yang lebih teruk dari korang?
..and you think your life suck?
Well, don't be. Bacause we're about to move on to the next step..Which is;

4) Bersyukur.
Ada orang yang lahir-lahir je terus mak dia tak nak kat dia, buang dia kat tong sampah. Ada yang tak dapat makan pun. Ini kan pula nak ke sekolah. Tapi kita? Dapat peluang belajar tapi kita main-main, Habiskan duit mak ayah kita. Buat dorang sedih dengan pencapaian kita. Ada kelas je ponteng pegi shopping dekat MidValley..

Hmm...terasa pulak dengan kata-kata sendiri. :'( Waaaa...Mama Abah, kita mintak maaf result kita jatuh...!!

Tapi my point is, bersyukur je lah. Sebab dari rasa berysukur tu kita akan rasa cukup dan berterima kasih dan berusaha untuk lebih.  Bukan dapat 2.5 terus bersyukur and redha. Sem depan tak nak usaha lebih and buat benda sama. Result turun pun bersyukur tapi tak berusaha pun. Itu silap.

Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka..(Surah Ar-Ra'd,11)

5)Usaha!
Macam mana nak ubah nasib? USAHA! yep..Usaha. Perlu ke Ratu explain apa itu usaha? Rasanya tak perlu. Korang tahu apa tu usaha. Yang korang tak tahu cuma banyak mana. Kan? Well, Im sorry, I have no answer to that. You have to figure it out yourself. Usaha lah banyak-banyak sampai korang tahu bila nak stop. Dan bila stop, jangan lupa untuk tawakal dan berdoa- which will be the last on "Ratu's Guide to Handle Bad Exam Results"

6) Doa dan Tawakal
Yep. Hanya pada-Nya kita MEMINTA. Dan hanya kepada-Nya kita BERSERAH. Tapi kalau hajat tak dimakbulkan? Sila lihat point kedua tadi :)

Akhir kata, Ingatlah
TIADA ORANG YANG BERJAYA TANPA MASA SILAM,
DAN TIADA ORANG YANG GAGAL TANPA MASA DEPAN.
Bye awesome people! God luck! and I love you.. <3


p/s: I finish make up-ing my blog! Wee

Disclaimer: I am not a professional, and what I said was basically from my point of view and what I would like to advice people on this matter. I am an observer and I talk based on experience. All pictures are taken from Tumblr.

Tuesday, June 14, 2011

People converted into Islam at Dubai International Peace Convention by a former Preacher of Christianity.

Assalamualaikum..Because Islam is so beautiful, brothers and sisters I would like to share this with you.
:') I would like to quote what Sheikh Yusuf Estes said when he answered Gabriel's question..
Yusuf Estes: Im gonna give you 5 words in English. They have to be all at the same time. Surrender, Submission, Obedience, Sincerity and Peace. Do you want those thing in your life?
Gabriel: Yes, I do.
Yusuf Estes: This word in Arabic is one. Take 5 words in English, do you know what the word is in Arabic?
Gabriel: No
Yusuf Estes: Its Islam..
Gabriel: Really?
Yusuf Estes: Yes..That's the word!
Later, Gabriel converted into Islam during the Convention in front hundreds of audience..
Go on. Click the play button. I know it's quite a long video. 32:34 minutes. But its worth it. Trust me. Few other people converted into Islam after Gabriel. Subhanallah. Allahuakabar. Alhamdullilah :')

Who is Sheikh Yusuf Estes?
He was raised as a strong Christian. He was once a Music Minister. Even better, he was also a Preacher of Christianity. But How? How did he converted into Islam? Well, that was the question asked by Gabriel. And what did Yusuf answered? Just a brilliant answer you'll have to hear it yourself from the video.. :)

Also, right after Gabriel is converted, Yusuf said something:
"Gabriel has just sent to Islam. A lot of us have to do the same thing. You know what I meant by that..A lot of us have Muslim's name but do we really put it into practice?"

