Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Sila Komen Link Blog untuk Difollow dan DiBloglist-kan

Assalamualaikum

Ni bukan segmen, sebab Ratu tak suka segmen..Jadi ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan syarat:

1) Link blog yang diberi adalah blog yang BUKAN berada di dalam kataegori :-
  • Blog gosip
  • Blog lucah
  • Blog Giveaway/Contest
  • Blog Politik
Blog yang berunsur ilmiah dan keagamaan adalah digalakkan. Blog personal dialu-alukan :)

2) Hanya terbuka kepada 20 orang terawal yang komen. Tapi sekiranya syarat (1) tidak dipenuhi, maka terbuka kepada pengomen yang seterusnya. Jika anda terlewat turut serta sekalipun, dialu-alukan meninggalkan link di ruang komen, manalah tahu mood baik nak blogwalking, boleh le nak singgah. Kalau jatuh cinta Ratu follow la :) Tapi ingat, orang seperti Ratu ni sukar untuk meng-follow blog orang. Kalau kena follow tu makananya korang memang awesome habis lah!

3) Tiada syarat yang memerlukan anda untuk buat entry "RATU NAK LINK BLOG" atau seumpamanya. Sebab Ratu tak suka. Simply because Ratu tak suka nak meminta-minta dari orang untuk promote blog Ratu walaupun dengan cara halus dan tak berapa nampak direct sangat ni... Ratu rasa segmen-segmen ni one-way benefits je sebab 80% benefit tu hanya kepada penganjur segmen. The rest 20% belum tentu korang akan dapat. Tak tahulah kalau korang tak perasan en~

4) Mahupun begitu di (3), Ratu sentiasa menerima dengan hati terbuka sekiranya ada orang yang Review blog Ratu. I said REVIEW ye, BUKAN PRMOTE. Sebab Review adalah lebih kepada kritikan membina dan komen jujur pembaca, nak kata blog ni kurang dari segi apa, terlebih ke mahupun kutukan sekalipun. Sebab review adalah 2 perkara yang berbeza daripada PROMOTE. Dan kutukan adalah lebih bermakna daripada pujian. Tapi keduanya sama-sama mendapat penghargaan :)

5) Bagaimanapun, mana-mana blog yang mahu dilistkan, tapi mempunyai banner sendiri yang sesuai dan menarik hanya akan diletakkan bannernya sahaja. Tapi untuk banner,hanya terbuka untuk 5 terbaik sahaja. Jadi Ratu akan membuat pilihan. Ratu tak nak beratkan blog. Sorry.. Jadi yang lainnya.masuk bloglist oke? :)

6) Tak, anda tak dipaksa untuk follow blog Ratu, tapi diharuskan ada banner atau blog Ratu di bloglist korang :) Harus ye, bukan wajib.

Bergantung atas 'kesedapan' blog anda, kemungkinan besar Ratu bakal rajin mempromote atau membuat review. Itu tertakluk kepada sekiranya memang wujud blog yang pada Ratu layak direview :)

Sekian..

Friday, July 22, 2011

PANTANG BLOGGER: Plagiarism Tak Semestinya Copy Paste, Tetapi Rephrase Pun Ya

Assalamualaikum..

Blogger, please, jangan terlalu berfikiran sempit dan konservatif untuk mendefinisikan plagiarism hanya cuma untuk copy paste! Ada beberapa situasi yang dimana boleh dikira plagiat. SILA BACA untuk jadi pandai.

UiTM, thank you for the pictures, sangat bagus dalam mendefinisikan perbuatan yang boleh membawa kepada plagiarism.

Malas la nak explain panjang-panjang, tapi Ratu cuma nak menzahirkan rasa tak puas hati. Ye lah, Ratu ni follower pun baru 110, apa lah sangat kan, kalau ikutkan newbie yang baru 3 bulan ni orang kata tak layak lagi la nak memandai-mandai cakap pasal blogging. Tapi hey, I have rights too!

