Thursday, July 14, 2011

CINTA DUNIA#2: 4 Jenis Lelaki Setia Yang Putus Cinta

Assalamualaikum

Aku melihat 2 kaum manusia ini semakin lama semakin runsing. Ramai lelaki di luar sana mati. Mati kerana hatinya sudah dicuri. Dicuri dan dibiar terhempas bak kaca yang jatuh dari menara Petronas.

Hai lelaki yang setia.
Lama sudah aku meng-usha kau dari jauh. Aku lihat bagaimana kau curahkan kasih sayang dan cinta kau kepada si dia yang bergelar wanita.

Dan aku lihat bagaimana kau sakit dan terluka dek sikap kaum aku sendiri, iaitu wanita. Aku lihat bagaimana kau disishkan kan, di double triplekan, dilupakan dari segala memori indah yang kau dua orang lakarkan. Dan dibuang jauh dari segala impian dan angan-angan yang kau dan dia pasang untuk masa depan.

Sadis aku melihat kalian. Pathectic kata Mat Salleh. Ya, aku kesian dan memang! Memang aku marah kepada kaum aku sendiri. Apa tidak cukupkah lagi kau,lelaki yang setia untuk berdamping dengan wanita sepertinya. Ramai perempuan luar sana mahukan lelaki seperti kau, tapi mereka 'dumped' kau macam tu je? Dan kau, kenapa tak terima perempuan seperti aku, dia, kami yang mahukan lelaki setia? Kenapa kau tutup hati kau untuk si dia yang tak hendak kan kau?!

Kasihan kau. Hilang arah berminggu-minggu, berbulan-bulan, malah ada yang bertahun dek patah hati, dan masih mengharapkan cuma satu solusi, iaitu..Si dia akan kembali. Barangkali usaha kau untuk meminta dia kembali tidak cukup, kerana kau lupa untuk meminta kepada-Nya supaya yang kau cinta itu jodoh kau.

Tak guna kau menderita setia kalau niat kau bukan untuk bersamanya sebagai pasangan suami isteri yang sah. Buang masa kau tahu! BUANG MASA!

Dan kerana aku mahu melihat dari mata hati, dari mata, hati aku berkata, akal aku berfikir. Lelaki setia yang putus cinta ada jenisnya. 4 jenis yang aku kira. Teruskan membaca, aku susun ikut carta :)

NO.4 Lelaki Setia Yang Hilang Arah
Lelaki ini adalah mereka yang cinta dan menghidapi sakit lupa yang kronik. Boleh rujuk ENTRI INI, kenapa sakitnya pelupa yang kronik? Sebab dia lupa untuk mencintai Pencipta sebelum mencintai ciptaan-Nya. Terlalu mengagungkan cinta manusia melebihkan cinta kepada-Nya. Dia terlupa untuk bersyukur, terlupa berdoa dan meminta kepada Yang Maha Kuasa. Sehingga suatu masa cinta yang Allah bagi kepada mereka, Allah tarik balik, dan tinggallah dia hilang arah tujuan, kerana hilang cinta yang terlalu diagungkan. Result, boleh tengok sendiri ada yang sebab putus cinta, berjinak dengan rokok, berjinak dengan dadah, hilang kepercayaan kepada perempuan, dimainkannya ramai lagi perempuan, buat kerja yang bukan-bukan dan ada yang sampai ke tahap bunuh diri! HILANG ARAH

NO.3 Lelaki Setia Tanpa Usaha
"Sayang...Sayang balik la semula kat B, B rindu sayang..B perlukan sayang dalam hidup B..balik lah pada B balik..B janji B akan berubah"
Message sent! 
Menaip mesej sambil putung rokok di tangan, awek no 2 di sebelah, dan lepak bersama kawan-kawan buat kerja tak bermanfaat. Usaha la sangat~
Orang macam ni, dia tahu apa dia nak, tapi dia tak tahu apa nak buat untuk capai apa yang dia nak. Barangkali dia cuma tahu cakap, tapi tak tahu bertindak. Paling penting, dia tak guna senjata kita orang Islam, iaitu doa. Hanya berbekalkan kata-kata manis dan pujuk rayu, boleh dapat ke perempuan tu balik?? Sorry man, perempuan bodoh boleh laa..No pain, no gain darlings! Kepada siapa lagi kau nak meminta kalau bukan Dia?