Renung-renungkan dan Selamat Beramal
This one is for me to remember too :)
Bye! 



See also:
http://www.islamtomorrow.com/yusuf.htm
Special thanks to http://creativekhalifah.tumblr.com/. If it wasn't for this, I may not know about this.

Wednesday, June 8, 2011

BEAR AT WORK: Bekerja Dalam Islam

Assalamualaikum...
First of all..I would like to say I'm sorry for all readers who had been longing for more informative. 'ilmiah' and educational posts. Lately I've been busy and after coming back from work, I kinda lost the 'appetite' to switch on the lappy.. I'm sorry I'm sorry I'm sorry I'm sorry I'm sorry.. 

And I'm soo sorry that I dont have much time to actually make a good post because it ain't easy to put up a nice educational especially Islamic entry..because you dont just say things..You need to do research and study..You need proof to support your contentions.. 

And...Im sorry to tell you that for the time being I'm just gonna spend time making quick posts, not-so-informative yet hopefully fun post to share with you. I will try my best to not let my readers bored with this blog and not to make empty post which you might not learn anything from reading it..

So yeah..What's with a "Bear At Work"?
Abu is a yellow bear I bought at RM2 Shop when I lived in Terengganu. I regret for not buying other colours because it is CHEAP! Where else can you get a cute bear for RM2?

So I brought Abu to work..so that I can snap its pictures whenever I feel like it :) and to accompany me at work of course. People at my place weren't always there..It was great to have him there. :)

Why work Ratu??. Its a 4 months break! Chill lah..

Well, I must say that Its a waste of time if don't go out and do something and earn money.. Kalau duk rumah rugi..Itu Ratu lah, bangun nak lambat je, makan nak banyak,tidor nak lama je. Hasil? Gemok. Debab. Malas.

"Dialah zat yang menjadikan bumi ini mudah buat kamu. Oleh kerana itu berjalanlah di permukaannya dan makanlah dari rezekinya. (Al-Mulk :15)

Masa kalau ada banyak, tak dimanfaatkan rugi. Allah menyuruh kita berjalan, menegenal tempat yang kita duduki, perolehi hasil dan merasa nikmat daripadanya. Dan berjalan tu Ratu yakin bukanlah mesti berjalan macam melancong. Kalau tak mampu maknanya pergi lah ke mana sahaja, usahakan sesuatu dan untungnya (rezeki) ambil lah buat diri sendiri. Tapi ingat, bila dapat rezeki atau benda baik, kita dahulukan orang lain. Belanaj family makan ke, belikan hadiah untuk adik-adik ke, meringankan tangan untuk menderma ke..Pelaburan akhirat jugak tu.

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)

Yup..working is one way of getting what you want. When you earn it, then you deserve it. Well. secara material nya memang lah. I work so I can buy a new pair of shoes. I can buy new clothes. I can go for movies and have fun.

But, what about looking at it in a non-material aspects. For instance, I work so I can save money so I wont have to ask from my parents when I need to buy something. So that I won't burden them. I work to help the unfortunate. I work so that I don;t waste time during semester break and earn money to use for the next semester. I work to gain experience.

Jarang orang melihat dari sudut tu. Ada pun mungkin sikit tetapi masih lebih menjurus kepada material. Memang aku kerja tak nak menyusahkan mak bapak aku, sebab aku nak guna duit sendiri beli Ipad. heh.

Apa pun,yang penting bekerja tu adalah amal ibadah juga. Membuat suatu pekerjaan adalah dituntut dalam agama kita. Hidup mesti seimbang duniawi dan ukhrawi. Memang lah bagus untuk sentiasa beribadat, bersujud, solat tapi hubungan sesama manusia, keluarga.?Macam mana nak bagi makan anak bini kalau tak bekerja? Mengemis? HARAM...Haram kalau kita masih berkemampuan tetapi masih pergi mengemis.

