Dulu kan. Ratu selalu rasa meacam nak mengejek orang yang entah siapa-siapa buat fan page sendiri kat facebook. Dah la tak feymes, ada hati nak buat fan page untuk diri sendiri.
Pastu ada lah manusia-manusia yang entah siapa-siapa suka hati lah pergi like, maka secara tak semena-mena famous lah dia yang bukan siapa-siapa tu kerana 'likes' yang bercambah-cambah di facebook.
Fenomena blogging sekarang merupakan antara salah satu punca pertambahan ketara 'fan page' di facebook yang bertambah-tambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Disebabkan tidak mahu menambah kawan ke dalam akaun facebook personal, blogger lebih suka membuat 'muka surat peminat' walaupun belum tentu ada peminat ke tak.
Tapi niat baik jangan di salah anggap, mereka cuma mahu senang berinteraksi dengan pembaca blog mereka, bukan mahu perasan hebat punyai ramai peminat.
Facebook ni, boleh dikatakan 90% orang ada, dan siapa yang terlibat dengan dunia blogging mahupun sekadar membaca blog, pasti ada facebook. Di facebook, sama macam social networking lain , salah satu fungsinya adalah untuk mendapatkan dan menyebarkan info atau update terkini. Dan dengan ada nya 'fan page' ni, tak perlu jadi kawan di facebook pun tak apa, still boleh dapat updates dengan menjadi peminat, atau bahasa kasar yang sebenarnya stalker. huhu
Jadi siapalah kita jika mahu maju tanpa mengikut arus permodenan masa kini. Orang lain dah 2020, kita baru nak jejak neolitik.
Dengan ini Ratu mengaku, Ratu adalah mereka yang layak diejek kerana buat FAN PAGE sendiri di Facebook. Oh my! Malunyaaaa...
Ratu tak bermaksud nak perasan, tapi memang ada sesetengah blogger yang add Ratu kat facebook, tapi Ratu langsung tak approve..Mianneyy... :( Bukan apa, tak best add orang yang kita tak berapa kenal, lagi-lagi bila Ratu sendri decide tak mau tunjuk muka and talk about personal life so much dekat blog. So kalau kat blog tak tulis, tapi kat facebook bercambah-cambah benda personal, jadi tak misteri dan adventurous la kalau approve kat facebook...kan kan...
Denagn ini, Ratu dengan rendah diri dan malunya telah persiapkan page bajet feymes yang tak tahu nak di edit macam mana di Facebook. So tak follow blog, tapi like kat sana pun boleh dapat updates. Nak sembang kat san apun boleh. Baru best! Baru boleh kenal siapa Ratu yang insane ni...hehe
Tiada sebarang paksaan, tapi kalau sudi tolong like eyh... Korang memang awesome tahap dewa kalau like! :)
Bye awesomeness!!
3 comments:
eyfa pn baru aje buat. ehehhee
fan page ni byk kegunaanyan.. :)
hahah tulah saya pun malu, sbb die tulis FAN PAGES. FAN tu yg menyebabkan kita segan kan?
Post a Comment