Sunday, September 11, 2011

Pencetus Evolusi Cerpen Interaktif. Apa itu Cerpen Interaktif?

Assalamualaikum..Semoga semuanya berada di bawah lindungan barakah Allah Yang Maha Esa :)

Tentang penulisan novel yang kian menjadi sehangat tahi ayam ini, Ratu mengalami masalah yang agak kritikal juga untuk meneruskan setiap perenggan. Hal ini demikian kerana cerpen Ratu bukanlah cerpen biasa. Cerpen Ratu cerpen Interaktif. :)
Sebab Ratu sendiri selaku penulis kurang gemar akan cerpen yang cuma ada beribu-ribu perkataan dan hanya dijarakkan dengan perenggan.. Duuuhhhh~ Bosan kot~ Ada ke orang yang baca benda panjang berjela-jela tu? Ratu amik law pun nak termuntah baca buku law..

Oke, let's get down to business shall we? :)

Apa itu Cerpen Interaktif?
Rasanya semua sudah maklum akan CerPen adalah gabungan dari dua perkataan iaitu CERita PENdek. Manakala, interaktif pula membawa maksud aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan. (sumber tidak sah-Wikipedia)

Untuk makluman kalian, Ratu nak perasan sendiri yang Ratu lah PENCETUS EVOLUSI cerpen interaktif ni..woot woot~ Oke fine, ianya bukanlah evolusi pun lagi sebab...cuma Ratu je kot kat Malaysia ni yang menggunapakai 'Cerpen Interaktif' (rasanyalah) hohoho

Beza Cerpen Interaktif Ratu dan Cerpen Interaktif Indonesia
Cuba la try test google 'cerpen interaktif'. Ada ke benda lain selain blog Ratu dan blog Indonesia? Rasanya tak ada.. kalau ada pun tak tahu la kan.. Tetapi bezanya, pemahaman 'interaktif' bagi penulis Indonesia adalah sesiapa yang membaca boleh menyambung cerpen tersebut. Tetapi Ratu, Ratu sorang je lah yang menulis dan kalian saja yang berinteraksi dengan cerpen tersebut. Bagaimana mahu berinteraksi? Ratu sediakan, gambar, video, GIFs dan audio :) Itu je sebenarnya.

Misalnya, entri Cerpen Pertama Ratu yang telah Ratu intreaktif-kan. Haha..ayat~


Kenapa Mahukan Cerpen Interaktif?
Good question! :)
Rasanya semua tahu tentang 5 jenis manusia ni:

  • Auditori (Cenderung kepada Pendengaran)
  • Visual (Cenderung kepada Penglihatan)
  • Kinestetik (Cenderung kepada Pergerakan atau Sentuhan)
  • Gabungan mana-mana 2.
  • Gabungan ketiga-tiganya (Orang genius lah nih)

Setiap orang ada cara mereka yang tersendiri. Misalnya, individu yang auditori, boleh fokus dan menyerap ilmu dengan pantas dengan hanya mendengar. Tak perlu nak tulis nota macam individu Kinestetik yang lebih gemar menulis dan menggunakan pergerakan apabila belajar. Berbeza pula dengan individu yang Visual, dia takkan mampu fokus kalau hanya mendengar ceramah kerana dia perlukan gambar, warna atau perkara yang menarik dek mata. Sebab itulah ramai yang gemar menggunakan Microsoft Powerpoint  sewaktu pembentangan mahupun ceramah kerana ianya memenuhi semua kriteria individu di atas, seperti sound effects, design template, effects dan sebagainya.
I love the feeling of wild imagination when writing things people don't

Ratu ni Kinestetik (One of the reason why I think I should change course into Nursery or something that uses hand and a lot of skills instead of reading..tapi..nevermind)

Maka...menjadikan cerpen itu interaktif bagi Ratu adalah kerana Ratu mahu menarik seberapa ramai mungkin pembaca untuk membaca apa yang telah usahakan tak kira mereka dari mana-mana kalangan pun.
Sebab tu sengaja Ratu letakkan gambar-gambar bersesuain dengan situasi seperti di dalam cerpen tu. Ratu lebih suka pengunaan GIFs tapi susah mahu mencari yang bersesuaian. Ada kalanya video, dan audio. Dan kadang-kadang memanipulasi blog ni pun best. Sengaja membuat blog baru untuk merealistik kan lagi cerita seperti BLOG PUTERA KATAK JAWA. :) haha..I have to admit I really enjoy writing that story! Although it seems like I had fooled my readers, I already stated clearly that it is a cerpen kan.. :)

