Sunday, October 28, 2012

Apa Yang Awak Pandang Sehingga Awak Mahu Menikahi Saya? (#1)

Assalamualaikum..



Cahaya suram yang menyirami meja makan yang sepatutnya menimbulkan susana romantik menjadikan gaya bahasa paradoks lebih sesuai diadaptasikan pada permulaan cerita ini. Suasana agak janggal pada 'candle-light' dinner pertama aku dan tunang ku di Restoran Putera Ayu, Padang Jawa. Dating kami buat pertama kalinya setelah 3 bulan mengikat tali pertunangan. Lagi 2 minggu dah nak nikah. Macam bullet hidup aku. Laju aje. Atas dasar menjaga batas, pertemuaan pertama kali ini ditemani adik lelaki ku yang berusia 17 tahun. Cukup gagah untuk melindungiku sekiranya ada perkara buruk yang berlaku antara kami berdua. Manalah tahu kot-kot emosi melepasi takat didih akibat perkahwinan yang dirancang sehingga menggelegak, melimpah di meja makan. Tapi aku yakin, mana mungkin ustaz al-tahfiz lulusan Universiti Al-Azhar depan aku ni boleh sampai ke tahap macam tu. Apa orang kata? Assobru Minal Iman? Yeah. Sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau marah orang berilmu dan beramal ini pasti ada caranya. Bukan di hadapan makanan.

"Oke ke dengan lauk saya pilih?"
Tomyam ayam, sayur kailan masak ikan masin, buttermilk chicken, sotong celup tepung dan telur dadar. Cukup menyelerakan. Tapi sayang, tekak ni terasa masin sangat. Bagilah Haagen Dasz pun, mana mungkin terasa nikmatnya, kalau macam nilah situasi gabranya.

"Oke. Saya makan je semua."
Jawabku ringkas sambil menelan air liur. Pergh! Masin.

"Abah awak kata awak allergic dengan seafood, nanti kalau nak makan sotong jangan lupa ambil ubat sekali."
Wah! Prihatinnya.

"Takpe, akak nama je allergic, tapi semua dia makan. Dia simpan ubat dalam handbag dia."
Celah adikku Iman. Aku hanya tersenyum. Sedikit rasa macam dia ni kacau line pulak. Kalau semua dia nak tolong jawabkan, alamatnya lepas nikah ajelah kami bercakap!

"Baguslah macam tu."

"Bang Lan, Kak Nisa, Iman nak pergi supermarket sebelah kejap, nak beli topup. Nanti kalau makanan sampai Iman tak ada, call taw!"

Aaaahh sudah! Iman!! Janganlah tinggal akak!

"Bang Lan tengok-tengokkan akak tau. Jangan buat bukan-bukan.."
Adik ku berlalu sambil menjeling. Habislah, 'orang ketiga' dah tak ada! 'Orang ketiga' yang lain pulak yang datang!

"Ye lah. Abang jaga."
Sambil ketawa kecil jawab beliau. Aku hanya mampu tersenyum kelat menyembunyikan hati yang gundah gelana.

Aku hanya tunduk membelek beg tangan yang sebenarnya tak ada apa-apa pun! Tapi aku belek juga pura-pura sibuk. Aku tak tahu nak mulakan bicara. Aku tak tahu nak pandang macam mana? Senyum macam mana? Ketawa macam mana? Tunang aku ni bukan calang-calang orang. Ustaz! Aku ni? Anak ustaz! Tapi..aku tak adalah mewarisi ciri-ciri tu sangat. Ye lah, iman kan tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa~

"Annisa. Sedap nama awak."

Gulp! Seketul garam laut menuruni tekak aku. Tersekat-sekat.
Aku hanya mempu memberi rekasi senyum segaris 0.5 saat dan kembali menunduk, kali ni aku letakkan handbag ke belakang badan ku.

Oke lah, mari bersembang Mohd Noor Mazlan.

"Terima kasih. Annisa tu maksudnya perempuan,lemah lembut, mesra."

Errqq...Annisa! Apa awak buat ni? Apa yang awak cuba katakan ni? Adakah aku sedang berlagak dengan nama aku sendiri? Berlagak pandai mentafsir nama sendiri? Tapi memang Google kata tu maksud nama aku pun! Tapi Annisa..tak perlu pun. Mazlan tu ustaz, dia tahu lah Annisa tu maksudnya apa. Nama surah no 4 dalam Al-Quran pulak tu! Kan lulusan Universiti Al-Azhar~

"Memang sesuailah dengan awak."
"Ermm...Alhamdulillah kalau awak cakap macam tu. "

Pheww.. Stressnya tak tahu nak react macam mana. Suasana sunyi seketika. Lama pulak Si Iman ni beli topup. Beli ke buat?

