Thursday, June 30, 2011

Temukanlah Aku Dalam Istikarahmu, See You In The Future Jodohku

Assalamualaikum..

Rindu..
Semuanya rasa macam semalam.
Aku hampir lupa rasa masam dan pahit perkenalan kami
Aku cuma ingat rasa yang di hujung depan lidahku.
Ya. Rasa Manis.

Haa..! Aku ingat..
Acap kali kita bertengkar kan?
Tapi....aku lupa tentang apa
Yang aku ingat gambaran aku dan dia
Senyum ketawa, gembira, bahagia.

Sakit rupanya menahan hati.
Menahan daripada menzahirkannya.
Sakit lagi cuba menyimpannya.
Nak dibuang sayang pula.
Lalu disimpan perasaan ini
Sedalam hati ni boleh pergi.

Semua rasa ini datang dari-Nya juga
Yang Maha Pencipta.
Semoga takkan pernah aku lupa.

Perasaan ini ibarat pokok dalam kotak gelap
Cukup air, cukup baja, cukup udara.
Cahaya nya sahaja belum ada..
Tunggu masa saja.
Entah bila. Mungkin berbulan, mungkin bertahun lamanya.
Pokok, bertahanlah, aku mahu kau berbunga!

Apa yang kita lakukan ini adalah jihad.
Jihad terbesar. Jihad menentang musuh.
Si Nafsu.
Kau dan aku sama-sama tentera.
Tanpa senjata dan perisai.
Cuma akal dan iman.
Memendam rasa mahu bercinta
Menentang rasa mahu berjumpa
Menahan rindu yang menikam jiwa
Dan sabar menunggu masa
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” 
“Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”
Aku harap ketika kau membaca ini
Kau sama seperti ku sedang tersenyum
Mendengar berita gembira
Mengetahui janji Allah Yang Maha Esa

Semoga kita sama-sama berjaya
Menempuhi hari-hari terpisah bersama.
Sesungguhnya tiada apa yang Allah berikan melampaui kemampuan kita.

Ada jodoh, ada.
InsyaAllah dua hati ini akan bersama.
Menjalani bahtera bahagia
Di bawah satu ikatan sah dan suci di sisi-Nya

Sementara waktu itu
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu dan iman seperti ku
Doa harus diiringi dengan usaha :)


Aku harap jodohku di sana
Setia menanti jodohnya disini
Sabar menanti pertemuan kita yang ke berapa.
Atau mungkin juga yang pertama kali.
Kerana aku tak tahu kau siapa.
Aku harap kau lelaki terbaik untuk ku. Aku yakin tu.
Kerana Allah sentiasa mempersiapkan segala yang terbaik untuk ku dan kau.


Temukanlah aku dalam istikharah mu 
See you in the future, cinta!


Bye~

2 comments:

harrazdani said...

harap bertemu jodoh yg terbaik....:)

p/s err tumpang tanya ratutakcantik ni laki ke pompuan...tgk header confius...;)

Ratu Tak Cantik said...

amin~ :)
haha..of kos la perempuan..kalo lelaki mesti da taruk raja tak kacak.. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...