"Sedekah tidak halal buat orang kaya dan orang yang masih mempunyai kekuatan yang sempurna" (Hadis Riwayat Tarmizi)

So..Selamat Bekerja everyone! Tak diluar pun di rumah. Janji masa tu tak dirugikan dan diisi dengan perkara yang bermanfaat..oke? Setakat ni sahaja post Ratu kali ni. InsyaAllah boleh dihuraikan lagi dalam entry akan datang.

Bye! :)



Wednesday, June 1, 2011

MARUAH DIRI: Semua orang mesti setuju dengan aku KECUALI Adinda..kot

Assalamualaikum..
Gadis-gadis...

Well, if you are, berbanggalah..Kerana di situlah 'salah satu tempat' letaknya maruah diri seorang permepuan selagi kita bukan bergelar isteri. Kenapa Ratu kata salah satu tempat? Duuhhh.. Kalau dara pun bagi laki raba sana sini tak rosak jugak ke? Maruah jugak kan?

Ratu tak suka sebenarnya buat entri sama macam semua orang. Tapi..sebab benda ni sangat-sangat shocking. Maka, haruslah kiranya jika Ratu melibatkan diri demi kemaslahatan sejagat (?)

Ratu tak nak lah komen pasal ketidakMALUan beliau dia buat statement macam tu kan, sebab dah ramai sangat blogger yang pantas dan tuntas buat semua tu. I dont like being the same with most of the people. Im unique.

Jadi Ratu just..nak betulkan Bahasa Melayu adinda.. itu pun kalau adinda tak kesah laa. Apa? Kesah? Duuhhh..apa tu orang cakap..emm.. "biar orang pandang hina asalkan kita ada MARUAH DIRI?".. haaa..gitew lah jawapan Ratu kalau dia kesah pun..*muka kerek gila*

Oke jahat. Ratu sila sopan santun. Oke lah, Tak dalah. Ratu just pelik dengan statement dia:

"YEAHH. Aku jujor la dgn korang, AKU DA PERNAH MAEN ! puas? ada ke org mengaku mcm ni.. takkan punya. Biar orang pandang hina kat kita , asalkan kita ada MARUAH DIRI!

Selain kesilapan mengeja perkataan 'jujor', 'dgn' 'maen', dan 'org' , Ratu rasa kesilapan paling nyata adalah kesilapan penggunaan dan tatabahasa- MARUAH DIRI.

Dah la mengaku tak virgin sebab sendiri main. And then claiming that as if "Owh..tak pe, even I sendiri yang bagi vagina I ni untuk orang, I still ada maruh diri lagi."

ITS ZINA for God sake..Astaghfirullah..adooyyy... sebab tulah Ratu cakap Ratu nak duk Mekah, tak mau duk Malaysia. Orang nya semua tak betul. Sorang-sorang anak bangsa aku ni hanyut, bangsa tu tak kesah sangat. Ni saudara seagama aku kotttt~ sedih la weyh.. What will happen to us Umat akhir zaman..?Korang memang tak boleh tengok ukhrawi ke? Duniawi ni sangat-sangat membutakan kah?

Hmm..ADINDA..you're 14 girl..there's so much for you waiting ahead. Repent my dear.. Sorry la awal-awal tadi Ratu kerek sikit, tapi nilah Ratu. Better than claiming not virgin kan? Ehem. Sorry terkerek lagi, (as if you akan baca kan), but hey...who cares..God hear me.

Semoga kau dikurniakan rahmat dan petunjuk.Its never too late to change. Just do it as long as you can.

Live like you never died, Pray as if tomorrow never comes okeyh darling...Live for the afterlife. 

Biarlah dunia orang pandang hina, asalkan Allah memuliakan kita.


Aku tak nak suatu masa nanti masyarakat kita jadi macam ni. 


Oh btw, adinda, boyfren awak comel, tapi..I hope you find yourself who can really respect you and look up to you..RESPECT  you as a human, like you have dignity..even when you have lost your virginity. Ooops terkerek lagi..sorry weyh..Ratu mmg camni..mianeyy

Bye


p/s: Ada pekerja baru kat tempat kerja. Lelaki. Muda. Bujang. Hensem. But oh well..I'm still young and hot..