"Nisa..Saya ke tandas sekejap ye. Awak, duduk sini..Jagakan meja ya? Haha"

Itu lawak ke apa? Aku sepatutnya gelak? Oke fine, so itu lawak seorang ustaz.

"Haha. Oke pergilah."
Tak sure ikhlas atau tak, tapi itu memang reaksi spontan aku. Cuma bila sekarang aku taip, aku rasa pelik kenapa aku boleh react untuk lawak macam tu.

Oke sambung.

Apa yang ada pada aku gadis biasa ni sehinggakan ustaz seperti dia langsung tak menolak apabila dipadankan dengan aku? Memang aku mahu berkahwin muda. Aku sangat suka berangan kahwin, ada anak, ada suami handsome, mengandung, grocery shopping dengan suami, main-main dengan anak-anak dan suami kat taman, iulah inilah. Cumanya aku rasa mencari seorang suami itu payah bagi aku! Aku tak nak kapel! Nak terus ada suami. Nak suami pulak yang baik-baik, warak,beragama.

Aku tak mintak banyak pun. Yang tak tinggal solat, tahu mengaji boleh bimbing aku dan anak-anak dan tak merokok. Itu je. Tapi aku langsung tak expect abah akan carikan sehebat ni! Dan yang peliknya, mahu pulak si Ustaz ni dipadankan dengan aku.

Ye lah, aku ni siapa? Takkan kerana aku ni anak ustaz, dia boleh terus terima. Aku bukannya pakai tudung bidang 60 pun, sarung kaki dan sarung tangan pun baru berjinak-jinak nak pakai. Al-Quran pun masih Oh My Tajwid lagi. Dia ustaz, sepatutnya dia deserve better dari aku ni. Kalau tak berniqab pun paling-paling bertudung labuh at least. Sopan santun, tak pakai jeans, tak pernah kapel macam aku ni haa..suci! Tapi...dah dia tak bantah...dia sendiri yang terima. Aku apa lagi. Ustaz kot. Macam-macam dia boleh ajar aku, cerah masa depan keturunan aku!


"Ishhh!! Stress!"
Aku menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal sampai habis rosak muncung tegak tudung aku..

"Nisa..Kenapa tu?"

Aku tak perasan bila Mazlan sampai dari belakang. Yang pasti, dia nampak aku mengetuk meja akibat terlalu runsing fikirkan dirinya.

"Err..tak ada apa-apa.."

Mazlan duduk di kerusinya yang menghadap betul-betul depan aku. Seolah-oleh kerusi tu memang sudah melekat betul-betul depan muka aku tidak kurang 0.01mm pun.

Dia kemudiannya meletakkan kedua-dua sikunya di atas meja dan menggenggam kedua-dua belah tangannya diantara jari jemari dan menongkat dagu.

Pergh! Handsome! Habis bercahaya mukanya. Silau!

Segera aku menundukkan pandangan. Istighfar istighfar. Belum suami isteri lagi..Bimbang nanti jadi dosa. Tak lama, 2 minggu je lagi. Haha..nakal nakal

"Nisa.. Saya tak paksa awak terima saya. Dan saya pun tak terpaksa menerima awak. Saya ikhlas sekiranya ummi dan walid saya mahu menantukan awak. Saya utamakan kebahagian mereka sebab saya yakin kebahagian saya akan menyusul kemudiannya. Kalau awak tak rela dijodohkan macam ni, beritahu saja. Jangan pendam. Soal munakahat ni bukan boleh buat main. Kita masih baru lagi. Masih sempat nak 'U-turn'. Awak yakin dengan keputusan awak ni?"

"Eyh tak! Bukan macam tu!"
Wah laju je menafikan. Nampak sangat nak kahwin dengan ustaz.

Suara Nisa yang tadi tinggi dikecilkan sedikit. Nisa menghela nafas panjang. Apa-apa pun, perkara ni perlu dibincangkan sebelum ijab qabul.

