Friday, February 24, 2012

CERPEN #2 Soulmate [Ep.3]

Assalamualaikum..

...sambungan kepada Soulmate Ep.2..


****************************

Tutt...Tutt...Tutt...Tutt...

"Hello Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam. Mama! Mama! Ni Mila."
"Ye Mama tahu. Mama save nombor Mila. Kenapa?"
"Mama, Beyby hilang. Mila tak jumpa dia..Mila rasa Mila dah hilangkan dia" Mula-mula suara aku tenang saja. Tapi bila terdengar suara lembut Mama dihujung talian, aku jadi sebak. Rasa sedih di hati tak dapat lagi dibendung. Tak tahan dah. Aku dah lah homesick tak dapat balik Terengganu dah hampir 3 bulan. Selepas semalam, kali ni aku hanya menelefon semata-mata mahu mengadu tentang kehilangan Beyby. Dah setahun setengah aku jaga Beyby bagai menatang binatang yang penuh. Beyby lah teman suka duka aku saat manusia seringkali menyakitkan hati aku.

"Laa...macam mana boleh hilang?"
Standard soalan ibu-ibu bila diadukan tentang sesuatu. Aku tidak jadi ke perpustakaan pun tadi. Masuk ke 'peti sejuk' yang sunyi itu hanya akan membuatkan aku lebih sayu. Senyap pelajar gigih yang sibuk menelaah hanya akan menambah tekanan di jiwa yang rindukan Beyby si jantung hati yang kebiasaanya akan menemani ku walaupun sekdar tidur di dalam beg tidurnya.

Terus sahaja aku berjalan lemah ke kelas yang masih kosong itu. Aku ceritakan kronologi kejadian pagi tadi kepada Mama sambil teresak-esak. Aku duduk di penjuru kelas No.3, tingkat 2 di Cempaka 2.

Orang lain takkan faham. Cuma pencinta binatang dan lebih spesifik, pemilik sugar glider sahaja yang akan faham perasaan hilangnya binatang kenit,comel,gebu dan cute tu.


"Dah la Mila. Benda dah nak hilang nak buat macam mana. Dah lama dah pun Mila jaga Beyby tu."
"Tapi Ma...kesian dia kalau tiba-tiba kena lenyek kereta ke, kena makan dek kucing ke, ada orang ambil and bunuh dia ke.. Maaa...Mila sayang Beyby tuu"
"Dah la Mila. Mila dah jaga dia macam anak sangat dah. Doa-doa je lah, kalau-kalau ada orang yang ambil Beyby tu akan jaga Beyby elok-elok"
"Mila tetap nak cari jugak Beyby sampai jumpa"
"Mila ni.. Mengada-ngada lah. Carilah, cari. Pegi cari"
"Mama ni..." Ada ke kita tengah sedih dikatanya kita pulak mengada-ngada. Tambah resah dan sebal je.

"Iye lah. Mila nak cari, carilah. Tak apa nak usaha, tapi kalau tak jumpa jugak nak buat macam mana. Hurrmm...Kamu ni, kahwin je lah bela anak manusia pulak."
"Mama, kita tengah cakap pasal Beyby sekarang ni, hadiah yang arwah Abang Long bagi."
"Ye. Mama pulak tengah cakap pasal baby. Bayi manusia."
"Dah la, tak nak cakap dah. Mama suka sangat cakap pasal kahwin kat Mila."
"Mila jugak cakap, kalau nak tengak contoh bakal ibu mithali, tengok kepada pemilik sugar glider. Apa lagi, go get married, have babies and prove your hypothesis"
"Mama!"

******************************

"Kekekekeke"

Bunyi apa tu? Bunyi pelik macam ada mahkluk yang gelakkan aku. Hai kaget dan meilhat sekeliling. Kiri dan kanan bangku. Bawah dan atas bangku. Beg yang dijumpainya tadi diletakkan ke atas peha kemudian Hai melihat dari mana datangnya bunyi pelik tadi. Hai melihat pula ke belakang. Masih tiada apa-apa di belakang bangku. Tiba-tiba beg yang di atas pangkunya tadi terjatuh. O oh!

