"Ratu, Ratu ada boyfriend?"
Suasana di dalam bilik yang sengaja dibiarkan malap atas sebab niat untuk berehat jadi sangat romantik. Romantik yang janggal lebih-lebih lagi apabila cuma ada dua jantina di dalam ruang itu.
"Kenapa?"
Nak proposed aku kah? Apakah lelaki teman seorganisasi ini sengaja membangkitkan isu ini di waktu cuma ada dia dan aku?
"Saja tanya, sembang-sembang."
"Setakat ni, tak ada, Why?"
"Ratu ada kawan tak yang nak kahwin?"
"Kahwin? Ratu sendiri ada!"
"Orang tanya kawan...bukan Ratu"
"Semua orang nak kawin..Mestilah ada..
"Kawan Ratu tu nak kahwin dah ada orang ke, belum?"
"Ada yang belum, ada yang dah tapi tunggu habis belajar la, duit lah, mak bapak tak kasi lah"
"Ratu kenapa tak kahwin?"
"Nak, tapi tak ready, and mak bapak tak bagi. Sedih!"
"Kenapa?"
"Demand. Nak anak-anak belajar sampai master. Bakalnya pun mesti sekufu. Akak yang 24 pun tak bagi bercinta lagi"
Sedih betul Ratu bila mengenangkan kisah tragis diri sendiri, ibu bapa tak bagi kahwin, punya lah banyak hint kita bagi, buat-buat tak faham ibu bapa ku ini. Tak mintak lelaki yang spesifik pun. Yang mama abah rasa dapat bahagaiakn Ratu cukuplah..haish
"Cantik tak kawan-kawan Ratu yang nak kahwin tu?"
"Cantik tu subjektif la Wan. Tapi selalunya, kalau perempuan-perempuan baik tu mesti sejuk mata memandang"
"Ye lah, tapi ade perempuan tudung labuh pun ada kategori cantik dan yang cantik"
"Orang faham...tapi terpulang atas diri Wan la nak kata yang mana cantik mana tak"
Dia nak aku kenenkan ke? Da nak kawin sangat? Eyh helloowww...yang depan mata ni tak berkenan ke...?
"Wan dah nak kahwin ke?"
"Err...semua orang nak kahwin..cuma...camna ntah nak cakap...nak kata tak ada nafsu tu tipu lah kalau tak ada... Tapi orang dah sampai tahap nak kahwin, bukan main-main."
"Owh..Selalunya kan, perempuan, yang nak kahwin tapi tak ada calon tu, perempuan yang baik-baik. Sebab dia tak nak ada boyfriend, dia nak terus ada suami. Dia nak pelihara diri dia."
Mungkin Wan nak kahwin tapi tak ada calon. Mungkin. Bagus lah kalau dia ada niat macam tu. Perbualan kami berlarutan, sehinggakan masuk ke topik-topik yang aku sendiri malu dan segan untuk menyampaikan buah fikiran.
"Kawan Ratu yang rosak tu macam mana?"
"Tak tahu lah Wan..Oke lah, Ratu tanya Wan, jawab jujur taw. Kalaulah, ada perempuan ajak Wan buat 'you-know-what' dengan dia...Wan nak buat apa?"
"Aku? Oke..jujur eyh, bukan nak kata apa, tapi setakat ni, dah ada 3 perempuan ajak buat.."
Aku jadi takut. Mungkin ini waktu yang sesuai aku berlari keluar dari bilik yang pintunya sudah sedia terbuka.
"Tak boleh weyh...Buat benda kena fikir dulu..Kalau boleh nak je grab peluang tu, orang dah offer kan, tapi aku fikir, sian kan mak bapak aku, adik beradik perempuan aku.. Kalau orang buat macam tu kat dorang aku pun marah, ini aku pulak nak buat dekat perempuan entahkan dara ke tidak"
"Owh.."
Tidak tahu tahu mahu percaya atau tak, hanya optimis saja. Aku tidak tahu macam mana, perbualan jadi semakin relax dan terbuka bila aku ceritakan pengalaman 'terkantoi' ada lelaki yang disukai aku oleh ibu bapa.
