Sunday, October 30, 2011

Of KESATRIA,SUKSIS, SISPA, And The CIVILIANS

Assalamualaikum..



It is this that I enjoy doing these past few weeks.. :)
New friends, new hobby, new commitment, new enjoyment..
Syukur Alhamdullilah...

Kalau bukan sebab Ratu masuk unit beruniform Komander Kesatria, Ratu mungkin tak akan jumpa peluang macam ni..Pilihan ni tak salah! Ratu Yakin! Pasti!

Ini adalah gambar ahli-ahli Kelab Kesenian dan Kebudayaan Teratai (KeSuTra) pada persembahan pertama kami dalam "Teater Bangsawan-Puteri Gunung Ledang" masa Pesta Konvo..

Ahli-ahli kelab ni terdiri daripada saya sendiri dan seorang lagi rakan saya dari unit beruniform Komander Kesatria. Abang-abang dan kakak-akak polis (SUKSIS) yang kreatif dan pandai menari. Akak pengerusi Kelab dari unit beruniform Pertahanan Awam (SISPA) dan orang awam yang menguni di Kolej Teratai. Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan tenaga, duit dan masa. Owh! Tak lupa juga kepada penasihat kelab, RS Teratai 4, En Amran, keluarga beliau atas sokongan,Sifu Tarian, anak beliau dan keseluruhan penghuni teratai yang menyokong :') Dah bajet macam menang award ape je kan :p


Best! Memang Best! Tak tipu...!

Lagi best bila kelab yang baru setahun jagung ni, yang ahlinya sikit gilee berjaya menggondol TEMPAT PERTAMA dan PELAKON WANITA TERBAIK! oh myyyy...nak pengsan masa keputusan diumumkan...tapi tak pengsan pun...sebab dah boleh agak..haha :p


Ada Teratai-nians ke kat sini? Kelab ni masih terbuka untuk menerima ahli~ :))

p/s: Ratu tak ada dalam gambar tuh sebab Ratu tukang snap..So don't bother looking :p



Saturday, October 29, 2011

Buang Bayi Atas Pokok

Assalamualaikum..

Kami sedang duduk berhimpit di dalam bas yang kerusinya cuma diperbuat daripada plastik. Sumber angin yang hanya datang daripada pintu bas yang tidak boleh ditutup walau kencang sekalipun masih tidak dapat menghilangkan kehangatan.

Macam-macam bau yang menusuk hidung. Bau peluh lelaki, bau berak anak kecil, bau sampah dari bakul kecil di sudut bas, bau minyak wangi. Aku tak tahan. Aku melihat Mama di sebelah mula mengeluarkan minyak cap kapak dari tas tangannya. Mama mana tahan bau macam ni. Malah bau minyak cap kapak sekalipun dia kurang gemar. Tapi mungkin bau tu lebih baik daripada bau yang sekarang sedang ku hidu ini.

"Nak sikit ma.."

Mama senyum dan menghulurkan minyak tu. Senyum Mama buat aku lega.. aku menghela nafas panjang sambil mula menutup minyak tadi..

Seperti mahu terpelanting botol kecil itu apabila bas usang tadi berhenti secara tiba-tiba di tengah gelap kawasan kampung di Klang. Gelap...sunyi..Agak menakutkan. Tapi mengetahui fakta yang Mama disebelah sedikit melegakan.

"Ish...kenapa berhenti tiba-tiba ni...nasib baik tak jatuh botol tu"
"Kalau jatuh pun oke ape ma. Baik satu bas ni bau minyak kapak dari bau yang sekarang ni"

Masih sempat aku berseloroh. Kami disuruh turun dari bas. Mengapa? Aku pun tak tahu. Mama lagi lah tak tahu. Kami ikut sahaja apabila melihat semua orang turun. Agak menyeramkan sebenarnya apabila diingat kembali. Di tengah gelap bersama lebih 30 orang asing yang kami tidak kenal. Aku beruntung ada Mama dan aku tahu Mama lebih beruntung mengetahui anak perempuannya yang lasak ada di sisi.

Aku memang suka mengembara. Dalam suasana sebegini sekalipun perasaan ingin tahu aku masih lagi membara. Segala atas bumi ini tak pernah membosankan aku, walaupun apabila cuma ada bulan dan bintang yang menjadi sumber cahaya.

Titisan cecair berwarna merah mengenai hadapan kasutku apabila aku cuba menghampiri sebuah tiang untuk duduk bersandar. Mama dibelakang membuntuti ku. Perlahan aku mendongak ke atas. Tiada apa yang kelihatan. Gelap. Aku teruskan perjalanan. Beberapa orang ikut serta. Tidaklah jauh mana daripada di mana bas itu berhenti.

"Ahhh...lega...penat duduk dalam bas"
"Urut mama jap sikit..penat la.."
"oke.."

Aku memusingkan badan mahu duduk di belakang mama. Saat menampung badan yang baru mula mahu bangkit, tangan kanan ku mencecah tanah. Basah. barangkali enbun atau petang tadi hujan di sini.

Aku mula memicit belakang bahu mama. Sekali. Dua kali. Dan aku perasan bahu mama berwaran merah. Di tempat aku memicitnya sesaat yang lalu. Terkejut. Takut. Bau darah. Perlahan aku memusingkan telapak tangan. Belum sempat aku melihat....

"GEDEBUK!!"
Seperti satu ketul batu besar jatuh menghempap bumi.

"AAAAaaarggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!"
Perempuan 20-an yang kakinya betul-betul berada di hadapan 'batu' tadi menjerit. Menjerit sekuat hati. Tergamam. Lekas aku menutup mata Mama apabila perasan itu adalah.....kepala seorang bayi yang jatuh daripada atas.