"Kekekekeke"

Owh! So bunyi tu dari dalam beg ni. Eyh!? Dari dalam beg ni?? Homai.. Creepy nya. I though dalam ni ada kamera ke, duit ke apa. Tak tahu pulak any of those will make a sound. Ah. Entah-entah ringtone handphone tak. Waktu tu juga beg itu seolah-oleah mahu bergetar-getar. Ni mesti handphone punya lah! Teruk betul owner ni letak ringtone macam bunyi Pokemon. Sekejap sahaja getaran tadi berhenti. Pasti mesej masuk.

Haduyai. Penat betul hamba. Balik lah cenggini. Cenggini. Siapalah perosak Bahasa Melayu ciptakan ayat cenggini ni. Buruk betul.

Hai mengangkat beg tadi. Langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.


"Hello Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam sayang..sehat?" Suara seorang perempuan di hujung talian tu cukup Hai kenal. Suara lembut yang dirindui, sangat dicintainya. Hai kembali duduk di bangku tadi.
"Hehe...Sayang sihat je lah. Kenapa call awal-awal pagi ni"
"Saja rindu. Tak boleh?"
"Untuk wanita No.1 mesti lah boleh"
"Kenapa? Dah ada No.2 ke sekarang?"
"Mula lah tu..Mula nak cakap pasal jodoh, kahwin, anak, cucu"
Ibu Hai terketawa berdekek-dekek di hujung talian. Tahu-tahu saja anak lelaki sulungnya.

"Anak siapa pulak kali ini ibu?"
"Huh..penat lah ibu nak kenen-kenen kan kamu. Anak Tan Sri tak mau, anak Dato' tak mahu, cucu datuk tak mahu, anak ustaz pun ditolaknya."
"Ye ye je ibu ni. Macam drama sangaatt. Over taw, cakap macam betul je pernah carikan anak Tan Sri, Dato' bagai."
"Tapi part yang anak ustaz tu betul kan?"
"Ibu, anak ustaz tu tak sebaik yang disangka lah ibu. Ayahnye je ustaz. Realiti nya iman tak dapat diwarisi bu..."
"Perempuan tu boleh dibimbing suami nak oi, kalau semua lelaki nakkan perempuan yang solehah saja,yang tak usah dibimbing dah, yang dah sempurna, yang tak solehah tu siapa nak? Nak bagi kacang hantu dan samseng? Makin teruk lah jawabnye. Imam kepada makmum, iaitu isteri dan anak macam anak Ibu ni yang dicari perempuan."
"Ibu ni tak habis-habis lah. Kenapalah suka sangat nak suruh Hai kahwin ni? Hai belum masuk kategori wajib pun lagi Ibu. Hai tak rasa Hai bernafsu pun lah pasal kahwin ni. Hai nak habis degree dulu"
"Dah ada Diploma cukuplah, dah boleh cari kerja kan."
"Diploma orang dah tak pandang dah lah bu.."
"Yang kamu nak risaukan sangat kenapa. Saudara mara kita ramai yang ada jawatan, bekerjaya, ada bisnes boleh tolong cari kerja untuk Hai."
"Itu depa bu. Kita ni biasa-biasa je. Hidup makan gaji, takkan nak bergantung kat orang lain. Hai nak usaha sendiri."
"Hurmm..tulah anak ibu yang baik sangat. Ingat Hai, umur Ibu ni tak panjang. Asyik rasa Kubur duk pangil je. Kang tak sempat nak merasa timang cucu. Kakak kamu tu dulu..hurmm"

Rasa kecewa Ibu masih belum hilang. Dulu terlalu gembira dan teruja mahu menimang cucu sulung. Tapi malang tak berbau, waktu Kakak sekeluarga mahu pulang ketika Raya Aidiladha dari Johor ke Kedah, satu kemalangan ngeri berlaku. Akhirnya, Kakak dan kandungannya yang sarat meninggal dunia. Menantu pula macam dah tak ingat mertua selepas kejadian tu.