NO.2 Lelaki Setia Dengan Usaha, Tapi Tidak Yakin.
Dia sayangkan perempuan tu. Dia tahu apa perempuan tu nak. Dia nak jadi macam apa yang perempuan tu nak. Dia nak jadi terbaik untuk perempuan tu. Dan dia, berubah. Tapi dia masih rasa takut, takut akan hilang perempuan tu. Selagi tak menikah, selagi tuh dia nak pegang perempuan tu jadi milik dia sampai tiba waktunya dia cukup sedia untuk meminang. Dia merasa tidak selamat membiarkan perempuan tuh berstatus 'single', dia katakan pada seluruh dunia, "Perempuan tu aku punya! Lu langsi, Lu Mati!" Eceh...sampai macam tu. Dia mahu berubah. Sudah berubah. Punyai niat untuk menikah. Setia. Jadi apa yang kurang pada dia? Kenapa tidak mendapat tempat pertama?

Yang kurang cuma, dia tidak yakin...kepada..Allah...Dia ragu-ragu dengan ketentuan Allah. Dia takut Allah tak bagi apa dia nak, padahal, jawapan pada keraguan tuh simple je. Kalau dia tak dapat apa dia nak, maknanya Allah ada plan baik punyaa untuk dia. Dia lupa bahawa jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dia mahukan itu, dia berdoa untuk itu, tapi dia menyangka hanya itu yang dia akan dapat. Orang macam ni payah, takut nanti kalau tak dapat, akan masuk kategori terakhir tadi iaitu Hilang Arah. Dia tidak yakin dengan takdir Allah.

NO 1 Lelaki Sejati Setia Yang Terbaik
Dia lelaki yang setia. Sabar menanti si dia. Dia tak gopoh. Tak perlu sentiasa mencari-cari, text message setiap hari. Last sekali mesej, cuma untuk ucap hari jadi. Cakapnya pada si dia cuma yang perlu sahaja, cukup untuk tahu dia masih hidup atau mati. Dia tak mahu ganggu hidup perempuan. Dia risau kalau-kalau tergores hati perempuan itu. Dia tak nak sesakkan fikiran si perempuan dengan benda-benda yang tak penting , tentang cinta, sayang dan rindu.

Dia nak memperisterikan perempuan itu. Dia pasang niat itu tinggi-tinggi, tapi simpan dalam-dalam hati. Cadangnya lepas habis belajar, kerja, kumpul duit, cukup sedia, masuk meminang. Itu doa dia. Itu usaha dia, Menjadi yang terbaik untuk dijadikan menantu pilihan ibu bapa si perempuan. Jadi apa bezanya dia dan lelaki No2 tadi?

Bezanya tentulah dia yakin dengan ketetapan Illahi. Dia tahu dia perlu doa dna usaha. Tapi dia juga tahu takdir Tuhan adalah yang terbaik untuknya, Dia cuba kejar cita-cita dia, tapi pada masa yang sama dia berserah kepada takdir-Nya. Dia yakin dengan kuasa Allah menentukan jodohnya. Dia cuma perlu pikir, jadi manusia berguna, jadi hamba Allah yang mulia.

Pada Ratu ni lah lelaki paling setia dan paling terbaik. Tak kira siapa jodohnya tapi siap sedia menanti dia. Doa ku buat lelaki ini supaya kau ditemukan dalam istikharah si dia. :)

Kerana aku bukan sekadar memandang, tetapi memerhati dan meneliti, aku cuba mengerti untuk menjadi seorang pemerhati. Inilah hasilnya aku membuka mata melihat dunia. 4 Jenis lelaki yang setia. Semoga kau lelaki, berada di tangga yang pertama! :)
Jodoh kau mungkin tak secantik Ratu...atau dia ni, tapi percayalah, dia pun sedang ternanti-nanti :)

Bye!

Image source: weheartit.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...