Tapi bila tidur mulut ternganga, akhirnya kering juga yang dimasukkan ke dalam mulut tu tadi. Ya. Masalah selesai. Hilang dan lenyap. Agaknya lah~
Masalah dan ujian Allah. Dua benda yang sama, tapi bila sebut masalah, kita sering lupa ianya adalah dugaan, ujian dan cubaan dari Allah. Tapi kalau ingat Allah, semuanya dihadapi dengan tenang. InsyaAllah. Allah takkan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka. Kita je yang kadang-kadang terlalu sibuk, takut, macam orang gila nak handle masalah. Nak bunuh diri, nak give up bagai. Jarang nak meminta kepada-Nya. Kita lupa yang Allah bagi sign "I LOVE YOU" sebenarnya dengan mengurniakan ujian tu.
Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya maka dia akan tenggelamkan hamba itu dlm cubaan.Barangsiapa yg xpernah menghadapi musibah maka ia jauh dari kasih sayangNya.
Ringan-ringankan lah lidah menyebut istirja's iaitu Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun setiap kali ditimpa musibah. Semoga Allah permudahkan segala apa yang susah bagi kita sesungguhnya tiada apa yang susah bagi-Nya. Dia lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi. Aku masih bernafas, dan masih punya kewarasan untuk sedar, bahawa Kau sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, yang tempat mereka di syurga kelak. InsyaAllah aku pun akan bersama mereka. Kami semua. Aku, ibu bapa ku, keluarga ku. Dan jodohku yang cuma masih belum ketemu. :)
Alhamdullilah, aku dan mereka dibukakan mata untuk kembali beringat bahawa Kau tidak pernah jauh dari kami, kecuali kami yang semakin jauh menghindari Mu.
Setiap kali tangan ligat menguis-nguis tasbih mengingatiMu, setiap kali lidah yang keras mencuba sehabis daya untuk lembut membaca ayat-ayat suci kitab-Mu dan setiap kali menghadap Mu. Aku tenteram dan aman.
Kepada-Mu aku berserah. Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Rabbi..Ya Habibi :)
Recommended Article:
ILuvIslam: Mencari Ketenangan Hati
ILuvIslam: Bersabar Atas Kehilangan
All Image are from Google.
No comments:
Post a Comment