Friday, May 27, 2011

ENTRI BERGAMBAR: Community Service at Kuala Pilah

 Assalamualaikum

Sebelum kita cerita-cerita lebih lanjut lagi, Ratu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak la na kat followers baru. 2 hari Ratu tak dan nak bukak blog, dah bertambah 6 follower. Pencapaian yang bagus jugak la na, bagi blogger 'baru mula semula' macam Ratu ni. Tapi setakat ni, Ratu duk tekan-tekan "Followers" tuh, tak dak apa yang keluaq, jadi Ratu tak sempat lagi nak tahu sapa follower baru. pasai blogger tengah duk hang la kot tang tuh. Tapi takpa, sat lagi dah ok, Ratu pi lah tengok noh.

Sebelum ni Ratu ada buat 'sneak peak' atau pre post tentang entri ni, di sini. Jadi kali ni nak melunaskan janji manis dengan membuat lah jugak entrinya. Walaupun sebenarnya dah malas dah nak buat. Tapi tak pa lah, dari takdak berupdate, benda baguih lagu ni, Ratu nak la jugak kongsi noh.

Tarikh: Ahad, 22 Mei
Tempat: Kampung Tengah Ulu,Kampung Stay Laman Ejo. 
Anjuran: UIC (UiTM International Centre)
Peserta: International students, Pelajar short sem dari fakulti FSPPP dan Sukarelawan komander.
Aktiviti: Gotong royong, masak bubur kacang, Buat ketupat.

Kalau in paper, ikut tentatifnya, pukul 7 dah berkumpul tapi pukul 8 juga kami bertolak dari UIC tu. Mana tak nya, elok-elok dah sampai, daftar, tukaq baju lagi pasai kami dapat baju free..weee~ tunggu pulak international student ni sampai. Hamboih depa, bukan main melawa datang buat community service, pakai blouse, jeans, rambut berdandan, dengan shades nya. Adui. Biasalah, depa mai nak belajaq, dapat peluang berjalan, leisure habis! Tapi tak pa lah.Yang tak boleh blah, ada yang tertinggal bas, sampai dah 10 minit bas tuh jalan, depa sanggup pi kejaq dengan teksi tahan bas! Addooyyy...Nasib laa...
Sesampai nya di Kampung Stay yang cantik dan bersih tu, kami diberi makan. Bagus lah, kami pun dah lapaq gila. Keluaq awal pagi perut kosong..lepas makan, teruslah kami ke aktiviti gotong royong.

Sori la noh. Gambaq ni tak berapa nak lawa, baru turun bas,sejuk sangat sampai lens kamera berkabus :) Tapi Puan Azzah ni best gilo i tell you!

Taklimat oleh PM Laila :)Baik gilo puan ni! saya suka!
 Gotong Royong bermula! The smell of kampung is so nice. Banyak tahi lembu..emmmm.. Suddenly teringat Dungun, Terengganu :)
Habis je gotong royong, kami teruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu ucapan bagai-bagai dari orang yang pelbagai. Ada owner kampung stay, ada ketua kampung. Hari tu, tetamu kehormat adalah Ahli Parlimen Kuala Pilah- En. Hassan Malek.
Next, we moved on to the next activity which is: Buat ketupat palas dan ketupat bawang, dan bubur kacang!~ weeee
 The Iranese and Yamanese are learning how to make the "Ketupat Bawang"
The Arabians belajaq perah santan. :) Sebenarnya kan, bila depa taw pasai santan ni sebenaqnya 'coconut milk' depa terkejut.. Pastu bila kami bagitau pasai nak buh santan dalam bubur kacang depa rasa geli. Pasai depa pelik perah santan ni pakai banyak tangan. HAHA. kelakar.

Balik tu, kami singgah ke Istana Lama Seri Menanti. Jalan-jalan sat. First time Ratu sampai sana. It was very nice. Scenery dia sumpah lawa. Nanti dah kawin nak laman besar and cantik macam ni :p Boleh kan future hubby? :)
Lepas tu, kami balik UiTM! Owh. And I bought Jersey bola Malaysia yang belang-belang tu macam laki bawah ni  masa stop kat R&R. Hehe..excited..
Student FSPPP (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi)

Owh. Akhir sekali, Ratu nak buat top 5 gambar paling cantik Ratu snap hari tu. Ratu suka amik gambar walaupun tak ada bakat. :p


NO.5


NO. 4


NO. 3


 NO.2
NO.1
-
-
-
-
-
-
-
-
-

HAHA! oke bye~


p/s: Kerja 2-3 hari ni bagai nak gila. Adooyyy..Baru sikit tu!

1 comment:

aYiE said...

mmg terbaik lah kan gambo no 1 tu (-_-")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...