Walaupun cerpen itu adalah sambutan paling hangat di blog ini, ianya masih tidak cukup untuk memuaskan hati Ratu..hoho. Tapi itu mungkin kerana faktor lain, misalnya promosi blog Ratu sendiri yang kurang dan sikap Ratu sendiri yang kurang mempromosikannya. Tak apalah. Either way, Ratu bersyukur ada yang sudi membaca dan memberikan komen-komen positif dam membina. Thank you semuaaa.. :)

Apa-apa pun, Im still working on the cerpen Ive told you before..susah tapi lagi susah lagi rasa nak buat! :)
hehe..Bye semua! Assalamualaikum..

p/s: First time roomate jadi imam solat semalam..Allah granted my wish to be paired with good roomates :)

Image source: Weheartit.com and Tumblr

Thursday, September 8, 2011

Cakap Rawak#3 : Media Giat Meng'Islam'kan Cinta

Assalamualaikum
"There is no such thing as "Islamic Couple" unless the couple is married" - Ratu Tak Cantik

Kebelakangan ni sejak cerita Ayat-Ayat Cinta dan Nur Kasih, Ratu perasan stesen TV sekarang kemainnn lagi...Tengok saja daripada tajuk...Berapa banyak yang menggunakan istilah-istilah Islam sebagai propaganda menarik penonton menonton cerita tu..

  • "Tahajjud Cinta"
  • "Epilog Syurga Cinta"
  • "Keimanan Cinta"
  • "Istikharah Cinta"
  • "Ketika Cinta Bertasbih"
  • "Di Atas Sajadah Cinta"

See? Cinta pun ada tahajjud sekarang. Bukan tahhajjud tu amal ibadat selepas bangun tidur ke? And owh! Tengok! tengok! Cinta pun ada Iman....Owh! Cinta pun boleh bertasbih? Tasbih itu zikir mengingat Allah, ini apa, zikir ingat dia ke DIA?

Bermacam-macam cerita yang ada berkisarkan cinta dan kebanyakannya menjadikan agama sebagai mesej utama dan landasan plot cerita ..alasan atau sekadar untuk meraih keuntungan? Wallahualam..
Tak tahulah kalau mesejnya segempak tajuknya. Ratu sendiri tak tonton TV sangat.. Tapi tengok cerita Tahajjud Cinta, walaupun hero I Remy Ishak yang berlakon, satu episod sudah cukup memualkan. ehem

Ditambah perisa lagi dengan pelakon-pelakon cantik yang bertudung *padahal kat luar sebenarnya kemaaaainnn lagi seksi*

You see...pelakon will always be pelakon you know.. Berapa banyak cerita kat luar sana yang mereka lakonkan mempunyai mesej  dan nilai-nilai baik sebagaimana yang mereka heboh-hebohkan, tapi berapa ramai yang betul-betul ambil iktibar dari apa yang mereka lakonkan?
*Gambar Sekadar Hiasan*

Tak ramai...sebab mereka berlakon. Mereka tak faham tujuan asal mereka berlakon adalah untuk penonton mengambil nilai yang baik daripada mereka. Sebab..mereka berlakon sebab duit. Apa lagi niat mereka berlakon? Nak mengajar orang tapi diri sendiri bila di luar set lakonan?
“The signs of the ignorant one are three: self-conceit; much talk in that which does not concern him; and forbidding others from something he himself commits.” — Abu ad-Darda’
Saya harap mana-mana cerita yang menjadikan Islam sebagai propaganda menarik minat ramai penonton, tidak menipu penonton dan tidak sama sekali memberi ajaran sesat tentang cinta indah kurnian Allah ni. Tidak pula menggunakan imej wanita Islam sebagai publisiti semata-mata dan tidak pula menyampaikan yang tidak-tidak tentang apa sebenarnya cinta itu mengikut definisi Islam.

Memang sangat murni niat memberitahu atau mengehbahkan yang cinta itu indah dalam Islam dengan caranya yang tersendiri, tetapi niat tidak menghalalkan cara :) kaan...

Oke, sekian saja random talk kali ni. Terkejut tadi tengok tiba-tiba ada plak drama tajuk "Keimanan Cinta" kat TV9..huhu. Bye!

p/s: Kenapa Google Images asyik tak dapat buka?