Contoh lah, my best entry so far,is Blog Sebagai Pelaburan Akhirat. Biarlah komen cuma 1 pun, sikit je likes atau share, tak mengapa, tapi sebab Ratu buat entri tu dengan idea Ratu sendiri, research sendiri, draf beberapa hari. Bukan senang tahu! Beberapa hari jugak la nak bagi dapat ayat yang betul. Dan InsyaAllah semoga Ratu dan pembaca juga mendapat manfaat darinya.

TAPI...ada sesetengah orang dan-dan je dia dah kering idea, tak tahu apa nak tulis, dia ambil entri kita dan macam dalam gambar atas, dah la plagiat lepas tu tak acknowledge pun!!

SAKIT HATI TAK?? Kita nak buat entri satu tu pun banyak punya payah, dia main suka hati je ringkaskan, tukar tukar sikit ayat dan publish! Macam lah dia yang buat semua benda. Lagi sakit hati kalau kita dah tulis payah-payah, orang yang komen cuma beberapa kerat, likes and share pun tak ada, tapi dia punya ada plak. Banyak pulak tu!!! Ughhh!! Geram tahu tak!!

Siapa sini selalu update entri-entri Ratu, pasti akan perasan yang Ratu ni jarang sekali nak buat entri tipikal macam orang lain. Orang lain cakap pasal bola, aku cakap pasal putus cinta, orang lain cakap pasal adinda evans, aku berangan memanjakan suami, orang lain cakap pasal bersih, aku buat cerita novel sendiri. Tu belum kira orang lain cakap pasal blogger kena hentam apa la, Ratu cakap pasal Gigi Taring. Haa..

I don't like to be the same with others. I wanted to be unique and rare. 

Dan oleh sebab yang sama juga, Ratu kalau boleh, tak mahu jadi penulis blog semata-mata. Sebab tu seboleh Ratu nak buat entri yang berkualiti yang melambangkan bahawa Ratu ini juga seorang pemikir. Pembaca pun boleh turut serta berfikir dan mendapat ilmu baru sekurang-kurnagnya. Dan oleh yang demikian muncullah beberapa entri dari idea sendiri antara nya:


Apa lagi kebarangkalian yang bila kita buat satu entri pakai idea kita sendiri, kemudian 2 hari kemudian ada orang buat entri yang sama, tajuk je lain, ayat je tukar-tukar sikit. Lebih-lebih lagi kalau dia follower kita. Memanglah Ratu ni tak genius sangat,mustahil je tiba-tiba 'hidayah' turun Ratu jadi tahu semua benda. Sebab tu kalau Ratu Google pun, buat kajian mahupun nak cari definisi Ratu akan cite kan mana sumber Ratu.

Dan satu lagi, plagiat pun tak semestinya hanya terhad kepada penulisan. Gambar dan audio pun boleh jadi plagiat. Sebab tu sekarang orang pakai watermark. Tapi some people suka buang masa edit buang watermark dan claim tu gambar dia. Pergh! Hangin beb!
So' Im saying, tak palah kalau nak share apa yang Ratu tulis. Kan boleh je klik butang "share" tu. Sekurang-kurangnya "like" lah. Tak ada facebook sangat pun, nak amik idea Ratu boleh, tak marah, tapi backlink kan la. Nyatakan dari mana korang ambik. Im saying this, because I'm not the only one. Trust me. Ramai gila kat sana yang megalami nasib yang sama. 

Lembu punya susu, sapi dapat nama. See...
 Tak marah lembu tuh?? 
Well, lembu yang ni marah! MOoOoO!!

Bye!

p/s: Kucing kucing sekarang suka jadi air kopi! Yekkk~ *do you get my jokes? haha*

Image Source: Google
CLICK HERE for more UiTM Anti-Plagiarism Posters.

Sunday, June 26, 2011

Harrazdani Ajak Masuk Bloglist

Assalamualaikum
Jemput join DI SINI

Yep, kalo ni blog Harrazdani jemput blogger-blogger sekalin join bloglist dia. Katanya 20 blog je, Ratu rasa Ratu dah terlambat, tapi tak pelah. Sambil-sambil ni boleh promote Blog Harrazdani yang serba matang dan berinformasi.