Daripada satu pokok besar yang tinggi. Seiring dengan itu ramai yang menyuluh ke atas. Menggunakan kemudahan di telefon bimbit masing-masing. Aku mulai mendongak.


Di pohon besar itu...ratusan mayat bayi sedang bergantungan. Tersekat di celah dahan. Berjatuhan di sekeliling pokok. Dengan pelbagai rupa dan kondisi. Ada yang kehilangan anggota badan, ada bayi cacat. Yang kepalanya terlebih besar, bayi yang belum cukup sempurna. Bayi yang kian dimamah serangga. Bayi yang dihurung lalat dan ulat. Lebih menyedihkan apabila ada kembar tiga diikat serumpun dan dibiar bergantungan di satu dahan yang rapuh. Bila-bila sahaja boleh jatuh ke bumi.

Aku beristighfar...Mama turut beristighfar...Kedengaran yang lain turut beristighfar dalam esak tangis.. Terkejut dan takut. Perasaan yang bercampur. Allah sahaja yang faham...
-
-
-
-
-
-
-
-

Kini apabila aku sedar sahaja dari mimpi di siang hari...aku berfikir..kenapa mesti mimpi tentang ini? Aku sangatlah anti buang bayi. Kenapa mimpi ngeri ini yang bermain dalam waktu tidurku saat aku sangat penat terpaksa berguling di padang delima siang tadi? Apakah mungkin kerana gambar di facebook siang tadi yang memperlihatkan seorang perempuan bergaun pink melahirkan bayi di tandas kemudian bersolek meninggalkan bayi tadi di dalam tong sampah..? Mungkin..aku tidaK boleh lupa gambaran tu..

Dunia...dunia..Apalah dosa anak kecil itu. Dia tidaklah haram. Dia hasil perbuatan haram ibu bapanya. :'( Baby....bahagia ye di sana..

Dan..aku sedar. Mungkin ini sebabnya...supaya aku boleh berfikir. Supaya aku boleh beringat. Pokok yang sangat besar, tinggi yang sangat tinggi. Tapi penuh dengan mayat bayi. Tak tahulah apakah itu sebesar jumlah bayi yang telah dibuang di Malaysia ini, atau negeri ini, atau tahun ini atau sepanjang dari kes yang pertama. Ah! Terlalu banyak..Pokok besar tadi sahaja daunnya adalah bayi,bukannya daun!

Kalau tak mahu pun,jangan bunuh dan buang! Biarkan mereka hidup. Tebus dosa dengan mendidik anak sendiri supaya anak tu akan sayang dan jaga dan doakan ibubapa. Kalau tak jaga pun, sampai suatu masa bila da sedar and insaf, masih ada peluang untuk cari si anak dan meminta maaf. Bagi Ratu jaga! Ratu sanggup daripada biar si anak mati dalam tanagn ibu dan ayahnya sendiri...!

STOP BABY DUMPING!






Wednesday, October 12, 2011

Its A Baby Suggie..

Assalamualaikum...

Yeay!! Im a proud owner of a suggie! :)
Thank you pemberi... sayang awak lebih sebab bagi kita baby comel tanpa perlu hilang dara dan mengandung 9 bulan...hoho

 Mami...baru pukul 1, baby ngantuk... 
*gulung -gulung badan dan tidur lenanya di selimut fleece baru mami*
Bangun-bangun je berak...hehe...squeak squeak! sorry mami!

Mami...tq bagi jambu air! Tapi baby still ngantuk,tapi nak makan jugak..Makan sambil tutup mata takpekan mami? :)

This is a quick update nak menunjuk ada Suggie..huahuahua
insyaAllah next update Ratu ceritalah benda best sikit oke? haha
bye!

Monday, October 10, 2011

Ambillah Kursus Undang-Undang..Ianya Mudah dan Menyeronokkan

Assalamualaikum..

Ye..belajar lah undang-undang...
Tiada nombor..
Cuma huruf-huruf yang membentuk perkataan dan beberapa perkataan yang membentuk ayat dan ayat yang membentuk perenggan seterusnya esei, dari esei kepada thesis yadaa yadaa..
Memang sangat seronok..!! Eeee..seronok sangat!

Emosi akan sentiasa diuji setiap kali anda membaca kes..
Contoh.. "Eeeee...!!! Apasal lah Teh Cheng Poh ni buat hal??!! Habis aku kena baca kes dia yang panjang berjela!!"
Haaa..macam tuu...
Best kan? Bessssttt!! Best sangat!

Cerita-cerita menarik..
Seperti
"Lelaki ni bunuh anak dia sendiri sebab ingatkan anak dia tu harimau dalam kes Chirangi v State of Nagpur"
See....cerita drama indon pun kalah u'olsss...

Lepas tu gaduh la sepuas hati..
Orang akan faham dan cakap "Budak law memang macam ni..kena faham~!"
Memang solid reason kenapa kita suka cari pasal..
Sebab kita budak law...'kononnya'

Cool gila suit up pakai hitam putih
Bajet macam dah jadi lawyer..
walaupun sebenarnya baru asasi, belum part 1 degree lagi :p
Haha..

Dapat parking kat UiTM..
Sebab law en...berani 'polis bantuan' nak kacau kereta budak-budak law yang loaded bawak kereta pegi fac??
Oke...memang boleh bawak kereta, tapi kalau ada surat dari suruhanjaya guaman..
Letak surat bercop tu dekat dashboard tu macam cool gile en..
Macam dapat immunity je..hoho
Itupun kalau anda LLB... :p

Oke dah... Bye..

Belajarlah law kalau nak stress baca kes!! Bye










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...