Friday, February 10, 2012

CERPEN #2 Soulmate [Ep.2]

Assalamualaikum..

.................Sambungan kepada Soulmate [Ep.1]



"What the...?!"

Hai bangun dari posisinya yang tidak senonoh apabila dia cuba mengelak sesuatu yang berada di jalan. Dah macam terbongkang rupanya. Ada sedikit luka di lututnya. Roda basikalnya masih berputar-putar. Hai mengangkat Fixie birunya. Selepas sedikit pemeriksaan disandarnya pula ke dinding bangunan Fakulti Perniagaan. Apa benda lah yang duduk kat tengah-tengah jalan ni?

Dia menunduk ke bawah mencapai suatu jenis beg kecil. Macam beg kamera. Tetapi beg kamera ni lain. Funky semacam. Cool.

People don't usually see this thing on a road. It is quiet a nice thing to be left on the road.

Cantik, warna-warni. Plus, ada semacam jaring di sebelah kiri kanan beg ini, seperti ruang udara. Tapi jaringnya terlalu kecil, Hai cuba mengintai tapi tidak kelihatan apa-apa pun.

Jangan-jangan ada orang yang terjatuhkan kamera dia. Tak pun, dalam ni ada duit? Hurm..What's the point of questioning when you can find out about it yourself kan? Dengan kedua hujung ibu jari dan jari telunjuk tangan kanannya dia memegang kepala zip, belum seinci zip itu sempat ditolak, handphone nya berbunyi.

"Hai! Kau kat mana? Aku dah tunggu dah ni. Cepat sikit weyh"
"Owh! Ya, ya. Aku dah sampai ni. Ada kat luar, sekejap, aku masuk."

Panggilan tadi dimatikan. Beg tadi terus disandangnya tanpa befikir. Bergegas dia berlari melalui tangga di Fakulti Perniagaan yang berdekatan dengan tangga Perpustakaan Tun Abdul Razak 2, kemudian menaiki lagi 3 tingkat anak tangga.

"Hai! Thank you weyh datang hantarkan."
"Takpe. Nah! Good luck presentation."
Lan membelek-belek assignment yang dihulur Hai. Tiba-tiba wajahnya berubah terkejut.
"Eyh!! Hai...! Kau salah ambil assignment ni!"
"Hahh!!!???"

Janganlah kata sia-sia aku datang sini payah-payah tapi tak membantu langsung.

"Tipu je..Hehe"
"Bongek! Aku pulak cuak. Gila betul."
"Thanks taw! Nanti aku belanja sky juice. Hee.. eh beg apa tu weyh? Tak pernah nampak pun kau bawak"
"Entah..tadi aku jum..."
Belum sempat Hai bercakap Lan sudah pun mencelah..

"Eyh.. Aku pergi dulu lah. Nanti story kat bilik. Thanks taw.."
Mereka melakukan brotherhood handshake sebelum Lan bergegas mahu pulang ke kelas untuk pembentangan.

"Yeah..tak de hal bro. Good luck!"

Hurmm..Aku nak buat apa lepas ni. Lenguh gila kaki aku ni. Tak sempat warm up dah kena cycle naik bukit. Balik bilik arh camni. Tak jadilah pergi Bukit Cerakah.

Akibat terlalu penat Hai menuju ke vending machine. 2 keping not RM2 dimasukkan ke dalam 'mulut' mesin tersebut. Gedegang! 1 botol air 100 Plus sejuk keluar dari bawah mesin. Sebab itu ramai di kalangan kami memanggil vending machine ini sebagai mesin gedegang. Kerana bunyinya. Hai duduk seketika di bangku bersebelahan vending machine. Dia tersandar di bangku itu sambil menghela nafas panjang. Tidak selesa, dia membetulkan kedudukan merapatkan belakang badannya ke dinding.

"Kekekekeke"

Ada suatu bunyi yang aneh kedengaran dekat sekali di telinga Hai.


******************************


"Awak..awak...Bangun awak!"
Sikit je kena langgar boleh pengsan terus macam ni ke?

"Saudari..bangun..bangun saudari"
Aku menampar-nampar pipi perempuan berambut pendek di hadapan ku ini. Aku bukannya mahu sesuka hati pegang anak dara orang ni walaupun dia ni belum tentu dara. Sebab tu tamparnya pun aku pakai fail Hello Kitty yang kebarangkalian milik dia yang aku kutip di sebelah tayar basikal ku tadi.

