Sambungan kepada "Malam Pertama Dengan Lelaki Bukan Pilihan Hati"
Sudah jam 9.30 malam, keluarga mertua ku baru mahu berangkat pulang. Entah apalah yang nak dirisaukan sangat dengan anak lelakinya ni. Dah la umur pun 30 tahun. 5 tahun beza umur dengan aku. Ada juga beberapa jiran-jiran sekampung yang datang menolong masih belum pulang. Walaupun Faeez nak tolong 'support' perkhidmatan catering, keluarga sebelah aku insist nak masak sendiri menu makanan utama. Cuma beberapa saja hidangan yang menggunakan catering.
Entah lah. Aku pun tak faham, yang aku tahu, tugas aku cuma kahwin. Dah selesai dah pun.
Sebelum menghantar ibu bapa mertua ku pulang, aku ada terlihat Mami membisikkan sesuatu kepada Faeez. Heh. Nak turunkan tips malam pertama lah tuh. Sorry, but it won't be tonight. Getus hati ku geram.
Aku lihat Mami menghulurkan kepada Faeez sehelai kain putih. Malu-malu Faeez saat dia ternampak aku melihat dia menyambut kain itu dari tangan Mami. Mesti nak cek aku dara ke tak lagi. Dia tuh entah kan teruna entah kan tidak. Selesai sahaja kereta Perdana mertuanya beredar dari perkarangan rumah, aku terus minta diri mahu ke bilik. Pedulikan lah keluarga aku nak cakap aku ni tak sabar ke apa, yang pasti, malam ni bukan 'malam pertama'. Benda tu dah pun dipersetujui tadi.
"Fea..."
"Hmm.."
Aku menyahut malas dari dalam bilik air apabila terdengar Faeez masuk ke dalam bilik pengantin yang serba merah jambu, dan suasananya yang romantik apabila diterangi cahaya suram. Aku melihat Faeez berdiri di hadapan ku sambil meletakkan kain putih tadi di atas meja bilik tidur. Mesti dia kecewa tak dapat guna 'kain istimewa' tu malam ni.
"Kita dah setuju kan malam ni kita takkan...."
Belum sempat aku menghabiskan ayat tadi, Faeez sudah mencelah, sambil matanya tidak berkelip memandang aku yang abru keluar dari bilik air.
"Cantik Fea.." Ujarnya lembut
Kali pertama dia melihat aku begini. Bukannya aku pakai lingerie ke ape. Tak seksi pun. Padahal malam tuh aku cuma pakai tshirt dan seluar panjang bercorak Hello Kitty dan rambut lurus paras bahu aku dilepaskan serabai. Tadi selepas aku mandi, aku terus keluar bilik memakai tudung kerana tetamu masih ramai di luar, dia tidak berada di bilik saat aku menyalin pakaian.
"Hmm..macam ni lah iseri awak. Tak ada apa yang menarik"
Aku tunduk. Aku rasa aku ni bukannya taste dia. Tak perfect pun. Badan kurus pun tidak jugak, aku baka badan besar, ikut macam abah. Tapi berat masih ideal. Sihat Alhamdullilah. Kulit gelap. Sebab lasak aku banyak cacat cela dekat kulit aku yang sensitif ni. Nak kata lumus, jauh sekali. Lembut pun tidak juga. Kalau dia tak berminat nak sentuh pun aku tak hairan. Siapa suruh syok je masuk meminang tanpa kenal.
"Tetap cantik. Sweet je abang tengok"
Aku senyum sedikit. Tak tahulah dia betul-betul ikhlas atau sengaja nak ambil hati supaya aku ubah fikiran tentang malam ni. Tapi untuk malam ni memang aku tak ready.
"Malam ni kita tak 'tu' kan"
Aku masih mahukan respon untuk soalan tadi. Aku nak 'confirm'kan! Sebab walaupun aku tekad, aku masih takut akan kalau-kalau tindakan aku membawa kepada nusyuz.