Recommended Article:
Nikah Khitbah - Tiket Untuk Bercouple
Wujudkan Couple Islamik

Image source: Yahoo

Wednesday, September 7, 2011

WW#13 Wordless Wednesday

Assalamualaikum


Monday, September 5, 2011

UPDATE: The Most Cute Scene During Akad Nikah

Assalamualaikum..
The first touch. It was nothing actually. But it was something that means everything..-Ratu Tak Cantik
Hati takut. Berdebar-debar. Kakak ku sengaja menambah drama. Tak habis-habis mengelap peluh ku yang terembes keluar dengan sapu tangan...

"Aku terima nikahnya dengan Aneesa Sofea Binti Hassan dengan mas kahwin RM ***** tunai..."

"Sah?" Tanya tok kadi kepada 3 lelaki di kiri dan kanannya termasuk ayahku. Serentak mereka menjawab..."Sah.."

"Alhamdullillah..." Segera tok kadi memanjatkan kesyukuran. Orang sekitar juga turut serta.

Phewwwwwwwww!~ Legaaaaa. Aku menghela nafas panjang..
Yeay yeay! Jadi isteri dia! Yeay yeay!!

Aku mencuri lihat Harris di balik celah ramai orang yang sedang tersenyum lega sambil mengelap peluh di dahinya. Eee...hensemnya dia pakai baju melayu putih..dah la muka berserii..eee..geram geram..

Alamak! Bertembung mata...wuaargh... Malu...

Debaran masih belum hilang. Lagi-lagi apabila bantal duduk Harris diletakkan di sebelah aku, sambil mahar yang dilipat-lipat origami menjadi bentuk burung di dalam sangkar emas atas dulang hantaran itu di letakkan di tepi ku. Dan dulang sepasang cincin di dalam kotak baldu emas pula di sebelah Harris.

Harris duduk antara 2 sujud di hadapan ku setelah selesai melaksanakan sujud syukur. Dia memandang aku yang masih tertunduk malu. Cuak sebenarnya.

"Cepat, gambar time! Cium! Cium! Cium!"
Celaka punya adik, ingat aku tak tahu malu ke. Sedap pulak dia bersorak macam tu depan seluruh keturunan keluarga kita. Nak cium pun tunggu lah sarung cincin dulu..
Harris menghulurkan tangan minta disambut dengan tangan kanan ku. Heee..Tapi! Debar tu masih belum hilang!!! Ugghhhh...

Dan tangan ku...terketar-ketar mahu menyambut tangannya. Tangan yang belum pernah ku sentuh sebelum ni. Jantung mengepam darah dengan lajunya. Aku tak ingat aku bernafas ke tak.

Ahhhh!
Macam terkena kejutan elektrik bila tangan kiri Harris memagang tangan kanan ku. Ughh..rasa macam nak pengsan. Hangatnya tangan dia, sentuhan tu. Mak aih...

Dalam tak sedar ku..~~kebasahan...~~ho ho ho ho~

Aku menangis. Asal entah? Air mata menitis dari pipi. Debar tadi hilang serta merta. Cuma tinggal tangisan kegembiraan. Lega dan...tersangat terharu. Aku tak tahu orang perasan ke tak... Tapi kalau aku lap air mata ni,obvious sangatlah pulak kan aku menangis.

Tolong la..tolong la jangan menitik wahai air mata. Tolonglah jangan.. Tolonglah..tol..ong..lah~

TUP!

Menitik tepat di atas jari telunjuk Harris yang sedang menolak cincin itu masuk ke jari manis.

"Sayang..?"

Kantoi sudaah, dia perasan aku menangis.. Automatik kepala aku terdongak dengan panggilan sweet nya tu. I tak tahan lah dah hubby I panggil macam tu..Dan bila dah dongak tu..
Dah sudaaahhh....semua nampak muka ku bermandikan air mata..

"Laaa..kenapa pengantin menangis..?"
"Dah tu kenapa tu.."
"Bakpo tu?"
"Laa..awat hang ni Fea oii..."
"Nangis?"

KLIK! KLIK!
Hampeh, photographer tangkap basah aku meleleh. Siot nyaaa

Tangan Harris memeluk tangan kanan ku. Erat. Sambil mengusap lembut. Alamak...terasa dimanja dan dibelai. Cair. Tapi aku tengah nangis sekarang ni...Takkan tiba-tiba nak peluk dia..

"Kenapa Fea..?" Riak wajahnya risau. Siapa tak pelik, aku yang pergi meminang, sekarang aku pulak nak tacink-tacink.

Isk isk isk. Aku jadi semakin mahu menangis pula bila mendapat perhatian dari dia...dan semua orang kat situ.