"Bukan apa awak.. Saya ni nama je anak ustaz, tapi awak tengok saya, tak macam anak ustaz pun kan. Saya hidup dalam persekitaran serba moden sejak jauh dari rumah, awak yang lebih mampu pun hidup serba sederhana dari saya. Saya tak mendalami agama macam awak. Saya berkawan dengan macam-macam jenis orang. Saya pernah pakai pakaian yang kurang manis pada pandangan lelaki. Saya pernah bercinta. Saya banyak buat silap di usia remaja. Apa yang awak tengok sekarang ni..inilah hasil usaha saya yang sedikit untuk berubah. Saya masih belajar. Banyak lagi kena belajar! Masih belum layak untuk awak. Sekufu ke kita? Layak ke saya dipadankan dengan awak? Awak tu, yakin ke dengan keputusan awak ni?"

"Nisa tahu tentang empat perkara yang menjadi sebab perempuan itu dinikahi?"

"Tahu..Agama,keturunan, harta dan rupa. Kan?"

"Betul.."

Since you brought it up Mazlan. Mungkin lebih elok kalau saya terangkan satu persatu status saya..Bisik aku dalam hati.

"Ermm..awak..saya ni.."

"Tak sampai lagi makanan?"
Belum sempat nak sesi luahan...Adik Iman dah sampai. Kacau! Kalau mintak tolong dia belikan topup lagi agak-agak boleh tak? Dia duduk sambil mukanya monyok tiada makana yang terhidang di meja. Muka aku monyok dia nampak tak agak-agak?

"Lambatnya..lapar dah. Hurmm..Akak, Iman nak pinjam MP3."
Bagus! Dia faham signal mata aku! Boleh dik..boleh...

"Nah..sabar la..kejap lagi sampai la tu."
Pura-pura cool sedangkan ini adalah taktik untuk aku dan Mazlan terus berbicara. Lepas sahaja punat di mp3 itu bercahaya dan aku yakin telinga Iman sudah tersumbat dengan bunyi lain..Aku menghela nafas panjang..ditariknya dalam-dalam, sambil mengumpul kekuatan dan menyusun ayat.

"Apa Nisa nak cakap tadi..?"

"Ermm..Macam ni Mazlan.."






***************************

...bersambung..
jangan risau, yang ni ada 2 episode je :)

Bye!


Saturday, October 27, 2012

Buat Dia Yang Memberi Harapan, Semoga Bahagia Bersama Yang Lain

Assalamualaikum..




Aku fikir jarak lah yang akan mematangkan kita..menguji kesetiaan dan kesabaran kita.. Ternyata jarak juga lah yang akan menentukan titik akhir harapan yang ada... 
Yakin dengan ketentuanNya...insyaAllah semuanya baik baik saja...

Saya ada satu kisah cinta. Sebelum saya mula, saya nak kata, saya bukanlah perempuan suci sangat tak pernah bercinta. Saya pernah buat silap sepanjang hidup saya. Kita semua pernah, sebab kita bukannya maksum. Ye dak? I will have to admit that bercinta adalah salah satu dari silap dan dosa saya.

Jadi kisah cinta ini, satu daripada 3 yang saya akan kenang sampai bila-bila. Sebab sepanjang hidup saya, cuma ada 3 lelaki ajnabi yang pernah saya jatuh cinta. pergh ayat.

Saya nak cerita tentang nombor 2. Cinta yang ini saya tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi ya, ianya cinta. Cinta ini mungkin tersasar dari syarak dan jalanNya..Tapi InsyaAllah, cinta ini ada hikmahnya kenapa bermula, dan kenapa berakhir. Sebab cerita ini tak dapat saya kongsikan kepada sesiapa pun. Sebab orang takkan faham. Tapi sebab saya nak cerita, dan cuma tempat ini saja yang ada..jadi...izinkan saya bercerita.

Cinta yang ini steady je. Cinta matang I must say. Tak perlu contact 24/7. Tak perlu cakap I love you selalu, sebab masing-masing tahu. Tak perlu nak jumpa sangat. Tak kongkong. Matang la jugak..Cuma orangnya je tak matang. Saya lah orangnya. Merajuk tak tentu hala, nak attention lah, panas baran lah. Entah lah, sekarang since dah tak ada apa-apa saya mulai lupa, apa sebenarnya yang berlaku antara kita? Kenapa kita tak teruskan? Kalau sukar teruskan, kenapa tidak ijab qabul saja?

And than I remembered...sebenarnya bukan tak sayang, bukan tak mahu teruskan...Tapi...ada halangan yang mendatang...hurmm..sayang..

