Thursday, July 21, 2011

CERPEN #1 DSLR and Jungle Red Lingerie on First Date

Assalamualaikum

Sambungan kepada entry First Ever Date Dengan Hubby dan lain-lain cerita sebelumnya..untuk kepuasan maksima sila baca cerita sebelumnya.
Selepas pulang menziarahi Pak Long kami ke The Curve, tidak jauh dari rumah Pak Long. Aku perasan, ada beg Canon semacam DSLR yang dibawa oleh Faeez masuk ke dalam kereta. Tapi tidak pula aku bertanyakan untuk apa.

"Fea, kamera DSLR tu Fea punya taw. Abang tengok Fea tak buka pun hantaran yang abang bagi. Abang bawa kamera tu kalau-kalau Fea nak guna nanti."
"DSLR ni..?"
Aku mencapai beg kamera tersebut dan ku buka. Aku langsung tak teringat pasal hantaran. Yang aku tahu ada kek, buah-buahan dan sedulang coklat. Itu semua dah nak habis aku bagi kepada ahli keluarga. Lain-lain dulang aku tak peduli pun. Aku perasan macam ada barang Hi-Tech, ingatkan IPhone 5 ke apa ke, tapi DSLR pun boleh lah.
"Fea minat kan tangkap gambar?"
"Boleh la.."
Tahu-tahu je Faeez ni. Aku memang minat tangkap gambar, cuma tak berseni lah. Dalam banyak-banyak jenis photography, aku paling mahir snapshot. Heh.
"KLIK"
Aku cuma mahu mencuba DSLR dan shot pertama aku adalah Faeez. Gambar dia sedang memandu kereta, memakai kemeja biru berbelang putih, sambil cermin mata hitamnya yang berjenama RayBan tergantung di kolar baju dan jam tangan G-Shock di pergelangan tangan.
"Boleh tahan handsome.."
"Hah..apa?"
Ooopsie daisy. Aku tak sedar bila mana mulut aku menzahirkan fikiran aku. Tak sangka berbunyi otak aku ni sampai kedengaran dek Faeez.
"Kamera ni boleh tahan.." Aku cuba untuk 'cover'
"Haha...Macam lah abang tak dengar Fea ni.."
Aku cuma tersenyum sipu. Malu. Tapi tak pelah. Macam lah dia sendiri tak tahu dia tu kacak.

Aku masih malu-malu mahu menggunakan DSLR tu. Dari turun kereta sampailah mahu balik kebanyakkan masa cuma dia yang menggunakannya. Tapi aku terpegun dengan kesopanan Faeez.
"Fea tahu kan, suami tak boleh ambil mahupun guna mas kahwin dan hantaran yang suami bagi tanpa kebenaran. Itu hak isteri"
"Tahu."
"Abang tengok Fea dari tadi macam nak tak nak je guna kamera ni. Abang pakai tak pe ke?"
"Eh, takpe takpe. Pakai sajalah, saya tak kesah."


Sejak dari tadi, aku perasan bila saja aku leka, pasti Faeez akan mengambil gambar. Boleh kira sentiasa saja bila kami berdua diam, tak tahu nak berbicara tentang apa, dia akan merekodkan aku di dalam kamera tu. Sampai lah, bila Faeez minta aku jagakan bila dia mahu ke tandas. Aku mengambil beberapa gambar yang entah apa-apa dan kemudian melihat gambar yang ditangkap Faeez sepanjang hari ni.

Subhannallah. Semuanya serba indah. Gambar aku sedang memeluk teddy bear di Metrojaya Toys, gambar ku di jambatan, ketika aku sedang berjalan, duduk dan macam-macam! Sampaikan aku sendiri tak sangka aku boleh menjelma jadi cantik dalam gambar. Dari posisi dan sudut tertentu, semua gambar yang diambil Faeez semuanya nampak serba cantik, dan berseni. Aku tak pernah tahu pun dia ada bakat. Ye lah, kami bukan kenal mana pun.

