Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Nilai Seorang Wanita Mengikut Ahli Matematik Terkemuka, Al-Khawarizmi

Assalamualaikum..


Entri ni sekejap je. Baca seminit, renungan untuk selamanya. Tak salah kan? :) Peringatan buat diri sendiri dan kalian semua tidak kira lah wanita atau lelaki. Sebab lelaki pun perlu tahu wanita mempunyai nilai, panduan untuk mereka memilih teman hidup barangkali? atau panduan untuk mereka mendidik zuriat mereka mungkin?

Ratu sedang menulis sebuah lagi entri lain tentang Gentel, tiba-tiba satu jenis perasaan yang asing timbul di sebalik keasyikan menulis tentang Gentel. Perasaan yang buat kita tersedar tentang pentingnya benda yang sering kali ditolak tepi oleh sebilangan kaum Hawa...dan Adam. Semuanya dek rasa terpukul oleh status seorang kenalan di facebook. Ringkas saja penyampaiannya:


Al Khawarizmi, seorang ahli matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik, beliau menjawab:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi
Jika yang "1" tiada. Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".


Kali pertama membaca tentang ni, Ratu terus teringat hadis Nabi:
Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan. 
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), An'Nasaai (6/68) dan Ibnu Majah (1858))


Dalam hadis yang lain:
Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartannya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)


source:
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=8181&start=60
http://ladyheart90.blogspot.com/2011/04/kenapa-berkahwin.html
terima kasih juga saudara di facebook yang update status ni, Amir Rasyid
All pictures are taken from Google




bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...