Jadi, untuk complete kan task nya, ini lah dia 3 kepentingan bloglist
  • Bantu blogger lain promote blog dia.Mana tahu rezeki nampak blog di bloglist, tak pernah-pernah nampak, rasa tertarik pula nak jenguk kan?
  •  Kerana bloglist merupakan salah satu sumber blogger blogwalking. Jadi sama-sama dapat menaikkan trafik blog kawan kita.
  • Tambah seri kat blog kita, so xdelah nampak kosong macam tak ada blogsphere..kan..
Done! Bye!




Saturday, June 18, 2011

HomaiGod..Blog Ratu semakin Glemeresz!

Assalamualaikum... :)

Hey awesomeness! Guess what, Blog Ratu bakal menjadi lebih glamour tak lama lagi..
sebab..

I just got a complete set of new header, banner and watermark!!! weee...thanks to Azhafizah sebab dia lah yang buatkan semua ni...Remember? Ratu pernah buat iklan untuk bisnes dia ni kat ENTRY NI.

Check out her latest entry to see how my bling bling stuffs look like! :)


I love it Fiza. Thank you! Thank you! Thank you kerana sudi melayan customer banyak songeh macam Ratu ni...arigato arigato..

Tapi, oleh sebab Ratu ni SEorang yang buta IT. Cuma reti guna program Microsoft je, maka haruslah putting up all the new gelemeresz things memerlukan masa..sebab Ratu tak pandai. (-_-")
I know,I know..I'm hoping for Fiza to help me with how to it..coz I'm a loserrrrrr!! wuuu~ tolong saya ye fiza..please..

Sunday, May 29, 2011

PANTANG BLOGGER: I Follow You, You Follow Me. Heh

Assalamualaikum..
Hello sincere followers, selfish followers, follower-to-be and readers.
Followers are people INTERESTED in your blog

I want a real followers. and when I said real, I mean REAL FOLLOWERS. Yep, those who are INTERESTED in my blog for real, what I wrote,my style, or even me. Senang cerita, followers yang ikhlas. Not those who's taking advantages of their own interest. Just because you are too desperate in increasing your followers, that doesn't mean that you can simply ask people to follow you back in repay of you following them. You know what I mean?

Well, if you don't, I am glad too explain it further to you. 

Im sick of people leaving messages or comment saying :
"Hye, I follow you, follow me back!" :) *Innocent smile*
What the fuuu is that man??? An ORDER?? You're telling me to follow you in repay of you following me? What if I'm not interested in your blog? What if your blog is some kind of perverted blog who only talk about XXX and dirty stuff? What if your blog is just a piece of SHIT?? Useless shit. Tahi kambing pun boleh buat baja taw. Tapi your blog, is useless shit..What good I have following your blog? NONE!

So dream on, I'm not following you man..I'm sorry, but I'm just not that interested. If you want a REAL FOLLOWERS like I do, then I'm sorry for telling you this, you're not getting it from me..
Muke berlagak gila..Oh my. HAHA Drama "Queen"

Ratu bercakap berdasarkan pengalaman. Blog Ratu yang dulu pun macam ni jugak. Kadang-kadang Ratu pun mengharap blog yang Ratu follow akan follow Ratu balik. Tapi sampai bila kita nak jadi blogger yang banyak follower, tapi tak ikhlas.

