Monday, June 27, 2011

Kenapa Perempuan Tak Nak Bercerai Bila Dia Ada Peluang?

Assalamualaikum..
Ketekunan aku membuat analisa kaji selidik terhenti apabila ada 2 kepala lelaki tersembul dari sudut tepi pintu berdekatan meja pejabat ku. 

Ratu: Ya, ada apa? Tanya ku sambil tersenyum apabila wajah mereka berdua kelihatan 'lost'.
Lelaki 1: Kak, kami nak beli baju uniform tu. Ada jual kat sini kan?
Ratu: Owh tu.. ada-ada. Ikut saya. Tapi adik beli lambat sangat, tinggal saiz M dan L je.
Sambil berjalan ke arah meja Cik A dan dibuntuti oleh mereka. Selalunya aku takkan sebut saiz apa yang tinggal, tapi badan mereka berdua kelihatan besar. Barangkali XL. 

Lelaki 2: XL tak ada kak?
Ratu: Ermmm..tak ada, stok dah habis. heh..dah agak daa..
Lelaki 1: Berapa kak?
Ratu: RM25 sekali dengan topi.
Lelaki 2: Kau ada duit? 
Lelaki 1: Ada-ada. Aku pakai duit mak aku bagi dulu.
Ratu: Tulis nama and detail-detail macam kat buku ni.
Lelaki 1: Kak..resit ada tak?
Ratu: Resit??? *terkejut* Err...tak ada lah. Belum pernah lagi ada yang beli baju ni minta resit.
Lelaki 1: Tapi kak...saya kena ada resit. So nanti mak saya boleh claim dekat ayah saya. Ayah saya tuh susah sikit bab duit. Dia berkira.

Aku bertambah terkejut! halah...beli baju keperluan untuk kokurikulum pun kena ada resit untuk mak pegi claim kat ayah?? Oh My Allah..Kenapa tak ayah je yang datang belikan terus.

Ratu: Ermmm..sekejap ya adik. Akak tanya pegawai lain.
Menyedari diri bahawa aku cuma pekerja sementara dan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan resit, aku berlari anak comel ke arah En R.

Ratu: En R! Ada student nak resit beli baju. Ada ke?
En R: hah??? Mana pernah kita keluarkan resit. Cakap kat dia tak ada. Dia lah orang pertama yang mintak.
Ratu: Tapi dia kata dia nak resit supaya mak dia boleh claim kat ayah dia.
En. R: HAH! untuk kedua kalinya. Kena claim jugak ke??
Ratu: En tolong tengokkan boleh?
En R: Adoy..yelah.
Aku dan En R menuju ke meja pejabat tadi di mana dua pelajar tadi masih menunggu. Aku duduk diam sambil mendengar perbualan mereka.

Lelaki 1: Saya nak kena ada resit supaya mak saya boleh claim kat ayah.
En R: Kitaorang mana pernah keluarkan resit untuk beli baju ni.
Lelaki 1: Kalau en tulis kat kertas dan tandangan atau cop pun jadilah. Saya cuma nak bukti sebab ayah mak saya tengah dalam proses penceraian..
 Source: Flickr
Oh My Allah!! Terkejut... tapi taklah terkejut sangat. Sebab dah agak. Mendengarkan hal tu, En R terus setuju untuk keluarkan resit. Mungkin kesian. Ya lah, sebab mak bapak, anak jadi mangsa. Lagipun tahun ni Tahun Kebajikan Pelajar. Jadi harus lah tolong sebab dah dia jadi mangsa keadaan. Lelaki 1 tadi bersalaman dengan sahabatnya lelaki 2 yang berbaju Melayu tadi yang mahu segera pulang. Hari ni hari Jumaat. Selesai saja, Lelaki 1 tadi menghampiri En R sambil memberikan butir-butir penting untuk dimasukkan ke dalam surat pengesahan (kot~)

Aku segera kembali ke meja aku. Main Angry Birds. Sambil memasang telinga mendengar perbualan lelaki tadi dan En R. Jauh. Susah nak dengar. Macam bunyi ular. Jadi aku tekad, biarkan je lah. Hal orang, buat apa nak ambil tahu.

Petang tu ada pula lagi pelajar lain yang mahu beli baju yang sama. Macam biasa, sementara Cik A ke umrah, tugas jual beli baju aku yang handle. Selesai akad jual beli En R menyapa aku.

En R: Budak tu tak mintak resit ke?
Berseloroh. Memerli. Mungkin teringat hal tadi jadi dia berjenaka. Bila dia bangkitkan isu tadi aku jadi ingin tahu.

Ratu: Tadi tu kenapa? Parent dia cerai?
En R: Ha'ah. Nak tuntut dekat mahkamah semua tanggungan.
Ratu: Ayah dia kerja apa?
Aku terdengar soalan ini diajukan En R kepada lelaki tadi. Tapi tak kedengaran pula jawapannya. 

En R: Dia kata dia tak tahu. Dah 3 tahun dia tak jumpa bapak dia.
Ratu: Dah 3 tahun?? Oh maii... Ni mesti kes gantung tak bertali.  Pastu dah 3 tahun, anak dah besar dah masuk U baru mak nak mintak cerai. Hmm..

Selesai takat situ perbualan ringkas aku dan En R. Aku kembali ke meja aku sambil otak ku penuh dengan persoalan. 
Kenapalah si siteri suka sangat tangguh-tangguh penceraian bila mana dorang dah ada peluang untuk lepas daripada suami yang tidak bertanggungjawab. Islam bukannya susah sangat. Cukup 4 bulan suami abaikan isteri tak bagi nafkah, pergilah mahkamah tuntut fasakh atau khuluk. Kenapa nak rumitkan keadaan?
 Contohi Abby Abadi
Terlalu sayang. Terlalu cinta. Terlalu berharap agaknya. Perempuan. Biasalah. Sampai kebahagian sendiri dan keluarga terabai. Mangsa nya? Anak-anak. Kasihan.

N: Ratu!!
Lamunan aku terhenti apabila pekerja baru yang sama-sama mendaftar sebagai pekerja sambilan memanggil ku.

Ratu: Ya! Gapo dio?
N: Ni, nak tanya teknik ni.
Ratu: Teknik ape? 
Takkan nak tanya pasal Excel kot. Memanglah aku dah awesome dalam Excel, tapi tak lah seawesome dia.

N: Ni..macam mana teknik nak bunuh babi hijau ni?

Ratu: (-_-") Cehhh...

Bye!

3 comments:

Anonymous said...

hmm.. sian dak tu. kalo aku dah tersentap kot kalo dia sbut perkataan 'cerai' tu.

btw, knp aku rasa mcm kenal je N tu.. hehe~

p/s : ADIK BOMBA

aYiE said...

kesian bdk tu..napela ad laki yg sanggup buat gitu..mintak2la aku x jd mcm tu ble dh kawin nnt..

btw,aku suka ending post ni..hehe..

Maryam :) said...

awwww, kesian nye dea. Ape la ayah mcm tu x bertanggungjwb. -,-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...