Saturday, October 29, 2011

Buang Bayi Atas Pokok

Assalamualaikum..

Kami sedang duduk berhimpit di dalam bas yang kerusinya cuma diperbuat daripada plastik. Sumber angin yang hanya datang daripada pintu bas yang tidak boleh ditutup walau kencang sekalipun masih tidak dapat menghilangkan kehangatan.

Macam-macam bau yang menusuk hidung. Bau peluh lelaki, bau berak anak kecil, bau sampah dari bakul kecil di sudut bas, bau minyak wangi. Aku tak tahan. Aku melihat Mama di sebelah mula mengeluarkan minyak cap kapak dari tas tangannya. Mama mana tahan bau macam ni. Malah bau minyak cap kapak sekalipun dia kurang gemar. Tapi mungkin bau tu lebih baik daripada bau yang sekarang sedang ku hidu ini.

"Nak sikit ma.."

Mama senyum dan menghulurkan minyak tu. Senyum Mama buat aku lega.. aku menghela nafas panjang sambil mula menutup minyak tadi..

Seperti mahu terpelanting botol kecil itu apabila bas usang tadi berhenti secara tiba-tiba di tengah gelap kawasan kampung di Klang. Gelap...sunyi..Agak menakutkan. Tapi mengetahui fakta yang Mama disebelah sedikit melegakan.

"Ish...kenapa berhenti tiba-tiba ni...nasib baik tak jatuh botol tu"
"Kalau jatuh pun oke ape ma. Baik satu bas ni bau minyak kapak dari bau yang sekarang ni"

Masih sempat aku berseloroh. Kami disuruh turun dari bas. Mengapa? Aku pun tak tahu. Mama lagi lah tak tahu. Kami ikut sahaja apabila melihat semua orang turun. Agak menyeramkan sebenarnya apabila diingat kembali. Di tengah gelap bersama lebih 30 orang asing yang kami tidak kenal. Aku beruntung ada Mama dan aku tahu Mama lebih beruntung mengetahui anak perempuannya yang lasak ada di sisi.

Aku memang suka mengembara. Dalam suasana sebegini sekalipun perasaan ingin tahu aku masih lagi membara. Segala atas bumi ini tak pernah membosankan aku, walaupun apabila cuma ada bulan dan bintang yang menjadi sumber cahaya.

Titisan cecair berwarna merah mengenai hadapan kasutku apabila aku cuba menghampiri sebuah tiang untuk duduk bersandar. Mama dibelakang membuntuti ku. Perlahan aku mendongak ke atas. Tiada apa yang kelihatan. Gelap. Aku teruskan perjalanan. Beberapa orang ikut serta. Tidaklah jauh mana daripada di mana bas itu berhenti.

"Ahhh...lega...penat duduk dalam bas"
"Urut mama jap sikit..penat la.."
"oke.."

Aku memusingkan badan mahu duduk di belakang mama. Saat menampung badan yang baru mula mahu bangkit, tangan kanan ku mencecah tanah. Basah. barangkali enbun atau petang tadi hujan di sini.

Aku mula memicit belakang bahu mama. Sekali. Dua kali. Dan aku perasan bahu mama berwaran merah. Di tempat aku memicitnya sesaat yang lalu. Terkejut. Takut. Bau darah. Perlahan aku memusingkan telapak tangan. Belum sempat aku melihat....

"GEDEBUK!!"
Seperti satu ketul batu besar jatuh menghempap bumi.

"AAAAaaarggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!"
Perempuan 20-an yang kakinya betul-betul berada di hadapan 'batu' tadi menjerit. Menjerit sekuat hati. Tergamam. Lekas aku menutup mata Mama apabila perasan itu adalah.....kepala seorang bayi yang jatuh daripada atas.

Daripada satu pokok besar yang tinggi. Seiring dengan itu ramai yang menyuluh ke atas. Menggunakan kemudahan di telefon bimbit masing-masing. Aku mulai mendongak.


Di pohon besar itu...ratusan mayat bayi sedang bergantungan. Tersekat di celah dahan. Berjatuhan di sekeliling pokok. Dengan pelbagai rupa dan kondisi. Ada yang kehilangan anggota badan, ada bayi cacat. Yang kepalanya terlebih besar, bayi yang belum cukup sempurna. Bayi yang kian dimamah serangga. Bayi yang dihurung lalat dan ulat. Lebih menyedihkan apabila ada kembar tiga diikat serumpun dan dibiar bergantungan di satu dahan yang rapuh. Bila-bila sahaja boleh jatuh ke bumi.

Aku beristighfar...Mama turut beristighfar...Kedengaran yang lain turut beristighfar dalam esak tangis.. Terkejut dan takut. Perasaan yang bercampur. Allah sahaja yang faham...
-
-
-
-
-
-
-
-

Kini apabila aku sedar sahaja dari mimpi di siang hari...aku berfikir..kenapa mesti mimpi tentang ini? Aku sangatlah anti buang bayi. Kenapa mimpi ngeri ini yang bermain dalam waktu tidurku saat aku sangat penat terpaksa berguling di padang delima siang tadi? Apakah mungkin kerana gambar di facebook siang tadi yang memperlihatkan seorang perempuan bergaun pink melahirkan bayi di tandas kemudian bersolek meninggalkan bayi tadi di dalam tong sampah..? Mungkin..aku tidaK boleh lupa gambaran tu..

Dunia...dunia..Apalah dosa anak kecil itu. Dia tidaklah haram. Dia hasil perbuatan haram ibu bapanya. :'( Baby....bahagia ye di sana..

Dan..aku sedar. Mungkin ini sebabnya...supaya aku boleh berfikir. Supaya aku boleh beringat. Pokok yang sangat besar, tinggi yang sangat tinggi. Tapi penuh dengan mayat bayi. Tak tahulah apakah itu sebesar jumlah bayi yang telah dibuang di Malaysia ini, atau negeri ini, atau tahun ini atau sepanjang dari kes yang pertama. Ah! Terlalu banyak..Pokok besar tadi sahaja daunnya adalah bayi,bukannya daun!

Kalau tak mahu pun,jangan bunuh dan buang! Biarkan mereka hidup. Tebus dosa dengan mendidik anak sendiri supaya anak tu akan sayang dan jaga dan doakan ibubapa. Kalau tak jaga pun, sampai suatu masa bila da sedar and insaf, masih ada peluang untuk cari si anak dan meminta maaf. Bagi Ratu jaga! Ratu sanggup daripada biar si anak mati dalam tanagn ibu dan ayahnya sendiri...!

STOP BABY DUMPING!






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...