Oh yeah, I don't follow most of my followers' blog. Lagi pun berapa ketul lah sangat kan followers yang ada kan..Maklumlah, blogger tak feymes.hee.. :) Tak tahu lah are they expecting me to follow them back or not. Diaorang betul-betul ikhlas ke tak. But dear followers, kalau sebab you guys baca ni, and you hated me because I don't follow you back, Im sorry and I'm pleased to tell you that you are free to unfollow me. Kalau tak ikhlas follow, lepas tu tak pernah datang baca entri pun, buat apa. Menyemak je kat news feed tu kan?
But don't get me wrong, saya tak maksudkan blog korang sume tu useless. Mostly pun followers Ratu blog dorang okay je. But untuk blog kali ni, Ratu memang betul-betul limitkan 'Blog's Im following' kepada blog yang Ratu betul-betul baca. Yang Ratu betul-betul interested Tapi tu tak bermaksud yang Ratu tak pernah singgah blog followers Ratu walaupun Ratu tak pernah tinggal komen or shout.Ratu memang pemalas. Mianey..

Sorry la, but Im not that kind of blogger yang kejar followers dan trafik. Saya cuma nak orang yang betul-betul minat dengan penulisan saya.
Bye~


p/s:Phewww..entry paling emo



All pictures are taken from Tumblr.

BLOG SEBAGAI PELABURAN AKHIRAT: Nak Mati Tinggalkan Blog Bergelumang Dosa?

Assalamualaikum..
Haa..dah sampai sini alang-alang meh la baca sampai habis..nak pahala tak..nak taaakk? nak kaaann.. hee :)

Entri kali ni mungkin berunsur Islamik..dan sarkastik. Tak apalah! Ini lah gunanya blog sebagai pelaburan akhirat.. :) Ratu ada idea untuk menulis tentang ini setelah membaca entry izamirridzwan.com tentang Trafik Tinggi Isi Penuh Dosa ATAU Trafik Rendah, Isi Penuh Pahala. Membaca entri beliau, kesimpulan Ratu adalah blog ni boleh dijadikan medium sebagap pelaburan akhirat. Jika baik cara gunanya, maka baik lah juga faedahnya.

Apa itu pelaburan akhirat?
Pelaburan akhirat sama konsepnya seperti saham. Kita melabur saham untuk mendapat dividen atau keuntungan jangka masa panjang. Tapi pelaburan akhirat adalah amal ibadah yang kita lakukan untuk kepentingan ukhrawi. Dengan erti kata lain, mendapat balasan sama ada dosa atau pahala di akhirat kelak. Sabda Rasullulaah SAW:
Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
  1. Sedekah Jariah,
  2. Anak soleh yang mendoakan, dan
  3. Ilmu yang dimanfaatkan.
Blog bertindak sebagai medium untuk menyampaikan informasi dan berkongsi ilmu. Maka dalam entri kali ini, blog sebagai pelaburan akhirat lebih menjurus kepada poin ketiga iaitu, ILMU YANG DIMANFAATKAN.

Ilmu bagaimanakah yang dimaksudkan?
Yaa...blog awak memang bagus. Banyak ajar pasal matematik, pasal sains, pasal pelancongan, pasal gambar itu gambar ini, hiburan itu, gosip ini, masak itu ini, tapi ilmu bagaimanakah yang dianggap "Ilmu yang dimanfaatkan"?
Menurut apa yang Ratu baca di yayasan-ilmu.blogspot.com, ilmu yang dimanfaatkan cuma dua. Iaitu Al-Quran dan As-sunnah kerana dalam konteks Islam, ilmu yang wajib dituntut adalah yang dua itu. Hujahnya, kerana pada Allah dunia tiada nilai bagiNya, yang penting akhirat. Oleh kerana penulis blog nya dan sumbernya tidak dinyatakan, kesahihannya tidaklah Ratu tahu.

Memang jika dilihat kalau benar ilmu yang dimaksudkan cuma yang 2 itu, maksudnya kelihatan sempit. Tetapi ada yang berpendapat ilmu yang dimaksudkan adalah umum. Ilmu akhirat termasuklah ilmu dunia. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Ilmu yang dimanfaatkan" dalam hadis ini? Wallahualam. Malu nak mengaku, tapi Ratu pun tak tahu. heee..Tak naklah sesuka hati memandai. Jadi mohon kalau ada yang lebih arif tahu jawapannya, bagitahu ye?

