This is gonna be a long entry. Please bear with me. I want to share something with you guys. Please :)
So here it goes.
“ Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan” (hadith riwayat Ahmad no. 359 Jilid 2).
Teringat saya ketika saya mengikuti kursus pengurusan jenazah sewaktu program pemantapan baru-baru ni. Kata Ustaz, tidur itu mati yang sementara apabila pada waktu ketika itu roh kita sudah pun terpisah dengan badan.
Correct me if I'm wrong, tapi for what I hear, roh itulah yang bawa kita ke macam-macam tempat, dan akhirnya masuk ke dalam mimpi. Mimpi kita adalah apa yang roh kita lihat. Like....Whoa! Itu lah first time saya dengar benda ni. I never knew it until that day. Semoga Allah memberkati ilmu yang Ustaz turunkan kat kami.
With the power of Google lies in front of my fingertips, I decided to search! And....wallah!~
Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya,
"Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."
Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar." (http://diamdotcom.blogspot.com/2009/08/tidur-roh-dan-mimpi.html)
Oke, sekarang faham?
My concern is now, I have this dream ya know..like this dream that I kinda like but I kinda scared ya know. This feeling like a..a feeling that I cannot tell ya know..Hard to tell harder to story telling more. Ya knoww..? *Does this annoyed you? Ya knoww?* haha
Oke. Sambung cerita.
Sampai 1 pagi, kemudian Allah gerakkan hati kecil ni, "Cik Ratu, sila solat dan tidur". Maka, solatlah lah saya 4 Rakaat, Isyak. Teruk betul solat di akhir waktu. Jangan tiru aksi ini ye.
So technically saya still dalam wudhu' ketika tidur, dan tidur saya pada malam itu mengiring ke kanan mengikut sunnah nabi setelah selesai membaca doa tidur. Ke kanan itu pun sebab ke kiri tak selesa, dan di sebelah kanan boleh nampak roomate saya sedang tidur. Saya tidur suka tengok orang, tak suka tengok tempat lain, takut ternampak benda lain (-_-") hurm
Seingat saya, mimpi yang saya dapat malam tu, susah saya nak klasifikasikan apakah itu mimpi ngeri, sedih atau khabar gembira.
Momen yang saya ingat adalah saya sedang mengintai rumah seseorang yang rumahnya macam familiar, macam pernah sampai je rumah tu. Macam drama mimpi tu, bila intaian saya dilihat tuan rumah, juga ibu kepada seseorang yang juga familiar bagi saya. Tambah saspen dan konflik kepada plot cerita, saya berlari kecil mahu sembunyi di balik dinding. Tapi sembunyi dalam keadaan teragak-agak nak sembunyi ke tak? Nak sembunyi ke tak? Sampailah si Ibu keluar dan memanggil-manggil nama saya.
"Ratu...Ratu....Ratu ke tu..?"
Dalam mimpi tu tak adalah dia panggil Ratu kan. Baca pulak si ibu tu dengan blog ni. Dia panggil nama comel saya la kan. Demi menjaga hati tuan rumah, sebab kita dah intai rumah dia kan, kita pun keluar dalam keadaan slow motion dari balik dinding. Macam Sinetron.
"Ye Makcik.. Assalamualaikum. err...Sorry singgah tak cakap. Kebetulan je ni.."
Aku cover-cover, macam tak berdosa pulak trespass rumah dia.
"Lama tak dengar khabar Ratu..Sihat ke? Macam mana sekarang...bla bla bla bla bla bla bla"
Oke, sumpah kelakar letak nama Ratu instead of nama asal. Hehe.. Vouge nak mampus.
Oke sambung. Memang tak la aku nak ingat apa dialog mimpi tu. Next thing I knew, I was sitting in a chair. Si Ibu sedang melutut di bawah. Dan, si adik keluar dari rumah melihat aku seperti nampak hantu dan masuk balik ke rumah..dan..
"Abangah..abangah..Kak Ratu datang!!"
Aku dah cuak gile. Ngapain lagi anak kecil ini lagi manggil-manggil si abang. Guwe nggak mau ah ketemu sama lelaki itu.
Lepastu juga... 'si abangah' keluar dari pintu rumah.....dan..terpaku di pintu tu juga bila nampak aku.
Aku? Lagilah terpaku. Air mata dah macam nak merembes dah ni. Kalau 90% air dalam badan, 90% itu jugalah yang menanti saat memancut ke luar dari mata.
Bukan aku je, dengan 'si abangah' tu sekali dah macam terkesima tahap cinta dewa dewi Spider sampai bergenang air mata. Dia baru je nak angkat kaki setapak...
