Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

SabTUMBLR#5 Kucing Cat Kitten Whatever


Assalamualaikum..

Presenting...

CUTENESS overload!

FLIRT-ness

PERVERTED-ness overload!

Cat in Vacation

KITTY LOVE overload!

CRAZY overload



and...
DIZZY~

Bye!

Friday, July 1, 2011

KOMIK: Kadang-kadang Lelaki dan 'Jantan' Sama je

Assalamualaikum..

Ingat lagi entry WW2# dan Hari Kucing Peringkat Lorong..?
Entry ini adalah semacam kesinambungan dari koleksi gambar yang pernah di post kan tu. Tapi komik ringkas rekaan cincai oleh Ratu ini adalah aplikasi daripada senario kehidupan semasa.

Nota: Kalau rasa tak cukup besar, sila lah klik untuk tumbesaran. Sorry for all the inconveniences





Double Meaning Komik.
'Jantan' - Playboy
'Betina Jalanan' - Perempuan Murahan
'Kucing Rumah' - Perempuan yang maruahnya terpelihara.

Aplikasi? Lu pikir lah sendiri :)
Thank You For Reading!
bye!


p/s: Asalnya gambar ini adalah GIF yang Ratu buat guna Photoscape, tapi bila post kat sini tak nak gerak pula. Kenapa eyh? Anyone?

Tolong Vote untuk Ratu di sini please..

like page "prettyfabshoppe"

n like gambar tak tahu malu ni :)

Sunday, June 19, 2011

VIDEO and GAMBAR: Kucing Berkenalan pada Hari Kucing Peringkat Lorong

Assalamualaikum

Selalu Ratu dengar orang cakap kalau kucing baru first time jumpa mesti diaorang nak cari gaduh sebab dorang tak kenal bau. Betul ke?  Sebab tu bila dorang jumpa je, mesti kucing akan cium. Ye ke?

Jadi hari tu, mama Ratu biar pintu belakang rumah terbuka. Jadi petang-petang kucing gangster lorong rumah Ratu mesti akan berkeliaran kat belakang tu. Kebetulan pula si Gentel @ Abi Hurairah ada kat dalam rumah,dia nampak je pintu buka, dia keluar. FIRST TIME dia dapat keluar ke belakang rumah. Sebelum ni kami takut kalau dia cari pasal dengan kucing lain. Sebab Abi ni mesra alam sangat!

Tapi sangkaan kami meleset..ada abang kucing ni baik sangat. Maybe kucing Abang Long Kawasan. Haha. Dia biar je Abi main misai dia. Dia layan jee budak kecik Abi ni kacau-kacau dia. Hehe..comel! First time dia duduk sedekat tu dengan kucing lain tanpa mengiau marah-marah.
Sila abaikan suara manusia-manusia lain.. :)

Jadi hari tu Ratu mengekor je kucing-kucing gangster belakang rumah sekitar lorong rumah Ratu. Sebab kebetulan adik Ratu and kawan-kawan dia kenal dengan kucing-kucing kawasan ni. Semua kucing dorang ada bagi nama. Aduuii..layan je lah dorang..ni haa koleksi gambar kucing lorong rumah Ratu..sebab tuh namanya Hari Kucing peringkat lorong..hehe


Kecik kecik da pandai mengorat kucing janda eyh..Mestilah janda kan? Takkan lah besar ni tak pernah mengawan lagi..huhu
Kucing ni sumpah lawa! Kucing mata sepet. Mengingatkan Ratu kat cerita Sagwa The Chinese Siamese Cat. Comel! ee..geram!

There are like sisters!

And this is my favourite! Not sure what kind. Tapi dia gemuk. Bulu panjang! Fluffy gila.Gila Fluffy! Geram! and TAK ADA YANG BELA! ugghhh..! Rasa macam nak culik. Tapi I guess semua orang kat lorong rumah Ratu layan dia. So Si Ball is officially our lorong's cat! haha
Kucing Sombong! Tengoklah muka dia. Mentang-mentang mata mahal~ Menyampah gila!
This is the last on my list. Sebab dia tak comel and tua. Hehe But I still love cats :)  This cat reminds me of Haniff's cat(s). Kontot and the doll I bought for his little sister.