Image source: Tumblr

Sunday, May 29, 2011

BLOG SEBAGAI PELABURAN AKHIRAT: Nak Mati Tinggalkan Blog Bergelumang Dosa?

Assalamualaikum..
Haa..dah sampai sini alang-alang meh la baca sampai habis..nak pahala tak..nak taaakk? nak kaaann.. hee :)

Entri kali ni mungkin berunsur Islamik..dan sarkastik. Tak apalah! Ini lah gunanya blog sebagai pelaburan akhirat.. :) Ratu ada idea untuk menulis tentang ini setelah membaca entry izamirridzwan.com tentang Trafik Tinggi Isi Penuh Dosa ATAU Trafik Rendah, Isi Penuh Pahala. Membaca entri beliau, kesimpulan Ratu adalah blog ni boleh dijadikan medium sebagap pelaburan akhirat. Jika baik cara gunanya, maka baik lah juga faedahnya.

Apa itu pelaburan akhirat?
Pelaburan akhirat sama konsepnya seperti saham. Kita melabur saham untuk mendapat dividen atau keuntungan jangka masa panjang. Tapi pelaburan akhirat adalah amal ibadah yang kita lakukan untuk kepentingan ukhrawi. Dengan erti kata lain, mendapat balasan sama ada dosa atau pahala di akhirat kelak. Sabda Rasullulaah SAW:
Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
  1. Sedekah Jariah,
  2. Anak soleh yang mendoakan, dan
  3. Ilmu yang dimanfaatkan.
Blog bertindak sebagai medium untuk menyampaikan informasi dan berkongsi ilmu. Maka dalam entri kali ini, blog sebagai pelaburan akhirat lebih menjurus kepada poin ketiga iaitu, ILMU YANG DIMANFAATKAN.

Ilmu bagaimanakah yang dimaksudkan?
Yaa...blog awak memang bagus. Banyak ajar pasal matematik, pasal sains, pasal pelancongan, pasal gambar itu gambar ini, hiburan itu, gosip ini, masak itu ini, tapi ilmu bagaimanakah yang dianggap "Ilmu yang dimanfaatkan"?
Menurut apa yang Ratu baca di yayasan-ilmu.blogspot.com, ilmu yang dimanfaatkan cuma dua. Iaitu Al-Quran dan As-sunnah kerana dalam konteks Islam, ilmu yang wajib dituntut adalah yang dua itu. Hujahnya, kerana pada Allah dunia tiada nilai bagiNya, yang penting akhirat. Oleh kerana penulis blog nya dan sumbernya tidak dinyatakan, kesahihannya tidaklah Ratu tahu.

Memang jika dilihat kalau benar ilmu yang dimaksudkan cuma yang 2 itu, maksudnya kelihatan sempit. Tetapi ada yang berpendapat ilmu yang dimaksudkan adalah umum. Ilmu akhirat termasuklah ilmu dunia. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Ilmu yang dimanfaatkan" dalam hadis ini? Wallahualam. Malu nak mengaku, tapi Ratu pun tak tahu. heee..Tak naklah sesuka hati memandai. Jadi mohon kalau ada yang lebih arif tahu jawapannya, bagitahu ye?

Sebuah Hadis ada menyebut:
"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)

Mudah je konsep nya, kalau hari ni awak tak tahu apa Hak Jiran awak, tapi sebab awak baca entry Ratu yang itu, maka pahala lah kepada awak dan saya sepanjang awak hidup dan mengamalkannya. Mahupun sampai jasad Ratu dah terkubur dan roh sudah ditarik.