Mama abah saya selalu saja kata...
"Anak-anak jangan sembunyi benda dari ibu bapa, sebab macam mana-mana pun, Allah akan tunjukkan juga"
And so memang lah. Kalau dah mama yang cakap tu, ibarat kunfayakun jugak lah. Saya ibarat kan saja ye...Ibarat..Sebab apa orang kata, doa mak ni tiada hijab dengan Allah? Haa..gitu lah..

Maka, pada suatu hari tu, hari jantung saya berdegup  kencang semacam, rasa lain semacam, hari tu jugalah Allah tunjukkan apa yang saya sembunyikan dari mama abah saya... apa dia? jeng jeng jeng..Allah tunjukkan yang saya ada boyfriend..

Zaman sekarang ni saya terpaksa mengaku memang ada keluarga yang ambil remeh soal boypren girlpren..mereka terlalu sporting dengan budaya-budaya ini. Tapi tidak dalam family saya. Kalau sebut CINTA sahaja mereka akan jadi kaget semacam, macam cuak lebih anak dia ni mengandung luar nikah ke apa kan.. 

Selalu mereka katakan, cinta di usia saya ini bukan untuk dilayan, ianya untuk dibendung dan dikawal. Begitulah kata-kata hikmat mak bapak ni..

Cuma...mungkin anaknya ini tidak reti mengawal...Maka kerana jahil dalam mengawal itulah saya silap menyerahkan hati saya kepada lelaki dengan cara yang salah iaitu bercinta. Langsung tak bangga dengan keadaan ini. Sebab apa? Menyesal lah. Saya bercinta sebab saya ada cita-cita untuk bersama dia suatu hari nanti. Menjadi yang sah dan halal...tapi tup tup..tak jadi apa pun.. Kesian suami saya nanti dia bukan first love..Maafkan saya ye future husband, walau di mana pun awak berada. By the way, bila awak nak datang...saya penat tunggu..hurmm..

Jadi berbalik kepada cerita tadi..lepas parents saye tahu, macam biasalah, kena lecture. Rasa diri ni derhaka gila, rasa macam tak guna, rasa berdosa, rasa macam kena boikot dari ahli keluarga. Sakit. Sakit sangat sampai dah rasa nak putus asa. Dan masa tu kita cuma ada dua pilihan. Tinggalkan apa yang parents kita tak redha, atau teruskan dan jauh dari redhaNya. Obviously, kita akan pilih family dan redha Allah.

Kerana redha Allah itu bergantung kepada redha ibubapa...Aku tinggalkan cinta demi menggapai redhaNya.. Sayang...tapi cinta Illahi itu lebih bermakna..

Jadi begitulah..semuanya tak mudah..Bukan mudah jatuh cinta, susah lagi menyingkirkan rasa tu. Semuanya makan masa. Dan masa tu lah sengaja kita lahirkan rasa benci yang pada mulanya tak ada pun supaya mudah masa menelan rasa..

Sebab saya sendiri terikat, antara redha dan sayang. Bodoh ke saya untuk pilih sayang yang belum tentu boleh membawa saya ke syurga sedangkan redha itu pasti?

Maka...sekuel demi sekuel kronologi hidup saya dan dia hingga membawa kepada satu titik pengakhiran segalanya. Mesej tak berbalas, telefon yang tak berjawab, chat yang tak dilayan. Stalk demi stalk. Facebook friends yang di delete...password yang ditukar. Stalk berhenti dan putus asa barangkali?

Susah untuk saya bercerita panjang. Tapi saya akan terus bawa kalian ke kemuncak cerita ini. Iaitu 2 hari lepas. 

2 hari lepas saat hati saya hancur berkecai. Perasaan pernah dikhianati itu datang lagi dengan cara berbeza. Tiba-tiba luka lama kembali berdarah dengan luka yang lebih panjang sentimeternya, lebih dalam milimeter nya. Sakit lain macam. Sakitnya..sangat sakit.

Tak tahu bagaimana nak mula. Tapi masa waktu semuanya terpampang di depan mata saya.. Saya sedar..yang jauh dari sudut hati saya...Harapan itu masih ada. Tapi..mungkin sudah tiada bila hakikatnya dia sudah putus asa. 

Masa itulah semua kenangan bermain wayang di depan mata. Semua kata-kata yang pernah diucap seakan-akan berbisik di telinga. Semua impian runtuh seruntuh-runtuhnya. Tinggal debu yang kian menyesakkan dada.