Slightly the same with the cat up there. But much cuter :)

I love cats more and more since I have Gentel. setiap hari rasa macam nak gomol-gomol dia. huhu..
Thta's all entri tak berapa nak best kali ni.
Bye!

Tuesday, May 24, 2011

VIDEO BUKAN LUCAH: Gentel yang Sakit

Assalamualaikum people... Good evening..how are you doing? fine? nice...

Sebelum pegi lebih jauh pasal entri ni, Ratu nak ucapkan takziah kepada semua mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak yatim di Batu 14 Hulu Langat 2 hari lepas. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita kembali. Diharapkan semoga langkah mengatasi tragedi seperti ini daripada berlaku lagi di ambil. Semoga mangsa yang terselamat, waris dan mereka yang bekerja di rumah tersebut tabah menghadapi ujian Allah yang satu ini. Boleh ke blog rakan saya: Ayie Abas untuk gambar dan berita ringkas tapi detail.

Gambar beberapa ketika sebelum tagedi tanah runtuh. Comel-comel je depa. Sejuk mata tengok ye?

Sooo..berbalik kepada tujuan utama entri ni dibuat..  Gentel sebagai mana dalam entri yang lepas :GENTEL: Ihsan terhadap Binatang dan Hak Jiran Anda, telah dinyatakan apa itu Gentel dan setelah trauma mencari maksud di Google, namanya telah ditukar kepada Abi Hurairah. weee~


Si Abi Hurairah tengah tido

Seperti mana yang diberitahu sebelum ni dalam entri lepas, si Abi ni sakit, kaki patah kerana terlanggar kereta mama. huuu..sadis betul. So last2, kami bawa dia pegi Mesra Pet Shop Seksyen 7, Shah Alam..The nearest we can think of. So..here it goes..2 video termahal!

Video masa doktor cuba nak buka balutan dia. Boleh dengar Kucing ni sedih tahan sakit. Dia cuba nak gigit doktor. wuuu~ sadis sadis

This one bila dia meraung..Kalau peka boleh lah dengar doktor tu explen ape benda ntah pasal si Abi ni.


sebenarnya entri kali ni tak penting sangat. Saja, hati ni sangat-sangat nak post video ni :) heee.. so dats all peeps! Bye!

UPDATED: Gambar Gentel yang baru lepas kena balut, lepas siap je terus lari ke arah Ratu and sembunyi muka. Menangis ketakutan agaknya.

p/s: Today is my first day at work..office hour..everything was great so far..RM4 sejam weyh..woohooo! :)

Saturday, May 21, 2011

GENTEL: Ihsan Terhadap Binatang dan Hak Jiran Anda

Assalamualaikum

Dalam entri yang lepas tentang nilai seorang wanita, Ratu ada mengatakan tentang Ratu sedang menulis tentang gentel. Ini lah entri yang dimaksudkan tu sebenarnya.

Gentel dalam entri ni bukan benda-benda bukan. Ianya cuma satu nama yang Ratu bagi pada kucing Ratu. Tapi kan, lepas cuba mencari maksud gentel dekat Google tuh terus rasa macam nak cancel bagi nama tu. Rasa macam nak tukar jadi nama Abi Hurairah, macam dalam cerita Hantu Kak Limah tu. Abu Hurairah kan maksudnya Bapa kucing :) nice kan?

Ini kali pertama Ratu dapat bela kucing kat rumah. Sebelum ni abah tak bagi sebab abah tak suka kucing. Macam anti gila lah!. Pantang nampak kucing kat luar rumah, dia akan halau. Lagi-lagi kalau kucing tu berak dekat pasu bunga dia. Tapi kali nih dia baik hati pula bagi kami bela. Maybe sebab adik insist sangat kot nak bela since si budak kecik ni duk ikut dia balik dari sekolah, So abah bagi bela. Yeay! :)

Kucing jantan tapi gedik macam betina.

