Sunday, September 11, 2011

Pencetus Evolusi Cerpen Interaktif. Apa itu Cerpen Interaktif?

Assalamualaikum..Semoga semuanya berada di bawah lindungan barakah Allah Yang Maha Esa :)

Tentang penulisan novel yang kian menjadi sehangat tahi ayam ini, Ratu mengalami masalah yang agak kritikal juga untuk meneruskan setiap perenggan. Hal ini demikian kerana cerpen Ratu bukanlah cerpen biasa. Cerpen Ratu cerpen Interaktif. :)
Sebab Ratu sendiri selaku penulis kurang gemar akan cerpen yang cuma ada beribu-ribu perkataan dan hanya dijarakkan dengan perenggan.. Duuuhhhh~ Bosan kot~ Ada ke orang yang baca benda panjang berjela-jela tu? Ratu amik law pun nak termuntah baca buku law..

Oke, let's get down to business shall we? :)

Apa itu Cerpen Interaktif?
Rasanya semua sudah maklum akan CerPen adalah gabungan dari dua perkataan iaitu CERita PENdek. Manakala, interaktif pula membawa maksud aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan. (sumber tidak sah-Wikipedia)

Untuk makluman kalian, Ratu nak perasan sendiri yang Ratu lah PENCETUS EVOLUSI cerpen interaktif ni..woot woot~ Oke fine, ianya bukanlah evolusi pun lagi sebab...cuma Ratu je kot kat Malaysia ni yang menggunapakai 'Cerpen Interaktif' (rasanyalah) hohoho

Beza Cerpen Interaktif Ratu dan Cerpen Interaktif Indonesia
Cuba la try test google 'cerpen interaktif'. Ada ke benda lain selain blog Ratu dan blog Indonesia? Rasanya tak ada.. kalau ada pun tak tahu la kan.. Tetapi bezanya, pemahaman 'interaktif' bagi penulis Indonesia adalah sesiapa yang membaca boleh menyambung cerpen tersebut. Tetapi Ratu, Ratu sorang je lah yang menulis dan kalian saja yang berinteraksi dengan cerpen tersebut. Bagaimana mahu berinteraksi? Ratu sediakan, gambar, video, GIFs dan audio :) Itu je sebenarnya.

Misalnya, entri Cerpen Pertama Ratu yang telah Ratu intreaktif-kan. Haha..ayat~


Kenapa Mahukan Cerpen Interaktif?
Good question! :)
Rasanya semua tahu tentang 5 jenis manusia ni:

  • Auditori (Cenderung kepada Pendengaran)
  • Visual (Cenderung kepada Penglihatan)
  • Kinestetik (Cenderung kepada Pergerakan atau Sentuhan)
  • Gabungan mana-mana 2.
  • Gabungan ketiga-tiganya (Orang genius lah nih)

Setiap orang ada cara mereka yang tersendiri. Misalnya, individu yang auditori, boleh fokus dan menyerap ilmu dengan pantas dengan hanya mendengar. Tak perlu nak tulis nota macam individu Kinestetik yang lebih gemar menulis dan menggunakan pergerakan apabila belajar. Berbeza pula dengan individu yang Visual, dia takkan mampu fokus kalau hanya mendengar ceramah kerana dia perlukan gambar, warna atau perkara yang menarik dek mata. Sebab itulah ramai yang gemar menggunakan Microsoft Powerpoint  sewaktu pembentangan mahupun ceramah kerana ianya memenuhi semua kriteria individu di atas, seperti sound effects, design template, effects dan sebagainya.
I love the feeling of wild imagination when writing things people don't

Ratu ni Kinestetik (One of the reason why I think I should change course into Nursery or something that uses hand and a lot of skills instead of reading..tapi..nevermind)

Maka...menjadikan cerpen itu interaktif bagi Ratu adalah kerana Ratu mahu menarik seberapa ramai mungkin pembaca untuk membaca apa yang telah usahakan tak kira mereka dari mana-mana kalangan pun.
Sebab tu sengaja Ratu letakkan gambar-gambar bersesuain dengan situasi seperti di dalam cerpen tu. Ratu lebih suka pengunaan GIFs tapi susah mahu mencari yang bersesuaian. Ada kalanya video, dan audio. Dan kadang-kadang memanipulasi blog ni pun best. Sengaja membuat blog baru untuk merealistik kan lagi cerita seperti BLOG PUTERA KATAK JAWA. :) haha..I have to admit I really enjoy writing that story! Although it seems like I had fooled my readers, I already stated clearly that it is a cerpen kan.. :)

Walaupun cerpen itu adalah sambutan paling hangat di blog ini, ianya masih tidak cukup untuk memuaskan hati Ratu..hoho. Tapi itu mungkin kerana faktor lain, misalnya promosi blog Ratu sendiri yang kurang dan sikap Ratu sendiri yang kurang mempromosikannya. Tak apalah. Either way, Ratu bersyukur ada yang sudi membaca dan memberikan komen-komen positif dam membina. Thank you semuaaa.. :)

Apa-apa pun, Im still working on the cerpen Ive told you before..susah tapi lagi susah lagi rasa nak buat! :)
hehe..Bye semua! Assalamualaikum..

p/s: First time roomate jadi imam solat semalam..Allah granted my wish to be paired with good roomates :)

Image source: Weheartit.com and Tumblr

1 comment:

jokergurl said...

hai,jom join contest.........http://jokegurl.com/2011/09/hadiah-contest-like-realiti-kehidupan/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...