Comel, bibir dah la mungil, pakai retainer pulak tu. Dengan headphone Hello Kitty nya yang dah senget benget atas kepala. Cute. Comel-comel perempuan sekarang ye.Hurm..

Haih!  Tersedar aku daripada lamunan. Istighfar istighfar.

Bangunlah minah oi..Nanti orang lalu lalang apa pulak dorang pikir kat aku ni. Sekarang oke lagi, tak ramai orang nak lalu dekat kawasan antara Fakulti Perniagaan dan perpustakaan ni. Tapi still, lagilah orang akan pikir bukan-bukan kat aku.

Ish..leceh betoi. Orang nak pi kelaih ni. Bangun lah kaih. Gumam ku dalam loghat Kedah.
Aku melihat sekujur tubuh perempuan kenit ni. Tak pelik lah boleh pengsan, macam lidi aku tengok.

Ahah! Seperti sebiji mentol menyala di kepala. Aku merapatkan kedua tapak tangan seperti menadah. Kemudian aku cedok sedikit air yang bertakung dekat dengan kepala perempuan ni.

Splasshh!!

Air itu disimbah ke muka Mila.

"AAAHHH!!" Tersedar aku! Pufff..puff..Ada air di dalam mulut yang lain benar rasanya minta diluah.

"Haa..bangun pun!"
"Huish!! Awak buat apa ni?"
Risau aku. Habis basah baju. Malunya Ya Allah. Basah-basah ni melekap habis baju aku kat bahagian ni.

"Err..Sorry, tapi saya dah cuba kejut awak banyak kali tak bangun-bangun."
"Saya pengsan ke?"
"Habis, awak ingat awak tidur kat sini?"
"Oh! AWAK! Awak langgar saya kan tadi dengan basikal awak ni!"


Bingkas aku bangun. Insiden tadi memang berlaku dengan pantas. Tapi aku masih ingat gambaran tayar basikalnya yang berwarna merah berpusing-pusing di hadapan mata tadi sebelum aku pengsan.

"Sorry laa..saya dah cuba bagi warning sebelum langgar awak tadi. Puas saya jerit, tapi awak tak dengar. Awak tengah asyik sangat melayan alunan muzik kontemporari ni."
Sambil tangannya menarik headphone Hello Kitty yang kini sudah tersangkut di leher Mila.

"Eyh! Apa ni, main pegang-pegang."
"Haha. Relax la. Kepala awak terhantuk sikit je kan. Tengok seluar saya, dah terkoyak, lutut pun berdarah." Aku mahu menunduk melihat lututnya sebelum dia pantas mengalihkan kakinya.

"Eyh! Jangan pandang, lutut tu aurat lelaki."
"Hah? Owh.." Tersenyum kelat aku. Sempat melawak lagi?
"Dah tahu saya tak dengar tak reti-reti nak brek basikal tu? First time ke naik basikal?"
"Amboi mak cik! Ini basikal jenis fixie, mana ade brek! Nak stop pun ambil masa untuk skidding"
"Huh?"
"Skidding tu teknik untuk stop kan basikal jenis fixie. Tak ada pakai brek. Faham~?"


"Hurm..Memang saya ada basikal kan, sebab tu saya jalan kaki sekarang ni.." 
Aku menjawab nada sinis. Muka pun turut membuat mimik berlagak. Habis, kata budak law, tak law lah namanya kalau tak reti nak membidas.

Err...minah ni marah ke apa? Macam comel pulak gayanya kalau marah.

"Ehem..Apa-apa je lah saudari. Memang saya datang sini nak bersembang dengan awak. Memang saya tak ada kelas hari ni kan.."
Jawab Khairul pula. Berlagak betul minah ni. Mentang-mentanglah ambil kursus undang-undang. Pegang buku tebal, Akta itu ini, ingat aku tak reti menjawab ke? Aku perasan dari buku-bukunya yang jatuh tadi antaranya ada National Land Code dan Penal Code. Dari fail Hello Kitty miliknya tadi pun ada tertulis Criminal Law. Aku mengangkat kaki sebelah kanan dan membawa kaki itu ke sebelah badan basikal sana sebelum melabuhkan punggung ke atas seat.

