Assalamualaikum...
Pemerhatian dan penghayatan Ratu sepanjang mencecah usia akil baligh membuatkan Ratu berfikir, apakah cinta itu semanis kurma, atau semasam limau kafir?
Ada orang terkejar-kejar mencari cinta. Desperate. Sibuk mencari lelaki/perempuan yang salah sebelum dipertemukan dengan yang betul. Mengumpul sebanyak mana pengalaman kononnya untuk memudahkan proses mengahadapi realiti sebenar setelah bergelar suami isteri. Alasannya untuk mengenali isi hati insani. Hmm.. Ye la tuu.
Korang pernah tak terbaca di mana-mana tentang kisah cinta selepas kahwin. Dan bila korang baca tu, apakah rasa korang "owh so sweet" atau "tak best!" ? Kebanyakkannya mestilah best...
Cinta selepas kahwin kot~ Tak ada yang tak boleh dah. Tak perlu nak malu-malu. Luar dalam semua boleh kenal. Masing-masing ada hak ke atas masing-masing untuk dipertikaikan kalau ada masalah. Kalau gaduh boleh nak manja. Peluang membuat dosa juga menjadi sangat tipis. Semuanya jauh berbeza dengan cinta buang masa yang kebanyakkan generasi kita sedang alami sekarang.
KISAH CINTA REALITI TERBAIK
1. Pernah baca blog
Nurulism?
Lek lu, jangan klik lagi! Baca dulu..hehe
Ratu masa mula-mula baca cerita perkenalan die dan suami.... perghhh!! Sebagaimana yang diceritakan, sesiapa sahaja boleh sampai kepada konklusi bahawa suaminya seorang yang bukan sahaja baik, romantik, tetapi beragama. Itu yang paling penting! Dah lah handsome. Doktor pulak tu! Haaa..apa yang kurang lagi? Saya percaya beribu-ribu orang yang membaca cerita cinta dramatik dan romantik mereka mesti cemburu dan bersetuju bahawa Kak Nurul adalah antara mereka yang beruntung mendapat lelaki seperti tu menjadi pasangan hidup.
memang panjang, tapi tak bosan dan menarik! :) Im telling you, Kak Nurul ni is one sempoi blogger yang setiap penulisannya tak pernah mampu membuat Ratu bosan~ No wonder lah hubby dia jatuh cinta~
Gambar sweet mereka yang saya curi dari entri tersebut. Harap maaf :)
Ini sedikit yang saya petik dari entry tersebut, one of many reasons which you should go and check it out
- Ianya sebuah kisah cinta yang benar-benar magik dan datang tanpa disangka.
- Kisah cinta ini adalah lebih laju daripada bullet.
- Cinta boleh dipupuk. Bukan dikira dari sifat masa, tapi dikira dari kekuatan hati.
- Bercintalah dengan jalan yang benar. Allah pasti redha.
- Pertunangan hanya satu ikatan. Bukan acara yang menghalalkan perhubungan. Kami pernah lalui cinta jarak jauh. Ianya indah.
- Perkahwinan bukan sebuah happy ending. Ia adalah permulaan kebahagiaan yang hakiki. Hargailah perkahwinan. Sayangilah suami anda sepenuhnya sebaik sahaja beliau sah bergelar suami. Kerana ketika itu, bermulalah letaknya syurga wanita di sisi suami.
- Jodoh itu rahsia Allah yang begitu indah. Jangan tidak percayakannya. Jangan pernah menafikan jodoh.
- Fairytales itu wujud. Dalam pelbagai cara dan untuk bahagian masing-masing.
- Semua manusia itu akan mendapatkan bahagian masing-masing. Cuma dalam keadaan dan masa yang berbeza. Istikharahlah.
Gambar kedua yang saya curi..huhu..
