Tuesday, November 8, 2011

Cinta ini Penyebab Aku Takut Dengan Masa Depan

Assalamualaikum..

Kali ini aku mengaku kalah untuk mengaku lemah di dalam blog sendiri..Kau mungkin tak tahu coretan aku selama ini tak pernah ingin aku kaitkan dengan dunia cinta aku yang sadis.. Tapi aku juga manusia lemah kalau kau nak tahu. Aku mungkin kental mental dan fizikal. Tapi soal hati, aku sendiri lemah menahan benteng yang kian roboh. Benteng ini retak menanti belah.

Sudah pun terbelah!

Jangan bercinta!
Rugi!
Buang masa!
Belum konfem dia jadi laki kau!

Ya. Kenyataan yang kita sendiri selalu menafikan.
Menjadikan kita seorang yang sukar menerima hakikat bahawasanya kita MEMANG tidak sepatutnya bercinta. Tapi remaja kan gatal..orang lain ada boypren dia pun nak, orang lain pergi dating dia pun nak, orang lain dapat hadiah dari bf dia pun nak..

Dan...
Jadilah aku remaja yang gatal...yang terlalu suka dengan wujudnya buah hati..dengan adanya dia sebagai peneman sebelum tidur, selepas bangun pagi,pemangkin semangat, yang menadah telinga saat mulut ingin berbicara tentang semua benda! Dia..dia..dia..dia..

Gembira teringat dia.
Sedih teringat dia.
Takut pun ingat dia.
Marah ingat dia.
Marah kat dia pun teringat dia
Dia dah tak ada pun nak juga teringat kat dia!

Inikah cinta? Ini ke cinta weyh? Aku rasa ya! Kau?

Dulu aku rasa ye...
Tapi bila aku fikir-fikir balik kenyataan tu yang aku sendiri sukar terima...aku fikir, diakah orangnya? Rugi tak aku dengan dia? Buang masa tak? Boleh ke dia jadi laki aku! Aku boleh bayangkan hidup dengan dia..Bahagia macam inilah! Macam baru bercinta. Itu yang kami sama-sama mahukan. Jadi tak mustahil. Kami boleh usaha.
Tapi..adakah dia? Kalau bukan? Kalau memang dia?

Tapi..siapa yang tahu future kita kan? Jadi prepare for the worst. MUNGKIN BUKAN DIA.

Dan balasannya adalah ini..kecewa.. kecewa kerana aku sendiri sukar menerima kenyataan tadi.. Kenyataan bahawa kau sendiri tidak pasti masa depan kau. Aku dah mengaku aku suka dia. Dia dah tahu. Untung dia tidak menolak. Malah seronok.

Tapi selepas itu? Apa jadi? Tak nikah pun sampai sekarang.. Ikut plan memang nak. Tapi lagi 5-6 tahun lah jawabnya.Punya macam-macam cita-cita dan impian untuk masa depan. Tapi..manusia hanya boleh merancang kan?

Dalam masa 5-6 tahun tu...
Macam-macam boleh jadi. Sedangakan pantai berubah,inikan hati manusia.
Dan oleh kerana jodoh itu rahsia Allah..Aku penat mengharap dan berteka-teki.
Aku tak mahu menanti 5-6 tahun yang mendatang demi untuk melihat kekecewaan yang lebih dari yang sekarang.
Gembira atau derita kedua-duanya sementara.
Aku takut dengan masa depan sendiri.
Aku takut kecewa semuanya tak menjadi.
Tidaklah mahu berserah secara total tanpa usaha.
Memang aku boleh doa. Memang aku boleh istikharah (Untuk beristikharah pun aku takut untuk melihat petunjuk apa yang akan datang). Tapi kalau memang bukan kau, siapa aku untuk menidakkan takdir ketentuan Dia?

Ketahuilah kau..Susah hati ini untuk menerima, susah lagi membuang kau jauh-jauh sedang hati ini kuat dan yakin kau yang aku mahukan. Tapi mahu tu boleh jadi suatu keinginan dan nafsu. Antara 2 mungkin tidak satu pun terbaik untuk aku. Kau juga begitu. Terima kasih kerana anagan-angan yang kau pasang. Tapi sebab semuanya hanya anagan-angan yang kini tinggal kenangan, selagi belum menjadi kenyataan tidak kau atau aku pasti semuanya akan terjadi.

Maka,pergilah..mungkin itu lebih baik buat kita berdua. Jangan tutup peluang yang kau sepatutnya ada di saat aku ada bersama kau menutup segalanya. Terima kasih untuk semuanya. Siapa tahu....angan-angan ini bakal menjadi kenyataan.

Berhenti kita disini tidak memutuskan peluang kita untuk berusaha menggapai anagan-angan itu bukan? Kau masih lagi mahu berusaha? Are you up for it? Or you would rather to end it?

Aku mengaku, aku tidaklah malaikat, atau pun solehah sangat. Memang malu untuk mengaku. Siapa yang bodoh sombong sangat dan ego tidak mahu menjadi solehah. Seolah-olah hina sangat menjadi solehah. Sedangkan solehah itu tersangatlah mulia di sisi Allah. Tapi aku tahu ramai bukan bodoh sombong tapi ramai yang sedar diri mereka tidak cukup baik. Tapi itulah silap manusia, terlalu merendah diri tapi tidak mahu memperbaiki.

Motif? Aku malu sebab tidak mampu menahan perasaan yang sebenarnya boleh dikawal untuk terlalu menonjol dan ditonjolkan. Malu kerana iman aku lemah yang menjadikan semua ini terjadi.

Silap sendiri.



p/s: I miss stalking your facebook. Been trying to hacked over and over again. I tried entering my name. In case it works..But it didnt. So maybe..this is it. Life must go on. I do wonder do you feel the same way. Do you actually lay on your bed, sit across the room alone thinking about me. Missing me. Wipe your tears. But what if it is? Future still remains a mystery.. I wish you the best in your life. Better than before you had me,better than before all of this.

6 comments:

Unknown said...

real story ratu ke? be strong keyh
^______^V

Syue said...

Jangan bercinta!
Rugi!
Buang masa!
Belum konfem dia jadi laki kau!


TERKESIMA! HEE..

Anonymous said...

saye pon selalu gak wat bnde ape yg awak wat,,,bnde pe yg awak pkir...pintu still lgi tbukak...=) I miss stalking your facebook. Been trying to hacked over and over again. I tried entering my name. In case it works..But it didnt. So maybe..this is it. Life must go on. I do wonder do you feel the same way. Do you actually lay on your bed, sit across the room alone thinking about me. Missing me. Wipe your tears. But what if it is? Future still remains a mystery.. I wish you the best in your life. Better than before you had me,better than before all of this.

nadhira said...

yang ni mmg kena batang hidung :O

saye niza said...

same sebijik spt yg sedang dilalui...cume...sy masih tabah menanti... :')

Ratu Tak Cantik said...

all the best niza :) semoga kita sama2 tabah menanti :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...