"Err..Fea..isk isk..Fea.."
"Kenapa tiba-tiba sayang ni..Tak nak kahwin pulak ke?"
"Eyh!! Bukaaann!!"
Wah..kemain I jawab..laju je... Macam terjerit pun ada..Semua orang tengok.
"Habis tuu..?"
"Err..ni first time Fea pegang tangan awak...Tak pernah lagi sebelum ni..Rasa...macam...seronok gile finally dapat pegang dengan susana ni.."
Aku jawab berbisik. Tak mahu lah semua orang dengar statement yang dikira kolot bagi hampir semua orang. Walhal inilah yang sepatutnya setiap muslim buat. Bersentuhan lelaki perempuan hanya apabila sah.

"Owhhh..Hehe..comel je Fea ni.."
Harris mengelap air mata ku yang menitis seraya merapatkan muka ku ke dadanya..Yeah... Depan orang ramai..

Aku tengah hanyut time ni, da sampai langit ke tujuh aku terbang so aku tak perasan sangat apa yang orang cakap. Kena peluk en..biasalah. I tergamam banyak!

"Dia terharu kali pertama dapat pegang tangan saya..."

Hah? Harris...Harris bercakap dengan suara yang kuat memberitahu orang ramai. Aku yang masih hanyut dalam pelukannya kerana ditepuk-tepuk di belakang jadi tersedar. Kena pampered tuuu..Mana tak hanyut..
Aku jadi tersedar dan terus bangun melihat sekeliling. Kemudian tunduk malu..Malu!

"Alolo Fea..."
"Awwhh..comel la korang ni.."
"So sweet this couple.."

Harris mengangkat dagu ku dengan jari telunjuknya sampil rapat di sebelah ku.
"Bang..amik sikit gambar saya dengan pengantin menangis..hehe"
Harris menjeling dan senyum ke arah ku. Kemudian ke kamera. First snap, muka ku monyot, tapi Harris kata comel. Second snap aku tersenyum malu dengan air mata still ada di pipi.

Oke, kami memang comel. Kaann?

Selalunya pengantin cium dahi dulu baru nak hug-hug. I menangis dulu, dapat hug and kemudian baru nak kiss-kiss. Cool kan? :) Taw dah. Memang cool!

Dan seterusnya kami bersalaman dan dia kiss dahi saya lah. OH MAI..rasa nak menangis lagi first time dapat kiss. Tapi...nasib baik dapat tahan. Lagipun sebelum kena kiss dia dah pesan awal-awal jangan nangis. Hehe

Aku tak tahu dah berapa snap photographer tu amik bila aku tengah tacink..Tapi gasak lah. Bila aku kenang-kenang balik. Sweet je aku dengan dia. Aku rasa scene ni sangat romantik dan comel.

Yup! Comel gila bila perasaan pertama kali bersentuhan...dan yang paling penting apabila semuanya telah sah. Perasaan tu..ya, yang.. itulah! Best...

Sebab aku rasa benda ni sangat comel, aku tulis kat sini, walaupun pada hakikatnya aku tak pernah melaui proses akad nikah. Tapi macam real kan? Owh, itu sebab Ratu memang kuat berangan..hehe

UPDATED with photos and some edited sentences.

p/s: Hantaran nikah nanti I nak warna Gold ye future Husband :) Kewwwlass kau Ratu..


Image Source: Google

MUST WATCH: Alim-alim Kucing In Iphone

Assalamualaikum This is what you should do if you have an iphone..

video

:) 


p/s: Suara kucing lagi sedap dari Ratu. Tetapi kata-kata yang keluar dari mulut lebih bermakna dari siapa yang berkata-kata kan? :)

PROMOTE : Blog Contengan Perjalanan, Terbaik Untuk Iman dan Islam

Assalamualaikum..

Hope you guys are having a blessed day :)
I'm sorry for not updating almost 2 weeks. Been busy enjoying and 'appreciating' the month of Ramadhan. And praise be to Allah Im alive to be blessed in this Holy Syawal.

Ratu mulakan mengupdate dengan mempromote blog seorang saudari yang Ratu kira blog nya yang ringkas tu adalah indah dari segala segi kerana isinya. Sungguh, TAK TIPU!