"Jangan risau..abang tahu Fea tak ready lagi. Abang relakan. Abang tunggu sampai Fea ready ok? Tapi jangan lama-lama sangat, kita ni kahwin bukan untuk try an error. Tapi untuk selamanya taw. Abang nak kita ada zuriat"
Lega aku mendengarnya. Tapi...apa? Dia cakap pasal zuriat? OH EMM GEE.. Terkejut aku, mata aku membutang. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam apa lagi. Terus aku berlari kecil masuk ke dalam selimut dan baring mengiring menghadap ke sebelah kiri katil aku supaya tidak bertentangan dengannya. Dia masih di situ. Berdiri tersenyum melihat aku yang macam gelabah.
Aku pejam mata, memegang erat hujung selimut. Aku tak tahu apakah dia akan tidur di bawah atau masih naik ke atas katil. Tapi memang tiada tilam mahupun comforter untuk dibuat alas tidur. Walaupun sudah dipersetujui untuk tidak bersetubuh, aku tahu bahawa isteri tidak boleh meninggalkan tempat tidur tanpa izin suami. Menolak ajakannya pun, sudah mendapat balasan dilaknat malaikat sehingga waktu subuh.
Terasa seperti tilam ini bergerak apabila bebanannya bertambah. Faeez naik ke atas katil! Aku semakin cuak. Apakah dia akan memeluk ku. Tangan aku semakin kuat menggengam selimut.
"Ah..!"
Aku terjerit kecil apabila selimut itu sedikit ditarik oleh Faeez. Terkejut. Mata masih lagi terpejam erat. Takut
"Haha...Fea ni kelakar la. Rileks la, abang cuma nak tarik sikit selimut. Sejuk ni."
Boleh pecah jantung aku ni sebab terlalu kencang degupannya. Lampu suram dimatikan. Aku rasa lama aku cuba menahan takut untuk tidur sehinggakan aku perasan Faeez telah pun lena bila aku mencuri melihat dia tidur. Lega.
Segak jugak Faeez ni. Dah la tidur bukak baju. Pergh! Ish Neesa, Neesa..Apa yang kau fikir ni.
Tapi..dia suami aku..so..tak salah kan tergoda sikit. Hehe. Aku tergelak sendiri dengan fikiran nakal aku.
"Emmmhh"
Aku terkejut dan lekas membenamkan muka ke bantal. Rupa-rupanya Faeez cuma menukar posisi tidur. Pheww..Aku tersenyum. Aku teringat kata-katanya siang tadi.
"Fea kena cuba buka hati Fea untuk terima abang. Kenal diri abang. Kita ada banyak masa untuk kenal diri masing-masing. Kita suami isteri. Syurga Fea di bawah tapak kaki abang."Tiba-tiba muncul 'hidayah' buat ku untuk cuba menerima Faeez. Betul juga. Dia tak akan kahwin dengan aku kalau bukan sebab nak main-main. Sampai bila nak macam ni. Bukannya susah pun kan..
**********
Aku terbangun pagi itu apabila merasakan sesuatu perasaan yang pelik. Macam geli-geli di bahagian muka. Buka sahaja mata aku terkejut. Takkan lah aku kat hutan kot. Aku membelakangkan sedikit muka ku untuk melihat pandangan dari sudut 'wide angle' yang lebih luas.
Terkejut aku MasyaAllah! Masih sempat berbisik mengingat Allah tatkala melihat tadi aku tidur bersandarkan dada Faeez!
...akan bersambung
p/s: sambungannya akan menjadi romantik, lucu dan...saspen :) nantikan
Image source: weheartit.com
6 comments:
nk autogrph...! hahaha
aku rsa ney bkn kategori cerpen.. dh jdi novel ney... anyway.. best nk smbungan nya lagi...
@syafiq: nanti aku post kat facebook~ haha..
@aqmar: agak la..aku pun rasa (-_-")
best la..cpt smbung!
^^
bestlahhh!!!
^^
cpt smbung~
Dh blh publish wat novel ni. Ayt2 pn dh standard cm novel masa kini. Cpt nk smbungannye..
Post a Comment