Sebuah Hadis ada menyebut:
"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)

Mudah je konsep nya, kalau hari ni awak tak tahu apa Hak Jiran awak, tapi sebab awak baca entry Ratu yang itu, maka pahala lah kepada awak dan saya sepanjang awak hidup dan mengamalkannya. Mahupun sampai jasad Ratu dah terkubur dan roh sudah ditarik.

"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim)

Macam apabila awak wakafkan tanah untuk dibuat masjid. Pahala dia MasyaAllah, sepanjang ada kaki yang menjejak ke dalam masjid tu, pahala lah bagi anda. Tapi kalau blog awak tu mengajak orang pegi Ministry of Sound dekat Sunway Pyramid pakai baju tak cukup benang, mengajar orang buat benda-benda tak senonoh, menjamu mata orang dengan gambar-gambar tak senonoh di blog awak, dosa jugalah sepanjang hidup mati awak, sepanjang ada orang yang mendapat dosa dari apa yang awak tayangkan di blog awak.
Jadi ilmu kah ia bila entri panjang berjela, tapi pengisiannya ZERO? Cantik blog, tapi gambar penuh menyakitkan mata keliling blog. Tak cukup dengan pakaian tak cukup kain, ada plak gambar dengan boypren cium-cium? Lagi? Buat entri SAMPAH cerita benda-benda tak ada berfaedah. Cerita hari ni kau dating dekat Pavi, "dia kiss saya for the first time..sweetnyaaa". Haatuih. Ayat lucah-lucah. Gambar kafir tu tunjuk pusat, kafir ni tunjuk lurah.
Kalau jumpa site yang macam ni, nasihat Ratu, tekan X dan istighfar. Toksah buang masa baca benda tak guna!! *emo emo*

Tak payah lah taksub sangat nak dapat trafik tinggi, follower banyak sampai sanggup nak letak benda bukan-bukan dengan harapan orang akan tengok. Duuh~ Kalau dah tajuk entri awak pun VIDEO 18SX: Remaja Cium Mulut. Haaa..mau orang tekan? Mestilah nak kan! Orang takkan jumpa benda-benda ni kalau bukan ada orang yang 'supply' kan?


Tafsir Surah At-Takaathur
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kamu telah
dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! 


Apa salahnya tulis benda baik, boleh kongsi dengan orang ramai. Gasaklah trafik tak tinggi sekali pun, janji pulangannya adalah lumayan- PAHALA. Rugi tak ambil peluang. Pahala ni, kita tak minta pun dapat, tapi dosa yang tak ada tu jugak yang kita cari. Kan?
source: Tumblr

So awak, kalau blog awak tu banyak sangat benda 'kotor' insaf-insaf lah. Awak nak mati tinggal benda kotor untuk orang baca? Sampai dalam kubur awak dapat dosa? Udah-udah lee... Melabur lah di saham yang betul. Buka lah Akaun Pelaburan Akhirat tu sebelum ajal datang menjemput. Oke blogger sayang?
Sekian :) weeee~
Terima Kasih Sudi Membaca

p/s: Mohon sekiranya ada kesilapan, pembetulan mahupun penambahan silalah tinggalkan komen ye. Sebarang kritikan adalah dibenarkan.



Recommended article:
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-blogger-daie/
http://aljawhar.wordpress.com/2009/08/16/saham-akhirat-vs-saham-dunia/
http://baikiminda.blogspot.com/2011/01/pelaburan-akhirat-istiqamahlah-dalam.html
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2011/01/pelaburan-akhirat-yg-mudah-lagi-murah.html

Sumber:
http://halaqah.net/v12/index.php?topic=1027.0;wap2
http://strawberrynyssa.blogspot.com/2011/01/persoalan-kepada-hina-tidak-standard.html
http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2010/01/pelaburan-untuk-akhirat.html
http://baikiminda.blogspot.com/2010/10/pelaburan-akhirat-apakah-kedudukan-kita.html

All pictures are taken from Google unless stated.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...