Monday, November 7, 2011

Dan Yang Pergi Takkan Kembali...

Assalamualaikum...

Sambil baca, dengarlah lagu ni..

Siapa yang sangka..
Bila tiba masa untuk pergi selamanya
Takkan terduga..
Jika saat ini Tuhan tentukan..
Akulah orangnya

NUR IZZATI MALIKI
Sentiasa dalam kenangan..
Al-Fatihah..

Pagi Sabtu 5 November arwah dan keluarga terlibat dalam suatu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang untuk beraya haji dari Shah Alam ke kampung mereka di Terengganu. 3 terkorban termasuk beliau, ayahanda beliau dan adiknya. Manakala 3 yang lain termasuk ibunya terselamat tetapi 2 antaranya masih parah.

Insan di atas adalah rakan Ratu, juga seorang komander di UiTM Shah Alam. Kami satu batch, banyak yang dah kami lalui bersama sepanjang 2 semester perkenalan ni. Tapi..ajal maut di tangan Allah Yang Maha Mengetahui.

Momen terakhir Ratu dengan beliau, adalah sewaktu meeting di level kolej. Arwah duduk di belakang saya. Kali terakhir melihatnya apabila menoleh ke belakang. Tak banyak yang dibualkan pun. Cume sedikit gurauan mesra.
 "Ejat..! Mmuah!" 

Bibir Ratu muncung membuat ciuman sweet. Arwah sedikit tertawa dan senyum. Hampir serupa seperti gambar di atas cuma lebih lebar menampakkan gigi beliau.

Ye...itulah kali terakhir. Siapa sangka kan... Seminit kita berjumpa, esoknya berita pemergiannya yang menjengah di telinga. Subhanallah. Astaghfirullah. Takdir ketentuan Mu Ya Allah..


Kadang-kadang Ratu gatal menekan lama facebook beliau. Tidak putus doa-doa dan takziah yang diucapkan di page beliau padahal semua yang menulis tahu mana mungkin arwah akan membacanya. Tetapi Allah Maha Mengetahui..

Buknlahk mahu meratapi pemergiannya. Sesungguhnya apa yang telah Allah tetapkan adalah yang terbaik. Ratu maklum dengan kenyataan tu. Sudah sampai ajal beliau. Kami rakan-rakan komander terutamanya yang se-intake dengan arwah sangat merasakan pemergian beliau dan kami lepaskan beliau 'pergi' dengan rela. Semoga rohnya aman di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya Rabbal Al-amin..

Sama-samalah kita mengambil iktibar dari pemergian mereka yang telah tiada..
Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar).

p/s: Selamat Hari Raya AidilAdha..

5 comments:

I AM KILLJOY said...

Innalillah...
tiba-tiba terasa sedih jugak...

Anonymous said...

Semoga Allah merahmati beliau. Semoga ditempatkan di tempat-tempat org yg beriman.. Kematian itu tidak mengenal usia..

dne said...

AL-Fatihah.....

About Us said...

saya 1 of bff dia~~ miss her so much
and sy da melawat kubur arwah di terengganu.. ex-bf dia yg bwk ktrg g cne..

Anonymous said...

miss her so much~~ hye...im 1 of her bff..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...