"Angah..angah jangan datang dekat. Duduk situ"
Si Ibu melarang.. Apahal pulak ni kan.. Aku dah macam konfius. Tapi betul gak, kalau tak dilarang, kebarangkalian dia berlari dan memeluk aku sangat tinggi. Benteng rindu pecah agaknya... Oke lawak betul metafora ni. haha Oke sambung. Ni part paling best..
Si Ibu bercakap dengan nada yang serius, sambil melutut seolah-olah merayu dan memegang erat tangan aku..
"Ratu..Ratu kahwin dengan abangah nak? Jadi isteri abangah..ye?"
Haaa..Kau! Mana tak rentap seluruh jantung ni. Tiba-tiba intai rumah orang, sekali suruh kawin dengan anak dia plak... Masa tu juga, roh saya kembali, maka terbangunlah saya dari mimpi yang entahkan ngeri entahkan gembira itu tadi. Subuh subuh!
Lama juga aku ambil masa untuk sedar. Terkebil-kebil mata sebelum berjaya bangun dari katil. Mimpi apa tu weyh? Seram sejuk betul..Aku bangun mencapai telefon bimbit, nak tengok jam pukul berapa. Tak sempat tengok jam, dapat morning kiss.
Eh bukan.
Dapat mesej. Dari lelaki yang memang hobinya agaknya hantar mesej lewat malam, sengaja bagi suprise kat aku esok pagi agaknya. Sweet la tu konon. Dulu, nak dapat mesej tu macam tunggu bulan hempap ke riba je. Anyway...nak djadikan cerita..ni part klimaks ni...
Antara isi kandungan mesej itu adalah:
"Tolong jangan tolak pinangan saya tahun depan"
What thee...too much for a morning kiss. I mean, morning wish. Walaupun dia tak wish selamat pagi pun dalam mesej tu. Terus, mimpi tadi macam bermain wayang di depan mata. 'Abangah' dalam mimpi dan lelaki yang menghantar mesej adalah..........orang yang sama!
So the problem is..How do I know, my roh dah sampai 7 petala langit? Yang ni bukan mainan mimpi, nak kata sebab terlalu berifkir, rasanya tak pun, sebab time tidur tu da penat, da tak pikir langsung dah dia. Jarang lah nak pikir dia pun.. ehem
Oke, now baca this.
Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati. Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku.
Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.
Tetapi bagaimana pula, ada orang yang berkata, tidak pernah mimpi dalam tidurnya? Atau pun lupa mimpinya selepas bangun tidur???? Yeah itulah rahsia roh yang kita tahu hanya sedikit sahaja.
I don't know what to say anymore.
Im not simply saying that just because of the consequences of the dream and your text the next morning, I'm open to this as if 'oke saya takkan tolak pinangan awak tahun depan'. Bukan. Sebab..walaupun memang saya nak kahwin awal, semuanya bergantung dengan siapa bakal imam saya.
Saya cume mampu berdoa dan berharap Allah tetapkan orang yang baik-baik untuk jadi menantu ibu bapa saya, suami saya dan bapa anak-anak saya. Tu je. Sekiranya masanya tiba untuk saya membuat pilihan,semoga istikharah menunjukkan jalan, semoga Allah permudahkan agar tenang hati ketika membuat pilihan.
And if you are reading this, janganlah gembira sangat.. I mean, maybe Allah perkenankan doa awak untuk saya, maybe, since saya tak tahu apa yang awak doakan, tapi if you seriously meant what you've said to me about asking my hand in marriage, I would advice that you think twice. I mean, do you wanna live the rest of your life with me? Seriously? Kalau betul pun..macam mana awak expect saya nak bagitahu mama abah ea? Awak pandai-pandai lah jumpa dorang diam-diam ea. Jangan libatkan saya. Jenuh lah pikir, macam mana nak bagitahu dorang.
Mana-mana lelaki yang baca ni pun, yang berkenan nak masuk minang saya, terus jumpa parents saya lah, jangan bincang ngan saya. Buat cuak saya je. Terima tak terima lain cerita.
For the rest of your readers, yang tak tahu dan nak tahu cerita, senang cerita, its complicated. Kalau nak cerita kat blog, mungkin perlukan 5 entri untuk ceritakan semuanya. So let'sjust not. Cukuplah korang tahu mimpi indah ni. Indah ke? Tak kot. Ngeri agaknya. Kan?
Entah.
OkBye! Assalamualaikum
1 comment:
Thank you for the insight abour dream and roh :) Semoga awk jumpa jodoh yang terbaik utk awk :)
Post a Comment