Video ni sangat-sangat lah penuh dengan inspirasi dan motivasi. MasyaAllah. Wardina Safiyyah, seorang seleberiti muslimah, fesyen ikon, dan pengacara menceritakan kisah hidupnya. Daripada seorang anak kacukan yang tercari-cari identiti sebenar, seorang anak ustazah yang pernah meninggalkan rumah demi menjadi seorang model sehingglah sekarang, seorang yang sangat-sangat dihormati dan disegani oleh kebanyakan muslim khususnya muslimah di luar sana. Termasuklah Ratu. :')
I love it when she said that:-
"Saya ingin menzahirkan rasa cinta saya kepada Allah. Saya bukan terus pakai tudung, tapi saya perbaiki solat saya dulu. Tapi kemudiannya saya rasa tak cukup...Saya mahu benar-benar berubah. Dan caranya kita menzahirkan melalui pemakaian....Saya mahu dikenali sebagai wanita Muslim"- Wardina Safiiyyah.Hebatkan hidayah ni...? Hebatkan! MasyaAllah. Memang kisah hidup Ratu mungkin taklah se'tragis' orang-orang kat luar sana yang terpaksa menghadapai pelbagai liku hidup, tapi sama macam Wardina, Ratu bersyukur sangat-sangat, Ratu rasa, Ratu ni adalah antara mereka yang Allah pilih untuk mendapat rahmat dan hidayah-Nya.
Korang pulak macam mana? Nak hidayah tak? Nak kaannn...?
Ratu dah bagi hint ni, apa lagi, pergilah mintak dengan Allah :)
Bye!
p/s: Ratu perasan, Wardina ni dari dulu sampai sekarang dia makin kurus pulak :) hehe
2 comments:
adore dengan die :)
@najihaha: haruslah adore perempuan hebat mcm ni~ :)
Post a Comment