Tak caya pergilah baca! Tapi..na ah ah. Jangan gopoh-gopoh. Ai tak bagi link lagi ni yu...Ai bagi yu baca apa yang dia tulis ni sikit di awal pengenalan blog beliau. Kasi saspen. :)
Saya sedar sepenuhnya ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, maka insyaAllah, perkongsian ini kerana DIA.
Am i a good person? well, not yet_
still,i am on a baby-step, striving to find me; yang berikrar LA ILA HA ILLALLAH sebelum lahir dulu. progress yang tersangatlah lambat. so pleeease gimme sum tazkirah. It helps much
Very sweet and humble. :)

Sebelum Ratu sediakan link..nak cerita lah dengan ringkas, kenapa blog ni menjadi pilihan Ratu dalam banyak-banyak blog feymes yang lain sedangkan blognya bukanlah terkenal pun. Saya percaya 99% orang yang sedang membaca entri ni tak pernah kenal pun dengan blog ni!

Dengan hanya 25 followers sahaja blog ni sentiasa mendapat perhatian Ratu  Asal update je, mesti Ratu buka and baca. Kalau tak terus bukak pun, Ratu memang akan scroll tengok entri-entri lama yang dah missed setiap kali bukak.
Gambar dari blog beliau yang saya ambil dari entry ni

Nukilannya yang ringkas tetapi padat dengan mesej  yang kadang-kadang Ratu baca pun sentap. Kadang-kadang rasa macam tersentuh, pernah la juga beberapa kali bulu roma menegak sambil air mata hangat menjatuhi pipi. Banyak nya entri ni menginsafkan. Teteapi I can guarantee tak ada yang buruk melainkan yang baik untuk dikongsi dari saudari ni. Dan tak ada yang rugi kalau anda membuka dan membaca setiap entrinya. BETUL TAK TIPU! Dan lagi tak rugi kalau anda follow, sekali sekala apa yang dibaca insyaAllah dapat menyedarkan kita.

Ya Ukhti, QamarinaFatin, you manage to make good use of your writings talent. Menangkap hati kecil yang keras dan degil ni bukanlah senang, jadinya suatu penghargaan adalah sangat wajar untuk Ratu anugerahkan. Dan inilah dia, a simple entry to promote your blog. Semoga usaha dakwah dan penyampaian ilmu saudari dapat diteruskan dengan promosi serba ringkas ini.

Kalau ikutkan hati Ratu nak listkan semua entry-entry beliau yang Ratu rasa best :) Tapi rambang mata nak pilih mana satu. Why don't you go and read them yourself :)

p/s: Pasti owner ni manis orangnya. Tengok dari peribadinya macam ya. Bakal doktor, may you succeed :) And thank you for all your writings and thank you in advance for what you will write in the future which I believe to be good for my soul and iman. InsyaAllah

Friday, September 2, 2011

TIPIKAL RAYA

Assalamualaikum...

Yang Satu
Ramadhan kali ni sangat bermakna. Penghayatan nya lebih baik daripada sebelumnya. Alhamdullilah sangat-sangat! Semoga tahun depan lebih baik. InsyaAllah :)

Yang Dua
Kedah. Negeri Jelapang Padi. Cantik. Hijau. Kampung! :) best gilaaaaaa!

Yang Tiga
I turned my RM60 baju raya into a baju kurung worth RM 200 with beads 2 days before raya! :) owh bangganya!

Yang Empat
Duit raya berkurangan tanda kematangan! *flips hair*

Yang Lima
Tahun ni paling tak kedekut hantar SMS raya. Dan paling tak best sebab cuma dapat satu kad raya which is from iqbalhakimi.com. Thank you dude! :)

Yang Enam
Orang kampung macam anak mami. Setiap kali balik ada gosip. Kurang pahala syawal aku.. Tapi best, dengar bukan saja-saja, tapi jadi iktibar juga. So, tak salahkan~ :)

Yang Tujuh
Paling banyak snap gambar sebab sentiasa bajet photographer hebat apabila membawa kamera digital Lumix warna merah tu kemana-mana. Tiba-tiba rasa macam nak upload gambar raya kat blog ni. Tapi malu~

Yang Lapan
Rasa anak kesayangan sebab rezeki bangun awal pagi mesti selalu dapat ikut mama abah pergi mana-mana. Hari tu pergi beraya berempat je dengan mama and adik bongsu, double 2x ganda duit raya aku berbanding adik beradik lain. wohoho.. Kemudian dapat ikut pergi Pasar Gunung, which is pasar yang duduk kat kaki Gunung Keriang. It was nothing, but it was something :)

Yang Sembilan
Tak ada no sembilan. Sebab list sangat panjang! :)

Bye!
Sekian sahaja post miang mahu update :D Hope that you guys are having awesome raya!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...