"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim)

Macam apabila awak wakafkan tanah untuk dibuat masjid. Pahala dia MasyaAllah, sepanjang ada kaki yang menjejak ke dalam masjid tu, pahala lah bagi anda. Tapi kalau blog awak tu mengajak orang pegi Ministry of Sound dekat Sunway Pyramid pakai baju tak cukup benang, mengajar orang buat benda-benda tak senonoh, menjamu mata orang dengan gambar-gambar tak senonoh di blog awak, dosa jugalah sepanjang hidup mati awak, sepanjang ada orang yang mendapat dosa dari apa yang awak tayangkan di blog awak.
Jadi ilmu kah ia bila entri panjang berjela, tapi pengisiannya ZERO? Cantik blog, tapi gambar penuh menyakitkan mata keliling blog. Tak cukup dengan pakaian tak cukup kain, ada plak gambar dengan boypren cium-cium? Lagi? Buat entri SAMPAH cerita benda-benda tak ada berfaedah. Cerita hari ni kau dating dekat Pavi, "dia kiss saya for the first time..sweetnyaaa". Haatuih. Ayat lucah-lucah. Gambar kafir tu tunjuk pusat, kafir ni tunjuk lurah.
Kalau jumpa site yang macam ni, nasihat Ratu, tekan X dan istighfar. Toksah buang masa baca benda tak guna!! *emo emo*

Tak payah lah taksub sangat nak dapat trafik tinggi, follower banyak sampai sanggup nak letak benda bukan-bukan dengan harapan orang akan tengok. Duuh~ Kalau dah tajuk entri awak pun VIDEO 18SX: Remaja Cium Mulut. Haaa..mau orang tekan? Mestilah nak kan! Orang takkan jumpa benda-benda ni kalau bukan ada orang yang 'supply' kan?


Tafsir Surah At-Takaathur
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kamu telah
dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! 


Apa salahnya tulis benda baik, boleh kongsi dengan orang ramai. Gasaklah trafik tak tinggi sekali pun, janji pulangannya adalah lumayan- PAHALA. Rugi tak ambil peluang. Pahala ni, kita tak minta pun dapat, tapi dosa yang tak ada tu jugak yang kita cari. Kan?
source: Tumblr

So awak, kalau blog awak tu banyak sangat benda 'kotor' insaf-insaf lah. Awak nak mati tinggal benda kotor untuk orang baca? Sampai dalam kubur awak dapat dosa? Udah-udah lee... Melabur lah di saham yang betul. Buka lah Akaun Pelaburan Akhirat tu sebelum ajal datang menjemput. Oke blogger sayang?
Sekian :) weeee~
Terima Kasih Sudi Membaca

p/s: Mohon sekiranya ada kesilapan, pembetulan mahupun penambahan silalah tinggalkan komen ye. Sebarang kritikan adalah dibenarkan.



Recommended article:
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-blogger-daie/
http://aljawhar.wordpress.com/2009/08/16/saham-akhirat-vs-saham-dunia/
http://baikiminda.blogspot.com/2011/01/pelaburan-akhirat-istiqamahlah-dalam.html
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2011/01/pelaburan-akhirat-yg-mudah-lagi-murah.html

Sumber:
http://halaqah.net/v12/index.php?topic=1027.0;wap2
http://strawberrynyssa.blogspot.com/2011/01/persoalan-kepada-hina-tidak-standard.html
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2010/01/pelaburan-untuk-akhirat.html
http://baikiminda.blogspot.com/2010/10/pelaburan-akhirat-apakah-kedudukan-kita.html

All pictures are taken from Google unless stated.

Wednesday, May 25, 2011

WAJIB TONTON: Valley of The Wolves Palestine 2011

Assalamuaalaikum..

homaigod..homaigod! Cerita apa ni? Tak pernah pernah lagi kita dengar kan, sampai la Ratu terbaca entri di akuislam.com


Macam menarik. Cerita pembikinan Turki yang diadaptasi daripada kisah serangan Israel terhadap Kapal Mavi Marmara yang berlaku pada 31 May 2010.

