Friday, May 27, 2011

sabTUMBLR #1 : Apa itu Tumblr dan Pengisytiharan Tumblr di Blog Ratu

Assalamualaikum budiman dan budiwati.

Dengan ini, saya Ratu selaku pemilik tetap dan sah blog Ratu Tak Cantik mengisytiharkan bahawa Sabtu merupakan hari entri Tumblr bagi blog ini...weeeee


Apa itu Tumblr? 

Tumblr adalah sejenis dadah yang zahirnya dalam bentuk teknologi website berbentuk blog. Fungsi nya adalah sama seperti blog-blog yang lain seperti Blogger , Wordpress dan sebagainya tetapi kewujudannya adalah lebih simple dan mudah.

Kebiasaannya, Tumblr digunakan dengan sangat ringkas seolah-oleh penggunanya cuma ada satu motif iaitu, menyampaikan mesej dengan ringkas dan padat. Tidak seperti Blogspot, atau wordpress atau lain-lain hosting (? betul ke aku memandai ni), blogger lebih cenderung untuk membebel, mengarut dan mencarut dalam entri mereka sampai panjang..misalnya Ratu.

Oleh kerana sifat semula jadinya yang telah membahagi beza kan antara post gambar, video, link, chat dan sebagainya, penulis lebih berhati-hati dengan apa yang nak di post. Paling popular adalah penggunaan untuk publish gambar. Tak kiralah gambar semata-mata, GIFs atau typography (Gambar beserta tulisan) atau gambar berbentuk "quote". Namun begitu kebanyakkannya adalah "Reblog" posts, atau di post semula oleh orang lain selain dari original post-er.

Oke, itu je sedikit pengenalan yang dikarang secara bijak oleh Ratu.  Maka dengan ini, nantikan entri sabTUMBLR yang rasmi dari Ratu!

bye! :)

1 comment:

Ayie Abas said...

RATU...AYIE TERTARIK JUGA NAK BUAT TUMBLR nie...TAPI TAK FAHAM LAGI BOLEH MY FRIENDS BERI PENERANGAN DARI A SAMPAI Z...CARA2 MEMBUATNYA.?+_+

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...