"Sudah lah Ibu, Hai penat sangat, nak balik berehat. Ibu udah-udah le carikan jodoh Hai. Kang dah jumpa, InsyaAllah nikah lah Hai nanti. Ada rezeki, Ibu dapatlah cucu, Ibu jangan risau dengan takdir Allah. Hai pun kadang-kadang excited juga nak tahu rahsia Allah yang satu ni untuk Hai."
"Hurmm..kamu ni tahu je nak menjawab."
"I love you Ibu. And I promise you, my future wife will also love you like I do"
"Glad to hear. Cepatlah, find my future daughter in law"


**********************

"Macam mana boleh hilang tu nyah?"
"Aku tak tahulah beb..Aku ingat aku bawak Beyby nak pergi library, lepas aje kena langgar tu aku terlupa langsung pasal Beyby. Aku rasa dia terjatuh kat mana-mana lah"
"Nasib kau la nyah. Aku tak rasa kau akan jumpa lagi dah benda tu. Ntah-ntah kena lenyek dah kot"
"Benci kau! Tambah menakutkan aku aje!"
"Hehe...rileks la..betul cakap mak kau tadi, elok kau kahwin je, jaga anak betuk pulak"
"Tambah tambah benci kau!"

Aku pantas bangun,secara tak langsung kerusi yang ku duduk tu terjatuh ke belakang. Aku berlalu pergi dari meja kafe meninggalkan Sara keseorangan. Beberapa langkah kemudian Sara datang berlari-lari membuntuti ku.

"Laki yang kau langgar tu...kau kata dia handsome kan?"
"Kau dah kenapa?"
"Kau ada nama dia tak?"
"Tak ade"
"Ntah-ntah dia ada ambil Beyby kau kot"

Tak mungkin..aku nampak dia pergi naik basikal. Tak ada pun dia pegang beg Beyby tu, dia cuma pergi dengan menggalas beg saja. Tapi..bila difikirkan balik..dia tetap penyebab aku hilang Beyby!

*******************

"Akak....macam mana ni kak..."
Aku balik mengadu kepada kakak sebilik ku. A very good listener.
"Dah tak boleh buat apa lagi dah Mila. Benda dah nak hilang."
"Semua orang nak suruh Mila pasrah. Tak ada ke orang yang nak bagi idea cara nak cari Beyby tu?"
"Beyby tu bukan macam kereta boleh dicari. Ntah-ntah dia dah hidup bahagia melompat-lompat dengan tupai-tupai dekat belakang kolej Teratai tu. Kalau nak kena ketawa dengan polis, pergilah buat report polis"

Aku hanya mencebik. This world is making fun of me just because I'm way to sad losing a pet. Aku menutup muka dengan bantal, membalut badan dengan selimut.

"Hurmm.." 
Kak Laila mengeluh. Penat agaknya melayan perangai aku.


"Mila kata Mila nampak dia kayuh basikal turun laluan dekat tengan Fac Business and perpustakaan tu kan?"
"Hurm"
"Oh c'mon..A smart girl like you could think of it"
"Apa?"
"Kata nak cari lelaki tu kan?"
"Ha..so?"
"Dia kata dia tergesa-gesa nak pergi kelas kan? Belakang tu kan cuma ada tempat parkir kereta..so.."
Kak Laila sengaja membiarkan ayatnya tergantung mahu aku sendiri yang memikirkan maksudnya. Kening aku mula berlagak The Rock. Berkerut-kerut dahi aku.

"Oh! Wait!"
Aku menepuk -nepuk kedua tapak tangan seperti singa laut. Aku dah dapat teka!

"Are you suggesting me to go look for him at the parking lot?"
"Kind of.. Maksud akak, dia mesti dari Fakulti Bisnes atau Law sama macam kamu. Mana ada dah fac lain dekat situ. Tapi, kalau kamu dapat cari dia dekat parking lot tu pun oke jugak. I mean, you know his bicycle right."
"Ooooh!! Wah! Brilliant akak! Brilliant! Eeee...sayangnya kat kakak Laila ni. Dah la pandai! Muah!"
Aku mengucup ubun-ubun rambut Kak Laila dan kembali terlantar di atas katil.
"Nak tidur, esok nak cari mamat tu! Thank you akak"


Aku merenung sangkar Beyby di penjuru bilik. Harapan. At least ada harapan. Beyby tunggu Mami taw!
Tapi.. kalau bukan dia yang ambil Beyby?


