Thursday, August 25, 2011

Semua Orang Sibuk Nak Doodle, Ratu Pun Boleh Ape...

Assalamualaikum..

Sana sini Doodle, sekrang dah maju semua pakat nak doodle siap dengan GIF. Kalau yang lagi power, pakai adobe flash. Pergh! Tercabar Ratu..

Maka, dengan ini, ratu juga mahu menunjukkan bakat Ratu yang tak seberapa ni..Kalau tak cantik, jangan marah. Yang penting mesej Ratu ni untuk semua..wee~ :)

Sebelum tu, silakan menjamu telinga dengan lagu pilihan ni. Best wa cakap sama luu~


Sebelum tu juga, Ratu nak cakap.. Kuih Raya Ratu semua dah habis. Kuih tat nenas, biskut choc chip, termasuklah macarons hari tu. Baru 3 hari semua dah licin. So, kami namakannya kuih puasa. :)

Maka, haruslah kuih raya buat di kedai je. Magik gila bila kita bayar duit je, kuih tuh da siap! Pergh! Jimat masa dan tenaga, tapi duit melayang. Janji perut kenyang. Kann..? Tak sabar nak raya, nak try semua kuih yang ada. Especially cornflakes!! Yum yum!

And..and..Baju raya Ratu dah siap. Sebab memang beli dah siap, malas nak pikir tempah-tempah :) Combination warna kelabu tahi itik dan biru langit. Lawa! Tambah-tambah bila Ratu pakai. Daripada tak cantik terus transform kepada cantik. Gila magik arh baju tuu..Memang raya nanti Ratu jadi Ratu cantik :)
weee~

Owh..Raya raya juga, Ramadhan dah nak pergi :'(
Semoga segala amalan ku, dan juga kamu diterima.
Semoga dosaku yang lalu diampunkan semuanya..
Amin..

bye!

Owh! Doodle. Lupa.
Doodle ini. Untuk semua yang membaca! :)
Pergh! Tak tertahan bab sign..sekali buat je..zzzuupp! Terus cantik macam tu :)
Ada bakat ni. Jangan heranlah kalau nanti banyak entry nak taruk gambar doodle je, walaupun cuma stok pakai Paint. Hamzah Ian and Peep buat cool je, takkan Ratu tak boleh. ye dak? :)

Tapi apa-apa pun, buat semua pembaca blog Ratu, I am now focusing to write my next cerpen. But I guess it wont be a cerpen. Its either a novel or just another series entries :)
Teaser: Love, action and Henry Gurney. Boleh bayang? 
Jangan bayangkan! Let it be a suprise :)

Selamat Hari Raya! Bye

p/s: Hari ni berhenti kerja. My mate made a suprise turning up on our last day. Sengal~


2 comments:

LynnAiza said...

comel laaaaa dudel tuuu. ada bakat niii.

pss, selamat hari raya! :D

Ratu Tak Cantik said...

hoho~ tq lah puji..walaupun sebenarnya x layak menerima sebarang pujian pun~
tp thanks for liking it! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...