Tuesday, August 23, 2011

Sila Komen Link Blog untuk Difollow dan DiBloglist-kan

Assalamualaikum

Ni bukan segmen, sebab Ratu tak suka segmen..Jadi ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan syarat:

1) Link blog yang diberi adalah blog yang BUKAN berada di dalam kataegori :-
  • Blog gosip
  • Blog lucah
  • Blog Giveaway/Contest
  • Blog Politik
Blog yang berunsur ilmiah dan keagamaan adalah digalakkan. Blog personal dialu-alukan :)

2) Hanya terbuka kepada 20 orang terawal yang komen. Tapi sekiranya syarat (1) tidak dipenuhi, maka terbuka kepada pengomen yang seterusnya. Jika anda terlewat turut serta sekalipun, dialu-alukan meninggalkan link di ruang komen, manalah tahu mood baik nak blogwalking, boleh le nak singgah. Kalau jatuh cinta Ratu follow la :) Tapi ingat, orang seperti Ratu ni sukar untuk meng-follow blog orang. Kalau kena follow tu makananya korang memang awesome habis lah!

3) Tiada syarat yang memerlukan anda untuk buat entry "RATU NAK LINK BLOG" atau seumpamanya. Sebab Ratu tak suka. Simply because Ratu tak suka nak meminta-minta dari orang untuk promote blog Ratu walaupun dengan cara halus dan tak berapa nampak direct sangat ni... Ratu rasa segmen-segmen ni one-way benefits je sebab 80% benefit tu hanya kepada penganjur segmen. The rest 20% belum tentu korang akan dapat. Tak tahulah kalau korang tak perasan en~

4) Mahupun begitu di (3), Ratu sentiasa menerima dengan hati terbuka sekiranya ada orang yang Review blog Ratu. I said REVIEW ye, BUKAN PRMOTE. Sebab Review adalah lebih kepada kritikan membina dan komen jujur pembaca, nak kata blog ni kurang dari segi apa, terlebih ke mahupun kutukan sekalipun. Sebab review adalah 2 perkara yang berbeza daripada PROMOTE. Dan kutukan adalah lebih bermakna daripada pujian. Tapi keduanya sama-sama mendapat penghargaan :)

5) Bagaimanapun, mana-mana blog yang mahu dilistkan, tapi mempunyai banner sendiri yang sesuai dan menarik hanya akan diletakkan bannernya sahaja. Tapi untuk banner,hanya terbuka untuk 5 terbaik sahaja. Jadi Ratu akan membuat pilihan. Ratu tak nak beratkan blog. Sorry.. Jadi yang lainnya.masuk bloglist oke? :)

6) Tak, anda tak dipaksa untuk follow blog Ratu, tapi diharuskan ada banner atau blog Ratu di bloglist korang :) Harus ye, bukan wajib.

Bergantung atas 'kesedapan' blog anda, kemungkinan besar Ratu bakal rajin mempromote atau membuat review. Itu tertakluk kepada sekiranya memang wujud blog yang pada Ratu layak direview :)

Sekian..

1 comment:

Anonymous said...

ratu!!kita nakk~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...