Monday, January 16, 2012

Mengata Kat Orang Beragak Sikit

Assalamualaikum..

"Dia tu bukannya bagus sangat..parent dia pulak boleh nak cari orang yang lebih bagus daripada kau..Parent dia tak tahu agaknya dia macam mana.."

Hoi dunia..akulah manusia yang perasan bagus sangat tu. Mak bapak akulah yang reject lelaki yang bagus sangat tu. Statement tu memang edisi khas untuk aku~ Terima kasih la saudara..


Awal mula pertama mula, nasihat saya..sebelum berkata-kata sedar dulu diri tu siapa. Awak ada locus standi ke untuk terlibat sama dalam hal ni. Kau tahu ke hati dan perasaan ini macam mana bila handle benda ni? Kau siapa untuk judge baik buruk aku tahap mana? Siapa kau untuk melibatkan parent aku? Kau bagus sangat ke?

Aku boleh terima kalau kau katakan dengan lebih berbudi bahasa kat kawan kau tu yang aku ni mungkin tak layak dengan dia. Fine, kau boleh cakap yang aku and family aku demand lebih. Tapi kau ni siapa? Bestfriend mak bapak aku ke yang tiba-tiba nak intermedle dalam pilihan mak bapak aku terhadap siapa yang patut jadi pasangan aku? Kau wali aku ke? Rasanya tak...

Brader...daripada 100% cerita, kau boleh dikatakan cuma tahu 1% je. Tu tak cukup untuk kau menilai aku apatah lagi family aku. Kau tak tahu apa yang aku, dia dan keluarga aku lalui untuk settlekan soal ini. Kau tak tahu..kau takkan tahu..

Kau mungkin anak yang baik, dan kau mungkin tak pernah rasa dan lihat bagaimana hati mak bapak tu disakiti oleh sebab sikap anak-anaknya. Kau mungkin tak tahu rasanya bila kau buat silap, dan mak bapak kau kecewa dengan sikap kau. Sampai satu tahap, kau rasa seolah-olah parent kau benci kau. Kau dah kecewakan 2 insan paling penting bagi dunia akhirat kau.
Kau tak akan faham perasaan tu...sebab kau anak baik..mungkin..

Ye...kau betul..aku ni bukan anak yang baik sangat. Jahat...tak macam kau. Tapi tak apa, aku bersyukur sangat-sangat yang aku dapat mak bapak yang sentiasa perhatikan anak-anak dia. Kalau parent aku tak tahu benda yang aku sembunyi daripada dorang, aku takkan mungkin sampai ke tahap ni. Tahap ni yang takkan mungkin senang untuk ceritakan di sini. Mungkin aku takkan pernah sedar sayang and cintanya dorang kat aku. Aku bersyukur sangat-sangat dengan kejadian yang menimpa aku dan kawan kau. Banyak kebaikan yang dapat aku ambil. Dan begitu juga kawan kau..insyaAllah..

Parent aku takkan mahu pernah lepaskan anak perempuannya kepada lelaki yang belum cukup layak membimbing anaknya ke jannah. Tolakan mereka adalah kerana mereka mengambil serius perkara ni. Tak mahu aku dipermainkan oleh lelaki yang belum tentu akan ada di masa hadapan. Dan sekiranya memang aku ni bukan untuk dibuat permainan, lelaki tu sehrausnya cukup layak untuk memperisterikan aku. Dan sekarang, bukan masanya. Aku harap kawan kau terima kejadian ni sebagai hikmah dan kesedaran untuk dia persiapkan diri untuk masa depan. Mungkin ada mak bapak kepada perempuan yang lebih baik daripada aku yang sudi menerima dia, yakin akan dia untuk jagakan anak perempuan mereka.

Aku pula, biarlah aku persiapkan diri juga. Sebab yelah..aku pun tak baik mana kan...tak payah nak demand yang bagus sangat lah kan..kau jugak kata en..

Kau kan bagus sangat dah ada awek..kenapa tak kahwin je? Cuba tengok parent awek kau tu nak ke terima kau? Aku tak tahulah kalau kau bagus sangat nak diterima memikul tanggungjawb jaga anak orang.. Kalau kau bagus sangat kau takkan kapel pun, kau mintak je terus awek kau tu dari wali dia..

Malas dah nak cakap panjang. Terima kasih bagi statement yang sentap tu. Reality check bagi aku.. Bye!




1 comment:

Anonymous said...

cmneyh lar pribadi ratu yg saye adore sgt...tegas n bnyak ckap...=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...