Sunday, August 14, 2011

#1 Pakai Tudung On and Off? Orang Islam Tak Boleh Pakai Ayat 256 Surah Al-Baqarah

Assalamualaikum..

Rata-rata mereka yang tidak bertudung selalu mengguna pakai alasan "saya tak nak jadi hipokrit", "nak buat satu benda tu kena la ikhlas" and "saya tak ready lagi"

Nak tunggu ready sampai bila, kalau diri sendiri tak pernah nak usaha sampai ke tahap tu pun? Hidayah tu, Allah yang tentukan siapa yang Dia nak kurniakan. Tetapi kalau kita tak usaha untuk MEMBURU hidayah tu, macam mana nak dapat?
‎"You may dislike the thought of wearing the Hijab and keep saying that you’ll wear it when you’re older. Truth is one day you’ll be covered from head to toe and lowered into your grave. Dont let your last day on earth be the first day you wear your Hijab." (Tumblr)
Haaaa...Awak tahu bila awak mati? Entah-entah esok, atau lusa, atau esok sebelum berbuka puasa, atau selepas Raya. Nak finally pakai tudung bila dah dalam kain kapan? Nak? Naak? NAAKK KEE??!

Ada dalam kalangan kawan-kawan Ratu ni, mereka menjadikan pemakaian tudung ni sebagai trend dan bermusim! Tudung ada musim weyh! Dah macam durian~

Asal dengar majlis agama pakai tudung. Lepas keluar je, tudung campak. Oke fine lah. Nak hormat majlis kan?

Bila keluar dengan kawan stok-stok pelajar maahad, tahfiz,anak ustaz, anak imam boleh lah pkai tudung. Sebab tak nak jadi black sheep kaan..Malu pulak kalau kita sorang je free hair. Tapi asal keluar nak shopping dengan kawan stok-stok pakai skinny jeans dan legging, kaki clubbing, tudung buat alas meja je! Pun sebab tak nak jadi black sheep. Segan ke apa kawan lain semua boleh tunjuk rambut, kita sorang kena pakai tudung? Malu ke jadi perempuan mahal yang tahu menjaga aurat?

Asal datang Ramadhan je, pakai tudung, tapi asal Raya je, bukak. Lepas tu nak nampak dia pakai tudung pulak, tunggulah Ramadhan akan datang.

Ratu pulak jadi pelik. Apasal ni? Tudung boleh main-main macam suis ke? Sekejap on sekejap off? Suis pun kalau main sangat boleh meletup taw! Kalau macam tu kenapa pakai tudung in the first place? Nak hormat Ramadhan je? Bulan lain? Owh~ Time Ramadhan je la kena ingat keterampilan muslimah, time bulan lain tak payah?

Oh hello ladies..kita bukan cakap pasal occasion apa, atau bulan apa sekarang ni, kita bercakap tentang agama yang kita anuti, yang kita nak bawak sampai mati. Islam is a way of life! Kenapa tak boleh pilih satu je?? Kenapa tak boleh tetapkan pemikiran tu untuk satu je? CHOOSE WHAT PLEASED ALLAH THE MOST THAN YOURSELF!
I don't see why one of this picture is better than the other. Sama je! Rambut tetap aurat tak kira banyak atau sikit yang ditutup.

 Kenapa semua orang suka menidakkan apa yang Allah tetapkan? Pastu perbahaskan bagi contention ni, arguments ni, premise ni. Kau siapa bagus sangat nak menafikan apa yang Allah dah tetapkan?

Sekarang ni semua pakat nak jadi law student berkelas atasan macam tengah tunggu panggilan ke Bar Council membangkitkan isu HAK ASASI.
"Aku tak nak pkai tudung, suka hati aku lah, itu hak asasi aku. Perkara 5-13 dalam Perlembagaan Persekutuan!"
Kau baca Perlembagaan Persekutuan je? Kau ada bukak Al-Quran? Kau ada study hadis?


Eh, saya ada je buka Al-Quran. Ni haa.. "Tiada paksaan dalam agama"

Wah! Pandai kau main ayat Al-Quran untuk jadikan alasan kau tak tutup aurat. Well, thank you Ustaz Azhar Isrus, baru aku tahu bahawasanya ayat 'tiada paksaan dalam agama' tak boleh pakai kepada orang Islam. Maksud Ratu, orang Islam tak boleh berselindung di sebalik ayat ni untuk membolehkan mereka membuat perkara yang Allah larang. Sebaliknya, ayat tu hanya kepada orang bukan Islam yang mempunyai pilihan untuk memeluk agama Islam atau tidak. 

SO PLEASE! Jangan suka hati je pandai-pandai pakai ayat tu, because walaupun tiada paksaan, atau BELUM ada paksaan yang wujud dalam komuniti seperti undang-undang dan hukuman tak memakai tudung, balasannya, ada di akhirat kelak.

Menutup aurat itu WAJIB dan Allah tak suruh kita tutup aurat dengan hanya memakai tudung. I think you know what I mean. Hijab and leggings cannot go together. Like hijab and short sleeves..and other fashion styles that people always misunderstood to be appropriate, but the truth is, IT IS NOT!


Ratu ni dah penat tahu tak? Menyampah pun ada. Menyesal pun ada. Berapa ramai kawan Ratu kat luar sana yang makin lama makin hanyut dengan keseronokan dunia ni. Mula-mula pakai tudung elok je. Pastu on pastu off. Time on pun etika pemakaiannya tak adalah muslimah sangat, tudung pakai tapi lengan pendek, balut macam nangka. Lama-lama terus dah tak pakai tudung. Hilang tudung tu satu hal. Sampai hilang maruah apa cite? Kita kawan ni, kadang-kadang nak cakap serba salah, tak cakap pun rasa tak kena, last-last, macam ni lah. Menyesal sebab tak jaga kawan elok-elok.

So, Kalau ada orang nak terasa ke tersinggung ke lantak pi lah. Kalau orang diam, makin dibuatnya, cakap baik-baik pun salah. So Ratu cakap macam ni je lah. Tapi yang pasti, Ratu takkan cakap macam ni, kalau bukan sebab Ratu kesah. Ni sayang dan ambil berat punya pasal lah, post macam ni wujud. So korang yang baca ni, kita kenal ke tak, tu belakang kira, nasihat ni untuk semua. Awak, dia, mereka dan juga peringatan buat saya.

Sekian. Bye!

p/s:InsyaAllah, ada #2 lagi tentang isu bertudung. Korang bosan ke tak, gasak lah. Semua bergantung kepada macam mana dunia manusia bertudung sekrang mempengaruhi Ratu untuk terus bermulut laser memberi kata-kata.

Recommended Article:
Tiada Paksaan Dalam Agama


Image source: Google

4 comments:

cik aisha said...

niat tidak menghalalkan cara...yg wajib ttp wajib...moga kita smua berubh mnjd yg terbaik.:)

FarhanaBekeri said...

Setuju sangat2!
perkara wajib tak kesah lah kau rela, kau buat sebab orang lain, or what so eva yang penting buat, dan buat sampai lekat, sampai perkara tersebut sebati dengan kita.

<3

asnizaziz said...

mmg macam2 alasan diberi, tapi kalo sempat taubat takpe..kalo x sempat?sendiri mau ingat laaa..

Ratu Tak Cantik said...

RATU STEUJU DENGAN KORANG SEMUA :) tak ada apa nak bangkang..tq sebab sudi respon~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...