Ya, mereka tinggal di oversea selepas menikah. Oh mai...Jeles nyeeee
HEBAT KAN? :)
Masa Ratu mula-mula baca tu 2 tahun lepas. 2 bulan lepas Ratu terdetik nak buka blog dia, membaca cerita Kak Nurul, tak ada yang kurang menariknya dengan pada mula-mula Ratu baca blog dia. Cinta, kasih dan sayang, romantiknya mereka suami isteri still tergambar di hampir setiap penulisan Kak Nurul lebih-lebih lagi setelah dikurniakan seorang anak perempuan. Dan sekarang alhamdulliah, tadi Ratu buka blog dia, Kak Nurul selamat melahirkan cahaya mata yang kedua. May Allah blessed your family Kak Nurul. :')
*tetiba rasa macam nak tacing teringat kronologi pertemuan Ratu dengan blog dia...Dengan blog je pun, bukan tuannya*
*************
2. Mungkin tak asing bagi korang dengan cerita cinta ni kerana likes nya mencecah 9,300++ !! Kisah cinta
Sarah. Hmm..Ratu ingat Ratu hampir menangis tahap "nak cinta macam ni jugak! nak macam ni jugak!"
Seorang perempuan yang pada Ratu sangat hebat dari segi peribadinya, kini seorang doktor, dan menikah dengan seorang lelaki yang tak kurang juga hebatnya. Belajar luar negara, bekerjaya, juga orang yang tak mengabaikan agama. Lelaki kalau punyai ilmu agama, tak banyak yang perlu dirisaukan. Kan?
13 tahun kak Sarah ni menanti lelaki yang dicari-carinya, siapa sangka lelaki yang juga kawan baiknya itu kini suaminya. Hebat kan? Dalam masa 13 tahun tu bukan 1, bukan 2, tapi 4 pinangan yang telah ditolak Kak Sarah! Pergh! Memang menantu pilihan kak Sarah ni! Hebat pada Ratu jika seorang perempuan tu mendapat sampai 4 pinangan, tapi masih mampu sabar menanti jodoh yang dia pertemukan dalam istikharahnya. Terbukti kan? 13 tahun tambah lagi 2 tahun menunggu, lelaki tu kini suaminya :)
Owh! Masa Ratu baca entrinya, siapa pun tak mungkin tak perasan riak wajah bahagia mereka. I never see a big, happy smile like that before. Obvious sangat mereka bahagia :) Ratu yang tengok ni pun jadi turut tersenyum dan merasa tempias kebahagian mereka. Seolah-olah kesabaran mereka selama ini terbayar. Best kan? BEST KAN?
Gambar-gambar ni juga dicuri dari blog beliau. Minta maaf ...huhu
*Rasa macam nak kahwin pun ada bila tengok gambar dorang..*
Semoga mereka bahagia hendaknya menjalani bahtera perkahwinan dan mendapat kebahagian dan kejayaan dunia akhirat. Amin~ :)
3. Kisah Cinta Seterusnya
Kisah
CINTA FANTASI INI
Hehe...malas nak mengulas lanjut pasal no 3. Oke bye! :)
EYH COP! Ratu terlupa daa..
Kesimpulannya, yakin lah dengan rahsia jodoh yang Allah telah tetapkan kepada kita. Yakin lah dengan takdir dan ketentuan Dia, kerana sesungguhnya itulah yang terbaik yang Dia akan berikan kepada kita. Tetapi perlu diingatkan USAHA jangan sesekali di lupa!
Dan usaha bukanlah bermakna anda harus mencari di seluruh ceruk dunia "MANA JODOH AKU WEYH?" Owh, sesungguhnya bukan yang itu. Apatah lagi cuba try test semua lelaki atau wanita yang menawar diri untuk dicintai. Bukan,bukan.
Memintalah kepada-Nya semoga dikurniakan pilihan hati itu menjadi jodoh kita, didekatkan jika dia lah orangnya, dijauhkan jika dia hanya orang yang singgah sementara.
Istikharah lah memohon petunjuk-Nya dan minta lah teman hidup yang selayaknya mampu membimbing, menjaga dan setia menjadi pasangan hidup selamanya hinggalah ke syurga. Yang membawa kebaikan dan mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Ya, orang yang beriman. InsyaAllah. Usaha dan doa. Tawakal dan redha.
Sekian, Bye. Kalau sudi silalah
LIKE RATU DI FACEBOOK :)
p/s: Pagi semalam, cousin mama di Kedah meninggal dunia. Innalillah. Tapi Alhamdullilah, pada sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan ini juga Allah ambil nyawa beliau. Sudah lama dia terlantar sakit tetapi masih mampu terseyum dan berfikiran optimis tentang penyakitnya. Meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil akibat kanser payudara yang sudah merebak sampai ke paru-paru. Semoga roh-Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi ornag-orang yang beriman. Amin.. Al Fatihah. :')
Image source: Google except those which I already stated where I took them from.