"Sorry ye adik manis.. Kita sama-sama salah. Saya nak pi kelaih ni. Jalan elok-elok noh. Jangan duk loqlaq sangat."
"Hurmm" Aku hanya menjeling kemudian menundukkan kepala. Yelah, aku pun salah.
Khairul memusingkan sedikit basikalnya ke arah Mila kemudian dihulurkan fail Hello Kitty tadi.



"Oh! Nice hairdo Amelia Nasaruddin. Minus the leaves"
Lekas aku membetulkan rambut yang tak sempat aku betulkan sebelum 'mati hidup semula' tadi. Mulanya aku mengerut kan dahi kehairanan bagaimana dia boleh tahu nama aku. Bila saja fail itu aku ambil, baru aku perasan di sebalik kulit transparent fail tu jelas terpampang nama aku.

"Thank you taw awak!" Jerit ku apabila melihatnya mengayuh semakin jauh.
Terima kasih lah sebab langgar saya. Kemudian bertanggungjawab kejutkan saya dari pengsan dan puji rambut saya. Bahasakan saya saudari, sangat berbudi. Kemudian panggil nama penuh saya, yang saya rasa sangat sweet bila lelaki buat macam tu. Awak pun handsome. Sambil melambai, aku berkata-kata dalam hati.

Yeah, tak kesahlah dia dah langgar at least dia tak lari biarkan aku macam tu je. Geez. Malang betul.  Entah apa dia buat kat aku masa aku pengsan tadi. Eeee..minta dijauhkan. Takkan la dia nak buat bukan-bukan. Bersangka baik sahaja lah Mila. Husnuzon husnuzon. Kata ku sambil mengurut dada.

Dah basah, masuk pulak library, haa eloklah. Memang frozen meat aku nanti. Justeru, dead meat!

Aku merenung ke arah jam, tinggal sejam lebih sebelum kelas akan bermula. Menyesal bangun awal-awal pagi kalau tak jadi pergi library cari kes.

Case of Public Prosecutor v. Muhamad Suhaimi. A man who killed his wife with 26 stabs in their home's bathroom. Memang nampak kejam bunyinya, 26 tikaman? Siapa boleh survive lepas 26 tikaman mesti magis gila lah. Tapi keputusan mahkamah mengenai kes ni?



Tidak bersalah! Yes. Muhamad Suhaimi dibebaskan. Mahkamah memutuskan bahawa dia tidak waras fikiran sewaktu melakukan pembunuhan dan tidak boleh disabitkan kesalahan. Muhamad Suhaimi dibebaskan di bawah seksyen 84, Kanun Keseksaan kerana telah mengalami suatu penyakit yang dikenali sebagai delusional disorder of the jealous type. Berdasarkan keterangan berserta bukti persekitaran dan hubungan antara tertuduh dan si mati, tertuduh melakukan perbutan membunuh tersebut tanpa disedari setelah mengalami delusi mendengar suara yang menyuruh beliau melakukan sesuatu kepada isterinya. Selain kerana tidak memiliki motif dan mens rea (guilty mind) ataupun niat untuk membunuh, hubungan antara mereka suami isteri tidak menunjukkan sebarang masalah yang boleh membawa kepada pembunuhan tersebut. Biarpun kes ini telah dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan, keputusan nya masih sama. Mana boleh seorang yang tidak waras dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu yang berlaku di luar kawalan mereka.

Mengenang kan aku sudah faham tentang kes tu, aku jadi malas benar mahu membacanya kes penuhnya. Leceh. Tapi apa-apa pun, masih banyak lagi kes perlu dicari.

Aku berjalan menuju ke rak tempat simpan barang di sebelah kanan perpustakaan.  Aku menyarung sweater Hello Kitty yang ku bawa tadi. Masih lagi merasa panas sebenarnya tapi sengaja mahu mengenakannya sekarang kerana mahu menutup bahagian baju yang telah basah dijirus air. Aku mengeluarkan pencil case, purse, Mp3, fail Hello Kitty tadi dan...travel bag Beyby.
Travel bag Beyby?
Mana travel bag Beyby??

Aku meraba-raba bahu mencari tali galas travel bag Beyby. Melihat ke belakang, takut-takut terjatuh. Cuak. Resah. Kaget!