"Bapak Ratu senang je, dia tanya 'nak kawin ke tak, nak kawin abah kawinkan', tapi dia cakap je, caranya tak konsisten macam apa dia cakap. Nati suruh habis belajar la, kejap suruh cari orang lain, laki tu tak seswai la itu la ini la. Orang nak kahwin awal"
"Kan bagus kalau bapak dia pun macam tu"
"Biar Ratu teka, wan ade awek?"
"Errr.. Tak couple pun, tapi macam.."
"Faham-faham sendiri?"
"Err..macam tu la kot"
Ceehhh!! Dah ada awek rupanya, ingat da tak ada calon sangat! Baru nak offer diri..haha
"Jadi..apa yang menghalang Wan nak dapatkan dia sekarang"
"Duit, dan diri sendiri..Duit tu tak apa, boleh cari, diri sendiri ni."
"Maksudnya..?"
"Ye lah, dia anak orang baik, yang masuk minang semua ustaz, alim-alim, hafiz semua. Wan ni siapa je.."
"Owh....alaa..buktikan lah Wan boleh sampai ke tahap tu"
"Ummpphh..masalahnya ayah dia cakap 'nak dengan anak dia,kena lebih baik dari ustaz-ustaz tahfiz tu'. Aku nak sampai tahap tu pun tak lagi..ini kan nak lebih"
"Perempuan tu..dia tunggu?"
"Dia kata tak kesah, tapi diri aku sendiri pun mesti cukup bagus and bersedia la untuk jadi suami dia"
Bila aku kenangkan sepanjang pemerhatian aku terhadap dia, dia memang baik. Baik dari segala segi. Apa yang kurang entah. Apalah yang mak bapak perempuan tu nak sangat. Kawan aku ni baik kot, cakapnya beralas, berbudi, berhemah, agamanya pula..wallahualam..tapi aku tahu dia suka benar dengan aktiviti ilmiah. Dari cara dan apa yang dicakapakanya pun sudah tahu niatnya baik,cara nya jugak baik InsyaAllah. Malu pula aku bila dia lebih tahu tentang agama memandangkan dia pun tahu latar belakang aku antaranya adalah ayah ku 'ustaz'.
Well, iman tak dapat diwarisi kan Wan, kau pun cakap. Aku pun tahu, gaya aku, cara aku, langsung tak macam aku anak ustaz. Aku bukan seperti yang dianggap 'tipikal anak ustaz'..Aku tak pakai tudung labuh dan aku tidak tahu memberi tazkirah macam ustazah. Sorry abah. That's why lah kau tanya pasal kawan aku, tapi bukan aku, sebab kau tahu aku belum bersedia jadi isteri. Sebab lelaki baik macam kau, tak mahu isteri macam aku.
"Tapi aku risau gak, kalau lah aku terlambat, kalaulah takdirnya aku bukan untuk dia, dan insyaAllah ada lelaki lebih baik dan layak untuk dia, aku dah la tak ada awek nak back up"
Aku nampak problemnya sekarang. Lelaki depan aku ni merasakan dirinya rendah untuk perempuan yang katanya cantik macam heroin 'Sassy Girl' tu. Dalam masa yang sama dia mahu kahwin.
"Kau yakin je Wan dengan jodoh yang Allah tentukan. Perbaiki je diri tu, sampai masa ada lah. Semoga diawalkan, kau nak kawin, aku pun nak kawin. Kita doa-doa je."
"Hurmm..Aku yakin lah. Semoga dikuatkan kesabaran aku."
Aku respect lelaki yang berfikiran macam ni. Dia tahu apa aim dia. Dia serious tentang apa dia nak. Kahwin pada dia, lebih daripada cinta, tapi tanggungjawab dan ibadat kepadaNya.
Wan..Boleh tahu mana lagi ada lelaki macam kau?
Bye.
No comments:
Post a Comment