Tuesday, March 6, 2012

Saya Dah Mula Kumpul Duit Untuk Berkahwin

Assalamualaikum..

After all these years, receiving scholar from JPA, i realized that I had spent A LOT of money. Considering yang duit JPA sendiri memang banyak, ditambah pula dengan duit baki gaji 3 bulan lebih selepas asasi, dengan duit gaji 4 bulan lebih pula semasa cuti semester yang lama dulu tu, yang barangkali total kesemua mencecah 10K, lepas tu sedar-sedar duit dah tak ada. TAK ADA!

HOMAIGOD..ape aku dah buat dengan semua duit tu weyh?? Aku tak simpan sikit pun. Bagi bagi kat orang belanja makan,family, hadiah, semua tu aku tak kesah sangat. Tapi apa aku buat dengan duit tu weyh??!! Aku DAH MAMPU KAHWIN kot dengan duit tu sebenarnya!


Abang aku pun dapat JPA scholar, tapi kemana duitnya menghilang aku tahu la gak sikit-sikit, dia beli kereta, servis kereta, modal bisnes, ada lah jugak hasil. Aku!??

Oke fine, yang aku ingat benda paling mahal aku beli dengan duit sendiri pun Iphone, kamera digital, lagi...erm...tu je lah yang aku ingat!!! Mana pergi entah selebihnya..oh! Sugar glider dan keperluannya. TU JE?! After all these years, the 10K??

Aku banyak membazir beli bukan-bukan lah aku rasa :( Sekarang pun aku terpaksa limitkan barang-barang Hello Kitty pujaan hati yang aku berminat nak beli..wuuu..sedihnyaa..

Sekarang aku dah matang dan akibat daripada keinginan menikah muda sentiasa membuak, jadi aku rasa aku kena save! KENA SAVING! WAJIB!!

Ouch..terasa seyh


Pastu kan, pastu kan, baru ni aku dapat kesedaran sikit. Since duit kat Tabung Haji jauh sekali untuk mencecah RM10, aku nekad untuk cari mana pergi buku bank tu and transfer SEMUA duit JPA sem ni masuk dalam akaun tu. Simpan! SIMPAN! SIMPAN!

Aku nak, semester kali ni:
  • Aku beli buku pakai baucar
  • Aku hidup dengan duit yang mama abah nak bagi, tak kesahlah banyak mana
  • Kurangkan keinginan makan makanan mahal
  • Hidup gaya student PTPTN

Sem ni hanya guna duit:
  • Gaji kerja 3 bulan dekat UiTM je. 
  • Duit jadi guru tuisyen (yang tak lama lagi bakal berhenti)
  • Earn duit lebih jadi pembantu jurulatih.
  • Duit bisnes topup (yang belum mula lagi)
  • Duit hutang

TAPI! Duit JPA hanya akan digunakan bagi tujuan:
  • Beli Male Sugar Glider untuk Beyby
  • Beli basikal yang ada gear..eee..tak sabar! :)

Kenapa Ratu..kenapa tiba-tiba ni? Inilah namanya AZAM

Oh well, kata nak kahwin muda, so mesti lah buat persiapan awal..ye dak? Nak tunggu kerja memang lah makan masa, tapi kalau boleh kumpul duit dari sekarang, then why not? Usaha!

Nak bertemu jodoh pun perlukan usaha. Inilah usaha saya. Persiapan dari segi kewangan, dan insyaAllah semoga istiqamah dari segi rohani pula. 

Semoga jodoh aku pun tengah bersiap. :)

Oke Bye!



p/s: Update dengan alasan tidak mahu membiarkan blog bersawang. Entri yang saya yakin cukup membosankan dan membuang masa. Mungkin hanya satu manusia yang sudi baca dan orangnya mungkin saya sendiri.

3 comments:

zany said...

hahaha..aku pun jpa scholar jugak..dan disebabkan aku lagi rase berkobar nak kawen muda since aku kat matriks lagi so mmg aku da saving awal2..hahaha..so simpanan aku skang lepas kot nak kawen..jodoh je tak reti nak datang minang..eheh

Unknown said...

wah.. nak beli sugar glider (: duna duit dgn bijak k. hehe.

Ratu Tak Cantik said...

zany: wah!~ untunglah..kesedaran Ratu dtg lambat sikit..huhu...semoga cepat bertemu jodoh..kang lenyap jugak duit tu ;)

steffany: hehe..oke!~ :) tq for the advice..

thankx for dropping comment guys! u are awesome!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...