Assalamualaikum..
Last night was strange..
I was attending my cousin's wedding at a mosque.
Memang banyak bilik dan hall kat masjid tu.
Aku keluar daripada hall tu untuk berjalan-jalan kemudian ada seorang anak saudara yang tarik tangan aku pergi ke hall just belakang hall yang cousin aku guna untung wedding.
Asal ni en? Aku macam pelik.
Tapi sebab budak kecik so aku ikut je lah.
And that moment, i saw one person standing in front of another man who is the tok kadi. I know that person. He was in my past! Orang yang aku pernah sayang and cinta tapi sebab beberapa sebab yang munasabah, antaranya tentangan keluarga, kami terpaksa memutuskan hubungan.
There are other people. Among of them were that particular's person family, few of his cousins and nieces, 'his' and my friends.
Aku duduk di atas satu bantal cushion yang diletakkan bersebelahan tetapi sedikit jauh dari 'lelaki' tu.
Masa itu lelaki tu senyum.
And aku dah cuak gila. Asal weyh asal weyh?
"Kita akan menikah"
Ayat yang keluar dari mulut lelaki tu. Aku lihat sekeliling. Tak nampak pun kelibat mak bapak aku.
Kahwin tanpa kehadiran mama abah?
Eyh! Tapi mama abah ade je masa wedding cousin kat sebelah tadi.
And then I notice, kami sebenarnya sedang kahwin sembunyi-sembunyi.
Aku terkejut.
Terkejut gila!! Kahwin?!!
Mama tak ada masa aku nak kahwin. Wali aku pun tak ada??!
Gila mamat ni??! Nak sangat kahwin sampai belakangkan mak bapak aku. Suka hati dia je nak kahwin senang-senang macam ni.
Masa tu aku dah tak pikir dah sayang ke jadah apa perasaan aku kat lelaki tu.
Benci!!! Benci aku dia ambil tindakan melulu persiapkan semua benda untuk hari pernikahan tanpa pengetahuan aku kemudian membelakangkan mak bapak aku!!
Kau fikir kau siapa??! sayang aku sangat sampai kau kena buat macam ni??
Nak nikah sangat, tapi sebab tak dapat keizinan parents aku, kau buat cara kau sendiri.
Aku takkan sesekali kahwin dengan orang yang cuma pikir nak kahwin dengan aku je, tapi tak mampu nak 'berkahwin' sekali dengan family aku. It defeats the purpose!
Kalau macam tu kita hidup dua orang je lah kalau kau nak belakangkan mak bapak aku. Nanti aku kahwin dengan kau pun aku malas nak peduli pasal mak bapak kau! Oke?
Aku tak fikir panjang dah..aku terus lari keluar. Tak nak aku kahwin tanpa wali, lagilah aku tak nak sebab dia kahwin aku dengan niat nak rampas aku dari family aku sebab tak puas hati. Habis mentang-mentang syurga bawah tapak kaki suami, kau nak aku kahwin dengan kau and kau dah malas nak peduli pasal family aku sampai aku sendiri kena abaikan dorang???
Tak mungkin!!!
Aku lari, and first thing is aku cari mama. Aku menangis gile gile punye sebab aku sedih. Sedih yang macam ni lah lelaki yang aku pernah sayang boleh abaikan mak bapak aku. Tak berkat weyh tak berkat aku belakangkan mak bapak aku, kahwin tanpa restu dorang.
Mama pelik gile tengok aku menangis macam kena sampuk. Mama tanya kenapa? Aku tak berani nak cakap sebab antara benda aku paling takut cakap dengan parents aku adalah kahwin. Mentaliti mereka tentang kahwin, jangan pikir selagi belum waktunya, jangan kahwin terlalu muda, dan lelaki mestilah mendapat restu dan redha mereka kalau mahu lebih dari kawan.
Aku terlampau sedih and aku cakap apa yang jadi. Satu saja respon mama,
"Lelaki macam tu tak layak kahwin dengan anak mama. Mama tak nak lelaki yang tak boleh sayang mama abah untuk dibuat menantu sayangkan anak mama. Tak cukup memenuhi kehendak lelaki yang abaikan ibu bapa perempuan tu. Macam tak cukup iman, tak ada keberanian mintak baik-baik dengan wali and orang yang lebih berhak ke atas anak mama."
Aku bangun pagi tu terkejut gila dengan mimpi ni. Petanda apa ni Ya Allah?
Ya Allah, semoga jodoh yang Kau tetapkan kepada aku orangnya berbudi, baik pekerti, kenal diri sendiri, hormat akan orang tua dan tahu batas syarak. Boleh memimipin aku dan zuriat kamu. Janganlah aku dijodohkan dengan orang yang tak boleh sayangkan family aku, yang lebih memberi masalah kekeluargaan antara aku dan keluargaku ataupun keluarganya dengan keluargaku. Andai kata aku sempat jejak alam perkahiwnan dalam waktu hidupku ini, semoga keluarga jodohku dapat menerima keluargaku, sebagaimana keluargaku menerima dia dan keluarganya. Semoga pernikahan aku bukanlah sekadar untuk menjadi peneman seorang lelaki yang memerlukan wanita pada malam harinya tetapi tidak memberi manfaat kepada seluruh keluarga aku dan keluarganya. Aku mahukan perkahwinan yang bahagia,melahirkan zuriat atau khalifah Allah yang berguna dan bahagia hendaknya kami sekeluarga sehingga ke jannah. Sesungguhnya ni lah impian setiap wanita bertaqwa, Amin ya rabbal alamin.
MIMPI NI SANGAT MENAKUTKAN. TAK TIPU!
1 comment:
hahaha...2 mksodnye kamoo akn bnikah ngan laki 2 ngan restu family kamoo..dun worry ratu,,die ngah prepare sumenye tok mghadapi sume..
Post a Comment