***********************

Hai berjalan lemah menaiki tangga ke bilik. Tak adalah penat sangat sebenarnya. Setakat naik basikal tu biasa je bagi aku. Dah lali dah. Otak aku ni yang penat. Memerah otak lagi penat daripada menggunakan anggota badan.

Hurrmm...Kahwin. Ibu asyik nak suruh aku kahwin aje. Beria-ria, sejak aku graduate Diploma. Nak ada menantu. Nak ada cucu. Macam-macam dia pesan. Jadi suami penyayang, bertanggungjawab, tegas menjaga kebajikan kaum keluarga. Bina keluarga yang layak ke jannah. Dan mesej utamanya selalu berkait rapat dengan - Jangan jadi macam ayah yang abaikan keluarga. Yang langsung tidak ambil peduli akan makan minum, duit belanja keluarga, pendidikan anak-anak, solat anak-anak dan paling kejam adalah membiarkan ibu bergantung tak bertali. Kalau bertali sekurang-kurangnya Ibu masih mampu memanjat ke atas. Nasib baiklah Ibu seorang yang tabah menjaga dan membesarkan aku, adik dan kakak.

Hidup memang tak mudah tanpa seorang lelaki yang bergelar ayah, tiada tempat untuk kami adik beradik bergantung dan berlindung. Tiada teman untuk Ibu berpaut. Sedangkan sewaktu pernikahan kaklong 4 tahun lepas, ayah enggan datang mewalikan kaklong walaupun sudah jenuh dipujuk. Sudahnya, aku yang menjadi wali kaklong. Sehinggalah jasad kaklong disemadikan  2 tahun lepas, ayah akhirnya melawat kubur kaklong. Itupun tidak menjenguk kami, kami pun cuma tahu dari jiran sebelah rumah yang ternampak ayah melawat kubur Kaklong 2 hari selepas beliau disemadikan.

Biarpun begitu Ibu tak pernah memburukkan ayah secara terus terang. Ibu tetap mahu aku dan adik menghormati dan menyayangi ayah biarpun sudah hampir 7 tahun kami tak bersua sejak mereka sah bercerai secara khuluk (tebus talak).

Kami langsung tak merasakan kehilangan mahupun sedih. Malah lega seolah-olah satu ketul iceberg yang menyebabkanTitanic karam telah diangkat dari atas dada kami sekeluarga. Agaknya kami takkan berjumpa dengan ayah sehinggalah jasad kami berada di liang lahad juga.  Ada ataupun tidak langsung tak membawa apa-apa kesan pada kami. Lebih baik tiada, sekurang-kurangnya Ibu tidaklah sakit menanggung luka.

Aku duduk di birai katil. Mengeluh panjang dan cuba mengatur nafas yang tidak konsisten dan terputus-putus. Melihatkan beg funky tadi, kali ini baru aku terasa mahu membukanya. Kalau betul handphone, sekurang-kurangnya pemiliknya masih berpeluang memiliki handphone ni lagi.

Bismillah..laju sahaja Hai membuka zip beg tanpa diketahui ada makhluk di dalamnya.

"KEKEKEKEKE"

AAARRGGGHHHHH!!

Seekor makhluk kecil itu terkejut dan terus medepakan tangan dan membrane (seperti sayap). Aksi seekor sugar glider yang ketakutan atau terancam. Sekarang ni, Hai yang rasa dirinya terancam.


Subhanallah!! Apa benda ni! Jin kah? Syaitan? Oke, mestilah bukan, tapi bintanag apa ni!!?? Ya Ampun...Perlahan Hai menutup zip. Berhati-hati dia menolak zip. Manalah tahu binatang itu menerkam tangannya. Yakin zip itu sudah ditutup rapat, Hai meletakkan beg itu di atas meja belajar nya.

Meremang bulu roma aku. Eee..gelinya. Apa benda tu? Macam tikus. Ada bulu... Pantang betul aku. Kucing yang comel pun tak boleh duk dekat dengan aku. Eee..macam mana aku boleh terambil binatang ni bawa masuk bilik?? Nak buang? Kat mana? Kalau nak buang pun, geli-geli aku pun aku takkan menzalimi binatang.