Dalam banyak-banyak gambar, hati aku memilih satu menjadi kegemaran. Gambar sewaktu aku tunduk melihat pakaian di kedai nichhii dan Faeez menunduk seolah-olah mencium kepala ku. Gambar yang cuma fokusnya kepada aku dan dia. Tinggi ku yang cuma 165cm berada betul-betul di paras dada nya menampakkan seolah-oleh kami pasangan serasi. Seolah-olah aku merelakn 'pose' tersebut dan ya, aku gembira dengan momen yang dirakamkannya tu. Aku tersenyum panjang sampailah aku merasakan gegaran di antara ketiak dan dada tempat aku menggantung handbag.
Di lubuk hatiku..Adalah kamu..Sebagai ratu..
Hoo..Seluruh Jiwaku... Hanya dirimu.. Yang aku mahu...
source: here
Aku tak tahu sejak bila aku mengubah setting ringtone handphone Blackberry ku, tapi lagu Kalau Cinta dari Aliff Aziz dan Joanna yang kedengaran. Faeez! Segera aku mengangkat telefon apabila ternampak kan namanya menjelma di skrin.

"Hello Assalamualaikum" Jawabku cemas sambil mata ku meliar melihat sekeliling. Aku terlalu leka melihat gambar di DSLR sampaikan aku tidak perasan aku telah jauh berjalan dari tempat aku berhenti meinggalkan Faeez untuk ke tandas.
"Waalaikumsalam..Sayang kat mana?"
"Errmm..Sorry, Fea leka tadi. Fea ada dekat depan kedai...ermm..kedai baju tidur ni haa.."
"Hah...kedai baju tidur?"
"Ha'ah..kedai lingerie ni..Nama dia Blush!"
"Apa Fea buat apa kat situ...haaa..baik bagitau abang.."
Kedengaran Faeez tergelak kecil di hujung talian.
Aku tahu nak sebut kedai mana lagi. Tapi kedai pakaian tidur ni sahaja yang paling obvious dan kedudukannya senang untuk dicam. Sekejap sahaja aku tunggu, Faeez sudah ada di sampingku.
"Aiii..Fea tak masuk ke kedai tu"
"Buat apa?" Aku tahu Faeez sedang berfikiran nakal. Tengok sahaj dari matanya yang menggoda pun sudah tahu. Aku tak salahkan dia, dah dia suami aku. Mungkin dia excited kalau betul aku mahu ke kedai tu, kerana apa sahaja yang aku beli di situ, memberi 'untung' untuk dia.
"Ye ke...ke dah masuk da.."
"Ish..mana ada..tak sempat masuk pun lagi laa.."
"Jom la masuk.." Sambil tangannya menarik tangan ku. Tapak tangan kami bertemu. Aku dapat rasakan aura pegangan eratnya. Dan aku relakan kami memasuki kedai tu. Walaupun malu, tapi aku layankan sahaja kehendak Faeez. Mungkin ini permulaan..

************
Perjalanan pulang dari The Curve sangat tidak menyenangkan. Aku berpuas hati dengan Meatballs dari Ikea yang kami makan beserta kek Daim tadi, aku juga senang dengan bingkai gambar yang Faeez belikan tadi. Katanya buat letak gambar kahwin kita di kamar tidur. Aku suka segalanya yang material pada hari ini termausklah lingerie berwarna jungle red tadi.

Tapi suasana dingin sepanjang perjalanan tidak kurang bezanya dengan rahmat hujan yang renyai-renyai di luar sana. Aku merenung mesej yang dihantar oleh Harris, kekasih hati ku dulu. Yang terpaksa aku tinggalkan kerana desakan keluarga dan kepentingan diri ku untuk masa depan. 
"Aneesa...saya masih tak dapat lupakan awak. Saya tak dapat terima kenyataan awak sekarang isteri orang. Kenapa wak mungkir janji tak tunggu saya? Saya cintakan awak, dan saya yakin awak tak cintakan suami awak. Itu apa yang awak cakap dengan saya kali terakhir kita jumpa kan? Saya masih berharap."
Mesej kriiman daripada Harris yang dibuka pertama kali oleh Faeez sewaktu aku sedang mencuba lingerie. Mood nya berubah secara drastik selepas aku keluar daripada bilik persalinan. Elok sahja aku mengangguk bila ditanya tentang pakaian tu, Faeez terus ke kaunter bayaran dan kami tidak bercakap langsung selepas tu.