Owh! Don't worry..tak pelru download..boleh terus tengok dari Youtube!! Ok, Ratu tak tahu lah berhasil ke tak youtube streaming  sampai habis cerita 1jam 45 minit ni, tapi Ratu tengok dekat link akuislam.com yang tadi jugak. Tak berani nak buka dari youtube, takut tak lepas. Cuba lah try. Ratu belum tengok lagi. Tapi kenapa Ratu dah beria-ria rekemen?

Sebab utamnya mestilah sebab di-induce oleh blog akuislam tadi, selain tu, Ratu tengok first 10 minit dia macam menarik dowh! Sumpah tak tipu. Awal-awal dah ada yang tembak-tembak! Pergh! Action!~ i loike~

Pastu,pastu, dialog yang buat Ratu lagi tak sabar-sabar nak tengok sampai habis:
Tentera Israel: Why have you come to Israel?
Hero (kot) : I didn't come to Israel, I come to Palestine...
WAH! Gitew jawabnyeee... Israel kan negara HARAM..
perang-perang mulut jap antara mereka dan dush!! dush! Boom ka babbommm!!
Terus fire fire kill kill die die.. I tell you..So apa lagi?? Jom arh..tengok sesame.. :) Ni sedikit berita dari yang Ratu Google :)

‘Valley of the Wolves Palestine’ to be screened in Germany
28 January 2011, Friday / SERTAÇ DALGALIDERE, İSTANBUL
The screenwriter of a newly released Turkish movie that features the story of the Mavi Marmara incident said on Wednesday that the ban of the movie in Germany is “illegal” and that the film will be screened in that country today.
The long-expected movie was slated to be released today in Germany but it was withdrawn after an authoritative German film association recommended that theaters in the country not show the movie, allegedly for containing anti-Israel propaganda and for coinciding with Holocaust Remembrance Day. Bahadır Özdener said, while speaking after a première of the movie in İstanbul, that the movie will most probably be screened in Germany today and that their lawyers are taking necessary steps in this regard.
“Kurtlar Vadisi Filistin” (Valley of the Wolves Palestine) is the latest release of the Panafilm movie company, which has the biggest budget in the Turkish cinema industry. The movie is featuring the lethal Israeli storming of the Mavi Marmara aid ship on May 31 last year that killed eight Turks and an American citizen.... (read more)



Owh owh!! Rupanya ada juga Valley Of The Wolves In Iraq.. apa lagi? Isi masa terluang anda dengan tonton filem! yeah!

Bye~ :)

Tuesday, May 24, 2011

VIDEO BUKAN LUCAH: Gentel yang Sakit

Assalamualaikum people... Good evening..how are you doing? fine? nice...

Sebelum pegi lebih jauh pasal entri ni, Ratu nak ucapkan takziah kepada semua mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak yatim di Batu 14 Hulu Langat 2 hari lepas. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita kembali. Diharapkan semoga langkah mengatasi tragedi seperti ini daripada berlaku lagi di ambil. Semoga mangsa yang terselamat, waris dan mereka yang bekerja di rumah tersebut tabah menghadapi ujian Allah yang satu ini. Boleh ke blog rakan saya: Ayie Abas untuk gambar dan berita ringkas tapi detail.

Gambar beberapa ketika sebelum tagedi tanah runtuh. Comel-comel je depa. Sejuk mata tengok ye?

Sooo..berbalik kepada tujuan utama entri ni dibuat..  Gentel sebagai mana dalam entri yang lepas :GENTEL: Ihsan terhadap Binatang dan Hak Jiran Anda, telah dinyatakan apa itu Gentel dan setelah trauma mencari maksud di Google, namanya telah ditukar kepada Abi Hurairah. weee~


Si Abi Hurairah tengah tido

Seperti mana yang diberitahu sebelum ni dalam entri lepas, si Abi ni sakit, kaki patah kerana terlanggar kereta mama. huuu..sadis betul. So last2, kami bawa dia pegi Mesra Pet Shop Seksyen 7, Shah Alam..The nearest we can think of. So..here it goes..2 video termahal!