Beg itu bergerak-gerak. Zip tadi seperti ditolak-tolak makhluk tu. Aku hanya melihat penuh suspen. Aku merapatkan diri ke dinding katil.Jangan kata, binatang ni boleh keluar daripada zip ni. Sikit-sikit aku melihat binatang kecil ini gigih membuka zip. Sekejap aku lihat jarinya yang berkuku tajam keluar dariapda lubang kecil tu. Hanya 3 saat itu sahaja aku berani melihat, dek terlihat kukunya yang tajam aku semakin jadi kaget. Ngeri betul tangannya. Bulu kian menegak. Sudah tegang agaknya bulu roma aku. Kalau boleh mahu tercabut semuanya.

Aku terus melihat. Binatang ni, kalau datang dekat aku macam mana? Kalau dia boleh terbang, lompat satu bilik ni? Ughh!! Apa benda ni?? Stressnya aku!

Aku merenung ke arah beg tu yang masih tidak berhenti bergerak.Sesaat, 2 saat, 3 saat ..10 saat, lubang yang dikuis semakin melebar. Hidungnya sudah boleh melunjur keluar. Gigih betul binatang ni. Tak sedar sudah seminit aku merenung, akhirnya binatang itu sudah boleh menghulurkan kepalanya ke luar. Mak aih!


Makhluk itu melihat ke kiri kanan. Menghidu sesuatu yang tak kena. Ya Allah. Apa benda ni. Hai masih lagi takut-takut. Aku memang tak suka binatang berbulu ni, inikan pula kecil. Macam tupai pun ada. Rupa macam tenuk pun ada. Hidung macam bab..ah..tak nak sebut.

Di berjalan terkedek-kedek. Merayap ke arah bekas makanan yang terdapat pelabagai jenis buah-buahan kering. Binatang itu mencapai satu kemudian duduk diam menggigit makanan tadi. Mungkin itu yang dibaunya membuatnya gigih keluar. Lapar kot.

Aku melihat dalam kegelian. Oke, comel jugak, tapi tetap geli. Sesekali mata binatang ini melilau, sekejap ke  kiri kanan, sekejap ke aku. Creepy. Bila aku bergerak sedikit dia akan terkejut sampai teranjak kedudukannya. Ada sakit jantung ke apa binatang ni. Aku geli hati melihat binatang ni. Nak saja aku memegang dan mengusapnya. Tapi rasa takut mengatasi rasa takjub aku.


Aaaahhh!! Terjerit Hai apabila binatang tu tiba-tiba sahaja binatang tu merayap laju meninggalkan makanan nya. Aku jadi kaget. Nak buat apa ni? Tambah mengerikan apabila binatang tu melompat ke arah bajunya yang digantung di kerusi meja. Binatang ni boleh melompat! Atau terbang? Tadi aku nampak dia macam bersayap! Alamak...apa aku nak buat ni!! Aku melihta sekeliling bilik sama ada ada perkakas yang boleh aku guna.

Hah! Idea! Aku perlahan mengangkat bakul laundary Ikea aku yang penuh berisi pakaian kotor. Aku tuang semua pakaian tadi ke tepi meinggalkan bakul tadi kosong. Perlahan aku menuju ke arah binatang itu tadi.

Ahah!!! Dapat pun!!


Bersambung....

:)

[UPDATED!!: Untuk sambungan, sila kilik sini (Soulmate Ep. 4)]



3 comments:

~Cik MI~ said...

serius comel tul tupai terbang nie.. Tadi pi expo dkt Batu Pahat... Ada kedai jual tupai terbang... Memang nak beli tapi bila difikirkan anak2 ksygan emak(Kucing)... Xjadi nak beli, takut kena ngam... Serius comel... N n3 pulak best... lagi4x

Ratu Tak Cantik said...

~cik mi~: ini bukan tupai terbang..jauh sekali dengan spesis tupai..ini sugar glider, spesis marsupial, sama spesis mcm kanggaroo sbb ada kantung :)
huhu...susah jugak kalau ada kucing nak bela sg..sg tu pun takut nak hidup :)
thank you for liking.. nantikan smbungannya :)

zany said...

comelnye binatang ni...hewhew..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...