Nak dijadikan cerita, semua orang suka kucing ni bermastautin dekat sini, tapi tak semua yang suka tahi kucing ni. Adik Ratu yang 2 orang tu je rajin melayan mandi kencing berak dia. Lagipun tinggal di rumah teres tanpa ada halaman agak susah. Terpaksa sediakan satu besen pasir untuk "urusan" dia n proses pembersihan mestilah kerap. Sebab kita kenalah jaga  keharmonian jiran tetangga. Rumah dekat-dekat ni tak baik kalau kita biarkan mereka tinggal dalam suasana bau yang tak menyenangkan. Jiran pun ada hak taw!

Hadis riwayat al-Imam at-Tabarani daripada Mu'awiyyah bin Haidah Radiallahuanhu apabila dtanya tentang hak jiran. Rasulullah S.A.W bersabda: 

Jika beliau sakit hendaklah kamu menziarahinya, jika beliau meninggal dunia, hendaklah kamu menghantar jenazahnya ke kubur. Jika beliau meminjam hendaklah memberikan hutang kepadanya, jika beliau melakukan keburukan hendaklah kamu menutup keburukannya dan jika beliau ditimpa oleh sesuatu musibah hendaklah memberikan takziah kepadanya. Janganlah meninggikan bangunan kamu lebih tinggi dari bangunannya lalu menyebabkan angin terhalang masuk ke dalam rumahnya. Janganlah menyakitinya dengan bau masakan kamu melainkan kamu memberikannya sedikit dari masakan kamu."

Lagipun meriah rasanya bila kucing ni ada. Sebab dia manja dan tergedik-gedik. Dah la comot, sememeh pulak tu. Comel je. Suka gigit kaki orang tak pasal-pasal. Dan...

Luka kat kaki kiri dia tu sebab mama Ratu. (-_-") Mama terlanggar kucing masa nak undur kereta sebelum amik Ratu dekat kolej bulan lepas. Sudahnya kene bawa pagi klinik. Habis RM100. tapi tak pelah. Yang penting kucing ni terjaga kebajikan dia. Tak adalah dibiar je merempat masa tengah luka kaki patah. Kesian dia. Benda ni mengingatkan Ratu tentang tajuk Agama Islaim tingkatan 3, Ihsan terhadap Binatang. Kalau tak silap, masa tu rakan saya Iqbal Hakimi yang buat pembentangan. Ye ke Iqbal?  :p


Dalam surah Al-An'am ayat 38, ada dinyatakan bahawa bintang ni juga merupakan sebahagian daripada umat. Dan dalam sebuah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim 
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas semua benda"
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi 
"..sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya bahkan ikan, semuanya  berselawat kepada orang yang mengerjakan kebaikan kepada orang lan.."
Nak kata kat sini,binatang mahupun anjing sekalipun umat juga dan mereka pun berselawat juga. Pagi petang siang malam mereka berzikir. Jadi rugi sangat ke kita ni kalau kita berbuat baik dan menumpang diri dalam doa mereka. InsyaAllah mereka sudi mendoakan kita. kan?

Mungkin kita boleh ambil iktibar dari kisah seorang lelaki yang diampunkan dosanya setelah memberi seekor anjing minum dari air di kasutnya yang diambil di dalam perigi. Atau mungkin juga kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberikannya makanan.

Jadi, walaupun anda tak suka dengan binatang tu, allergic ke hape ke, tak perlulah sampai nak dizalimi binatang tu. Kalau terjumpa pun, sambil tengah makan tu, hulur la sikit makanan.  InsyaAllah binatang tu pun mendoakan kita. Nabi kita sendiri sanggup memotong jubah solatnya apabila dilihat kucing tidur di atasnya. Pahala yang semudah tu untuk diraih, kenapa nak diabaikan.  Tuntutan agama pula tu! Jadi jangan berkasih sayang kepada manusia sahaja, Haiwan pun kena :)

Alhamdullilah, walaupun si Abi ni luka dia makin teruk lepas ditukar balut, tapi sekarang makin baik.yeay! Sekian..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal!



Sumber:
banyak juga aku buat research erk..haha :p

Semua gambar adalah hak milik sendiri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...