Video masa doktor cuba nak buka balutan dia. Boleh dengar Kucing ni sedih tahan sakit. Dia cuba nak gigit doktor. wuuu~ sadis sadis

This one bila dia meraung..Kalau peka boleh lah dengar doktor tu explen ape benda ntah pasal si Abi ni.


sebenarnya entri kali ni tak penting sangat. Saja, hati ni sangat-sangat nak post video ni :) heee.. so dats all peeps! Bye!

UPDATED: Gambar Gentel yang baru lepas kena balut, lepas siap je terus lari ke arah Ratu and sembunyi muka. Menangis ketakutan agaknya.

p/s: Today is my first day at work..office hour..everything was great so far..RM4 sejam weyh..woohooo! :)

Saturday, May 21, 2011

GENTEL: Ihsan Terhadap Binatang dan Hak Jiran Anda

Assalamualaikum

Dalam entri yang lepas tentang nilai seorang wanita, Ratu ada mengatakan tentang Ratu sedang menulis tentang gentel. Ini lah entri yang dimaksudkan tu sebenarnya.

Gentel dalam entri ni bukan benda-benda bukan. Ianya cuma satu nama yang Ratu bagi pada kucing Ratu. Tapi kan, lepas cuba mencari maksud gentel dekat Google tuh terus rasa macam nak cancel bagi nama tu. Rasa macam nak tukar jadi nama Abi Hurairah, macam dalam cerita Hantu Kak Limah tu. Abu Hurairah kan maksudnya Bapa kucing :) nice kan?

Ini kali pertama Ratu dapat bela kucing kat rumah. Sebelum ni abah tak bagi sebab abah tak suka kucing. Macam anti gila lah!. Pantang nampak kucing kat luar rumah, dia akan halau. Lagi-lagi kalau kucing tu berak dekat pasu bunga dia. Tapi kali nih dia baik hati pula bagi kami bela. Maybe sebab adik insist sangat kot nak bela since si budak kecik ni duk ikut dia balik dari sekolah, So abah bagi bela. Yeay! :)

Kucing jantan tapi gedik macam betina.

Nak dijadikan cerita, semua orang suka kucing ni bermastautin dekat sini, tapi tak semua yang suka tahi kucing ni. Adik Ratu yang 2 orang tu je rajin melayan mandi kencing berak dia. Lagipun tinggal di rumah teres tanpa ada halaman agak susah. Terpaksa sediakan satu besen pasir untuk "urusan" dia n proses pembersihan mestilah kerap. Sebab kita kenalah jaga  keharmonian jiran tetangga. Rumah dekat-dekat ni tak baik kalau kita biarkan mereka tinggal dalam suasana bau yang tak menyenangkan. Jiran pun ada hak taw!

Hadis riwayat al-Imam at-Tabarani daripada Mu'awiyyah bin Haidah Radiallahuanhu apabila dtanya tentang hak jiran. Rasulullah S.A.W bersabda: 

Jika beliau sakit hendaklah kamu menziarahinya, jika beliau meninggal dunia, hendaklah kamu menghantar jenazahnya ke kubur. Jika beliau meminjam hendaklah memberikan hutang kepadanya, jika beliau melakukan keburukan hendaklah kamu menutup keburukannya dan jika beliau ditimpa oleh sesuatu musibah hendaklah memberikan takziah kepadanya. Janganlah meninggikan bangunan kamu lebih tinggi dari bangunannya lalu menyebabkan angin terhalang masuk ke dalam rumahnya. Janganlah menyakitinya dengan bau masakan kamu melainkan kamu memberikannya sedikit dari masakan kamu."

Lagipun meriah rasanya bila kucing ni ada. Sebab dia manja dan tergedik-gedik. Dah la comot, sememeh pulak tu. Comel je. Suka gigit kaki orang tak pasal-pasal. Dan...