Aku cuma tahu tentang mesej tu selepas kami keluar dari kedai apabila Faeez menghulurkan beg tangan dan handphone dengan cara yang seperti orang sedang geram. Dengan terpaksa, aku delete mesej tu dan ku biarkan handphone di atas dashboard kereta Honda Accord milik suamiku.

"Nak delete mesej tu pun awak berat hati sangat kan?"
Aku diam. Aku malas hendak menjawab. Ikutkan hati aku, nak saja aku memarahi dia. Sebenarnya dia yang patut merasa bersalah kerana menyunting ku tanpa rela. Aku terpaksa kerana terhutang budi dengan mak dia. Terpaksa mengikut kehendak keluarga. Aku tak hendak pun dengan dia sebenarnya!

Tapi hatiku saja yang membentak. Tidak aku zahirkan kata-kata kasar. Aku tak mahu menyemarakkan amarah. Aku tak mahu kerana mesej satu tu, hubungan kami yang sekejap tadi seakan-akan berbunga, layu kembali. Aku dah janji aku mahu cuba, jadi aku tak mahu perkara kecil ni merosakkan tekad aku yang kecil tetapi besar maknanya ini.

Kerana pulang agak lewat akibat kesesakan lalu lintas, kami sampai ke rumah pada waktu Maghrib. Selesai sahaja makan malam dan solat Isya', Faeez sudah tidur. Mungkin kepenatan, atau mungkin masih marah dan berkecil hati. Aku mahu meminta maaf. Aku mahu merendahkan egoku untuk menyatakan bahawa aku sedang menerima hakikat yang dia suamiku dan aku sedang menerimanya dalam hatiku. Dan memang sudah diterima dalam diam dan tanpa sedar ku! 2 hari yang singkat ini, aku sudah boleh melupakan Harris perlahan-perlahan.

Tapi tidak, aku tak mampu menyatakannya, saat melihat dirinya lena. Cuma hatiku yang membisik. Dan mulutku cuma mampu berkata "Abang..Fea mintak maaf". Itupun aku yakin Faeez tidak dapat mendengar. Aku mencapai Blakberry ku yang bertemakan Hello Kitty, dan ku setkan alarm pada pukul 5 pagi kerana esok kami akan ke KL. Bangun lebih awal daripada selalu. Cabaran untuk aku. Tapi untuk suami, aku sanggup mecuba setiap hari!
Perlahan aku melabuhkan badan untuk baring di sebelah Faeez. Tanganku perlahan hinggap di bahu Faeez. Aku rapatkan muka ku ke belakang badan Faeez yang membelakangi ku. Kalau semalam aku tak sengaja, kali ini, aku sengaja dan rela. Aku tak tahu bila masa aku lena, tetapi perkara terakhir yang aku ingat adalah, esok hari yang baru.



..akan bersambung

***UPDATE: Sambungannya di entry Menerima Putera Katak Jawa (Cerpen Interaktif)****

image source: weheartit.com & google

7 comments:

wawa.fw said...

best la...

Ratu Tak Cantik said...

tq! :) jgn lupa baca sambungannya!

nurul said...

mane sambunganyerr??heee...^^

Anonymous said...

sungguh menarik cerpen ini...smbngla lagi...:)

Ratu Tak Cantik said...

nurul dan anonymous:
tq2!! :) minta maaf sangat2...terlupa nak tulis link smabunagnnya..tapi skrg dah tulis dah..huhu..tepuchi..cerita ni dah sampai tamat minggu lepas...teruskan membaca! :)

raihan706 said...

assalamualaikum, saya baru baca cerita ni in 2013. boleh tau tak kalau cerita ni true story or sekadar cerpen? but seriously, cerita ni memg best... tak jemu lgsg bace and sentiasa rasa nak tau what's the next thing to happen... sy ni x mnt cite2 cinte ni tp yg ni,, sy asyik sgt dh dgn cerite ni.. seriously, best! :)

raihan706 said...

assalamualaikum, saya baru baca cerita ni in 2013. boleh tau tak kalau cerita ni true story or sekadar cerpen? but seriously, cerita ni memg best... tak jemu lgsg bace and sentiasa rasa nak tau what's the next thing to happen... sy ni x mnt cite2 cinte ni tp yg ni,, sy asyik sgt dh dgn cerite ni.. seriously, best! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...