"Awak lah muka perempuan pertama yang saya akan snap guna kamera ni"
"Saya nak bawak awak pergi satu tempat ni. Saya teringin sangat nak pergi dengan awak"
"Pelan rumah kita dah siap, kalau awak nak tengok nanti saya tunjuk"

Macam mana saya nak cakap ye? Rasa ni..kecewa...tapi tak boleh. Sebab silap sendiri...Saya yang berhenti berusaha pada awalnya. Saya yang memohon dia putus asa. Saya yang buat die berhenti mencuba. Semuanya sedar atau tak sedar,saya yang minta. 

Dan waktu itu...saya lihat..dia bahagia. Saya lihat impian kami, tapi bukan saya yang bersamanya.. Masa itu lah..empangan pecah. Air mata berguguran bak air terjun..Tak mampu dan tak sanggup..Dan saya cuma boleh menangis..menangis..dan menangis sampai penat. Menyesalkah aku? Menyesalkah aku dengan keputusan untuk membiarkan dia terdedah kepada pilihan selain aku? Bodohkah aku?

Tak boleh tak boleh. Aku sama sekali tak boleh rasa macam ni. Seolah-olah menyalahkan ibu bapa aku. Menyalahkan keputusan yang aku ambil sedangkan redha itu jauh lebih penting.

Tapi sebenarnya...tidak jujurkah dia masa dia katakan dia akan berubah dan mencuba tahun depan? Tahun depan yang tinggal lagi beberapa bulan. Dia tak tahu ke dalam diri ni ada terselit harapan tu? Mungkin dia tak tahu, sebab sikap aku mengenepikan dia wajar buat dia berputus asa. Dia tak salah. Langsung tak salah! Yang salahnya aku!

Allah..jangan sampai aku menyesal, aku tak mahu jadikan matlamat aku untuk mendapat redhaMu ini suatu bebanan..aku mahu melihat perpisahan ini jalan yang terbaik untukku...Oleh itu bukakanlah jalan seluas-luasnya, untuk aku mendapatkan hikmah sebaik-baiknya.. 
Memang cukup lama aku tinggalkan dia. Mungkin dia sudah berputus asa. Terang lagi bersuluh aku langsung tak tunjuk yang aku mahu, yang aku sedang persiapkan diri, tidak bertanya tentang persiapan dia, membiarkan dia bergerak sendiri dengan hidupnya..Mengharap dia akan kembali bila dah ready..

Mungkin kerana aku berharap..tapi terlupa untuk meminta dan berdoa...Aku mahu tapi terlupa untuk redha dan tawakal..Mungkin kerana itu maka wajarlah ini yang aku terima..

Sebelum ini aku meminta-minta aku dilupa..sekarang...giliran aku pula yang harus lupakan dia.. Biarlah..mungkin memang ini caranya.. 

Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya harapkan yang terbaik dari Allah.. itu sahaja..Awak..awak berhak untuk buat apa sahaja yang awak buat sekarang. Saya adalah masa silam awak. Dan masa silam itu perkara paling jauh dengan kita. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak dan kawan-kawan yang lain.

Kalau bercinta lagi, cintalah sejujurnya. Jangan buat kat dia macam awak buat kat saya. Jangan biar dia rasa apa saya rasa. Hargai dia walau sekecil mana usaha dia. Dan yang paling penting, haram bercinta tanpa niat mahu menikah. Kalau tak nak, tinggalkan calon isteri orang lain, jangan diganggu perempuan hanya untuk main-main.

Pada mulanya saya fikir, mungkin saya boleh bersaing dengan dia untuk mendapatkan awak. Tapi saya rasa itu tidak adil. Kenapa saya nak bersaing untuk rasa cinta yang Allah sendiri akan bagi kepada sesiapa yang Dia pilih? 

Saya kat sini, biar pun sedih, InsyaAllah dengan mensyukuri setiap yang Allah bagi, bahagia. Saya dah pilih untuk menggapai redha ibubapa dan Allah. Takkan lah boleh jadi teruk akibatnya..kan?

Saya tak rasa pun awak akan baca ni dalam masa terdekat, ataupun awak mungkin tak akan baca langsung..Saya ingatkan saya akan still menangsi meratapi nasib putus harapan..tapi yeah. sampai di sini saya tulis, Saya lega. Semoga awak pun mendapat redhaNya sentiasa. Tak mahu ada dengki dan benci antara kita, saya cuma harap jodoh saya cepat sampai sebab saya tak sabar nak bahagia dengan dia. Mohon didoakan :)


"Hasbunallah wa ni' mal wakil- Cukuplah Allah bagiku dan Dia lah sebaik-baik wakil (untuk kita bertawakal)"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...