"Beyby! Mana Beyby ni?"
Sedih. Macam mana aku boleh lupa pasal Beyby. Aku mencari sekitar rak. Sepanjang laluan aku menaiki tangga ke perpustakaan tadi. Menjenguk ke bawah dari atas tangga.

"Beyby!!" Aku terjerit. Tak kuat, tapi cukup untuk mengambil perhatian orang sekeliling.

"Kenapa dik? Cari anak ke?"
Seorang perempuan yang lebih kurang sebaya aku bertanya. Pelik agaknya tiba-tiba aku terjerit memanggil Beyby.
"Beyby saya.." Jawabku sedih dan resah.
"Kecik mana baby nya? Dah boleh berjalan?"
"Dah." Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal.
"Kecik sangat ke sampai boleh hilang cari kat bawah lantai?" Tanya perempuan itu kehairanan melihat aku mencarinya di sekeliling rak dan lantai.
Takkanlah baby dia dah boleh memanjat atas rak. Kecik sangat ke sampai kena tengok tembus ke lantai?
"Dia ada dalam beg. Kecik je, ada dalam beg kecik ni" Aku menggayakan saiz travel beg Beyby.
"Hah??! Keciknya Baby!"
"Owh..tak tak. Dia bukan orang. Dia binatang"
"Ooo..kus semangat. Eh, binatang macam mana?"
"Kecik macam tupai, berbulu kelabu, ada belang hitam. Macam tikus dia merayap. Sugar Gli..."
"Hah!!" Terbeliak mata perempuan tu. Tak sempat aku nak explain. Dia mencari sekeliling di bawah lantai sambil kakinya terangkat-angkat.
"Tak nampaklah. Sorry"
Perempuan tu bergegas lari masuk ke dalam perpustakaan. Aku melihatnya kaget. Pasti dia geli bila aku mention Beyby macam mana. Eyh. Beyby aku comel oke, tak buruk pun macam tikus. Ish!


Aku menjenguk ke bawah. Kali ni ternampak basikal berwarna biru yang disandar pada dinding Fakulti Perniagaan bersebelahan PTAR. Barangkali basikal Fixie, macam basikal merah yang langgar aku tadi. Ahah!

Aku bergegas menggalas beg dan berlari menuruni tangga ke tempat kejadian tadi. Aku mencari di sekeliling. Disebalik pokok, dalam longkang, celah rumput, bawah kereta-kereta yang diparkir. Jenuh aku cari. Sudah jauh sampai ke tempat yang mustahil untuk beg Beyby boleh terpelanting sejauh tu.

"Beyby...siapa amik Beyby ni. Mami mintak maaf Mami tak perasan Beyby tak ada.."

Bukan selalu aku bawa Beyby ke kelas pada hari Isnin kerana selalunya aku selalu terlewat untuk membawanya bersama ke kelas. Kebetulan hari ini kelas waktu pagi dibatalkan.

Aku melukut di tepi pembahagi jalan. Sedih bukan kepalang. Semua orang akan gelak dan fikirkan aku ni tak betul menangis sebab hilangkan seekor binatang peliharaan. Orang takkan faham, aku punyalah bonding dengan binatang tu. Dah hampir setahun aku jaga macam anak sendiri. Memanglah bukan apa-apa pun tapi aku memang sayang makhluk tu macam keluarga aku sendiri. Orang takkan faham jiwa si ibu sugar glider macam aku.



Nature binatang ni adalah dia akan terlalu manja dan bergantung kepada tuannya. Which is aku. Aku tak bersedih kerana kerugian seekor binatang yang harganya mencecah RM300, tapi sebab Beyby tu pemberian orang. Bukan boleh senang-senang ditukar ganti dengan baru.

"Beyby...mana Beyby ni.."


...bersambung





I guess you can now guess who got Beyby rite? Nevermind, continue guessing. But you dont know what happens next..Not untill I update :)

Sorry lambat publish..It was hard not having well-planned stroyline..
Thank you for those who supported me and waited for this update. You guys are awesomely awesome! Muah! Bye!

p/s: My Beyby would love to say hi to all readers!


Sombong betul Beyby..Tapi comelll!!!!! eee..geramnye mami!

[UPDATE!: Untuk sambungannya sila klik sini Soulmate Ep.3]

1 comment:

aqmardaydreamer said...

cepatla update... dh bertapak terus kt sni ni.. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...