Luka kat kaki kiri dia tu sebab mama Ratu. (-_-") Mama terlanggar kucing masa nak undur kereta sebelum amik Ratu dekat kolej bulan lepas. Sudahnya kene bawa pagi klinik. Habis RM100. tapi tak pelah. Yang penting kucing ni terjaga kebajikan dia. Tak adalah dibiar je merempat masa tengah luka kaki patah. Kesian dia. Benda ni mengingatkan Ratu tentang tajuk Agama Islaim tingkatan 3, Ihsan terhadap Binatang. Kalau tak silap, masa tu rakan saya Iqbal Hakimi yang buat pembentangan. Ye ke Iqbal?  :p


Dalam surah Al-An'am ayat 38, ada dinyatakan bahawa bintang ni juga merupakan sebahagian daripada umat. Dan dalam sebuah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim 
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas semua benda"
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi 
"..sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya bahkan ikan, semuanya  berselawat kepada orang yang mengerjakan kebaikan kepada orang lan.."
Nak kata kat sini,binatang mahupun anjing sekalipun umat juga dan mereka pun berselawat juga. Pagi petang siang malam mereka berzikir. Jadi rugi sangat ke kita ni kalau kita berbuat baik dan menumpang diri dalam doa mereka. InsyaAllah mereka sudi mendoakan kita. kan?

Mungkin kita boleh ambil iktibar dari kisah seorang lelaki yang diampunkan dosanya setelah memberi seekor anjing minum dari air di kasutnya yang diambil di dalam perigi. Atau mungkin juga kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberikannya makanan.

Jadi, walaupun anda tak suka dengan binatang tu, allergic ke hape ke, tak perlulah sampai nak dizalimi binatang tu. Kalau terjumpa pun, sambil tengah makan tu, hulur la sikit makanan.  InsyaAllah binatang tu pun mendoakan kita. Nabi kita sendiri sanggup memotong jubah solatnya apabila dilihat kucing tidur di atasnya. Pahala yang semudah tu untuk diraih, kenapa nak diabaikan.  Tuntutan agama pula tu! Jadi jangan berkasih sayang kepada manusia sahaja, Haiwan pun kena :)

Alhamdullilah, walaupun si Abi ni luka dia makin teruk lepas ditukar balut, tapi sekarang makin baik.yeay! Sekian..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal!



Sumber:
banyak juga aku buat research erk..haha :p

Semua gambar adalah hak milik sendiri. 

Friday, May 20, 2011

Nilai Seorang Wanita Mengikut Ahli Matematik Terkemuka, Al-Khawarizmi

Assalamualaikum..


Entri ni sekejap je. Baca seminit, renungan untuk selamanya. Tak salah kan? :) Peringatan buat diri sendiri dan kalian semua tidak kira lah wanita atau lelaki. Sebab lelaki pun perlu tahu wanita mempunyai nilai, panduan untuk mereka memilih teman hidup barangkali? atau panduan untuk mereka mendidik zuriat mereka mungkin?

Ratu sedang menulis sebuah lagi entri lain tentang Gentel, tiba-tiba satu jenis perasaan yang asing timbul di sebalik keasyikan menulis tentang Gentel. Perasaan yang buat kita tersedar tentang pentingnya benda yang sering kali ditolak tepi oleh sebilangan kaum Hawa...dan Adam. Semuanya dek rasa terpukul oleh status seorang kenalan di facebook. Ringkas saja penyampaiannya:


Al Khawarizmi, seorang ahli matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik, beliau menjawab:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi
Jika yang "1" tiada. Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".


Kali pertama membaca tentang ni, Ratu terus teringat hadis Nabi:
Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan. 
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), An'Nasaai (6/68) dan Ibnu Majah (1858))


Dalam hadis yang lain:
Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartannya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)


source:
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=8181&start=60
http://ladyheart90.blogspot.com/2011/04/kenapa-berkahwin.html
terima kasih juga saudara di facebook yang update status ni, Amir Rasyid
All pictures are taken from Google




bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...